Bekas Penjawat Awam Hidup Mewah Jual Barang Tiruan Ditahan


Rahsia hidup mewah seorang bekas penjawat awam yang turut memiliki beberapa kenderaan mewah akhirnya terbongkar apabila dia disyaki menjadi pembekal utama barangan tiruan di sekitar daerah Manjung selepas ditahan menerusi Ops Tiru dan Ops Jeriji semalam

Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Manjung Wan Muhammad Badro Wan Mahmood berkata kegiatan lelaki berumur 31 tahun itu dikesan hasil serbuan ke atas empat premis perniagaan serta sebuah stor pada kira-kira 2 petang. 
Katanya serbuan yang dijalankan bersama pihak polis dan Majlis Perbandaran Manjung ke atas premis dan stor berkenaan membawa kepada penangkapan lelaki itu yang dipercayai aktif sejak tiga tahun lepas. 
“Pemeriksaan mendapati lelaki itu menjadikan rumahnya sebagai stor utama barangan tiruan sebelum dijual kepada peniaga di empat premis yang diserbu. 
“Kita percaya lelaki tersebut mendapatkan bekalan barangan dari luar negara dan antara barangan yang terlibat ialah kasut berjenama Nike, Adidas, Puma, beg Louis Vuitton dan jam tangan Casio G-Shock,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini

Wan Muhammad Badro berkata hasil serbuan di keempat-empat premis itu, pihaknya menyita 10,875 pasang kasut; 3,884 helai baju; 809 helai seluar dan 177 unit jam tangan berjenama yang disyaki tiruan dengan anggaran nilai RM226,344

“Difahamkan, keuntungan yang diperoleh lelaki itu ialah separuh daripada harga yang dijual kepada peniaga. Contohnya, jika harga kasut RM60, maka keuntungan yang dia dapat ialah RM30,” katanya

Beliau berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan lelaki itu turut membekalkan barangan tiruan terbabit ke daerah Perak Tengah, Kuala Kangsar, Hilir Perak dan Kinta

Wan Muhammad Badro berkata kes disiasat di bawah Seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan (ACD) 2019 iaitu mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalannya bagi maksud perdagangan atau pengilangan

Sumber: Bernama

Sumber : thereporter.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/09/bekas-penjawat-awam-hidup-mewah-jual.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cuepacscare Cuepacspa Perlindungan Untuk Penjawat Awam

Cuepacscare Cuepacspa Perlindungan Untuk Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 330 hits
Baru baru ini saya ada mendengar taklimat berkenaan program perlindungan takaful yang diperkenalkan oleh Cuepacs khas untuk penjawat awam iaitu CuepacsCare dan juga Cuepacs PA Saya rasa rugi pula jika tidak berkongsikan kedua dua program in...
Peniaga Roti Canai Jual Air Ketum Ditahan

Peniaga Roti Canai Jual Air Ketum Ditahan

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 592 hits
KULIM Tidak cukup dengan hanya menjual roti canai seorang peniaga roti canai ditahan kerana turut disyaki mengedar air ketum dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Perak di sini kira kira 6 30 petang semalam Ketua Polis Daerah Kulim Superin...
27 Pelajar Antara 59 Ditahan Dalam Parti Liar Di Kondominium Mewah

27 Pelajar Antara 59 Ditahan Dalam Parti Liar Di Kondominium Mewah

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 329 hits
Polis Dang Wangi berkata semua yang ditahan berusia antara 14 hingga 23 tahun kini direman 4 hari untuk siasatan mengikut Seksyen 39A Seksyen 12 dan Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952 KUALA LUMPUR Polis menahan 59 individu termasuk pelaja...
Sedih Demi Biaya Hidup Bapak Tua Ini Rela Mengais Botol Bekas Dengan Kaki Diseret

Sedih Demi Biaya Hidup Bapak Tua Ini Rela Mengais Botol Bekas Dengan Kaki Diseret

