Cuba Buat Macam Ni Untuk Buang Tabiat Buruk


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Cuba Buat Macam Ni Untuk Buang Tabiat Buruk | Tabiat buruk, jika tak menyusahkan orang dan merunsingkan kepala mak bapak takpe kan... Tapi kalau sampai menyusahkan orang... memang tabiat tu kena buang. contohnya suka melepak waktu malam... suka kacau anak dara orang...

Kena buang, dan usaha untuk buang...

Tapikan.. nama pun tabiat kan.. maknanya dah jadi habit... dah biasa... payah nak buang...

Tapi kalau rasa nak buang juga, meh baca kisah ini... ada caranya nak buang tabiat buruk.


Kisah Motivasi, Cuba Buat Macam Ni Untuk Buang Tabiat Buruk
Seorang hartawan runsing memikirkan anaknya yang memiliki beberapa tabiat buruk.

Walaupun belum menimbulkan masalah yang besar, beliau tetap khuatir.
Jika dibiarkan tanpa ditangani, anak lelaki tunggalnya yang akan mewarisi sebahagian besar hartanya serta mengurus perniagaannya bakal bertukar menjadi remaja bermasalah.

Lantas, hartawan tersebut meminta bantuan seorang ahli psikologi sebuah universiti tempatan, iaitu Profesor Hisyam.

Sarjana itu diminta untuk menghabiskan masa hujung minggunya bersama keluarga dan anak hartawan berkenaan di kediaman mereka di sebuah kawasan perumahan elit di pinggir bandar raya Kuala Lumpur.

Pada hari pertama, setelah menghabiskan masa berbual – bual dengan hartawan berkenaan bersama isteri serta anak mereka secara berasingan, maka Profesor Hisyam lebih jelas akan masalah yang berada di hadapannya.

Dalam usaha mengenali remaja tersebut dengan lebih mendalam lagi, Profesor Hisyam membawa remaja itu bersiar – siar di kebun bunga di sekitar rumah hartawan berkenaan.
Kebetulan taman bunganya agak semak dan kurang terurus kerana sudah dua minggu tukang kebun balik ke kampung menziarahi ibunya yang sakit.

Tiba – tiba sarjana psikologi itu menghentikan langkahnya lalu mengajak remaja itu mencabut pokok – pokok kecil yang tumbuh di situ.

Remaja itu memegang tumbuhan kecil itu antara ibu jari dengan jari telunjuknya sebelum mencabutnya.

Sarjana itu kemudiannya meminta dia menarik pokok renek. Remaja itu menarik pokok tersebut dengan kuat dan pokok itu tercabut keluar, beserta keseluruhan akarnya.

“Sekarang, tariklah pohon yang itu,” kata Profesor Hisyam sambil menuding jarinya kea rah semak di hadapan mereka. Maka, dengan menggunakan seluruh kekuatannya, remaja itu menariknya keluar.

“Sekarang tarik yang ini pula,” kata profesor itu sambil menunjukkan sepohon jambu batu. Remaja itu tercengang dan kebingungan.

Sarjana mengulang lagi saranan yang sama; meminta remaja itu memeluk batang pohon tersebut dan cuba untuk menariknya.

“ Buat betul-betul, tarik bersungguh-sungguh,” tekan profesor itu lagi. Remaja itu membuat seperti yang diminta. Namun, walaupun ia menggunakan seluruh tenaga, pohon tersebut tidak juga bergerak.

“Kuat lagi dan jangan mudah berputus asa!” kata Profesor Hisyam.

“Ini mustahil,” kata remaja itu tercungap – cungap keletihan selepas berusaha sehabis tenaga.

Sarjana itu memang menunggu saat-saat keemasan ini untuk mendidik remaja tersebut mengenai tabiat buruknya. “ Maka ia juga seperti tabiat buruk,” kata sarjana itu, “Apabila ia masih baru, maka ia senang untuk dibuang. Tetapi apabila sudah berakar umbi, maka susah untuk dicabut.”

Kata-kata yang ringkas dan tepat itu melekat pada minda remaja itu. Ia sedar akan maksud yang tersirat dan faham bahawa aktiviti sebentar tadi merujuk kepada beberapa tabiat buruknya.

Setelah mengucapkan terima kasih kepada Profesor Hisyam, anak hartawan Kuala Lumpur itu bertekad untuk mengubah kehidupannya.


Moral of the story Pepatah Melayu ada menyebut “meletur buluh semasa rebungnya,” Ia amat bertepatan sekali dengan paparan di atas. Apa-apa jua tabiat; buruk atau baik lebih mudah dipupuk atau dihakis semasa ia masih di peringkat awal.

Namun, apabila ia sudah bertapak sekian lamanya pada seseorang, tabiat tadi menjadi perkara biasa. Si pelakunya tidak memerlukan apa-apa tenaga atau inisiatif untuk melakukannya.

Seseorang pencuri yang telah lama mencuri menganggap bahawa mencuri sebagai perkara biasa. Dia akan mencuri sebaik ada peluang.

Seseorang yang berbuat baik dan suka menolong orang, tidak akan berasa aman sekiranya peluang menolong seseorang di hadapannya tidak direbut.

Apabila kebiasaan itu (baik atau buru ) berdarah daging pada seseorang, ia sudah menjadi sebahagian daripada orang itu. Pada ketika itu, apa-apa jua perubahan bukan sahaja sukar, malah akan berhadapan dengan tentangan. Justeru, makin sukar untuk diperbaiki.

Ya, sebarang perubahan dan tabiat baik yang mahu dipupuk perlu dibuat semasa seseorang itu masih kanak-kanak lagi.

Sementara itu, apa-apa jua usaha untuk mencegah melaratnya tabiat seseorang mestilah diiktiarkan semasa ia masih di peringkat awal.

Kredit: http://www.klinikmotivasi.com , google images

Ceritakan kisah ini buat anak kita yang ada tabiat buruk. 
dan kisah ini juga pengajaran buat ibu bapa... nak didik anak biar dari kecil. 
umpamanya... bab sampah... 
didiklah anak buang sampah di tempat yang betul sejak kecil... atau.
basuh pinggan selepas makan...  kemaskan mainan selepas main... 
Insha Allah, jika latih dan latih dan usaha untuk didik jadi baik.. baiklah jadinya... kalau tidak akan jadi sebaliknya. 
Kalau dah sebati... contoh.. dah biasa buang sampah merata-rata... itu akan jadi tabiat... maka susah dah nak bentuk.. 
Kalau dah biasa pandu kereta tak bagi signal... maka terbiasalah begitu hingga menyusahkan orang lain... kannn... 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mariafirdz.com/2018/12/kisah-motivasi-cuba-buat-macam-ni-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Perlu Buang Masa Bayi 7 Bulan Dah Boleh Rangsang Nak Bercakap Macam Ni

Tak Perlu Buang Masa Bayi 7 Bulan Dah Boleh Rangsang Nak Bercakap Macam Ni

papar berkaitan - pada 11/7/2022 - jumlah : 191 hits
Bila anak sudah berusia dua tahun mak ayah mula risau bila anak masih tidak mengeluarkan perkataan bermakna Walhal melatih anak bercakap perlu dilakukan sejak bayi lagi agar anak sudah terbiasa Nak latih macam mana Penulis Keibubapaan berko...
Bila Susah Buang Air Besar Cuba Cara Ini

Bila Susah Buang Air Besar Cuba Cara Ini

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 388 hits
Tentu ada di antara kita yang mengalami masalah susah buang air besar ataupun sembelit Apabila keadaan ini berlaku dah tentulah kita akan berasa tidak selesa sehingga menjadi serba tak kena Perut pun seakan kembung Apatah lagi jika sudah be...
Aktiviti Fun Macam Ni Bantu Tajamkan Skil Motor Halus Anak Ibu Pun Boleh Join Main

Aktiviti Fun Macam Ni Bantu Tajamkan Skil Motor Halus Anak Ibu Pun Boleh Join Main

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 214 hits
Alih perhatian anak kecil kita dari gajet apa kata mak ayah cuba asah kemahiran motor halus anak anak di rumah sebaiknya Apa kemahiran motor halus anak dan apa aktiviti yang boleh merangsang mereka Ini yang mak ayah perlu tahu Kemahiran mot...
Tak Perlu Jual Ayam Mahal Macam Nak Pergi Mekah Balik Hari Nasihat Jukee Ayam

Tak Perlu Jual Ayam Mahal Macam Nak Pergi Mekah Balik Hari Nasihat Jukee Ayam

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 231 hits
Seorang peniaga ayam menyifatkan penjual yang meletakkan harga tinggi untuk ternakan itu seperti individu yang mahu ke Mekah balik hari Zukila Deraman yang terkenal kerana harga ayam murahnya di Kelantan berkata peniaga terbabit melet
Sayu Dengar Dia Nangis Sebak Tengok Shuib Pujuk Ayash Macam Faham Je

Sayu Dengar Dia Nangis Sebak Tengok Shuib Pujuk Ayash Macam Faham Je

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 127 hits
Kasih ibu bawa ke syurga kasih ayah selamanya Itu pepatah yang boleh digambarkan buat anak anak arwah Siti Sarah yang hilang kasih ibu dari kecil Mungkin anak orang lain sedang gembira dapat layanan ibu tapi empat anak arwah hanya dapat kas...
Dah Macam Bunyi Zan Siti Nurhaliza Berduet Dengan Afwa Bu T Ramai Terhibur

Dah Macam Bunyi Zan Siti Nurhaliza Berduet Dengan Afwa Bu T Ramai Terhibur

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 260 hits
Datuk Siti Nurhaliza atau lebih dikenali dengan Tokti sering saja memuat naik perkembangan terkini kedua dua anaknya Aafiyah dan Muhammad Afwa buat tatapan peminat Sama seperti Aafiyah Muhammad Afwa iaitu cahaya mata kedua Tokti sudah mempu...
Cutenya Macam Pakai Helmet Idea Emma Maembong Gunting Rambut Anak Memang Kreatif

Cutenya Macam Pakai Helmet Idea Emma Maembong Gunting Rambut Anak Memang Kreatif

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 205 hits
Menggunting rambut anak kecil di bawah usia dua tahun memang mencabar Kelincahan mereka dan istilah tak duduk diam buat mak ayah jadi makin sukar Idea pelakon Emma Maembong dan suaminya yang menggunting rambut anak mereka Shariq Gabriel sem...
Sedap Macam Lemang Resipi Ketupat Pocong Mudah Boleh Buat

Sedap Macam Lemang Resipi Ketupat Pocong Mudah Boleh Buat

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 202 hits
Ketupat Pocong perkongsian saudari Biey Hasbi ni nampak sangat enak dan mudah disediakan Kelihatan seakan lemang namun proses penyediaannya lebih mudah dan tidak perlu dibakar lama Hanya kukus sahaja Enak dimakan bersama aneka rendang pilih...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator