Custom Made Sampul Duit Raya 2021
Assalamualaikum dan salam sejahtera
CUSTOM MADE SAMPUL DUIT RAYA 2021 Duit raya adalah perkara yang paling dinanti-nantikan kanak-kanak mahupun remaja setiap kali sambutan Aidilfitri.Setiap tahun kita akan melihat pemberian duit raya dibuat dengan cara sama, wang dimasukkan ke sampul sebelum dihulur kepada bakal penerima.
Jika mahu memberikan duit raya mestilah kena ada sampulnya bukan? Kebiasaannya sampul duit raya boleh didapati percuma bila membeli-belah dan untuk yang memiliki perniagaan akan menempahnya dengan rekaan sendiri. Itu pun tak banyak tak sampai sepuluh keping pun .
Setiap tahun ada sahaja reka bentuk-reka bentuk sampul duit raya yang unik dan menarik dijual di pasaran. CCL pun pernah beli sampul raya yang dah ready made . Tapi 2 tahun berturut-turut, tahun lepas 202 dan tahun ni 2021 CCL luang masa untuk custom made sampul duit raya .
Tahun lepas CCL mula custom made sampul duit raya, tak ketinggalan juga tahun ni minggu terakhir Ramadhan baru CCL bergelut untuk siapkan sampul duit raya , memandangkan ink printer yang kehabisan stok , merata kedai dalam Perlis CCL cari, tak cukup dengan tu CCL terjah shopee untuk membeli " Ink printer HP 61 " semua sold out . Yang tinggal hanya colour . CCL mencari ink printer black sahaja . Ink yang sedia ada itu pun sudah nyawa-nyawa ikan . So tawakal untuk guna juga ink yang sedia ada .
So CCL hanya dapat custom made sampul duit raya hanya 30 keping sahaja . Alhamdulillah banyak jugak tue .
TEMPLATE SAMPUL DUIT RAYA
Sebelum hangpa nak print sampul duit raya atas kertas, make sure hangpa kena cari template sampul duit raya yang sesuai mengikut saiz yang korang nak . Template sampul duit raya hangpa boleh search di google mahupun di pinterest . Macam CCL search template duit raya yang kosong di Pinterest . Kalau hangpa nak print sampul siap ada design pun banyak . Lena cari dan resize sendiri aje .
DESIGN
Lepas cari template sampul duit raya kosong , CCL mula mencari design-design yang berkaitan dengan Aidilfitri untuk dimasukkan dalam sampul duit raya yang kosong itu . Lepas siap design barulah CCL print atas kertas A4 biasa dahulu untuk menentukan saiz sampul . Takut juga print banyak-banyak nanti tak muat nak masukkan duit . Biar besar jangn kecil .
MATERIAL KERTAS
Tahun lepas CCL hanya menggunakan kertas A4 yang biasa . Printed colour atas tu . So tahun ni CCL custom made atas kertas brown / craft paper 120gsm . Boleh dapatkan di Shopee .Nampak macam cun jugak sampul macam ni . Tapi printednya hanya biasa sahaja bukan laser .
CUSTOM MADE SAMPUL DUIT RAYA
Apabila dah selesai semua step , so korang gunting la ikut template sampul yang korang print . Gunting dengan teliti dan gamkan dengan cantik . Jangan terlalu banyak gam nanti nampak comot .
Dah selesai . Cantik bukan .. Rasa best pulak custom made sampul duit raya ni . CCL suka benda-benda nak kena DIY macam ni . Minat sangat tau . So inilah reka bentuk sampul duit raya untuk tahun ni .
Next tahun depan mungkin design lain . Ada lagi saki baki sampul yang masih tak terisi duit . Boleh guna lagi .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2021/06/custom-made-sampul-duit-raya-2021.html