Cute Exam Lulus
CUTE EXAM : LULUS! | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Al-kisah bulan lalu merupakan bulan yang sangaaaaaaat busy untuk saya.. Rasa sangaaaaaat stress kerana perlu membahagikan masa antara tugasan di rumah, pejabat dan menghadiri kelas. Namun itu semua pilihan saya. Saya sendiri merancang masa depan dengan mencabar diri mencuba sesuatu yang baru. Pepatah ada sebut bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian..
Dream
Dalam post ini saya ada nyatakan tentang goals saya pada tahun 2019 ini antaranya mencuba sesuatu yang baru sebagai sebahagian daripada peningkatan taraf hidup. Puas fikir akhirnya saya mengambil keputusan bahawa saya berhasrat menjadi Perunding Unit Amanah (Unit Trust Consultant) sebagai kerjaya sampingan di samping boleh menjana pendapatan tambahan.
Public Mutual Training Centre
Untuk pengetahuan, saya suka dengan ilmu perancangan kewangan (financial planning) dan pelaburan sejak di bangku sekolah lagi. Jadi tak hairanlah bila di sekolah rendah cikgu tanya apa cita-cita kamu? Saya jawab salah satu cita-cita saya menjadi Remisier (dan 2 cita-cita lagi biarlah rahsia, hehehe). Pernah saya cerita tentang cita-cita semasa kecil di post ini..
Malangnya ketika itu saya tak pandai matematik (sedih) sebab saya minat dengan pelajaran membaca dan menghafal seperti sejarah. Pada saya subject matematik sangat susah. So bila mindset kita fikir begitu secara automatic otak akan kata susah dan reject segala maklumat berkaitan angka. Secara tak langsung terkuburlah cita-cita saya menjadi remisier apabila keputusan matematik saya tak mencapai tahap yang diperlukan
Related post : Planner kewangan belanja isi rumah
UUTB Training di Puchong
Sekarang bila sudah bekerja ditambah pula dengan faktor usia kita semakin matang untuk handle sesuatu keadaan dan fikir cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Bidang pelaburan memerlukan pengiraan formula dan kemahiran asas matematik. Itu tak menjadi masalah kepada saya asalkan tidak berkaitan dengan matematik yang complicated dan lebih-lebih lagi kalau pengiraan melibatkan wang memang cepat faham, hehehehe
Bila semangat sedang membara, saya terus mencari jalan bagaimana untuk menjadi Unit Trust Consultant (UTC). Tanpa rasa malu, saya hubungi seseorang yang arif tentang pelaburan unit amanah malah beliau telah melahirkan ramai Perunding Unit Amanah di bawah syarikat beliau sendiri. Maka saya pun bertanyakan tentang cara bagaimana menjadi UTC.
UUTB Training
Beliau memberi jalan kepada saya.. Pada 9 Oktober 2019 lalu, kami membuat temujanji di Public Mutual cawangan Seremban. Beliau menerangkan kepada saya secara kasar tentang kerjaya sebagai UTC hingga akhirnya saya yakin dan terus tandatangan segala borang berkaitan.
TRAINING SEBAGAI PERUNDING UNIT AMANAH
Bayaran RM250.00 dikenakan untuk training dan yuran peperiksaan. Tarikh training ditetapkan pada 19 dan 20 Oktober 2019.
Training pertama pada 19 Oktober 2019 bertajuk Understanding Unit Trust Basic (UUTB) diadakan di Public Mutual Training Center Puchong dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Training ini memerlukan peserta memahami role sebagai UTC, formula pelaburan dan asas kepada pelaburan.
Lunch break at Secret Recipe
Lunch break makan seorang diri di Secret Recipe. Tempat baru tak biasa jadi pergi ke restaurant berdekatan dengan pusat latihan.
Training kedua bertajuk Basic 101 diadakan pada 20 Oktober 2019 di Public Mutual Seremban. Di awal training ini, Tutor akan bertanya kepada peserta apakah impian anda apabila menjadi UTC kelak?
