Cuepacs Ada Aduan Staf Lantikan Politik Ganggu Tugas Penjawat Awam


Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memaklumkan pihaknya masih menerima laporan terdapat staf lantikan politik yang mengganggu tugas penjawat awam.
Presiden Cuepacs, Azih Muda ketika mendedahkan hal ini, berkata tindakan tersebut disifatkan sebagai mencampuri urusan perkhidmatan awam.
“Sehingga hari ini kita masih menerima aduan terdapat mereka-mereka yang dilantik dikalangan anggota politik ini telah pun mencampuri urusan (tugas) perkhidmatan awam kita,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.
Ketika ditanya jumlah laporan yang telah diterima Cuepacs, Azih enggan memberikan butiran lanjut.
Bagaimanapun, Azih berkata menjadi harapan Cuepacs supaya perkara itu tidak berlaku di bawah pentadbiran PH.
“Sempena genap setahun kerajaan PH, harapan Cuepacs supaya gangguan-gangguan oleh mereka-mereka yang berada dalam saf kepimpinan politik ini tidak menggangu tugas penjawat awam, tidak mengambil alih tugas-tugas penjawat awam, tidak menggagalkan tugas kerajaan.
“Kerana kita bimbang dasar yang akan diputuskan oleh kerajaan tidak sampai ke peringkat bawahan, diperingkat pelaksanaan tidak berjalan,” katanya.
Menurut Azih, jika perkara sedemikian masih berterusan, maka Cuepacs berharap penjawat awam tidak akan dipersalahkan jika pelaksanaan dasar menjadi lambat.
“Kerajaan seperti mana yang kita katakan, kerajaan menggubal dasar, sama ada apa dasar sekali pun akhirnya yang akan melaksanakan dasar ini adalah penjawat awam iaitu kakitangan kerajaan.
“Dan kalau ini berlaku, maka proses untuk kerajaan baru kita untuk mencapai sasaran mereka akan menjadi lambat dan kita harap jika ini berlaku janganlah sampai penjawat awam dipersalahkan,” katanya.
Penjawat awam tak mampu miliki rumah
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Azih turut merayu kepada kerajaan agar mengekalkan dasar pembinaan rumah untuk penjawat awam bagi membolehkan golongan tersebut mampu memiliki rumah.
Katanya, terdapat kira-kira 70 peratus penjawat awam masih tidak mampu memiliki kediaman kerana rumah mampu milik yang ditetapkan dengan harga RM300,000 terlalu tinggi dan tidak munasabah.
“Dasar baru yang diputuskan kerajaan melalui pelancaran Dasar Perumahan Mampu Milik Negara dan Standard Perumahan Kebangsaan (CIS 26) akan membuatkan penjawat awam tidak mampu bersaing dengan pekerja swasta untuk memiliki rumah idaman mereka.
“Cuepacs tidak dilibatkan dalam perbincangan bagi menentukan dasar ini. Jadi tinggi harapan kami agar kerajaan tidak menyisihkan mana-mana pihak termasuk Cuepacs dalam dasar pemilikan rumah untuk penjawat awam kerana nak beli rumah ini sekali saja,” katanya.
Sehubungan itu, Cuepacs akan menulis surat bagi mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berhubung perkara itu.
Sabtu lalu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, melancarkan Dasar Perumahan Mampu Milik Negara dan Standard Perumahan Kebangsaan (CIS 26).
Dasar baru itu menetapkan tiada lagi pembinaan rumah mampu milik yang dikhususkan untuk kakitangan awam menerusi Dasar Perumahan Mampu Milik (DRMM) Negara dan Standard Perumahan Kebangsaan.
Sebaliknya kerajaan menggalakkan kesemua pembinaan kediaman jenis itu dimiliki oleh golongan B40 daripada pelbagai sektor yang layak demi memastikan kelestarian perhubungan dalam suatu komuniti.
Terdahulu, Azih meraikan sekumpulan wakil media dalam majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur, hari ini.
Mkini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/05/14/cuepacs-ada-aduan-staf-lantikan-politik-ganggu-tugas-penjawat-awam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cuepacs Mohon Bantuan Aidilfitri Untuk Penjawat Awam

Cuepacs Mohon Bantuan Aidilfitri Untuk Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 355 hits
IPOH 30 April Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam akan memohon kepada kerajaan persekutuan agar dapat memberikan bantuan khas Aidilfitri kepada semua penjawat awam di seluruh negara adsbygoogle window adsbygoogle
Bonus Raya Rm1 000 Untuk Penjawat Awam Cuepacs Harap Kerajaan Beri Sebelum Hari Raya

Bonus Raya Rm1 000 Untuk Penjawat Awam Cuepacs Harap Kerajaan Beri Sebelum Hari Raya

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 710 hits
Pasti ramai penjawat awam tertanya tanya bilakah tarikh bayaran bonus hari raya 2019 kali ini kan Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam berharap kerajaan akan memberi kepada penjawat awam dan pesara kali ini diberikan seb...
Bantuan Aidilfitri Untuk Penjawat Awam Rm450 Diagih 24 Mei

Bantuan Aidilfitri Untuk Penjawat Awam Rm450 Diagih 24 Mei

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 386 hits
BERITA dinanti akhirnya kunjung tiba buat 1 5 juta penjawat awam di seluruh negara apabila kerajaan hari ini mengumumkan agihan Bantuan Khas Kewangan RM450 bagi Gred 56 dan ke bawah sebagai persedian menyambut Aidilfitri Selain itu bantuan ...
Putrajaya Umum Bantuan Khas Kewangan Rm450 Untuk 1 5 Juta Penjawat Awam

Putrajaya Umum Bantuan Khas Kewangan Rm450 Untuk 1 5 Juta Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 444 hits
Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan agihan Bantuan Khas Kewangan RM450 bagi 1 5 juta penjawat awam di seluruh negara sebagai persediaan untuk menyambut Aidilfitri Bantuan Khas Kewangan RM450 itu diumumkan bagi Gred 56 dan ke bawah ...
Rm450 Bonus Aidilfitri Untuk Penjawat Awam

Rm450 Bonus Aidilfitri Untuk Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 285 hits
Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM450 kepada hampir 1 5 juta penjawat awam dari Gred 56 dan ke bawah sebagai persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2019 Menurut Pejabat Perdana Menteri bantuan khas ini juga akan...
Kerajaan Umum Bonus Rm450 Untuk Penjawat Awam Dan Rm225 Untuk Pesara Di Bayar Pada 24 Mei 2019

Kerajaan Umum Bonus Rm450 Untuk Penjawat Awam Dan Rm225 Untuk Pesara Di Bayar Pada 24 Mei 2019

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 849 hits
KERAJAAN UMUM BONUS RM450 UNTUK PENJAWAT AWAM DAN RM225 UNTUK PESARA DI BAYAR PADA 24 MEI 2019 Assalamualaikum Akhirnya terjawab teka teki sama ada penjawat awam dapat bonus atau tidak Sejak beberapa hari ini rancak di media sosial tentang ...
Rakyat Dan Penjawat Awam Disuruh Ikat Perut Pemimpim Ppbm Bermewah Mewahan

Rakyat Dan Penjawat Awam Disuruh Ikat Perut Pemimpim Ppbm Bermewah Mewahan

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 752 hits
Rakyat Kesempitan Pemimpin PPBM Bermewah mewahan Semalam pemimpin pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia telah mengadakan majlis berbuka puasa yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre dengan penuh gah Majlis iftar ters...
Tarikh Bonus Raya 2019 Penjawat Awam Perak Pulau Pinang Dan Sarawak

Tarikh Bonus Raya 2019 Penjawat Awam Perak Pulau Pinang Dan Sarawak

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 794 hits
Tarikh Bonus Raya 2019 Penjawat Awam Perak Pulau Pinang dan Sarawak Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Haa den tahu sekarang tengah panas tentang berita Aliff Aziz curang untuk kali KETIGA tapi kita abaikan jelah Dan doakan moga Al...
Dasar Perumahan Mampu Milik Tak Adil Untuk Penjawat Awam

Dasar Perumahan Mampu Milik Tak Adil Untuk Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 332 hits
Azih MudaKUALA LUMPUR Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia merayu kerajaan Pakatan Harapan mengekalkan Dasar Perumahan Mampu Milik yang memberi kuota kepada penjawat awam Presidennya Datuk Azih Muda berkata kepu...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023