Cukup Sebulan Pemergian Arwah Tokwan


  

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

CUKUP SEBULAN PEMERGIAN ARWAH TOKWAN Hari ni 30 Julai 2021, sudah cukup sebulan pemergian arwah tokwan CCL. Rindunya pada arwah tokwan memang akan selalu terpahat pada hati CCL, memandangkan CCL memang sangat rapat dari kecil lagi sehinggalah arwah tokwan hembuskan nafas terakhir . Bila dapat berita yang menyedihkan itu memang CCL rasa sedih teramat sangat . Lagi-lagi apabila jenazah siap dikafan kan, CCL tatap muka arwah tokwan dengan sepenuhnya seakan tidak percaya akan pemergian tokwan .




Ziarah kubur arwah tokwan selepas sebulan pemergian

Untuk pengetahuan semua tokwan CCL meninggal disebabkan saluran pendarahan utama di bahagian bocor dan berlaku pendarahan yang banyak dalam perut . Arwah tokwan selalu mangadu sakit perut, kadang-kadang ok , kadang tak ok . Pernah juga mak saudara bawa tokwan pergi check up di klinik, tapi dokter hanya cakap sakit perut biasa . Sehinggalah pada satu malam, sakit perut tokwan memang tak tertahan sangat-sangat beliau minta anaknya , iaitu pak saudara CCL sendiri (pakngah) minta bawanya ke Hospital Tunku Fauziah,Kangar (HTF) . Tokwan CCL tinggal di Kodiang, Kedah, begitu juga dengan mak saudara (maklang) dan juga pak saudara (pakngah) . Memandangkan HTF yang paling dekat so tokwan dibawa kesana dengan segera ke bahagian kecemasan . 

Setelah masuk bahagian kecemasan untuk check up seluruh badan tokwan, tokwan kena admit di wad selama dua hari . Dokter bagitahu sakit perut tokwan bukan biasa-biasa, saluran darah utama bahagian perut dah bocor . Tapi doktor dah suntik dengan gel supaya bahagian bocor itu tertampung untuk sementara waktu . Saluran darah utama di bahagian perut tokwan yang bocor perlu dilakukan pembedahan kecil, memandang HTF tak ada doktor yang pakar so HTF akan hantar tokwan melakukan pembedahan di Hospital Kuala Lumpur. Tapi malangnya, doktor di Hospital Kuala Lumpur tidak dapat terima pesakit memandangkan keadaan covid-19 di sana amat tinggi dan amat membimbangkan . So pembedahan tergendala, doktor pun bagi nasihat kebocoran tersebut tak banyak dan amat sikit so boleh bertahan sehingga pembedahan dilakukan . 





Keadaan arwah tokwan selepas discharge.stay seminggu dirumah dengan family CCL



Selepas dua malam tokwan bermalam di HTF, akhirnya tokwan dapat juga discharge, tapi tak balik Kodiang, tokwan tinggal dengan family CCL di Perlis . Memandangkan jarak rumah CCL dan HTF sangat dekat , so kalau jadi apa-apa senang nak uruskan . Selama seminggu tokwan dirumah alhamdulillah tokwan nampak sihat, kadang-kadang dia cakap berasa tak selesa bahagian ari-ari . Kadang-kadang ok . Kadang berselera makan, kadan tokwan cakap tak boleh makan banyak , nanti sakit perut . Tokwan nampak sihat tapi diri sendiri yang tanggung tokwan sendiri yang tahu.


Gambar terakhir bersama arwah tokwan sebelum tokwan balik rumanya .
 
Selepas seminggu, tokwan tingggal bersama family CCL, selepas selesai urusan medical check-out di HTF, khabarnya tokwan nak balik ke rumahnya di Kodiang. Katanya dah terlalu lama tinggal sini . Seminggu . Tokwan rindu padi, rindu ayam-ayam kat rumah . Hari isnin petang tokwan gerak,balik rumahnya . Sebelum balik sempat familly CCL bergambar dengan tokwan . Tarikh 28 Jun 2021 CCL tak akan lupa sampai bila-bila, itu hari terakhir CCL spend time bersama arwah tokwan, hari terakhir CCL salam, peluk cium arwah tokwan, hari terakhir CCL bergelak ketawa dengan arwah tokwan , dan juga merupakan lambaian terakhir cucu-cucu kepada tokwan dan juga lambaian terakhir tokwan kepada cucu-cucu . Memang tak dapat dijangka keadaan sebegini 

Malam selasa selepas selesai solat isyak , tokwan mengadu sakit perut datang lagi, kali ini sakit sangat-sangat, segera tokwan dihantar ke HTF semula, tokwan ditolak terus masuk ke zone merah , khabarnya saluran darah utama tokwan yang bocor hari tu dah pecah dalam perut , dokter supaya upaya membantu untuk menutup semula kebocoran tetapi gagal . Setelah doktor suntik semula gel, tokwan tak dapat bertahan dengan lama . Sebelum tokwan hembus nafas terakhir sempat dia menatap anak cucu menantunya . 


Selesai solat jenazah, dalam perjalanan bawa arwah tokwan ke tanah perkuburan

Tepat hari Rabu 30 Jun 2021 pada jam 1.30pagi arwah tokwan hembus nafas terakhir.Tokwan pergi dengan keadaan yang tenang, degupan jantung dan penafasan turun dengan tenang sahaja . Allah ambil arwah tokwan dalam keadaan yang tenang . CCL sebagai cucunya redha dengan pemergian arwah tokwan . 






