Cuepacs Puji Pm Prihatin Kebajikan Pesara Kerajaan




 
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyatakan penghargaan kepada Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim atas keprihatinan terhadap kebajikan golongan pesara kerajaan.





Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat ketika mengulas keputusan kerajaan berkait isu pencen berkata langkah diumumkan Anwar akan memanfaatkan kira-kira 720,000 pesara kerajaan.





Merujuk kepada pemberian bantuan khas yang dinamakan sebagai Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP), Adnan berkata ia adalah langkah tepat bagi membantu golongan pesara yang terkesan dengan kos sara hidup semasa.





"PKKP yang diumumkan kerajaan membawa maksud bahawa bayaran kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak dua peratus yang dinikmati sebelum ini dikekalkan. Ini adalah wajar memandangkan pencen golongan pesara tidak tinggi.





"Kita berharap bayaran dua peratus itu terus dikekalkan sehingga pelarasan gaji dilakukan. Apabila pelarasan dibuat, sekiranya kenaikan pencen pesara di bawah dua peratus, diharap kerajaan dapat mengekalkannya manakala jika melebihi dua peratus, kerajaan dapat mempertimbangkan kenaikan yang lebih tinggi," katanya dipetik.





Pada Rabu, Anwar memaklumkan bahawa kerajaan bersetuju supaya pencen dan pencen terbitan bagi bulan Julai 2023 hingga Disember 2023 dibayar menggunakan amaun pencen asal.





Keputusan itu jelasnya selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa Seksyen 3 dan 7 Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013 adalah tidak sah dan undang-undang sebelum pindaan adalah terpakai dengan sendirinya bagi tujuan penyelarasan pencen.

"Perbezaan amaun pencen semasa dengan amaun pencen asal terus dibayar dalam bentuk bantuan khas yang dinamakan sebagai PKKP bagi menjadikan amaun yang diterima oleh pesara sama seperti amaun pencen semasa iaitu amaun pencen pada Jun 2023," kata Anwar Rabu lalu.





Pada 27 Jun lepas, Mahkamah Persekutuan memutuskan pindaan undang-undang pada 2013 yang memperkenal skim pencen baharu dan melaraskan bayaran pencen setiap tahun dengan kenaikan dua peratus sebagai kurang menguntungkan pesara dan tidak berperlembagaan.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/07/cuepacs-puji-pm-prihatin-kebajikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Terbukti Guan Eng Pun Main Isu 3r Kerajaan Mesti Berani Ambil Tindakan

Kalau Terbukti Guan Eng Pun Main Isu 3r Kerajaan Mesti Berani Ambil Tindakan

papar berkaitan - pada 9/7/2023 - jumlah : 273 hits
Apabila kerajaan mengeluarkan arahan atau peringatan agar isu berkaitkan 3R tidak dimainkan terutama menjelang PRN akan datang ia sebenarnya bukan saja ditujukan kepada parti atau pemimpin blok pembangkang semata mata Secara umum dan mudah ...
Sekutu Kerajaan Perpaduan Sabah Jangan Pertikai Sesama Sendiri

Sekutu Kerajaan Perpaduan Sabah Jangan Pertikai Sesama Sendiri

papar berkaitan - pada 8/7/2023 - jumlah : 329 hits
Sekutu Kerajaan Perpaduan di Sabah ahli politik dari parti Warisan seharusnya menjadi agen menyebar maklumat Kerajaan kepada rakyat Sebaliknya kata Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia Razeef Rakimin tindakan Ketua Penerangan Warisan...
Rasuah Kerajaan Lepas Lah Yang Sedang Ditangkap Sekarang

Rasuah Kerajaan Lepas Lah Yang Sedang Ditangkap Sekarang

papar berkaitan - pada 7/7/2023 - jumlah : 172 hits
Mamat ni suka buat kenyataan merapu tanpa fakta Bila kita jelaskan nanti walaun masuk kata Sanusi hebat dia sorang je semua orang kelam kabut nak respon Takkan tak perasaan statement dia bodoh Contohnya macam ni la Integriti dan rasuah kian...
Kapal Selam Terlanggar Gunung Dalam Laut

Sambutan Hari Tanah Sedunia 2025 Perkukuh Pengurusan Tanah Lestari Negara

Singgah Cendol Borhan Tanjung Karang

Price Catcher Kpdn Cara Semak Harga Barang Terkini Di Seluruh Malaysia

More Than Just Sound Get The Crowd Moving With Jbl Partybox 720

Lelaki Misteri Lrt Bangsar Serang Wanita

Coros Pace 4 Bakal Dilancarkan 8 Disember Ini

Airasia Perkenal Pilihan Hijab Untuk Kru Kabin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selesai Sampul Buku Teks Sekolah Rendah

Kuih Tiram

Kerugian Akibat Penipuan Dalam Talian Sejak 2022 Melebihi Rm2 Bilion

Perkhidmatan Buy Now Pay Later Semakin Popular Namun Perlu Waspada Dengan Risiko Tersembunyi

Hiburan Mengaku Bertindak Over Sufi Rashid Dan Isteri Mohon Maaf Kami Telah Pun Menghubungi Pengasuh Dan

Warga Emas Buta Tinggal Bersama Jasad Anak Ditempatkan Di Rumah Seri Kenangan