Cuti Tahun Baru Cina Jom Beriang Ria Ke Sunway Lagoon
MINGGU DEPAN DAH CUTI TAHUN BARU CINA. KORANG DAH ADA PLAN KE? KALAU TAK TAHU NAK KE MANA-MANA DAN TAK ADA PLAN NAK BALIK KAMPUNG SEBAGAINYA, JOM KITA KE SUNWAY LAGOON. NIKMATI PELBAGAI PROMOSI HEBAT, ‘THE BEST REUNION EVER’ BERMULA 1 FEBRUARI HINGGA 19 FEBRUARI INI.
Tentu best kan dapat berkumpul bersama keluarga tersayang ataupun kengkawan dalam taman tema terulung Sunway Lagoon ini. Dah la tu ada macam-macam akiviti dan promosi menarik yang ditawarkan sempena kempen ini.
Memang syok sangatlah kalau dapat bercuti di sini.Sis pun ingat, kalau tak jadi pulang ke kampung halaman, nak jugak Sis bawak anak-anak datang ke Sunway Lagoon. Kalau rasa malas nak balik rumah, chewah boleh juga menginap di Suway Resort Hotel & Spa.Tentu mereka seronok sebab dah lama tak datang ke sini. Boleh mandi-manda, cuba macam-macam permainan dan bergambar sepuas-puasnya! Heheh….hehehe….
Lagipun pada 5 Februari hingga 8 Februari, ada banyak aktiviti menarik, termasuklah persembahan Tarian Singa Hip Hop dari Persatuan Tarian Kun Seng KL. Pas tu boleh tengok 12 drama Show Majestic. Confirm seronok,lagi-lagi kalau kita bawak anak-anak. Ada acara Meet & Greet dengan God of Prosperity, Kapten Quack dan Lady Quack.
Dengar-dengar …. ikon yang cukup popular dalam Nickelodeon iaitu SpongeBob & Patrick, Teenage Mutant Ninja Turtles (TMNT), Dora the Explorer dan teman karibnya, Boots pun akan membuat penampilan khas di Nickelodeon Lost Lagoon (NLL).Dan Sis sendiri pun cukup teruja dengan pelbagai persembahan yang dijanjikan termasuklah pameran Swashbuckling Pirates Show juga The Tale of Mount Berapi & Waves of Fun yang dikatakan cukup menghiburkan.
TRY REUNION SET KAT BEACH BISTROBukan itu jer tau, ada banyak lagi promosi yang Sunway Lagoon buat sempena kempen The Best Reunion Ever. Bagi korang yang buat tempahan dalam talian bakal menerima Yee Sang percuma bernilai RM150 dengan membeli Set Reunion Beach Bistro untuk 6 orang pada harga RM360.
Nak nak licin dah tu sebab terlalu sedap!Memang berbaloi dan makan kat Beach Bistro nie sebab sedap sangat. Sis dah try rasa menunya. Renion Set sempenaTahun Baru Cina yang disediakan oleh Chef Abbas super sedap. Terliur-liur Sis sampai ke hari ini bila teringkatkan Kam Heong Prawns dan Beef With Spring Onion. Terangkat giler! Hahahaha….
Kam Heong Prawns
Beef with Spirng Onion
Salted Egg Chicken
Ada lagi keistimewaan kalau korang bercuti di Sunway Lagoon sepanjang kempen nie berlangsung, korang boleh dapat cawan Nickelodeon Lenticular secara PERCUMA bila bila korang beli Reunion Sweet Treat (mana-mana ais krim) dari I Scoop For You Ice Cream di Surf Beach.
Korang juga boleh jadi pemenang dengan menyertai Lucky Dip. Ada banyak hadiah menarik menanti korang dengan setiap pembelian minimum sebanyak RM100 di kedai Nickelodeon,Sahara Boutique dan Surf Haven.
So, kita jumpa nanti di Sunway Lagoon.Kalau dah sampai nanti, up kan momen-momen indah bersama keluarga ataupun kengkawan korang tu ke Facebook atau Instagram dengan hashtags #SLBestReunionEver dan #SunwayLagoonMY
Kalau korang nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi Sunway Lagoon + 603-5639 0000
Layari www.sunwaylagoon.com atau www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia.
Selamat bercuti dengan penuh keriangan di Sunway Lagoon. Bye dan Selamat Tahun Baru Cina!
Lurve,
Sis Anie Mohamed
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aniemohamed.blogspot.com/2019/01/cuti-tahun-baru-cina-jom-beriang-ria-ke.html