Arwah tokwan selamat dikebumikan di tanah perkuburan bersebelahan kampung di Kodiang kedah, urusan mandian jenazah semua diuruskan oleh pihak hospital . Jenazah arwah tokwan disembahyangkan di rumah arwah tokwan pada jam 11pagi dan selesai urusan semua pada jam 12 tengahari

Al-fatihah untuk arwah tokwan 
Haji Ismail bin Sudin 
27 Julai 1950 - 30 June 2021


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2021/07/cukup-sebulan-pemergian-arwah-tokwan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banyak Katak Dijangka Melompat Dalam Tempoh Sebulan

Banyak Katak Dijangka Melompat Dalam Tempoh Sebulan

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 212 hits
Banyak katak melompat dalam tempoh sebulan Suasana politik negara bakal menyaksikan aksi lompat melompat parti oleh para ahli Parlimen dalam tempoh sebulan ini sehingga Parlimen dibuka Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong mendakwa peng...
Baru Sebulan Bapa Irwansyah Meninggal Kini Ibunya Juga Pergi Kerana Covid 19

Baru Sebulan Bapa Irwansyah Meninggal Kini Ibunya Juga Pergi Kerana Covid 19

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 234 hits
Kes pandemik Covid 19 di sekitar Asia Tenggara sejak kebelakangan ini menunjukkan peningkatan apabila beberapa buah negara telah melakukan semula total lockdown seperti Malaysia Indonesia dan Thailand Sudah ramai yang nbsp dijangkiti pandem...
Belum Sebulan Dilantik Tpm Ismail Sabri Bakal Dilantik Pm Interim

Belum Sebulan Dilantik Tpm Ismail Sabri Bakal Dilantik Pm Interim

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 225 hits
freemalaysiatoday com July 31 2021 3 15 PMDifahamkan Muhyiddin sebelum ini dinasihati untuk tidak meletak jawatan susulan kontroversi pembatalan ordinan darurat tanpa perkenan Istana Negara PETALING JAYA Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabr...
Sindiket Judi Kaut Untung Rm700 000 Sebulan Tumpas 19 Ditahan

Sindiket Judi Kaut Untung Rm700 000 Sebulan Tumpas 19 Ditahan

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 301 hits
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Amihizam Abdul Shukor berkata sindiket itu beroperasi sejak dua bulan lalu dan 11 daripada suspek ditahan adalah warga asing PETALING JAYA Satu sindiket perjudian dalam talian yang menyasarkan pelangg...
Dah Hampir Sebulan Bayang Rumah Ppr Pun Tak Nampak Lagi

Dah Hampir Sebulan Bayang Rumah Ppr Pun Tak Nampak Lagi

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 261 hits
Bulan lalu pemain dram Caliph Buskers Fendy Adlun meminta bantuan rumah m4mpu milik daripada pihak berwajib kerana tidak m4mpu membayar sewa yang mahal berikutan duit simpanan hampir habis digunakan Terbaru Fendy memaklumkan sudah hampir se...
Cukup Menu Ini Yang Membuat Tambah Selera

Cukup Menu Ini Yang Membuat Tambah Selera

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 301 hits
Assalammualaikum w b t Nikmat Sambal Cili Api Sotong Bersama Petai Nama menu pun boleh buat kita terliur kan lagi lagi ada pulak tambahan telur mata Cukup enak dijadikan menu yang simple makan pulak dengan nasi putih panas panas Tak perlu m...
Suami Pelik Kenapa Isteri Selalu Cepat Marah Periksa Dulu Isteri Cukup Tidur Atau Tidak

Suami Pelik Kenapa Isteri Selalu Cepat Marah Periksa Dulu Isteri Cukup Tidur Atau Tidak

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 317 hits
Benarlah kata orang happy wife happy life Kesan dari isteri yang terlampau penat menjadikan isteri kita murung malah tidak dapat menikmati hidupnya dengan baik Bukan hanya isteri bahkan seisi keluarga akan turut merasa kesannya jika orang k...
Gunakan Tempoh Sebulan Untuk Stabilkan Negara Kata Menteri Ekonomi

Gunakan Tempoh Sebulan Untuk Stabilkan Negara Kata Menteri Ekonomi

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 164 hits
AGENDA DAILY Semua pihak digesa bersatu padu untuk mengembalikan kestabilan negara bagi memastikan iklim pelaburan negara lebih kukuh Semua pihak termasuk ahli ahli politik tanpa mengira latar belakang parti perlu menggunakan tempoh sebulan...
Hartal Doktor Kontrak Bukan Doktor Yang Baru Kontrak Sebulan Dua

Hartal Doktor Kontrak Bukan Doktor Yang Baru Kontrak Sebulan Dua

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 324 hits
HARTAL DOKTOR KONTRAK BUKAN DOKTOR YANG BARU KONTRAK SEBULAN DUA Kecoh juga kan kisah HARTAL DOKTOR KONTRAK mereka ni BUKAN DOKTOR YANG BARU KONTRAK SEBULAN DUA Teringat kisah mummy yang pernah dapat offer untuk berkhidmat di sektor kerajaa...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults