Cybertrooper Kerajaan Lemah Ph Bn Bakal Punah




Dua hari lalu, tiga kejadian berlaku dalam hidup saya yang mana ianya terjadi tidak sampai dalam tempoh 8 jam pada hari tersebut.


Kejadian pertama, seorang tokoh media yang pernah bekerja dengan bekas Perdana Menteri menghantar pesanan Whatsapp yang menjangkakan bahawa PH/BN bakal punah dalam PRN akan datang ini.


Hujah beliau ialah cybertrooper PH/BN terlalu lemah dalam melakulan serangan dan menyerang balas pelbagai serangan bertubi-tubi yang dilakukan PN sejak kebelakangan ini.


Kejadian kedua, dua rakan yang selalu membaca tulisan saya di media sosial menghantar beberapa link yang memaparkan bagaimana cybertrooper PN sekarang ini begitu agresif dan deras menyerang kerajaan madani.


Sambil itu, kedua-duanya bertanya soalan yang hampir sama – kenapa cybertrooper PH/BN begitu lemah sekarang dan hampir tidak melakukan serangan balas terhadap serangan-serangan yang ditujukan kepada kerajaan dan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim?


Kejadian ketiga, secara kebetulan di hari yang sama juga saya terserempak dengan seorang pemimpin Bersatu dan kemudian kami sempat berbual-bual seketika.


Dalam perbualan singkat itu, pemimpin Bersatu berkenaan dengan yakin menyatakan PN mampu menguasai lima negeri pada PRN 12 Julai depan ini iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor dan Negeri Sembilan.


PH tambahnya, hanya dapat bertahan di Pulau Pinang saja, itu pun semua kawasan Melayu akan jatuh ke tangan PN.


Kata beliau lagi, selain sambutan hangat yang ditunjukkan pengundi melalui program-program yang diadakan di lima negeri berkenaan, keyakinan itu juga disebabkan hampir tiada serangan atau serangan balas yang benar-benar berkesan daripada PH kepada PN.


“Bahkan banyak serangan yang kami lakukan tidak mampu ditangkis atau diserang balik oleh cybertrooper PH.


“Apabila PRN kian dekat nanti dan kami akan meningkatkan lagi serangan, bila mana semua serangan itu tidak mampu ditangkis sebagaimana sekarang, bermakna akhirnya kamilah yang akan menguasai pemikiran pengundi dan mampu menentukan ke mana undi mereka,” tegasnya.


Jika saya seorang pemimpin PH yang berada dalam kerajaan, ketiga-tiga perkara di atas adalah sesuatu yang amat menakutkan sekali.


Secara mudah, ia adalah gambaran kejatuhan dan bakal kehilangan kuasa, walau kebenarannya belum tentu lagi seratus peratus.


Di sebalik banyak faktor boleh dihujahkan dalam menentukan jatuh bangun sesebuah kerajaan, namun dalam era digital di mana media sosial sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan dan alatnya pula terletak dalam genggaman, kepentingan cybertrooper atau laskar maya dalam mempengaruhi dan membentuk pemikiran pengundi memang tidak boleh dinafikan.


Lebih-lebih lagi kepada generasi muda, pengaruh media sosiallah yang banyak mempengaruhi pemikiran mereka.


Soal pokoknya, sebagaimana difokuskan dalam ketiga-tiga kejadian di atas, kenapakah PH yang kini dikira sudah bergabung dengan BN membentuk kerajaan, masih ketinggalan dalam perang di alam maya, sedangkan sebelum PRU15 lalu, mereka begitu dominan di hadapan?


Apabila ramai yang bertanya, kadangkala letih juga otak pro bono saya berfikir mencari jawapan mengapakah kedudukan PH sebagai kerajaan dan melalui kuasa yang ada dalam tangan, tetapi tidak mampu menjadikan laskar maya pro kerajaan lebih tangkas, bukan saja menyebar maklumat, tetapi juga melakukan serangan dan menyerang balas segala hentaman daripada blok pembangkang?


Di mana peranan Kementerian Komunikasi dan Digital, Unit Media dan Komunikasi PMO, Jkom serta semua pemimpin yang ada jawatan dalam kerajaan untuk sama-sama mengambil tanggungjawab bagi memperkasa dan menguasai perang di alam maya?


Masih belum berfungsi jugakah Unit Media Perpaduan, Media MyMadani dan entah apa-apa lagi kumpulan cybertrooper yang sudah diwujudkan sejak beberapa bulan lalu, malah khabarnya semua perkumpulan itu sudah pun mengadakan perjumpaan dan mesyuarat di beberapa lokasi?


Hendak tunggu apa lagi atau masing-masing menunggu “budget” turun dulu baru nak memulakan operasi?


Setelah lapan bulan menguasai kerajaan, di samping penguasaan media sosial dikira masih lemah dan ketinggalan, menjadi percakapan juga tentang peranan media arus perdana yang tidak membantu kerajaan.


Kalau ketika PH menjadi pembangkang dulu, kita sering marah dan meluat dengan media arus perdana yang begitu berkesan dalam peranannya mempromosi kerajaan dan menghentam lawan, malangnya sekarang ini tidak pernah sama sekali terdengar ada pemimpin PN yang bersungut dan mengeluh tentang laporan media arus perdana yang tidak memihak kepada mereka.


Sebaliknya, Fahmi Fadzil sendiri selaku Menteri Komunikasi dan Digital yang didapati lebih banyak memprotes laporan media arus perdana.


Kenapa sampai begitu sekali dan tidakkah sebagai kerajaan, kita sepatutnya ada cara untuk menangani semua itu?


Kepada semua yang ada kaitan dengan media dan komunikasi, janganlah sampai terlupa tarikh mengundi hanya kira-kira sebulan saja lagi atau mereka mahu PH/BN kalah dulu dalam PRN ini baru segala-galanya mahu dimulakan selepas itu? – ShahbudinHusin 12/07/2023.


https://shahbudindotcom.net/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/07/cybertrooper-kerajaan-lemah-phbn-bakal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lama Simpan Berita Ni Dr Say Shazril Isteri Bakal Timang Anak Ketiga

Lama Simpan Berita Ni Dr Say Shazril Isteri Bakal Timang Anak Ketiga

papar berkaitan - pada 17/7/2023 - jumlah : 156 hits
Tahniah diucapkan buat pasangan doktor selebriti Dr Say Shazril dan isteri Dr Azura Abas yang bakal dikurniakan cahaya mata ketiga tidak berapa lama lagi Menerusi Instagramya Dr Say turut berkongsi perkhabaran gembira itu yang dinantikan me...
Kisah Pembunuhan Kontrak Lee Kwangsoo Dilapor Bakal Terajui Open Murder Contract

Kisah Pembunuhan Kontrak Lee Kwangsoo Dilapor Bakal Terajui Open Murder Contract

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 316 hits
Selepas The Killer s Shopping List pasti ramai yang menantikan drama Lee Kwang soo yang seterusnya kan ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pada 18 Julai melaporkan bahawa Lee Kwang soo akan membintangi drama baru berjudul Open Murder Contract dan sed...
Badrol Bakhtiar Bakal Exco Sukan Di Kedah Jika Menang Pilihanraya Negeri Nanti

Badrol Bakhtiar Bakal Exco Sukan Di Kedah Jika Menang Pilihanraya Negeri Nanti

papar berkaitan - pada 19/7/2023 - jumlah : 351 hits
Badrol Bakhtiar adalah seorang legenda bola sepak negeri Kedah yang telah bermain selama lebih dari sepuluh tahun untuk pasukan itu Dia dikenali sebagai pemain yang berbakat berdedikasi dan bersemangat Dia juga merupakan seorang pemimpin ya...
Kempen Terbaharu Walaun Lemah Tuduhan Yang Tak Disertakan Fakta

Kempen Terbaharu Walaun Lemah Tuduhan Yang Tak Disertakan Fakta

papar berkaitan - pada 1/7/2023 - jumlah : 141 hits
Aku cuba jawab satu persatu tapi sebelum tu kalau perhatikan point ketiga keempat dan ketujuh tu bersifat spekulatif Belum terjadi pun Dan ini jelas menjurus kepada fitnah Ok ringgit merudum ni dah banyak kali aku sentuh PM dah jawab Rafizi...
Kempen Lemah Walaun Tanpa Fakta Jom Baca Jawab Satu Satu

Kempen Lemah Walaun Tanpa Fakta Jom Baca Jawab Satu Satu

papar berkaitan - pada 30/6/2023 - jumlah : 239 hits
Aku cuba jawab satu persatu tapi sebelum tu kalau perhatikan point ketiga keempat dan ketujuh tu bersifat spekulatif Belum belum terjadi pun Ini menjurus kepada fitnah Ok ringgit merudum ni dah banyak kali aku sentuh PM dah jawab Rafizi pun...
Baddrol Bakhtiar Bakal Bertanding Di Prn Kedah

Baddrol Bakhtiar Bakal Bertanding Di Prn Kedah

papar berkaitan - pada 15/7/2023 - jumlah : 274 hits
BADDROL BAKHTIAR Baddrol bertanding atas tiket PN Kuala Lumpur Bekas pemain Kedah dan Sabah Baddrol Bakhtiar kemungkinan besar akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri atas tiket Perikatan Nasional BADDROL disahkan akan bertanding atas tik...
Pmx Pelaburan Tesla Spacex Bakal Wujud Puluhan Ribu Peluang Kerja

Pmx Pelaburan Tesla Spacex Bakal Wujud Puluhan Ribu Peluang Kerja

papar berkaitan - pada 15/7/2023 - jumlah : 203 hits
Faiz ZainudinTesla akan membuka ibu pejabat di Selangor tahun ini GOMBAK Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjangkakan hasil pelaburan daripada perbincangannya dengan pemilik Tesla yang juga pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif SpaceX Elon Mus...
Saham Yg Entertainment Dilapor Jatuh Merudum Dek Berita Lisa Bp Bakal Keluar Agensi

Saham Yg Entertainment Dilapor Jatuh Merudum Dek Berita Lisa Bp Bakal Keluar Agensi

papar berkaitan - pada 13/7/2023 - jumlah : 151 hits
Baru sahaja khabar angin sepertinya berita Lisa BLACKPINK meninggalkan YG Entertainment sudah pun memberikan kesan ARTIKEL BERKAITAN Menurut agensi itu menutup perdagangan pada nilai 73 400 won di KOSDAQ pada hari ini di mana ia menurun seb...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba