Cukuplah Melayu Bertelagah Berpecah


bebasnews.my
By Hassan Mohd Noor
-22/08/2024

KUALA LUMPUR — Cukup-cukuplah bangsa kita ini bertelagah, berpecah belah. Itu permintaan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh ketika menyampaikan ucapan dasar pada perhimpunan agung sayap itu di Dewan Merdeka, WTC hari ini.

Atas kesedaran ini, Pemuda UMNO menghulurkan tangan untuk mengajak ahli-ahli politik Melayu dari setiap parti politik, sama ada dalam UMNO mahupun di luar UMNO untuk sama-sama bergerak ke arah Penyatuan Melayu ini.

“Selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia, saya menyeru agar semua ahli politk Melayu, buang ego masing-masing. Kerana dalam soal permasalahan orang Melayu, kita berhadapan dengan isu yang lebih besar dan menekan,” katanya.

Beliau mengingatkan adalah menjadi kerugian yang besar, sekiranya kaum majoriti di negara ini dihimpit permasalahan yang gagal diselesaikan menerusi kesepakatan parti-parti politik.
“Kita terlibat dalam gelanggang politik ini adalah pilihan kita sendiri. Kita mahu berkhidmat kepada rakyat, bantu orang susah, bawa agenda bangsa, agama dan negara.

“Secara peribadi, saya memilih untuk bersama parti UMNO adalah kerana saya percaya, betapa UMNO adalah sebuah parti yang sangat-sangat memahami roh perjuangan untuk orang Melayu.

Atas didikan Rumah UMNO inilah, Pemuda UMNO yakin – permasalahan orang-orang Melayu hanya boleh diselesaikan menerusi kesepakatan orang-orang Melayu sendiri,” katanya.

Dr Akmal berkata, hakikatnya, orang Melayu sudah bosan dan jemu dengan skrip lama dalam dunia politik Melayu.

“Bila tak setuju, lari buat parti baharu. Bila tak sekepala, tikam sana, lompat sini. Bila yang bawah bagi teguran, kena cop khianat dan kuat melawan,” katanya.

Dalam ucapannya , beliau menarik perhatian mengenai kedudukan Melayu di mana kadar kemiskinan tegar di Malaysia mencatatkan masyarakat Melayu Bumiputera di kedudukan tertinggi iaitu 7.2 peratus manakala penguasaan korporat Bumiputera di Bursa Malaysia hanya 7 peratus dan dalam pasaran ekuiti, kurang dari 20 peratus.

“Kemudian, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Penjara Malaysia, setakat tahun 2020, sebanyak 69.7% jumlah banduan adalah terdiri daripada Melayu dan Bumiputera.

Belum lagi dihitung dalam isu pengangguran, keciciran pendidikan, pemilikan rumah – yang kita semua maklum, tanpa statistik dan angka sekalipun, kita tahu di mana kedudukan orang Melayu kita. Apatah lagi dalam bidang politik yang memaksa kita bersaing pula sesama Melayu,” katanya.

Beliau berkata, permasalahan yang dibangkitkan itu bukan masalah untuk difikirkan oleh UMNO sahaja, tetapi juga masalah yang perlu difikirkan oleh orang Melayu dalam PKR, Pas, Amanah, Bersatu bahkan juga orang Melayu dalam DAP.

“Rumah UMNO ini, sudah banyak menjadi saksi penyatuan orang Melayu. Ada yang bertelagah, rumah UMNO inilah tempat kembali bermuhasabah. Ada yang merajuk, rumah UMNO inilah tempat kembali berpujuk. Ada yang marah, kecewa dan geram, tetapi tradisi rumah UMNO ini bukannya menyimpan dendam.

“Kita boleh berbeza pendapat dalam berpolitik, tetapi dalam mencari jawapan kepada permasalah Melayu, Islam dan Raja-Raja, ayuh, bersatulah,” katanya.

— BebasNews

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/08/cukuplah-melayu-bertelagah-berpecah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Denial Syndrome Penyakit Orang Melayu

Denial Syndrome Penyakit Orang Melayu

papar berkaitan - pada 17/8/2024 - jumlah : 323 hits
Denial syndrome penyakit orang Melayu ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be lBD gTZpah4 src in org https www youtube com embed lBD gTZpah4 wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube com embed l...
Penggunaan Istilah Feudalisme Melayu Oleh Syed Hussein Alatas

Penggunaan Istilah Feudalisme Melayu Oleh Syed Hussein Alatas

papar berkaitan - pada 15/8/2024 - jumlah : 243 hits
PENGGUNAAN ISTILAH FEUDALISME MELAYU OLEH SYED HUSSEIN ALATASULASAN JURNAL Syed Hussein Alatas Pemikiran Kolonial dan Gagasan Feudalisme Melayu Terbitan Jurnal Akademika Universiti Kebangsaan Malaysia Penulis Dr Azmi Arifin Tahun 2012 Pengu...
Kerja Sukareela Nak Tolong Melayu Pun Kwsp Tak Potong

Kerja Sukareela Nak Tolong Melayu Pun Kwsp Tak Potong

papar berkaitan - pada 14/8/2024 - jumlah : 113 hits
Sungguh kan Harakahdaily Tak macam guru Jasa tak besar mana sebab Sebab tu bayar gaji pun je Guane boh Raja Gelap II
Abata Perjuangan Parti Politik Melayu

Abata Perjuangan Parti Politik Melayu

papar berkaitan - pada 18/8/2024 - jumlah : 126 hits
ABATA perjuangan parti politik Melayu ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be BteaAAWzwVk src in org https www youtube com embed BteaAAWzwVk wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube com embed B...
Pn Biadap Terhadap Raja Raja Melayu

Pn Biadap Terhadap Raja Raja Melayu

papar berkaitan - pada 19/8/2024 - jumlah : 127 hits
Istana Pahang murka terhadap Muhyiddin Istana Selangor murka terhadap Sanusi Sebab tak chukop jumeloh PN biadab dengan Raja Raja Melayu
Umno Tegas Dalam Isu Komik Tak Akan Gadai Agenda Melayu Dan Islam

Umno Tegas Dalam Isu Komik Tak Akan Gadai Agenda Melayu Dan Islam

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 149 hits
Agenda membabitkan Melayu dan Islam yang diperjuangkan UMNO selama ini tidak akan tergadai sama sekali dengan pembatalan Perintah Larangan komik berjudul Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama tulisan bekas ahli DAP Hew Kuan Yau o...
Kalau Orang Melayu Tak Hormat Raja Melayu Bangza Lain Pandang Macamana

Kalau Orang Melayu Tak Hormat Raja Melayu Bangza Lain Pandang Macamana

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 207 hits
Hahahahahahaha Dia akan nak bagi nampak Bukan tak boleh baca cara manusia hipokrit berpolitik Guane boh Raja Gelap II
Apa Yang Orang Melayu Kena Tahu Tentang Jiwa Anwar Anwar Bukan Hanya Selamatkan Karier M Nasir

Apa Yang Orang Melayu Kena Tahu Tentang Jiwa Anwar Anwar Bukan Hanya Selamatkan Karier M Nasir

papar berkaitan - pada 13/8/2024 - jumlah : 195 hits
Apa yang orang Melayu kena tahu tentang jiwa Anwar ANWAR BUKAN HANYA SELAMATKAN KARIER M NASIR Banyak cerita sebenarnya bagaimana Anwar telah menyelamatkan atau membantu ramai pihak Tapi Anwar jenis org yg tidak mahu menghebahkan bentuk ban...
Statistik Orang Melayu Paling Ramai Lahirkan Bayi

Statistik Orang Melayu Paling Ramai Lahirkan Bayi

papar berkaitan - pada 13/8/2024 - jumlah : 120 hits
BERNAMAPutrajaya Jumlah kelahiran hidup merekodkan penurunan sebanyak 10 2 peratus iaitu 100 732 kelahiran pada suku kedua tahun ini berbanding 112 197 kelahiran pada tempoh sama tahun lalu Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Jn 1 Covid 19 Subvariant Poses No Significant Health Threat Says Ministry

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya

F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

How The Hanseatic League Shaped Early European Trade

Sayang Solat Dah Ke 2 Tahun Pjj Wanita Dedah Housemate Suami Adalah Isteri Orang Perbualan Whatsapp Jadi Tumpuan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


How To Read Pilot Stripes Dan Kisah Kemalangan Air India

Hari Lautan Sedunia Siapa Sangka Tanah Mati Ini Sebenarnya Menyimpan Ubat Masa Depan

Lobster Masak Cili

Rezeki Melimpah Usia Panjang Dengan Silaturrahim

Resipi Sup Daging Ala Thai Paling Senang Tanpa Rempah Sup Bunjut

Pagar Makan Tanaman Hijau Daun