Bateriku Com Datang Ke Rumah
Bateriku.com Datang Ke Rumah | Assalammualaikum semua! Hari ini nak share dengan korang something happens sehari sebelum Ramadan. Dah lama tak alami perkara macam ni selepas Hyundai Atos dan Proton Saga adik ipar bateri kong beberapa tahun lepas. Tapi, jangan risau sebab Ruby dah ada penyelamat. Bateriku.com lerrrr. Hahahaha. Kebiasaannya, keadaan ini mesti terjadi apabila Ruby sedang sibuk kelam kabut nak hantar anak pergi sekolah pada awal pagi. Kereta pula tidak mahu beri kerjasama untuk start enjin. Stress ketika bateri kereta kong dan enjin overheat paling Ruby takleh kawal panik. Boleh termenung terkedu tengok kereta. Rasa dunia terhenti. Huwaaa.
Bateriku.com Datang Ke Rumah
Melalui pengalaman sebelum ini, Ruby tidak mahu ambil risiko untuk meneruskan perjalanan tanpa cek kondisi bateri kereta. Sebab, pernah dulu enjin tak boleh start kena meraih simpati masyarakat sekeliling untuk jump start. Apabila dah boleh jump start, tidak sampai beberapa kilometer sudah terhenti enjin semasa berhenti di lampu isyarat.
Kemudian ada satu situasi, bateri sel basah tak berhubung dengan wayar. Dia jadi longgar dan kena tambah plat besi untuk bagi ketat. Fuhhh berpeluh ketiak ye masa tu. Dengan ada anak kecil lagi. Cuaca panas dan ketika itu di tapak parkir Giant Taman Permata. Ruby dibantu oleh pakcik tua yang mencari di atas jalan raya plat besi nipis seperti tie clips. Memang kenangan lah buat Ruby
Berbalik kepada cerita Bateriku.com datang ke rumah. Kali ini Ruby yakin terus buka aplikasi Bateriku.Com dan isi maklumat. Kemudian selepas Booking Successful, Ruby tunggu BaterikuHero sampai. Sempat Ruby pergi sarapan pagi sambil tengok peta Delivery Tracking dari aplikasi Bateriku.Com. Rileksssss.
Jenis Bateri Kenderaan
Tahukah anda, terdapat empat jenis bateri kenderaan
1. Bateri Basah2. Bateri Kering3. Bateri EFB (Enhanced Flooded Batteries)4. Bateri AGM (Absorbent Glass Mat)
Bateri Perodua Aruz menggunakan teknologi idle start-stop. Jika ke pusat servis Perodua, harga dalam lingkungan RM 400 lebih. Tetapi di aplikasi Bateriku.com telah maklum RM 373 untuk bateri M42R (60B20R) EFB Varta Silver.
Ketahanan setiap bateri adalah berbeza-beza. Bagi bateri basah, kering dan EFB, bateri jenis ini kebiasaannya mampu bertahan antara 1 hingga 1 tahun setengah bergantung kepada penggunaan dan penyelenggaraan anda. Manakala untuk bateri AGM, bateri jenis ini boleh bertahan sehingga 5 hingga 6 tahun. Harga juga bermula dari RM980 dari aplikasi Bateriku.com.
BaterikuHero Sampai Dalam 30 Minit Sahaja!
Laman web Bateriku.com mudah je guna. Melalui aplikasi pun semudah ABC. Masukkan lokasi, model kereta dan pilih bateri pilihan anda. Kalau tak tahu mana satu pilihan. Nanti boleh tanya pendapat BaterikuHero. Sebab lepas je hantar pesanan, ada wakil BaterikuHero berdekatan kawasan akan hubungi. Dia akan maklumkan kehadiran dan kita dimana. Sama ada di tepi jalan atau kawasan rumah. 30 minit je dah sampai. Cept giler
Anda juga boleh trade in bateri kereta lama bila tukar bateri kereta dengan bateriku.com. Nanti dapat ‘Discount RM20’ lepas tolak trade in. BaterikuHero sangat peramah dan mahir serta mempunyai ilmu yang tinggi mengenai kereta. Sambil BaterikuHero buat kerja penyelenggaraan, Ruby dan suami boleh dengar penerangan tentang kereta kami. Memang jelas dan amanah.
Keadaan Bateri masih okay lah! Hehe. Lega terus. Sebab dekat Pusat Servis Perodua kata nanti kena tukar bateri untuk temujanji seterusnya. Risau juga jika dah tiba masa Bateri Kong. Oleh kerana bateri tiada masalah, tiada dikenakan. Terima kasih BaterikuHero
Bateriku.com telah membantu lebih 500 000 pemandu kereta yang mengalami masalah bateri kereta kong di seluruh Malaysia! Dengan lebih 60 outlet & 300 rider di seluruh Malaysia, Bateriku.com sentiasa menjadi pilihan utama rakyat Malaysia apabila bateri kereta kong! Apa yang lagi best, Penghantaran, Pemeriksaan & Pemasangan PERCUMA Di Seluruh Malaysia!! Jaminan Warranty yang boleh ditebus di seluruh Malaysia!! Dimana sahaja anda berada, Bateriku.com pasti sampai. Oh ya, anda juga boleh trade in bateri terpakai dengan RM 20. Bagus kan? So, tak perlulah anda simpan bateri lama tu. Nak buat apa pula kan. Hahaha.
Jom Sertai BaterikuPreneur
Ramai di antara kita terkesan dengan pandemik COVID-19. Kehilangan pekerjaan bukan bererti kita tidak boleh melakukan apa-apa. Ketika inilah kita perlu berfikir untuk menjadi lebih konsisten dan memahami kelebihan kita. Ruby ada kawan-kawan dan adik-adik saudara yang berminat tentang bengkel dan industri membaiki kenderaan. Apabila PKP pertama dan kedua berkuatkuasa. Mereka paling terkesan. Ruby tunjuk kepada mereka tentang Bateriku.com. Terus mereka menjadi BaterikuHero dan seterusnya mengumpul duit untuk jadi BaterikuPreneur.
Ini adalah peluang perniagaan yang baik. Berniaga mengikut kemahiran yang telah dipelajari di universiti membuahkan hasil apabila menyertai BaterikuPreneur. Bateriku telah melahirkan 60 usahawan Bateriku menerusi Program 'BaterikuPreneur'. Bateriku.com merupakan jenama yang dipercayai dan dikenali oleh rakyat Malaysia sejak tahun 2014 lagi
Encik Bateriku yang datang ke rumah juga ada berkongsi kisah beliau, dulu dia adalah BaterikuHero dan kini beliau telah upgrade menjadi BaterikuPreneur. Melalui BaterikuPreneur, kita tidak perlu khuatir bagaimana ingin menguruskan perniagaan Bateriku.com. Sebab semua program bantuan perniagaan BaterikuPreneur akan di bimbing sampai berjaya. Bertepatan dengan hasrat Bateriku.com ingin bantu rakyat Malaysia untuk jadi usahawan bateri kereta. Sekiranya anda berminat untuk menjadi BaterikuPreneur di kawasan anda. Hubungi Bateriku sekarang
Email:
[email protected] No Telefon: 60163233534
Ruby gembira sangat apabila mengetahui keadaan kesihatan Bateri Perodua Aruz tiada masalah serius. Malah dapat tahu lagi harga bateri untuk EFB yang start & stop. Boleh la masuk dalam senarai belanja untuk kenderaan. Servis Bateriku.com jujur dan telus. Oh ya, anda boleh hubungi Bateriku.com untuk tukar bateri apabila sudah cukup masa. Tidak perlu tunggu sampai kereta tidak boleh start enjin. Jom kita tukar rutin penjagaan kenderaan dengan lebih efisen.
Booking Bateri Kereta Anda Sekarang Melalui :Apps Download: https://cutt.ly/Bz2HRHwWebsite Booking: https://cutt.ly/fxqdOTB
www.bateriku.com | www.facebook.com/bateriku
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ruby.my/2021/04/baterikucom-datang-ke-rumah.html