Cuba Duduk Atas Kerusi Roda Kami Oku Harap Perubahan Dilakukan Di Peringkat Dasar


Danisyah Dalily Ramai yang mulakan hidup sebagai seorang normal namun menjadi orang kurang upaya kerana ditimpa kemalangan atau menghidap penyakit.

Jayaraj Santraju memegang buku panduan dan tips yang beliau tulis dan jual bagi menyara keluarga. Jeyaraj Santraju pernah menjadi jurutera mekanikal di Singapura, namun kemalangan di tempat kerja pada 2006 mengubah hidup lelaki itu buat selama-lamanya.
Pada hari kemalangan tersebut, Jeyaraj sedang sibuk memasang sebuah mesin yang berukuran tinggi namun secara tiba-tiba beberapa bahagian daripada mesin dengan berat dianggarkan lapan tan jatuh dan terkena bahagian belakang badannya.
Rakan sekerja cepat-cepat membantu, mereka berjaya mengangkat bahagian mesin yang menyebabkan Jeyaraj tersepit dan kemudian menariknya kira-kira 20m dari mesin kerana bimbang bahagian lain juga akan jatuh.
Malangnya, tindakan yang berniat baik menyebabkan tulang belakangnya rosak kekal – ketika rakan-rakannya menarik tubuh lelaki itu, tulang belakangnya patah dan terkehel, merosakkan saraf tunjangnya sekaligus menjadikannya lumpuh separuh badan.
Jeyaraj akhirnya pulih daripada kemalangan tersebut, namun separuh bahagian bawah badannya tidak memiliki deria rasa.
Kesan daripada lumpuh juga menyebabkan dia menghadapi masalah pundi kencing.
Bagi menyelesaikannya, Jeyaraj perlu memakai lampin sepanjang masa.
Pada tahun itu juga, dia pulang ke Malaysia dan bertemu semula dengan isteri dan anaknya di Rawang.
Awalnya, dia sukar menyesuaikan diri dengan keadaan barunya, namun akhirnya Jeyaraj terpaksa menelan hakikat kehidupan barunya yang berkerusi roda.
Jayaraj Santraju seorang OKU ketika ditemui MalaysiaNow di Kampung Sungai Dua Tambahan, Rawang. Kesan daripada keadaan barunya itu, dia mula memikirkan tentang hak orang kurang upaya (OKU).
Beliau juga turut berkenalan dengan Francis Siva yang merupakan presiden Independent Living and Training Centre Malaysia (ILTC).
Terkadang, lelaki itu ke ILTC untuk menjadi sukarelawan.
Dia juga turut belajar bagaimana untuk berdikari walaupun mengalami kecacatan selain berusaha mencari pendapatan dengan menjual pen serta buku mengenai cara menguruskan kehidupan dari kerusi roda yang ditulis berdasarkan pengalamannya sendiri.
Selepas 16 tahun menjalani hidup sebagai OKU, dia menyedari perbezaan sistematik yang dihadapi golongan sepertinya.
“Di ILTC, kami mahu memastikan tiada OKU diabaikan,” katanya ketika ditemui MalaysiaNow.
“Jika mereka layak terima dana atau bantuan, kami akan pastikan mereka mendapatkannya daripada kerajaan.”
Sempena Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa yang disambut seluruh dunia hari ini, harapan Jeyaraj agar pihak berkuasa menunaikan janji yang mereka berikan.
“Kami tidak mahu janji manis yang hanya tercatat di atas kertas,” katanya.
“Kami mahu tindakan.”
Beberapa masalah
Satu isu yang sering dihadapi OKU ialah kesukaran dalam permohonan Elaun Pekerja OKU atau Epoku.
Menurutnya, permohonan Epoku perlu dikemukakan tiga bulan lebih awal daripada tarikh akhir, jika gagal, elaun tahunan sebanyak RM450 tidak akan diberikan.
Satu lagi masalah yang dihadapi golongan OKU ialah gaji minimum, di mana mereka hanya memperoleh RM1,100 yang disifatkan tidak mencukupi bagi menampung perbelanjaan.
Jayaraj Santraju menunjukkan buku tulisannya mengenai garis panduan dan tips kepada pengguna kerusi roda terutamanya golongan OKU cacat anggota.Dan jika seorang OKU mendapat gaji lebih dari RM1,500 sebulan, dia tidak lagi layak untuk memohon Epoku.
Bagi Jeyaraj, semua ketetapan itu adalah tidak adil bagi golongan OKU.
“Saya mahu bekerja dan dapat gaji yang baik,” katanya.
“Saya juga ada keluarga untuk diberi makan. Jangan layan kami seperti kanak-kanak.”
Presiden ILTC Siva berkata masalah itu timbul kerana kurangnya pemahaman di pihak kerajaan mengenai masalah yang OKU hadapi.
“Kami sudah minta menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat untuk bertemu bagi membincangkan isu di lapangan, namun selepas lapan bulan, kami tidak terima jawapan,” katanya.
“Di Parlimen, timbalan menteri berkata pekerja OKU tidak hadapi sebarang masalah semasa pandemik. Apa yang boleh saya katakan, ada sesuatu yang tidak kena di sini. Mereka jelas tidak memahami masalah yang kami hadapi.”
Pada usia 29 tahun, K Ilavarasi benar-benar memahami masalah yang dibangkitkan Jeyaraj dan Siva itu.
Sewaktu usianya masih kanak-kanak, Ilavarasi didiagnosis memiliki jumlah sel darah putih yang berlebihan.
Sepanjang tempoh itu, bapanya sentiasa membawanya ke janji temu doktor dan mengambil ubat-ubatan.
Bagaimanapun, pada 2006, bapanya mengalami kemalangan dan tiada orang lain dalam keluarganya yang tahu cara menjaga Ilavarasi – bahkan ibunya sendiri.
Dengan keadaan bapanya tidak dapat melakukan apa-apa, dia tidak dapat mengambil ubatnya bagi tempoh yang lama.
Keadaan penyakitnya semakin merosot dan dia akhirnya terpaksa menggunakan kerusi roda.
Ibunya meninggalkan mereka sekeluarga pada akhir tahun itu, dan ibu saudaranya datang untuk tinggal bersama mereka.
Kini, tinggal bersama wanita yang digelarnya sebagai “ibu”, Ilavarasi belajar bagaimana untuk berdikari dan menjaga diri sendiri.
Sesuatu yang lebih baik
Siva yang mengenali keluarga itu, berkata Ilavarasi adalah antara mereka yang kurang mendapat sokongan daripada pihak berkuasa.
“Ketika saya mula-mula bertemu dengannya untuk memberi sedikit sumbangan makanan, saya lihat dia menggunakan kerusi roda yang sudah lama, lusuh dan koyak.
“Saya perlu bantu, jadi saya memberinya kerusi roda baru dengan kusyen yang lebih selesa,” katanya.
Siva turut menyuarakan kekecewaan ekoran tiada sebarang maklum balas daripada kementerian atau kehadiran wakilnya untuk datang menemui mereka dan mengetahui isu-isu di lapangan.
“Jika mereka tidak datang berjumpa dan bercakap dengan kami, mereka tidak akan tahu masalah yang kami hadapi.
“Jadi bagaimana mereka boleh berikan kehidupan yang lebih baik untuk golongan ini?”
K. Ilavarasi meminati bidang jahitan, namun beliau masih belum menguasai kemahiran menjahit, beliau ingin menyertai kursus kemahiran jika diberi peluang supaya dapat berdikari.Dia juga berkata sesebuah sistem tidak semestinya sesuai untuk semua orang, dan sumbangan sekali setahun tida dapat membantu OKU menjalani kehidupan yang lebih baik.
Ia turut dipersetujui Jeyaraj – apa yang dia mahu ialah pekerjaan yang sesuai dengan gaji yang setimpal, selain menggesa agensi kerajaan meneliti data tentang OKU dan bantu dengan menyalurkan bantuan kepada yang memerlukan.
Harapan Ilavarasi pula sempena Hari OKU adalah memiliki mesin jahit supaya dia boleh bekerja dan menjadi lebih berdikari.
“Hasrat saya adalah keadaan akan menjadi lebih baik,” kata Siva.
“Kami mahu turut serta dalam proses membuat dasar negara.
“Buat masa ini, kami hanya mempunyai beberapa wakil OKU dalam perbincangan dasar. Itu tidak mencukupi jika kita mahu menyediakan golongan itu sebuah kehidupan yang berkualiti.”
Jeyaraj bersetuju bahawa orang normal sukar memahami masalah yang dihadapi masyarakat OKU.
“Sebab itu kita perlukan orang kurang upaya untuk turut berada dalam perbincangan,” katanya.
“Cuba duduk atas kerusi roda kami – barulah anda faham.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/cuba-duduk-atas-kerusi-roda-kami-oku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harap Kerjasama Di Peringkat Persekutuan Kekal Kata Pemimpin Pas

Harap Kerjasama Di Peringkat Persekutuan Kekal Kata Pemimpin Pas

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 265 hits
Khairuddin Aman Razali berkata menang dan kalah merupakan adat pilihan raya Ahli Parlimen Kuala Nerus Mohd Khairuddin Aman Razali Seorang pemimpin PAS berharap agar kerjasama Perikatan Nasional dan Barisan Nasional di peringkat persekutuan ...
Hiburan Didakwa Atas Sengaja Mengaibkan Dengan Niat Polis Buru 4 Individu Persenda Golongan Oku

Hiburan Didakwa Atas Sengaja Mengaibkan Dengan Niat Polis Buru 4 Individu Persenda Golongan Oku

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 250 hits
Polis Diraja Malaysia kini dilaporkan sedang mencari empat orang individu yang didakwa mempersendakan golongan Orang Kurang Upaya menerusi dua buah video yang tular di media sosial baru baru ini Perkara tersebut dimaklumkan Ketua Polis Daer...
Dasar 1 Peratus Peluang Kerja Oku Jadi Kpi Semua Kementerian Ismail Sabri

Dasar 1 Peratus Peluang Kerja Oku Jadi Kpi Semua Kementerian Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 219 hits
Oleh KERAJAAN menetapkan dasar satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada Orang Kurang Upaya dijadikan petunjuk prestasi utama bagi semua kementerian dan perlu dicapai pada penghujung tahun 2022 kata Datuk Seri Ismail Sab...
Dapat Kerusi Roda Pun Sudah Cukup

Dapat Kerusi Roda Pun Sudah Cukup

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 137 hits
Dapat kerusi roda pun sudah cukup JERANTUT Malang menimpa seorang wanita apabila bukan sahaja menghidap empat pe nyakit berisiko malah turut hilang penglihatan selain hanya terlantar di rumah selepas kehilangan upaya untuk bergerak Rahimah ...
Hiburan Aksi Sekumpulan Wanita Rider Basikal Persenda Oku Bangkit Amarah Netizen

Hiburan Aksi Sekumpulan Wanita Rider Basikal Persenda Oku Bangkit Amarah Netizen

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 195 hits
Belum reda dengan isu seorang pemuda berlakon sebagai Orang Kelainan Upaya timbul lagi satu isu yang membuatkan hati orang ramai yang menonton video tular itu membuak buak dengan kemarahan Ia tentang satu video yang tular di Twitter baru ba...
Berlakon Jadi Oku Untuk Dapat Parkir Khas Pemuda Akui Gagal Sampaikan Mesej Sebenar

Berlakon Jadi Oku Untuk Dapat Parkir Khas Pemuda Akui Gagal Sampaikan Mesej Sebenar

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 206 hits
Pemuda yang merakam aksi rakannya berlakon sebagai Orang Kurang Upaya di sebuah pusat beli belah di Kuala Lumpur bagi mendapatkan parking tampil menjelaskan berhubung video tular di media sosial Menerusi aplikasi TikTok pemuda tersebut Iswa...
Persenda Oku Dalam Media Sosial Polis Kesan 4 Individu

Persenda Oku Dalam Media Sosial Polis Kesan 4 Individu

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 215 hits
Polis mengesan empat individu yang didakwa mempersenda dan menyalahgunakan kemudahan khas untuk golongan orang kurang upaya dalam dua klip video yang dimuat naik menerusi media sosial Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai...
Hiburan Semput Tengok Artis Serba Boleh Ariel Noah Buat Persembahan Nyanyian Berkasut Roda Hiburkan Peminat

Hiburan Semput Tengok Artis Serba Boleh Ariel Noah Buat Persembahan Nyanyian Berkasut Roda Hiburkan Peminat

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 225 hits
Penyanyi terkenal Indonesia Ariel Noah mencuri perhatian peminat hingga ke Malaysia apabila aksinya menghiburkan peminat di konsertnya di Danamon New Live Experience tular di media sosial Uniknya penonton yang hadir di konsert tersebut diwa...
Tergamak Menantu Halau Ibu Mertua Uzur Berkerusi Roda Dari Rumah

Tergamak Menantu Halau Ibu Mertua Uzur Berkerusi Roda Dari Rumah

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 200 hits
Tular di media sosial sebuah video memaparkan aksi gila seorang Tentera Nasional Indonesia menghalau ibu mertuanya sendiri dari rumah Menerusi laporan portal liputan6 tentera berkenaan dilihat bertikam lidah sebelum bertindak menolak ibu ya...
Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing

Wisma Putra Confirms 8 Students Hurt In Egypt Road Crash

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

The Tyranny Of Excuses Why We Must Question Power

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Is Our Tap Water So Bad That We Need Third Party Filtration Systems


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Why Content Marketing Is A Priority

Keanggotaan Dalam Who Dasar Yang Tidak Bijak Ppim Malaysia Gazette Tv 24 01 2025

Aftershine Feat Dinda Teratu Matursuwun Gusti Chord

Resipi Kari Daging Perap Lagi Lama Perap Lagi Sedap

Bapa Borek Anak Rintik Maksud Contoh Peribahasa

Myhelp Kkm Sistem Aduan Buli Warga Kerja Kkm