Kementerian Kesihatan melalui Pengarah Kesihatannya, Noor Hisham Abdullah juga memberi respon menolak keputusan membenarkan kedai gunting rambut dibuka sehinggalah wabak Covid-19 benar-dapat dikawal.Berikutan itu, khususnya di media sosial, kecaman dan hentaman terhadap Azmin datang bertalu-talu, tidak kira daripada mereka yang pro kerajaan atau pro pembangkang.Rata-rata mengecam Azmin kerana tidak meneliti dengan mendalam sebelum membuat keputusan membenarkan kedai gunting rambut meneruskan perniagaan, selain ada yang mengatakan beliau cuba meraih populariti rakyat daripadanya.Menyedari beliau tidak berapa disukai susulan pengkhianatannya sehingga tertubuhnya kerajaan tebuk atap PN ini, Azmin diperkatakan cuba berbuat sesuatu yang menyenangkan hati rakyat dalam tempoh PKP ini.Tetapi, dengan adanya bantahan daripada Kementerian Kesihatan sendiri, Azmin seterusnya dipertikaikan lagi seolah-olah beliau tidak merujuk kepada kementerian tersebut terlebih dahulu sebelum membuat keputusan berkaitan gunting rambut itu.Ada pula yang membuat andaian, oleh kerana rambutnya sendiri terjaga rapi dan ada “line” di bahagian tepi, keputusan membenarkan kedai gunting rambut beroperasi itu dikatakan lebih untuk kepentingan dirinya.Yang nyata, dengan isu gunting rambut ini, nama Azmin terus menjadi kecaman ramai, malah cubaannya untuk mendapat sedikit populariti daripada rakyat ternyata telah gagal.Malah, kini kedudukannya sebagai Menteri Kanan juga dirasakan tidak lagi sepadan dengannya.Tetapi, yang anehnya, ada juga budak-budak Azmin cuba tampil membela beliau seolah-olah keputusan membenarkan gunting rambut beroperasi adalah sesuatu yang wajar.Bekas Exco Pulau Pinang yang kini dilaporkan pegawai khas Azmin, Dr. Afif Bahardin misalnya menulis di laman Twitter kononnya ada kajian yang menunjukkan menggunting rambut mampu mengurangkan tekanan darah tinggi.Malangnya, tweet beliau itu menjadikan kecaman tambah berganda lagi, bukan saja kepada Dr. Afif sendiri tetapi juga kepada Azmin.Nampaknya usaha untuk menyelamatkan Azmin gagal lagi.Namanya kini tambah terperosok ke tepi, walhal peranan sebenar beliau dalam tempoh PKP ini adalah mengetuai jawatankuasa bekalan makanan dan bukannya menjaga rambut. (ShahbudinHusin 12/04/2020)|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |