Cuepacscare Cuepacspa Perlindungan Untuk Penjawat Awam


Baru-baru ini saya ada mendengar taklimat berkenaan program perlindungan takaful yang diperkenalkan oleh Cuepacs khas untuk penjawat awam, iaitu CuepacsCare dan juga Cuepacs PA.
Saya rasa rugi pula jika tidak berkongsikan kedua-dua program ini kepada para pembaca Jom Urus Duit.
Memang program yang baik.
Jom kita selami lebih lanjut berkenaan kedua-dua program ini.
CuepacsCare
Bagi penjawat awam, salah satu keistimewaan yang dinikmati mereka adalah caj rawatan percuma di semua hospital dan klinik kerajaan.
Bukan sahaja untuk diri mereka, malah untuk pasangan dan juga ahli keluarga seperti ibu, bapa dan anak-anak.
Walaubagaimanapun, bukan semuanya percuma.
Ada juga bayaran dikenakan bagi rawatan tertentu, terutamanya apabila melibatkan pemasangan alatan contohnya seperti implant dan plate.
Dan bayarannya juga tidaklah murah.
Mungkin boleh claim dengan Jabatan perkhidmatan Awam, namun tempohnya boleh mengambil masa dan terpaksa gunakan duit sendiri dulu.
Jika tidak, rawatan mungkin tertangguh.
Di samping itu, apabila mendapatkan khidmat rawatan di hospital atau klinik kerajaan, kadang-kadang akan memerlukan tempoh yang lama sebelum rawatan diperoleh.
Maklumlah, perlu masuk queue yang panjang.
Contohnya, jika kena serangan jantung, perlu buat echocardiogram untuk tahu keadaan sebenar jantung.
Tetapi, jika di fasiliti kerajaan, bagi kes biasa, perlu tunggu antara setengah hingga setahun baru boleh jalani prosedur ini.
Untuk dapatkan rawatan segera, mendapatkan khidmat rawatan di hospital atau klinik swasta adalah pilihan lebih baik, namun memerlukan kos yang tinggi pula.
Atas sebab-sebab seperti inilah, amat digalakkan bagi kakitangan kerajaan untuk mempunyai kad perubatan sebagai back up.
Mungkin bagi sesetengah penjawat awam, nak dapatkan kad perubatan daripada penyedia takaful sedia ada, kosnya tidak dapat ditanggung.
Atas sebab inilah, Cuepacs memperkenalkan CuepacsCare bagi membolehkan penjawat awam mempunyai kad perubatan yang bernilai sederhana dengan manfaat yang menarik.
Ringkasnya, CuepacsCare adalah program takaful perlindungan penghospitalan dan pembedahan yang akan membayar kos rawatan sebelum, semasa dan selepas penghospitalan mengikut kadar dan syarat tertentu.
Untuk mudahkan kefahaman penjawat awam, fungsinya hampir sama seperti GL, cumanya yang ini boleh digunakan di hospital atau klinik swasta dan penjawat awam perlu buat bayaran caruman bulanan.
Antara kelebihan CuepacsCare adalah:
#1 Melindungi seisi keluarga
CuepacsCare ada 2 pelan; pelan individu dan pelan keluarga.
Pelan individu memberi perlindungan kepada ahli daripada umur 18 tahun sehingga 60 tahun dan pembaharuan akan dilanjutkan sehingga umur 70 tahun.
Pelan keluarga pula memberi perlindungan kepada ahli, pasangan dan semua anak (bilangan anak TIADA HAD).
Had umur anak dari 30 hari sehingga 18 tahun dan perlindungan akan dilanjutkan sehingga 23 tahun jika belum berkahwin dan masih belajar sepenuh masa.
Bagi saya, tawaran bilangan anak tiada had itu yang menarik, kerana kalau dengan syarikat pengendali takaful, biasanya bilangan anak dihadkan.
#2 Mudah digunakan
Pencarum CuepacsCare akan diberikan Kad CuepacsCare yang mana boleh digunakan secara terus di lebih 70 panel hospital pakar swasta seluruh Malaysia.
Jika menerima rawatan di mana-mana hospital panel, hanya perlu tunjukkan kad tersebut untuk mendapatkan surat jaminan (GL).
#3 Manfaat komprehensif
CuepacsCare memberi perlindungan ke atas kos rawatan dari pra penghospitalan, penghospitalan dan rawatan susulan sehingga tempoh 30 hari.
Malah, jenis rawatan yang dilindungi adalah kemalangan, pembedahan, rawatan dialisis, kanser dan penyakit.
Dari segi had perlindungan pula, adalah seperti berikut:

Skop perlindungan pula adalah seperti berikut:

#4 Mampu dimiliki
Kadar sumbangan yang dikenakan adalah mampu dimiliki, iaitu seperti berikut:

#5 Mudah disertai
CuepacsCare boleh disertai oleh semua penjawat awam berumur antara 18 hingga 60 tahun, dan pembaharuan akan dilanjutkan sehingga umur 70 tahun.
Maksudnya, kalau ambil pada umur 50 tahun, walaupun pencen pada umur 58 tahun, perlindungan masih boleh diteruskan sehingga umur 70 tahun.
Untuk anak pula, akan mula dilindungi dari umur 30 hari hingga 18 tahun dan perlindungan akan dilanjutkan sehingga 23 tahun jika belum berkahwin dan masih belajar sepenuh masa di Malaysia.
Program ini mudah untuk disertai, hanya perlu hantar borang kepada pihak pengendali.
Pemeriksaan kesihatan tidak diperlukan dan bayaran caruman bulanan boleh dilakukan melalui Biro Angkasa.
Secara peribadi, saya memang menyarankan kepada penjawat awam yang tidak mampu mengambil perlindungan kad perubatan daripada mana-mana pengendali takaful supaya menyertai program ini.
Bagi penjawat awam, ini akan bertindak sebagai backup jika rawatan tidak dapat diterima dengan segera di hospital serta klinik kerajaan.
Walaupun terdapat juga kelemahannya, seperti elaun bilik yang rendah dan perlindungan tidak ke atas penyakit sedia ada, namun kelebihannya masih jauh lebih bernilai.
Untuk maklumat lanjut berkenaan CuepacsCare, boleh lawat laman web ini.
CuepacsPA
Jika CuepacsCare melindungi penghospitalan dan pembedahan, Cuepacs PA pula melindungi daripada musibah akibat kemalangan.
Umpama takaful kemalangan yang dikendalikan syarikat pengendali takaful lain.
Sebagai penjawat awam, memang ada disediakan ex-gratia, iaitu pampasan yang akan diberikan jika penjawat awam mengalami kemalangan samaada ketika bertugas atau dalam perjalanan pergi dan balik bertugas.
Namun, untuk dapatkan pampasan ini, agak sukar kerana syarat-syarat yang ketat.
Oleh itu, boleh dikatakan penjawat awam tidak mempunyai apa-apa perlindungan jika mereka ditimpa musibah akibat kemalangan.
Contohnya, lumpuh, kecacatan atau kematian akibat kemalangan.
Jika tiada pampasan diterima, agak sukar bagi penjawat awam meneruskan kehidupan, menanggung belanja keluarga dan juga membayar kos rawatan.
Sebab itulah disediakan program CuepacsPA sebagai alternatif kepada penjawat awam, sebagai perlindungan sekiranya penjawat awam ditimpa musibah kemalangan.
Antara kelebihan CuepacsPA adalah:
#1 Tinggi nilai perlindungannya
CuepacsPA menyediakan jumlah perlindungan sehingga RM 440,000 bergantung kepada jenis pelan diambil dan juga kemalangan yang dialami.
Secara ringkasnya, CuepacsPA memberikan perlindungan atau manfaat yang berikut:
Kemalangan sebagai penumpang di dalam pengangkutan awam berlesen Kemalangan akibat kenderaan sendiri Kematian akibat lain-lain kemalangan Kelumpuhan atau ketidakwarasan akibat kemalangan Hilang upaya kekal atau kehilangan anggota badan akibat kemalangan Perbelanjaan perubatan akibat kemalangan Elaun tunai harian di Hospital Kerajaan semasa penghospitalan akibat kemalangan Elaun perjalanan mingguan kepada ahli keluarga untuk melawat #2 Perlindungan 24 jam di seluruh dunia
Perlindungan diberikan setiap masa di mana-mana sahaja seluruh dunia.
Jika tengah melancong atau bertugas di luar negara pun, perlindungan tetap berjalan.
#3 Mampu dimiliki
CuepacsPA terbahagi kepada 2 pelan iaitu pelan A dan pelan B.
Kedua-duanya sama, cuma berbeza dari segi jumlah perlindungan dan juga caruman.
Pelan A boleh disertai dengan kadar serendah RM 6.36 sebulan manakala pelan B pula serendah RM 12.72 sebulan.
Caruman akan bertambah jika bilangan peserta dilindungi bertambah, seperti isteri dan anak-anak.
Walaubagaimanapun, kadarnya tetap rendah dan mampu milik.

#4 Mudah disertai
CuepacsPA boleh disertai oleh semua penjawat awam dan pasangan yang berumur dari 18 hingga 60 tahun dan pembaharuan akan dilanjutkan sehingga umur 70 tahun.
Untuk anak-anak pula, akan dilindungi dari umur 30 hari sehingga 18 tahun dan perlindungan akan dilanjutkan sehingga 23 tahun jika belum berkahwin dan masih belajar sepenuh masa di Malaysia.
Untuk sertai, hanya perlu isi borang-borang berkaitan dan hantar bersama-sama dokumen-dokumen lain kepada pengendali.
Bayaran pula boleh dilakukan melalui potongan gaji kepada Biro Angkasa.
#5 Khairat kematian & upah haji
CuepacsPA juga turut menyediakan manfaat kematian dan upah haji bagi pesertanya.
Butirannya seperti berikut:

Sekali lagi, secara peribadi, saya turut menyarankan CuepacsPA bagi penjawat awam yang masih belum mempunyai perlindungan bagi musibah akibat kemalangan.
Setiap hari penjawat awam berulang-alik dari rumah ke tempat kerja, ada juga yang bertugas di luar pejabat, maka risiko kemalangan sentiasa ada.
Bukan sahaja kemalangan jalan raya, malah kemalangan lain seperti terpotong jari, dihempap barang dan terjatuh lubang.
Risiko sentiasa ada.
Jika ditimpa kemalangan, kita tidak tahu apa komplikasinya.
Boleh jadi lumpuh, cacat malah mati.
Dengan adanya perlindungan, pampasan yang diterima sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit beban kewangan akibat musibah yang melanda.
Akhir kata, kepada penjawat awam, jangan lepaskan kedua-dua program ini sebagai alat perlindungan menghadapi musibah yang tidak diduga.
Untuk maklumat lanjut berkenaan CuepacsPA, boleh lawati laman web ini.
p/s: Jika rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa kongsikan ya! Terima kasih.
The post CuepacsCare & CuepacsPA Perlindungan Untuk Penjawat Awam appeared first on Jom Urus Duit.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jomurusduit.com/2020/09/cuepacscare-cuepacspa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Penjawat Awam Hidup Mewah Jual Barang Tiruan Ditahan

Bekas Penjawat Awam Hidup Mewah Jual Barang Tiruan Ditahan

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 192 hits
Rahsia hidup mewah seorang bekas penjawat awam yang turut memiliki beberapa kenderaan mewah akhirnya terbongkar apabila dia disyaki menjadi pembekal utama barangan tiruan di sekitar daerah Manjung selepas ditahan menerusi Ops Tiru dan Ops J...
Siapa Sangka Dengan Niat Nak Membantu Penjawat Awam Bebas Hutang Client Ini Dapat Beli Rumah Dan Settle Masalah Hutang

Siapa Sangka Dengan Niat Nak Membantu Penjawat Awam Bebas Hutang Client Ini Dapat Beli Rumah Dan Settle Masalah Hutang

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 581 hits
SIAPA SANGKA DENGAN NIAT NAK MEMBANTU PENJAWAT AWAM INI BEBAS HUTANG CLIENT INI DAPAT BELI RUMAH DAN SETTLE MASALAH HUTANGAlhamdulillah Itu ungkapan yang diucapkan oleh seorang client yang masih bekerja sebagai seorang penjawat awam berkena...
Mbjb Arah Turun Jalur Gemilang Bendera Johor Di Premis Awam Persendirian

Mbjb Arah Turun Jalur Gemilang Bendera Johor Di Premis Awam Persendirian

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 222 hits
MBJB RAH TURUN JALUR GEMILANG BENDERA JOHOR DI PREMIS AWAM PERSENDIRIAN JOHOR BAHRU Majlis Bandaraya Johor Bahru meminta pemilik premis awam dan persendirian di bandar raya ini untuk menurunkan bendera Johor dan Jalur Gemilang MBJB dalam sa...
Covid 19 Krew Kabin Terkesan Frontliner Di Awam Biru Tak Seindah Diimpikan

Covid 19 Krew Kabin Terkesan Frontliner Di Awam Biru Tak Seindah Diimpikan

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 312 hits
Wabak pandemik COVID 19 yang menular di seluruh dunia sememangnya memberi kesan yang sangat ketara kepada industri penerbangan negara Bahkan pada awal tahun pesawat pesawat komersial tidak mampu beroperasi sehingga menyebabkan kebanyakan sy...
Taman Awam Tepian Sungai Muar Tanjung Agas Kini Dibuka

Taman Awam Tepian Sungai Muar Tanjung Agas Kini Dibuka

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 1937 hits
Menariknya taman ini dihias cantik dengan lampu lampu di sekitarnya tumbuhan serta binaan Iconic Sculpture Entrance Gateway pentas dataran jeti jambatan gelanggang terbuka laman permainan kanak kanak serta alatan senaman dewasa Ianya terlet...
Contoh Contoh Soalan Temuduga Memasuki Perkhidmatan Awam

Contoh Contoh Soalan Temuduga Memasuki Perkhidmatan Awam

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 381 hits
Kerjaya di dalam sektor atau perkhidmatan awam adalah merupakan kerjaya yang terjamin kerana ia memberikan banyak kelebihan selain peluang untuk peningkatan kerjaya Malah selepas tamat perkhidmatan juga akan diberikan beberapa manfaat lain ...
Instafamous Chazynash Pakai Gelang Pink Merayau Di Tempat Awam Buat Ramai Marah

Instafamous Chazynash Pakai Gelang Pink Merayau Di Tempat Awam Buat Ramai Marah

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 439 hits
Pernah beberapa kali tular di media sosial Instafamous Chazynash atau nama sebenarnya nbsp YM Syed Fernarsh Ibni Dato Seri Syed Badlishah Jamalullail sekali lagi membuatkan ramai pihak panik dengan muat naik videonya di Instagram Baru baru ...
Lelaki Dikejar Orang Awam Terjun Bersama Dadah Di Lebuhraya Kerinchi

Lelaki Dikejar Orang Awam Terjun Bersama Dadah Di Lebuhraya Kerinchi

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 228 hits
93 total views 93 views today Beberapa paket dadah antara barangan ditemui pada mangsa yang dipercayai terjun ke Lebuhraya Kerinchi arah Ara Damansara semalam Ketua Polis Brickfields Zairulnizam Mohd Zainuddin berkata siasatan awal mendapat...
Genap 18 Tahun Berkhidmat Di Sektor Awam Alhamdulillah

Genap 18 Tahun Berkhidmat Di Sektor Awam Alhamdulillah

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 433 hits
Assalamualaikum wbt Alhamdulillah hari nie genaplah 18 tahun saya berkhidmat di dalam sektor awam bidang kepustakawanan Masih teringat lagi masa mula mula dapat surat tawaran untuk menjadi pembantu perpustakaan pada bulan September 2002 Mas...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini