Cucur Ikan Bilis Rangup Di Luar




Saya ingin kongsikan petikan dari kuliah zoom Tokku Pasir Gudang berkenaan umur yang panjang dalam keberkatan. Umur yang panjang adalah menjadi cita cita semua orang. Tak ada yang kita dengar ada orang nak mati cepat. 
Semua orang nak umur panjang. Kalau ada orang cerita cara untuk umur panjang, kita akan berusaha melakukannya. Sebahagian kita mungkin ikut rawatan dan makan supplement dan hindar perkara yang memendek umur seperti dadah, arak dan makanan bahaya. 
Bagaimana Islam melihat nilai umur. Ada 3 perkara tentang umur yang kita perlu tahu. Pertama, umur bergerak begitu cepat. Kalau kita sekarang umur 15 tahun Tanpa kita sedar kita dah umur 50 tahun. Sehingga Allah bangkit kita di padang mahsyar. Lalu mereka berkata kami hanya hidup di dunia sekejap jer. Tak ada yang kata hidup lama. Masa kita terus ke depan. Walaupun apa usaha kita untuk melambatkannya. 
Kedua, kita perlu tahu bahawa masa yang berlalu tak akan pulang balik. Umur muda tak akan pulang balik. Umur semalam tak akan diganti umur yang telah berlalu.  Kata Hassan Basri setiap kali terbit fajar, ada suara berkata aku hari yang baru maka ambil lah peluang dari ku kerana sesungguhnya aku tidak akan kembali. 
Ketiga, benda paling bernilai kita miliki ialah umur kita. Bukan harta kita bukan keluarga kita. Kerana umur akan menentukan apakah kita bahagia atau sebaliknya. Hadis ada menyebut antara soalan ditanya 4 soalan. Umurnya apa yang dilakukan. Bagi orang beriman umur panjang adalah rezeki yang hebat. Bagi orang fasik ia azab yang bertambah. Nabi menyebut antara kebahagiaan manusia Allah panjangkan umur dan Allah berikan jalan bertaubat. Untung dia. Dia telah melalui segala maksiat dan kecuaian, kezaliman sehingga berumur 50 tahun dan tiba tiba insaf. Maka untung umur dia panjang.
Orang beriman bila bertambah umur dia, akan bertambah ilmu dan takwa pada Allah. Kata iman ibnu al jauzi bagi orang beriman bila bertambah umurnya akan bertambah ilmunya dan takwanya. Allah berfirman ketika perintah nabi dan katakan ya Allah tambahkan lah ilmu ku. Setiap hari ilmu bertambah dan belajar tak pernah berhenti. Kalau dunia Barat, belajar berhenti dengan bekerja dan belajar adalah matlamat cari duit. Tapi dalam Islam, tuntutlah ilmu dari dalam buaian sehingga ke liang lahad. 
Hadis diriwayat dari Iman Shafie, ibadah sunat yang paling mulia ialah bila kita menuntut ilmu. Panjang umur kita ialah untuk kita menuntut ilmu. Maka orang yang habis usia dengan menuntut ilmu walaupun dah tua kalau belajar pun, tak berapa ingat. Mata kelabu  dan telinga tak dengar. 
Tapi keberkatan berada dalam majlis ilmu sehingga malaikat mendoakan keampunan pada dia. Orang beriman dengan umur panjang, akan bertambah takwa dan taatnya. Dirinya tak mampu lagi buat maksiat. Masa muda, galak buat maksiat. Bila dah tua, sifat jahat dah tak sesuai. Dah tua macam mana nak jadi gengstar. Dah tua, Allah selamatkan kita dari banyak dosa. Maka ini peluang untuk kita menambah takwa.
Antara Rahmat Allah bila diberi umur tua, kita terhenti buat maksiat, kehilangan deria. Muzik dah kurang, maka datang keinsafan. Apa pentingnya umur panjang. Apakah kita boleh berdoa untuk umur panjang. Kemuliaan umur panjang. Hadis sahih diceritakan bila seorang sahabat Nabi, Talhah bin ubaidillah ada 2 lelaki dari satu kabilah yang memeluk Islam. Seorang pergi perang dan mati syahid. Seorang lagi tak mati syahid lepas setahun baru mati. Talhah bermimpi melihat bahawa yang pertama masuk syurga ialah yang mati kemudian. 
Dia heran dan jumpa Nabi. Kenapa. Kata Nabi, bukan kah kerana panjang umur dia puasa banyak, solat banyak,  solat sunat banyak sehingga pahala lagi banyak dan masuk syurga dulu.
Bukti umur panjang dan taat pada Allah akan masuk syurga dulu walaupun orang mati syahid. Mimpi orang beriman adalah benar. Dalam Islam mimpi orang berimam benar. Hadis ini Menunjukkkan panjang umur itu berharga. Seorang Badwi bertanya Rasulullah Siapa manusia paling baik. Untung orang panjang umur dan baik. Banyak buat kebaikan. Orang beriman umurnya panjang untuk menambah kebaikan. 
Bila diceritakan tentang panjang  umur ini, Nabi mendoakan Annas bin Malik ya Allah engkau perbanyakkan hartanya dan anaknya. Dalam hadis lain, ya Allah Engkau perbanyakkan hartanya, anaknya dan panjangkan umurnya dan engkau ampunkan dosanya. Kerana panjang umur dia kebumikan anak dan cucu seramai 103 orang. Kata Annas lagi umur aku panjang kadang aku malu. 
Kalau panjang umur tak ada nilai, nescaya nabi tak akan doakan annas bin Malik. Minta panjang umur satu benda yang baik jika dia buat ibadah dan beri manafaat pada umat Islam. Orang berbakti sunat didoa supaya panjang umur. Kalau umur panjang dan terdedah pada maksiat lebih baik didoa mati dalam keadaan baik.  
Antara tanda benda Allah murka ialah banyak buang masa. Saidina Ali mati seorang besar sehingga tua lebih baik dari mati seorang kanak kanak yang tak buat dosa. Kanak kanak masuk syurga tanpa hisab. Bukan kerana balasan kebaikan dia tapi dia jadi kadam kepada orang yang Allah bagi umur panjang dan baligh dalam syurga. Dia berkhidmat dalam syurga. Yang dapat balasan ialah orang yang baligh. 
Bagaimana peringkat umur kita supaya kita perhatikan apa patut kita buat. Orang ada akal yang memahami tentang peredaran masa. Bermula sebelum baligh, tak ada nilai umurnya dan tak dihisab. Kalau dia buat baik mak ayah dapat pahala. Dia tutup aurat walaupun tak wajib. Mak ayah didik dia dengan baik. Kalau benda jahat, mak ayah tak berdosa melainkan mak ayah ajar dia mencuri. 
Bila kita sampai umur baligh, zaman melawan hawa nafsu, nafsu galak jadi ini waktu untuk menuntut ilmu. Kemudian kalau kawin dan ada anak maka ini waktu cari rezeki dan belajar bermuamalat. Jauh dari hawa nafsu merosakkan. 
Sampai umur 40 sempurna mula masuk zaman persiapan sungguh sungguh dalam akhiratnya. Seolah umurnya mula mula naik dan turun balik. Akan turun sehingga masuk kubur. Bersedia untuk jadikan cita cita mencari bekal akhirat dan bersedia untuk berangkat.
Masuk 60 waktu ini akan mengerah seluruh bekal dan menyiap musafir dan setiap hari adalah hari keemasan. Tak ada alasan. Ini umur akan berlaku kematian. Umur yang cukup dan terlepas dari segala kesibukan. Umur pencen. Memang 60 bukan untuk beri alasan. Allah tak terima alasan pada mana mana orang yang Allah sampaikan umurnya sehingga 60 tahun. Tak ada lagi beban kerja. Kerajaan bagi pencen. Tiba tiba dalam ibadah banyak alasan. Kalau masih ada alasan, itu tanda kesombongan bukan lagi keuzurannya. 
Masuk 80 boleh ucap selamat tinggal. Tak ada lagi kecuaian. Ini umur manusia. Masa muda, bermujahadah lawan nafsu. Muamallah. Sibuk dengan rezeki. 40 bersedia. 60 setiap hari keemasan. 80 selamat tinggal. Umur yang bila bila masa akan meninggal dunia. Aduhai untung jika aku diberi umur seperti Nabi Nuh. Sekiranya seorang berniat umur panjang untuk buat kebaikan maka untung dia dapat umur panjang. kita dapat kebaikannya. Tidak salah minta umur panjang seperti Nabi Nuh.
Antara tanda kemuliaan seorang hamba bila umur panjang dan banyak kebaikan. Orang beriman umur tak panjang melainkan berniat buat baik.
Hadis iman Muslim Orang beriman umur tak akan panjang melainkan berniat untuk buat baik. Amal kebaikan kita akan menambah umur kita. Siapa yang mahu Allah panjangkan umurnya maka sambungkan lah silaturrahim. 
Orang beriman bila buat baik,umur akan bertambah. Bukan kah umur telah ditetapkan dan ajal telah ditetapkan?. Ada 2 jawapan. Umur memang ditetap disisi catatan malaikat tapi di sisi Allah bergantung kalau dia ada buat baik atau tidak. Anologi kita boss besar dalam syarikat. Syarikat ada SOP. Tapi syarikat boleh batalkan polisi. Pekerja rajin dan perlu datang lambat kerana jaga mak sakit. 
Kedua, maksud panjang umur ialah umur dinilai dengan kebaikan. Ada orang walaupun dia mati pahala tetap berjalan seperti dia hidup. Segala kebaikan yang dibuat diberkati seolah olah umur panjang. Dah mati tapi pahala berjalan kerana anak soleh, sedekah berjalan walaupun dia dah mati. Anak anak soleh mendoakan, maka pahala tetap berjalan. Para ulamak di mana manafaat kitab dibaca dan ilmu dikongsi, nasihat diamal. Ulamak ni pahala berjalan kerana manafaat ilmu dia. Umur yang pahala berjalan. 
Dalam Islam digalak memohon umur panjang. Antara kemuliaan panjang umur dan Allah berikan kita sentiasa bertaubat dan terus buat baik sebab keberkatan umur.  Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat. 

Saya suka makan cucur ikan bilis. Lagi lagi waktu hujan. Kalau saya orang Kelantan, cucur ikan bilis dimakan dengan cicah dengan gula jer. Gandingkan pula dengan kopi O. Wallaa sedap nyer. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba....   

Cucur Ikan BilisOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:Tepung gandumSedikit baking powderGaramSerbuk kunyitSedikit gulaDaun bawang atau daun supTaugeh - jika sukaAir secukupnya
Satukan semua bahan dan kacau rata.  Tuang air sedikit demi sedikit sehingga elok kepekatannya. 
Biarkan seketika sebelum digoreng dalam minyak yang panas dan banyak. Setelah timbul, bolehlah dibalik balikkan.  
Goreng sehingga keperangan dan rangup. Angkat dan sedia untuk dinikmati. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2024/11/cucur-ikan-bilis-rangup-di-luar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Goreng Ikan Bilis Campur Telur

Nasi Goreng Ikan Bilis Campur Telur

papar berkaitan - pada 7/11/2024 - jumlah : 145 hits
Nasi Goreng Ikan Bilis Campur Telur Dah berminggu minggu nieyl breakfast salad je tiba tiba pagi ni teringin betul nak makan nasi goreng Tapi nak masak yang simple simple je sebab nieyl pagi tak ada masa yang banyak untuk memasak sebab niey...
Semoga Allah Ampunkan Dosa Awak Ya Fitnah Luar Biasa Ni Shuib

Semoga Allah Ampunkan Dosa Awak Ya Fitnah Luar Biasa Ni Shuib

papar berkaitan - pada 13/11/2024 - jumlah : 142 hits
Baru baru ini pelakon dan pelawak Shuib bersama pengarah syarikat Bubblebee Sdn Bhd iaitu Kho Choon Guan telah dikenakan denda sebanyak RM17 500 atas tujuh pertuduhan melibatkan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial tahun lalu Shuib dan Cho...
Shuib Anggap Tuduhan Guna Duit Perkeso Pergi Umrah Satu Fitnah Luar Biasa

Shuib Anggap Tuduhan Guna Duit Perkeso Pergi Umrah Satu Fitnah Luar Biasa

papar berkaitan - pada 13/11/2024 - jumlah : 120 hits
Pelawak dan usahawan terkenal Shuib anggap tuduhan guna duit Perkeso pergi umrah satu fitnah yang cukup luar biasa dan sudah terlalu jauh memandangkan baru baru ini dia dan Pengarah Syarikat Bubblebee Sdn Bhd didenda RM17 500 oleh Mahkamah ...
Warna Cat Luar Rumah Yang Sejuk Nyaman Sesuai Untuk Anda

Warna Cat Luar Rumah Yang Sejuk Nyaman Sesuai Untuk Anda

papar berkaitan - pada 15/11/2024 - jumlah : 123 hits
Tahukah anda warna cat pada kawasan luar rumah memainkan peranan yang penting dalam menjaga suhu dalaman rumah Warna cat yang tidak bersesuaian akan menyebabkan suhu dalam rumah menjadi tinggi dengan lebih pantas Oleh itu pemilihan warna ca...
Pisang Goreng Rangup

Pisang Goreng Rangup

papar berkaitan - pada 3/11/2024 - jumlah : 146 hits
PISANG GORENG RANGUP 2 cawan tepung beras2 cawan tepung gandum5 sudu besar santan 1 2 sudu besar baking powder 1 2 sudu besar garam1 2 sudu kecil serbuk kunyit 1 biji telurair secukupnya2 sudu besar marjerin dipanaskan hingga cair dan disej...
Marrybrown Mengubah Definisi Ayam Rangup Pedas Dengan Ayam Epik Yang Lazat

Marrybrown Mengubah Definisi Ayam Rangup Pedas Dengan Ayam Epik Yang Lazat

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 179 hits
Marrybrown Restoran Perkhidmatan Pantas Halal tempatan yang terbesar di Malaysia menyajikan Ayam Epik untuk cita rasa rakyat Malaysia Ayam Epik iaitu ayam rangup pedas diilhamkan dari hidangan mamak yang digemari dan diperap dengan adunan r...
Resepi Nugget Ayam Stick Homemade Yang Rangup

Resepi Nugget Ayam Stick Homemade Yang Rangup

papar berkaitan - pada 9/11/2024 - jumlah : 140 hits
Sedang mencari snek yang sedap dan mudah dibuat Nugget Ayam Stick ini pasti menjadi pilihan yang ideal untuk hidangan keluarga Resepi ini mudah diikuti dan hasilnya memang memuaskan Jom kita lihat langkah langkah penyediaannya Resepi nugget...
Apabila Menteri Tak Berapa Cerdik Mencabar Mp Perempuan Bergaduh Di Luar Dewan

Apabila Menteri Tak Berapa Cerdik Mencabar Mp Perempuan Bergaduh Di Luar Dewan

papar berkaitan - pada 7/11/2024 - jumlah : 85 hits
Tiong cabar Mas Ermieyati Kalau nak gaduh di luar nanti Hariz Mohd Shakira Buang amp Shahrin Aizat NoorshahrizamPARLIMEN Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Tiong King hari ini mencabar Mas Ermieyati Samsudin untuk meneruskan pertelingkahan...
Kos Lawatan Anwar Ke Luar Lebih Rendah Ketimbang Pm Terdahulu

Kos Lawatan Anwar Ke Luar Lebih Rendah Ketimbang Pm Terdahulu

papar berkaitan - pada 31/10/2024 - jumlah : 104 hits
Kerajaan membelanjakan sejumlah RM13 7 juta bagi menampung kos 39 lawatan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke luar negara sejak dia mengambil alih kuasa pada Nov 2022 hingga Okt tahun ini Hasil daripada perjalanan tersebut Menteri Wilayah Pers...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip