Cuepacs Tolak Lanjut Usia Bersara Penjawat Awam


Oleh Suraya Roslan KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berpendirian usia persaraan penjawat awam tidak perlu dinaikkan kepada 65 tahun.
Presidennya, Adnan Mat, berkata ia kerana skim persaraan penjawat awam sudah tiga kali diubah dalam tempoh 20 tahun.
"Kali pertama, had usia persaraan penjawat awam dilanjutkan daripada 55 kepada 56 tahun pada 2001.
Disyorkan Untuk Anda KSN jumpa CUEPACS bincang syor umur persaraanAkaun Emas untuk caruman selepas 55 tahun - KWSPHanya kakitangan profesional, kritikal dicadang bersara 62 tahunCadangan penebusan ganti cuti rehat dengan wang tunai dikaji semula "Diikuti tujuh tahun kemudian apabila usia persaraan dilanjutkan daripada 56 kepada 58 tahun pada 2008 manakala empat tahun kemudian sekali lagi mengalami perubahan daripada 58 kepada 60 tahun," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Adnan mengulas mengenai cadangan wakil dan Pengurus Negara Kumpulan Bank Dunia di Malaysia supaya Malaysia meneliti semula dasar mengenai had usia persaraan berikutan status negara yang mungkin mempunyai masyarakat berusia pada masa akan datang.
Atas faktor itu wakil Bank Dunia berkenaan mencadangkan supaya Malaysia meningkatkan had minimum usia persaraan daripada 60 kepada 65 tahun dan ia dikaji dari semasa ke semasa sesuai dengan unjuran jangka hayat penduduk Malaysia.
Adnan berkata, pihaknya berpandangan sebahagian besar individu dalam lingkungan usia 60 tahun ke atas kebiasaannya berdepan dengan beberapa kekangan berkaitan pekerjaan termasuk faktor kesihatan selain perlu mengadaptasi teknologi baharu yang semakin canggih.
"Ketetapan untuk mengekalkan had usia persaraan perkhidmatan awam ini juga mengambil kira pelbagai pertimbangan lain termasuk memberi peluang pekerjaan kepada lebih banyak golongan muda yang berkemahiran dan berbakat.
"Kemasukan kakitangan muda sudah pasti sedikit sebanyak menyumbang kepada peremajaan sistem perkhidmatan awam sesuai dengan keadaan semasa," katanya.
Menurutnya, justeru itu peraturan semasa yang terpakai ketika ini untuk had usia persaraan penjawat awam adalah masih munasabah dan relevan.
"Pada masa yang sama penjawat awam boleh membuat keputusan untuk bersara mengikut pilihan sendiri pada bila-bila masa yang difikirkan perlu walaupun masih belum mencapai usia 60 tahun.
"Bagaimanapun, kita akui menerima begitu banyak cadangan daripada pelbagai pihak termasuk wakil pekerja di sektor swasta supaya had usia persaraan dinaikkan.
"Cadangan ini timbul kerana ramai rakyat Malaysia masih lagi memiliki baki pinjaman perumahan yang banyak walaupun menghampiri usia persaraan malah ada yang terpaksa membuat pinjaman perumahan sehingga umur 65 tahun," katanya.
Katanya, rata-rata mereka ini bimbang tidak mempunyai pendapatan dan wang mencukupi selepas bersara kerana masih lagi perlu membayar hutang rumah.
"Perkara ini berlaku disebabkan harga rumah yang sangat mahal ketika ini selain skim gaji yang rendah.
"Gaji yang rendah memberi kesan kepada simpanan hari tua mereka sama ada memiliki simpanan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) atau pencen yang diterima jika mereka penjawat awam.
"Untuk mengatasi masalah ini kita berharap kerajaan dapat meningkatkan had gaji minimum ke tahap yang lebih baik," katanya.
Adnan berkata, perkara itu membolehkan rakyat mempunyai simpanan KWSP yang lebih banyak untuk sektor swasta manakala penjawat awam boleh menerima wang pencen lebih tinggi.
"Pendapatan boleh guna mereka selepas bersara juga akan lebih baik sekali gus meningkatkan kesejahteraan rakyat.
"Dalam masa yang sama perbanyakkan lagi membina rumah yang dikategorikan sebagai mampu milik dan selesa untuk golongan berpendapatan rendah," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/12/cuepacs-tolak-lanjut-usia-bersara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penjawat Awam Terengganu Terima Bonus Rm800

Penjawat Awam Terengganu Terima Bonus Rm800

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 280 hits
KUALA TERENGGANU Lebih 13 000 penjawat awam di negeri Terengganu bakal menerima bonus sebanyak RM800 ringgit berbanding RM500 pada tahun sebelumnya Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata penambahan insentif sebanyak RM300...
Lebih 2 000 Penjawat Awam Disiasat Kes Rasuah Salah Guna Kuasa

Lebih 2 000 Penjawat Awam Disiasat Kes Rasuah Salah Guna Kuasa

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 322 hits
Kes disiasat antara tempoh 2016 hingga September 2020 Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membuka 2 287 kertas siasatan ke atas penjawat awam didakwa terbabit rasuah...
5 Penjawat Awam Sertai Parti Liar Positif Dadah

5 Penjawat Awam Sertai Parti Liar Positif Dadah

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 288 hits
Lima penjawat awam antara 12 individu ditahan dalam serbuan Op Parti Liar sempena sambutan hari jadi di sebuah kondominium di Jalan Raja Chulan Bukit Bintang pagi tadi Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata dalam ...
Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam Tahun 2021

Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam Tahun 2021

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 3255 hits
TARIKH PEMBAYARAN GAJI PENJAWAT AWAM TAHUN 2021Tarikh Pembayaran Gaji 2021 ini adalah merujuk kepada Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 5 Tahun 2020 yang bertajuk Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan bagi Tahun 2021 Bila dah k...
4 Termasuk Penjawat Awam Ditahan Bersama 55 Bungkus Air Ketum

4 Termasuk Penjawat Awam Ditahan Bersama 55 Bungkus Air Ketum

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 250 hits
Empat individu termasuk seorang penjawat awam ditahan dalam serbuan polis di sebuah premis bersama dengan 55 bungkus air ketum lapor Harian Metro Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majib Mohd Ali berkata serbuan yang dilakukan pada jam 9 malam ...
Jadual Tarikh Gaji 2021 Penjawat Awam

Jadual Tarikh Gaji 2021 Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 1036 hits
Jadual dan tarikh gaji 2021 kakitangan kerajaan Gaji kakitangan sektor awam lazimnya dibayar pada hujung bulan dengan cara dikreditkan terus ke dalam akaun bank setiap penjawat awam Bagi penjawat awam yang tertanya tanya berapa haribulan ga...
Jus Dara Vogue Jamu Moden Penyelamat Untuk Kembali Kekal Bertenaga Cergas Di Usia 40 An

Jus Dara Vogue Jamu Moden Penyelamat Untuk Kembali Kekal Bertenaga Cergas Di Usia 40 An

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 485 hits
Jus Dara Vogue Jamu Moden Penyelamat Untuk Kembali Kekal Bertenaga Cergas di Usia 40 an Sebelum aku kenalkan tentang Jus Dara Vogue si jamu moden yang berjaya membuatkan aku kekal bertenaga dan cergas kembali di usia 40 an ini suka untuk ak...
Para Seleb Ini Buktikan Jika Terlihat Imut Atau Dewasa Itu Tergantung Dandanan Bukan Usia

Para Seleb Ini Buktikan Jika Terlihat Imut Atau Dewasa Itu Tergantung Dandanan Bukan Usia

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 336 hits
Orang Asia nggak selalu kelihatan lebih muda Semua tergantung pilihan dan gaya berpakaian aja sih
Terengganu Lelaki 79 Tahun Direman Disyaki Bakar Rumah Isteri Kedua

Jpj Kelantan Sita 13 Kereta Mewah Bernilai Hampir Rm5 Juta

Pantun Kurang Ajar Paling Pedas Tapi Berhemah

Mayat Remaja Ditemui Terapung Dalam Tasik Putrajaya

Kronologi Kes Zara Qairina Mahathir

Kecelaruan Permainan Internet Di Kalangan Belia Mengundang Risiko Psikologi Dan Kesihatan Oral

Pinjam Buku Di Perbadanan Perpustakaan Awam Johor

Funny18 Top 56 By Lucienne Pg Funny18a Com Funny18 Web Pgslot 25 25


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kalau Ada Yang Cancel Order Sebab Tak Menang Ka Okay Je

Sejauh Mana Sebenarnya Teleskop Paling Canggih Dunia Boleh Lihat Angkasa Ini Jawapannya

Bistro Kia Peng Bakal Dibuka Dengan Pelbagai Menu Citarasa Malaysia

Al Fateh Sahabat Chord

Those Who Defy Ruler Will Be Impaled Ti Tells Puad

Malaysian Netizens Mock Indonesia S New Animated Film Quality