Kempen Lemah Walaun Tanpa Fakta Jom Baca Jawab Satu Satu
Aku cuba jawab satu persatu tapi sebelum tu, kalau perhatikan,
point ketiga, keempat dan ketujuh tu bersifat spekulatif. Belum belum terjadi
pun. Ini menjurus kepada fitnah.
Ok, ringgit merudum ni dah banyak kali aku sentuh. PM dah jawab,
Rafizi pun dah jawab. Aku tak mahu sentuh aspek teknikal. Aku cuma nak tanya,
kesan apa yang kita rasa?
Kita risau bila ringgit jatuh akan buat ekonomi juga jadi
merudum. Barangan yang diimport akan jadi mahal. Itu adalah kesan langsung
kepada marhaen.
Tapi itu tidak berlaku. Ekonomi terus berkembang. Malah
tertinggi di rantau ini. Begitu juga inflasi kian turun. Jadi terendah
berbanding semenjak PN curi mandat rakyat.
Nak ringgit naik, kerajaan naikkan kadar faedah. Tapi nanti
banyak syarikat akan terkesan, jadi untuk cover kerugian, mereka naikkan harga
barang. Nak begitu ke?
Soal jual saham pun sama. Aku nak tanya, apakah kesannya kepada
kita marhaen? Dah ada yang kena buang kerja ke? Walaun tak usah acah-acah main
saham la. Fokus kepada diri sendiri.
Point ketiga dan keempat, macam aku kata tadi, ia berbentuk
spekulatif. Tapi kerajaan dah tegaskan yang harga beras tempatan adakah kekal.
Ia harga kawalan. Tak boleh baik sesuka hati.
Yang naik beras import. Kalau walaun jenis miskin dan tak mampu
makan beras mahal, belilah beras tempatan. Nak meroyan beras import naik harga
tu kenapa? Lupa diri?
Harga makanan di restoran naik, janganlah makan di restoran.
Masak sendiri. Bawa bekal. Sekarang harga ayam, telur, minyak masak semua dah
murah berbanding zaman PN.
Jadi kalau masak sendiri, tak adalah terkesan mana pun. Yang
walaun tak sedar diri, dah tak mampu tapi nak hidup cara orang kaya tu kenapa?
Gila?
Harga susu formula dan lampin pakai buang naik diam-diam. Aku
nak tanya, dua benda ni barang kawalan ke? Kalau tidak, so janganlah salahkan
kerajaan. Tapi salahkan diri sendiri yang support.
Ini basic ekonomi. Supply and demand. Kalau susu dan lampin tu
mahal, beli yang murah. Bila tak laku, dia akan turunkan harga. Nak lebih
murah, susu ibu. Pakai lampin kain.
Itu masalah pengilang dan pengedar. Yang walaun nak salahkan
kerajaan kenapa? Walaun ingat ini negara komunis ke? Negara komunis pun tak
kawal harga semua barangan.
Ketujuh, Menu Rahmah bakal berkubur. Tapi sudah berkubur atau
belum? Balun, kan? Lagipun, menu ini inisiatif Kerajaan Perpaduan. Bukan dah
ada sejak dari merdeka lagi pun.
Menu Rahmah ni antara matlamatnya, untuk gesa harga makanan lain
diturunkan. Ingat tak, lepas menu ini diperkenalkan, banyak kedai yang turunkan
harga makanan mereka.
Bila harga makanan lain dah turun, jadi menu ini pun makin lama
makin kurang sambutan. Jadi ia capai matlamatnya. Apa masalahnya di situ?
Bil elektrik melambung ni aku dah ulas sebelum ni. Aku dah
buktikan tiada kenaikan tarif. Boleh periksa bil sendiri. Jadi kalau bil
melambung, itu maknanya sendiri pakai banyak.
Kalau kata TNB menipu, itu salah TNB. Boleh report polis atau
saman TNB. Tapi sebelum ini, bil elektrik naik salahkan TNB. Tiba sekarang ni
pulak salahkan kerajaan. Niat jahat ke?
Tarif kekal, jadi kerajaan dah jalankan tugas. Tapi jangan lupa,
Taki pernah cadangkan kaji semula tarif elektrik. Nasib baik tukar kerajaan.
Kalau tak, lagi tinggi bil sekarang ni.
Akhir sekali, subsidi. Ini menyentuh golongan maha kaya. In
fact, yang sekarang tergolong dalam T20 pun bakal terkeluar dari senarai maha
kaya tersebut
Yang walaun nak marah kenapa? Berapa ramai walaun termasuk
golongan maha kaya? Masa PN nak hapuskan subsidi untuk T20 dulu, walaun juga
yang sokong. Walaupun ramai T20 tak mampu. Walaun siap hina T20 yang pakai
RON95.
Tiba sekarang ni, potong untuk golongan maha kaya, yang gajinya
banyak lebih, walaun melenting pulak? Nampak sangat yang walaun ni tak ada arah
dalam perjuangan.
9 isu yang dibangkitkan ni, tak ada satu pun yang kukuh. Malah
majoriti tak valid. Tapi begitulah PN. Tak kisah soal fakta. Yang penting cipta
persepsi. Siapa bodoh, dia akan percaya. Guane boh?
Raja Gelap
.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2023/06/kempen-lemah-walaun-tanpa-fakta-jom.html