Public Mutual Seremban
Pelbagai jawapan dari peserta antaranya :
"Saya ingin membeli kereta BMW.."
"Saya ingin membantu suami saya mencapai impiannya memiliki kereta Maserati."
"Saya ingin melangsaikan hutang saya."
"Saya ingin memajukan lagi perniagaan homestay milik keluarga saya."
...... and so on...
Apabila tiba giliran saya :
"Saya ingin menghantar ibu dan bapa saya menunaikan haji dan memenuhi segala impiannya sementara mereka masih ada." - Inilah kekuatan dan impian saya. Jika Allah penuhi, syukur alhamdulillah jika sebaliknya saya percaya itu perancangan terbaik dari-Nya.
Mengapa ditanya soalan itu? Ianya sebagai pemangkin kepada setiap peserta supaya terus berusaha keras bagi mencapai segala matlamat yang diimpikan.
B101 Training
Seronok bila kita hadiri latihan yang memberi kita ilmu baru dan menjadi minat kita.. Seharian duduk dalam bilik latihan terasa sungguh cepat masa berlalu.
CUTE EXAM
Tibalah hari yang mendebarkan iaitu pada 2 November 2019 lalu apabila saya menghadiri CUTE Exam iaitu peperiksaan yang dianjurkan oleh FIMM (Federation of Investment Managers Malaysia) untuk menentukan sama ada saya layak menjadi UTC atau sebaliknya.
Nama peperiksaan cute tapi takde laa cute sangat malah ianya cute yang mendebarkan. Perkataan CUTE adalah singkatan dari Computerized Unit Trust Examination. Peperiksaan ini diadakan di OUM Seremban.
CUTE Exam di OUM Seremban
Tempoh peperiksaan dari pukul 3.00 hingga 5.00 petang. Sebelum peperiksaan saya berusaha bersungguh-sungguh membuat latihan berang-ulang kali di samping memahami konsep pelaburan kerana terdapat 60 soalan CUTE Exam yang dipilih secara rawak dari 5 set soalan ramalan. Semua soalan berkisar tentang jenis-jenis pelaburan, pasaran saham dan formula pelaburan
Saya menghabiskan masa yang ada sepenuhnya, stayed up late hingga pagi mengulangkaji dan membuat latihan, sudah sampai masanya saya tawakal. Saya mengambil masa 47 minit untuk menjawab semua soalan.. Keputusan peperiksaan akan diketahui sejurus sahaja peserta habis menjawab semua soalan. Alhamdulillah saya berjaya dan lulus!
CUTE Exam Result
Namun grade peperiksaan tertakluk kepada kelulusan FIMM.. Dalam tempoh 14 hari selepas menduduki CUTE Exam peserta yang lulus akan diberikan akses ke UTC Connect. FIMM sudah mengesahkan bahawa saya berjaya dan boleh proceed further
Menceburi bidang pelaburan bukan seperti menjual barang. Dalam pelaburan tiada istilah paksaan. Ianya lebih kepada perancangan kewangan jangka panjang. Sekiranya individu tersebut mempunyai kesedaran betapa pentingnya pelaburan sebagai satu kaedah meningkatan pendapatan / simpanan secara tidak langsung akan bersetuju membuat pelaburan dengan sendirinya. Ianya berdasarkan pengalaman saya sendiri sebagai pelabur. Pelaburan banyak cabang, bukan terhad setakat wang tunai di tangan. Jika ingin tahu bagaimana caranya boleh hubungi saya melalui email.
Begitulah cerita tentang pengalaman saya memburu impian tahun 2019. Pengalaman baru dalam hidup demi mencapai impian dan harapan, in shaa Allah. Bila tercapai hasrat menjadi UTC saya rasa puas hati! Pencapaian kerjaya sampingan dalam Unit Trust pada masa akan datang bergantung kepada usaha saya sendiri.. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Doakan agar saya sentiasa diluaskan pintu rezeki dan dipermudahkan urusan, begitu juga saya doakan anda
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeee...
Regards,
Loading...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ladyinredplanner.blogspot.com/2019/11/cute-exam-lulus.html