Hartal Doktor Kontrak Bukan Doktor Yang Baru Kontrak Sebulan Dua


HARTAL DOKTOR KONTRAK BUKAN DOKTOR YANG BARU KONTRAK SEBULAN DUA - Kecoh juga kan, kisah HARTAL DOKTOR KONTRAK , mereka ni BUKAN DOKTOR YANG BARU KONTRAK SEBULAN DUA.
Teringat kisah mummy yang pernah dapat offer untuk berkhidmat di sektor kerajaan. Memanglah ramai yang mengatakan, kontrak dulu nanti lelama seraplah permanent ! Tapi kan, kalau department tu memang tiada post untuk permanent. Department tu sendiri merupakan temporary department. Secara logiknya, dah tentulah , tiada post untuk permanent di situ, kan. Kisah ini , berlainan dengan hartal doktor kontrak. Tapi, kisah kontrak di jabatan kerajaan jugalah.
HARTAL DOKTOR KONTRAK BUKAN DOKTOR YANG BARU KONTRAK SEBULAN DUA

Kisah HARTAL DOKTOR KONTRAK BUKAN DOKTOR YANG BARU KONTRAK SEBULAN DUA. Sedih memang sedih. Siapa yang nak kerja lelama di jawatan kontrak. Patutlah ramai kelulusan doktor suka berkhidmat di negara orang sana. Sorry to say !
Kalau mummy dah 10 tahun pun kontrak, mummy sendiri pun can cin cau ! Hehehe.
Berbalik ksiah doktor kontrak ini. Mummy terbaca satu sharing seperti di bawah ini (maaf link asal tak di jumpai). Antara intipatinya :-
Yang tak tahu tentang Hartal Doktor Kontrak yang berlaku hari ini, meh saya cerita sikit


1. Selepas SPM - Degree dalam bidang perubatan, minima 6 tahun


2. Doktor pelatih (HO) - Minima 2 tahun

3. Doktor Junior (MO) - Bermula tahun 2016, kerajaan menetapkan semua doktor selepas tamat HO menjadi doktor kontrak selama 2 tahun


4. Specialist / sub specialist - minima perlu ada Masters

Kenapa doktor² kontrak buat hartal hari ini? Doktor kontrak nak minta jadikan permanent

Sebab doktor kontrak tak boleh pinjam loan kerajaan dan tak boleh sambung studies full time. Jadi, kalau mereka nak jadi specialist, apa cara untuk sambung belajar? Resign dan biaya sendiri? Hohoho.. tak ramai doktor junior ni yang datang dari keluarga kaya, yang boleh resign sesuka hati sebab duit banyak. Kebanyakan macam kita² je atau mungkin dari keluarga yang lebih susah dari kita. Resign dan pinjam loan bank? Habis tu, masa jadi fulltime student ni, gaji takde ni, nak makan apa? Buatlah part time? Bidang medik tak boleh buat part time


Kenapa buat hartal sekarang di kala pandemik
Sebab doktor pelatih tak dibenarkan jaga pesakit Covid. Yang boleh jaga ialah doktor junior dan level lebih senior. Korang pun tengok kes semakin naik, kan? Beban semakin banyak. Ada yang tak tahan. Ramai doktor kontrak resign. Nak resign dari kontrak, senang. Notis berhenti kerja pun lebih pendek dari permanent. Bila ada doktor resign, beban kerja jadi berganda² banyaknya


Senario dalam hospital, bila ada kes kritikal, doktor junior perlu refer kepada specialist
Pernah fikir ke, kalau semua doktor tersangkut kat kontrak, siapa yang akan gantikan specialist yang sedia ada nanti


Semalam DG KKM kata kerajaan setuju untuk sambung kontrak lagi 2 tahun. Nak buat Masters dan PhD tak cukup 2 tahun. Nak dapat tempat pun susah kalau masih status kontrak


Kenapa tak buat hartal masa kerajaan Tun M
Maaf cakap. Ini soalan bodoh


Hmm.. apa lagi soalan? Oh ya ada terbaca komen netizen, untunglah doktor masih ada kerja. Ramai lagi yang takde kerja kat luar sana
Maaf cakap. Komen ni sama bodoh dengan pengkomennya


Oi.. jangan bimbang. Masa buat mogok, mereka masih berpegang kepada ikrar kedoktoran mereka. Do no harm to your patients. Polis pun ada untuk jaga supaya hartal ni tak lama dan meleraikan reporters yang tak ikut SOP. Hartal ni juga disokong oleh specialist dan ketua jabatan masing². Mereka dah buatkan jadual supaya operasi hospital tak terganggu semasa hartal. Senior² ni setiap hari melihat kematian. Mereka tahu mereka pun takkan hidup selama²nya. Itu sebab mereka kena ada pengganti. Doktor² kontrak ni lah yang akan ganti tempat mereka. Tapi dah sangkut nak sambung study pun tak boleh, masa depan pun tak tahu stay ke tidak, tang mana nak jadi penggantinya


Siapa² yang kecam doktor buat hartal, pesan saya, nanti sakit jangan pi hospital, ya. Kemungkinan itu ada di mana anda akan dirawat oleh doktor kontrak yang anda kecam


Edited: Yang hartal bukan doktor yg baru kontrak sebulan dua. Ada yang sejak 2016 masih kontrak. Katanya umur 43 dah tak boleh further studies dalam Medicine. So, you do the math


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azlindaalin.com/2021/07/hartal-doktor-kontrak-bukan-doktor-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hartal Doktor Kontrak Kronologi Lantikan Pegawai Perubatan Kontrak

Hartal Doktor Kontrak Kronologi Lantikan Pegawai Perubatan Kontrak

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 283 hits
Hartal Doktor Kontrak memastikan ada doktor ganti yang bertugas sebelum mereka bergerak keluar selain sedia kembali bertugas jika timbul keperluan Gambar ASTRO AWANI SHAHIR OMAR KUALA LUMPUR Semalam sektor perubatan negara menjadi tumpuan s...
Hartal Doktor Kontrak Supporters Organise Silent Demonstration At Raja Permaisuri Bainun Hospital

Hartal Doktor Kontrak Supporters Organise Silent Demonstration At Raja Permaisuri Bainun Hospital

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 283 hits
IPOH A group of 30 people believed to be doctors stood at the main entrance of the Raja Permaisuri Bainun Hospital Dressed in black the group were believed to be part of the nationwide strike by a group of contract doctors called Hartal Dok...
Polis Akan Ambil Keterangan Doktor Kontrak Sertai Hartal

Polis Akan Ambil Keterangan Doktor Kontrak Sertai Hartal

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 339 hits
Polis akan ambil keterangan doktor kontrak sertai hartal Beberapa doktor kontrak yang mengambil bahagian dalam mogok hari ini dimaklumkan bahawa mereka akan dipanggil oleh polis untuk merakam kenyataan tidak lama lagi Jurucakap Gerakan Hart...
Doktor Kontrak Hartal Pada 26 Julai Hanyalah Permulaan

Doktor Kontrak Hartal Pada 26 Julai Hanyalah Permulaan

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 310 hits
Hartal Doktor Kontrak yang berlangsung pada 26 Julai ini hanyalah permulaan dan lebih banyak dilakukan sekiranya isu tersebut masih tidak lagi selesai Jurucakap Gerakan Doktor Doktor Kontrak Malaysia Dr Umar Baraka berkata tidak mustahil pi...
Khidmat Doktor Kontrak Dilanjut Dua Tahun Kemudahan Dan Faedah Ditambah Baik

Khidmat Doktor Kontrak Dilanjut Dua Tahun Kemudahan Dan Faedah Ditambah Baik

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 357 hits
Foto hiasan KUALA LUMPUR Pegawai Perubatan Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi lantikan kontrak akan ditawarkan pelantikan secara kontrak untuk tempoh dua tahun selepas melengkapkan tempoh khidmat wajib Menurut Perdana Menteri Tan Sri Muh...
Tiada Hartal Doktor Kontrak Di Hrpz Ll

Tiada Hartal Doktor Kontrak Di Hrpz Ll

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 184 hits
Oleh AIN MANAF KOTA BHARU Tiada Hartal Doktor Kontrak berlaku di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini seperti yang dinyatakan sebelum ini untuk mengadakan mogok secara aman Bagaimanapun Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan Dato Dr Zaini ...
Doktor Kontrak Mahu Tubuh Kesatuan Sekerja Beri Amaran Hartal 2 0

Doktor Kontrak Mahu Tubuh Kesatuan Sekerja Beri Amaran Hartal 2 0

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 178 hits
July 30 2021 Doktor kontrak yang menyertai mogok baru baru ini PETALING JAYA Gerakan Hartal Doktor Kontrak dalam perancangan menubuhkan kesatuan sekerja untuk doktor junior demi komunikasi lebih baik dan memperjuangkan pembaharuan Jurucakap...
Umno Seru Serap Doktor Kontrak Buat Buat Lupa Ke Mat Hassan

Umno Seru Serap Doktor Kontrak Buat Buat Lupa Ke Mat Hassan

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 288 hits
Mengulas mengenai hartal Doktor Kontrak Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan menganggapnya sebagai hak doktor doktor kontrak terbabit untuk bersuara dan menunjuk rasa Tapi bila dia berkata Tetapi semasa negara menghadapi krisis kesihatan in...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Resipi Cheese Tart

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu