Cuti Kuarantin
Cuti Kuarantin. Alamak. Tetiba dapat call dari mama pasal iqi. Ingatkan dia demam pasal terlalu takut. Pagi tadi check tengok kaki dan tangan dah mula naik ruam. Mama bawak ke klinik pagi ni. Lepas periksa, doktor terus keluar surat. Dah kena kuarantin. Apa dia cuti kuarantin ni? Cuti ni adalah diperuntukkan di bawah Perintah Am 24 Bab C (Cuti) kepada pegawai yang dalam perjalanan balik ke Malaysia dari luar negara yang ditahan di mana-mana stesen kuarantin oleh pihak berkuasa kesihatan pelabuhan atau lapangan terbang kerana berlaku wabak penyakit berjangkit atau pegawai dikurung di rumahnya oleh mana-mana kuasa kesihatan kerana wabak penyakit berjangkit. Sekiranya mana-mana anak pegawai telah diberi perakuan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta yang menyatakan anak tersebut perlu dikuarantin kerana penyakit berjangkit, pegawai boleh diberi kemudahan Cuti Kuarantin untuk menjaga anak yang sakit.
Pemberian kemudahan Cuti Kuarantin kepada pegawai adalah seperti berikut: (a) tempoh yang boleh diluluskan adalah terhad kepada maksimum lima (5) hari bagi setiap kes atau selama tempoh perakuan yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta mengikut mana yang lebih rendah, tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am; dan (b) dengan syarat anak yang dikuarantin adalah: (i) berumur di bawah 18 tahun atau jika masih belajar di bawah 21 tahun; dan (ii) tidak kira apa jua umurnya dan yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal dan yang tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri, dengan syarat anak itu adalah cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal sebelum anak itu mencapai umur 21 tahun
Senarai penyakit berjangkit yang tersenarai 1. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut - Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD) 2. Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah 3. Campak (Measles) 4. Chickenpox 5. Difteria 6. Malaria
Maklumat lanjut layari : https://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2016/pp112016.pdf
hmmm
aktiviti rutin aku sepanjang cuti
dah mula kering kan
---
#terbaeekkk #kipidap #mknaceunlimited #mknace #blogger #photography #photoblog #SJCAM #SJ4000 #J3 #Samsung #Fujifilm #altek #cubic #love #followme #beautiful #blogoftheday #fun #like #life #colorful #photooftheday #MyExperience
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://mknaceunlimited.blogspot.com/2019/11/cuti-kuarantin.html