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 396 hits
Seorang pria lansia nampak tengah menyusuri Jalan Juanda Kota Medan Sumatera Utara dengan anak perempuannya Namun kaki bapak itu dalam kondisi tidak sehat sehingga ia tidak bisa berjalan normal Ia berjalan dengan menyeretkan badannya di tan...
Siapa Sangka Dengan Niat Nak Membantu Penjawat Awam Bebas Hutang Client Ini Dapat Beli Rumah Dan Settle Masalah Hutang

Siapa Sangka Dengan Niat Nak Membantu Penjawat Awam Bebas Hutang Client Ini Dapat Beli Rumah Dan Settle Masalah Hutang

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 928 hits
SIAPA SANGKA DENGAN NIAT NAK MEMBANTU PENJAWAT AWAM INI BEBAS HUTANG CLIENT INI DAPAT BELI RUMAH DAN SETTLE MASALAH HUTANGAlhamdulillah Itu ungkapan yang diucapkan oleh seorang client yang masih bekerja sebagai seorang penjawat awam berkena...
Hiburan Didakwa Jual Baju Iron Maiden Tiruan Adira Suhaimi Tampil Beri Kenyataan

Hiburan Didakwa Jual Baju Iron Maiden Tiruan Adira Suhaimi Tampil Beri Kenyataan

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 711 hits
Meskipun baru sahaja menceburi bidang perusahaan pakaian terpakai dan vintage penyanyi Adira Suhaimi telah pun terpalit cerita kurang enak apabila dikatakan menjual pakaian tiruan Bagaimanapun enggan biarkan kisah itu berpanjangan penyanyi ...
Beli Je Bila Nampak Kakak Ni Jual Kakak Ini Gigih Berniaga Demi Sesuap Nasi Di Pasar Pagi

Beli Je Bila Nampak Kakak Ni Jual Kakak Ini Gigih Berniaga Demi Sesuap Nasi Di Pasar Pagi

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 563 hits
Betul atau tak kebanyakan orang kita lebih gemar membeli barangan basah dan dapur di pasar pagi atau pasar malan Bukan apa harga mereka lebih rendah berbanding harga di pasaraya Tetapi perasaan tak ada makcik atau pakcik yang meniaga sayur ...
Jual Baju Bundle Bisnes Untung Besar Modal Rendah

Jual Baju Bundle Bisnes Untung Besar Modal Rendah

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 399 hits
Dalam keadaan ekonomi sekarang antara bisnes yang kembali mendapat perhatian ialah bisnes menjual baju bundle Bisnes ini boleh dikatakan antara bisnes yang mampu bertahan jika mengikut strategi yang betul Ramai je yang berjaya dalam bisnes ...
Ultimate Healthy Recipes For Weight Loss That Taste Good

Victor Hartono Warisan Dan Inovasi Di Balik Kejayaan Djarum

Bn S Bikin Balik Sabah Manifesto To Tackle Water Power And Road Issues Says Zahid

Hiburan Ibu Shila Amzah Selamat Bernikah Dengan Pasangan Pilihan Majlis Sederhana Dihadiri Keluarga Terdekat

Sabah Polls Split Votes Leave Most Party Presidents On Uncertain Ground

Metal Detector Untuk Cari Emas Cara Pilih Model Terbaik Di Tahun 2026

Keajaiban Alam Siberia Mengungkap Keindahan Taiga Timur Rusia

Ets3 Johor Bahru Kl Sentral Dijangka Mula Operasi 12 Dis Ini Loke


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Orang Selangor Anak Pmx Nak Jadi Mb Selangor Hahahaha

Cornflakes Chicken Wrap Rangup Sihat Resipi Mudah Yang Memang Menggoda

One Path Kecewa Chord

Program Moh Rodong Rodong Klasik Mercedes 2025 Tamat Dengan Lancar Serta Gemilang Di Dataran Temerloh Semalam

Express Delivery Rough Crafts Customizes The Bmw R 12 Across Countries

7 Perbezaan Pembiayaan Islamik Dengan Loan Bank Konvensional