Cukup Lah


 
Cukuplah…

Kita perlu memperakui bahawa kemungkinan besar berlakunya isu kontroversi berkenaan tatacara pemakaian ini terjadi kerana wujudnya polisi yang mengasingkan kita antara satu sama lain

By

 Rom Nain

 -

26 Dec 2023

 Get Views


















Seorang lelaki diberhentikan oleh pihak keselamatan di Majlis Perbandaran Kuala Selangor dan diarah memakai kain sarung bagi menutup seluar pendeknya yang tidaklah terlalu singkat itu sebelum dibenarkan masuk ke premis dan meneruskan urusannya.

Seorang lelaki tua yang ingin melawat saudaranya yang dirawat di hospital awam Pulau Pinang pula dilarang masuk kerana beliau juga memakai seluar pendek.

Seorang wanita pula dikejarkan ke hospital awam, kali ini di Perak, kerana mengalami sakit perut yang teruk ketika bermain badminton. Beliau dilarang masuk kerana memakai seluar pendek yang barangkali dipakainya kerana beliau terus dikejarkan ke sana sejurus selepas beliau sedang bermain badminton. Ia merupakan kes kecemasan.

Semua kejadian ini berlaku dalam masa beberapa bulan, pada tahun lalu.

Malah, di banyak premis awam, seperti peristiwa di bangunan Majlis Perbandaran Kuala Selangor, poster di pintu masuknya menggambarkan bentuk pakaian yang ‘betul’ yang mesti dipakai pelawat serta pelanggan untuk dibenarkan masuk dan diberikan perkhidmatan.

Kita jarang sekali, jika pun pernah, diberitahu siapa yang membuat peraturan ini. Kita dibiarkan untuk terus tercengang dan bingung siapalah yang berperangai semacam Hitler itu.

Kejadian ini tetap berterusan walaupun selepas para menteri, seperti menteri kesihatan kita sekarang, mencelah masuk dan dengan tepat mengatakan bahawa berkhidmat kepada rakyat harus menjadi keutamaan – bukan membuang tabiat untuk menjadi ‘penjaga moral’ yang tidak layak dan menjijikkan. Apa lagi dengan melantik diri sendiri untuk berbuat demikian.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran

·         Become an Aliran member

Tel: 04-658 5251 email: [email protected]

Kita sering tidak dapat mengelak daripada merasakan bahawa walaupun ada pemimpin kita, malah menteri, menghukum mereka, orang jahat sebegini akan sering merasa dilindungi.

Namun penjaga moral ini seolah-olah hanya memekakkan telinga terhadap komen para menteri atau bantahan awam itu. Apa yang berlaku adalah seolah-olah mereka itulah undang-undang; mereka percaya mereka boleh meneruskan apa yang mereka lakukan kerana tiada tindakan berat akan diambil terhadap mereka. Mereka tahu kemungkinan untuk dikenakan hukuman itu cukup kecil sekali. Dan seringkali, mereka akan dikira berada di pihak yang betul.



READ MORE:  This must stop...

 

‘Pemimpin’ ini juga nampaknya tidak mahu menanggapi bahawa ini adalah satu trend – dan ia telah berlaku sejak sekian lama sekarang – yang mencerminkan sikap tidak bertoleransi kita yang semakin meningkat dan sesuatu yang disengajakan untuk mengenakan peraturan yang tidak demokratik dan prejudis terhadap orang yang biasanya mematuhi undang-undang.

Tiada apa-apa yang tidak bersalah atau tidak disengajakan dalam hal ini. Tidak ada apa-apa yang perlu dileluconkan tentang mereka, seperti yang cuba dijelaskan oleh sesetengah orang liberal.

Para Hitler kecil ini serta tindakan mereka itu langsung tidak lucu. Apa yang mereka lakukan tidak boleh diterima, walau dengan berat hati, untuk kita ‘menerimanya seperti biasa’. Tiada apa-apa yang terjadi sendiri, dibiasakan atau boleh diterima dalam semua hal ini.

Sikap tidak bertolak ansur, prejudis, ketaksuban, perkauman – dalam apa jua bentuk – mesti diberikan perhatian, para mangsa perlu diberi sokongan, dan pesalah dan pelakunya perlu ditegur dan sebaiknya dihukum.

Kita tidak boleh, di sebelah pihak, bercakap tentang bahaya menggunapakai isu “tiga R” (isu kaum, royalti, agama) sewenangnya, namun membenarkan kes ketaksuban yang jelas – malah halus dan dijalankan secara tersusun ini – berterusan.

Seperti juga dalam soal memerangi rasuah, malangnya banyak yang cakap tapi tak serupa bikin. Kita mesti cakap serupa bikin.

Kita perlu menangani bahawa kemungkinan besar bahawa keadaan menyedihkan sekarang ini berlaku kerana dasar pengasingan – seperti memisahkan etnik Melayu-Islam di Malaysia daripada kumpulan etnik lain di negara ini melalui dasar pendidikan dan perumahan.

Tiada apa-apa yang berlaku secara spontan, secara semula jadi. Kita – atau lebih tepatnya pemimpin yang membentuk dasar ini – juga mewujudkan komuniti ini dengan pemikiran tertentu yang ‘dipelajari’ dari buaian hingga ke liang lahad. Dan kemudian diturunkan kepada generasi berikutnya – melalui pendidikan formal, melalui indoktrinasi agama tertentu, dan dek kerana hidup berasingan daripada orang lain di Malaysia.



READ MORE:  Man in shorts made to wear sarong before entering municipal council office

 

Dalam pada waktu sama, negara merudum, ekonomi terjejas dan kita semakin ketinggalan sebagai sebuah negara bertamadun.

Kita perlu memecahkan kitaran ganas yang memisahkan dan  membakar api kebencian ini. Kita tidak boleh menyerahkan bulat-bulat kepada pemimpin yang memulakan semua ini untuk kemudiannya menamatkan semua api kebencian ini. Mereka, kecuali beberapa yang lainnya, pastinya ingin memanfaatkan perseteruan yang wujud selama ini.

Terpulang kepada kitalah untuk mengatakan cukuplah dan semua ini mesti dihentikan!

Rom Nain
Editor bersama, surat berita Aliran
21 Disember 2023

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/12/cukup-lah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Shorts Love You Lah Amelia

Shorts Love You Lah Amelia

papar berkaitan - pada 22/12/2023 - jumlah : 154 hits
Shorts Subscribe Astro MeleTOP http bit ly ytmeletop Episod penuh MeleTOP di Astro Go http bit ly meletophd
Anthony Loke Why Dont You Carry The Containers On Your Back And Send It Somewhere Lah

Anthony Loke Why Dont You Carry The Containers On Your Back And Send It Somewhere Lah

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 275 hits
First here is some silly news 4 000 shipping containers stranded at Port Klang following madani decision to prohibit Israel shipping company ZIM madani announced decision to block ZIM from docking at M sian ports madani confident decision w...
Perak Tunaikan Hasrat Besar Yusri Che Lah

Perak Tunaikan Hasrat Besar Yusri Che Lah

papar berkaitan - pada 22/12/2023 - jumlah : 207 hits
Persediaan Yusri Che lah membentuk pasukan baharu untuk musim hadapan kini disambut baik pihak pengurusan Perak Ketua jurulatih Perak Yusri Che Lah pastinya sudah mempunyai perancangan tersendiri dan kini Perak sudah memulakan rundingan unt...
Ok Lah Tak Apa

Ok Lah Tak Apa

papar berkaitan - pada 24/12/2023 - jumlah : 89 hits
Wang XiangKAN KAN Ana dah cakap akan keluor dalil baru Madanon aje tak sabor2 tak mau tabayyun Tunggu lepas ada lagi dalil mau keluar
Selagi Boi Ada Disebelah Baba Lah Lelaki Paling Bahagia Sharnaaz Ahmad

Selagi Boi Ada Disebelah Baba Lah Lelaki Paling Bahagia Sharnaaz Ahmad

papar berkaitan - pada 26/12/2023 - jumlah : 112 hits
Biarpun cukup terkenal dengan watak antagonisnya ketika di layar perak namun sikap penyayang yang ditunjukkan pelakon Sharnaaz Ahmad cukup ketara Bapa penyayang ini sempat membingkis ucapan paling manis buat anaknya Jebat Jayden selepas sam...
Day 9 Suka Berangan Tentang Apa Share Lah

Day 9 Suka Berangan Tentang Apa Share Lah

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 257 hits
nbsp Day 9 Suka berangan tentang apa share lah Kalau korang nak tahu nieyl seorang yang suka berangan Sebab berangan itu percuma jadi tak perlu nak bayar pun jadi berangan je la yang mampu tapi kalau berangan itu boleh jadi kenyataan alangk...
Dakwa Ja Lah

Dakwa Ja Lah

papar berkaitan - pada 15/12/2023 - jumlah : 127 hits
DAH susah payah polis KUTIP utk siasatan Bila dah lengkap dan diserahkan pd AG tu kita harap berlakulah pendakwaan Jangan dah bebas jenis PNghasut ni habis camtu je Apadia
Pak Lah Pernah Jadi Menteri Luar Tetapi Tetap Popular Dalam Umno

Pak Lah Pernah Jadi Menteri Luar Tetapi Tetap Popular Dalam Umno

papar berkaitan - pada 14/12/2023 - jumlah : 223 hits
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi menafikan dakwaan Bersatu yang kononnya keputusan meletakkan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan di Kementerian Luar Negeri sebagai bertujuan untuk melemahkan pemimpin Umno itu Sebaliknya...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco