Cuba Bayangkan Jika Semua Orang Di Malaysia Jutawan
Cuba bayangkan kalo semua orang di Malaysia malam semalam Allah bagi RM 10,000,000.00 setiap seorang terus ke dlm akaun bank.
Bangun pagi2 , kita cek akaun Maybank2u , punyalah terkejut sbb ada RM10 juta dlm akaun. Kita pun merancang utk masukkan duit dalam pelaburan, bagi emak dan ayah, bayar hutang, beli kereta baru, beli rumah baru, shopping sakan dan pergi Melancong dan Umrah
Kita pun call emak di kampung, emak cakap tak perlu bagi emak duit lagi sebab emak dah jutawan.
Kita keluar rumah utk pergi selesaikan urusan kita tadi. Keluar rumah, baru nak hidupkan kereta myvi, kereta pula rosak. Terus terbayang nak tukar dengan Lambo Avantador,
Sebelum tu, kena ada kereta lain dulu untuk ke sana.. Kita pun call kereta sewa untuk cari kereta sewa utk kesana "Maaf, kami tidak beroperasi selama setahun kerana semua staff cuti. Mereka sudah jadi jutawan."
Kita pun terus membuka applikasi Grab dan Uber. Ternyata tiada yang available kerana semua sudah jadi jutawan.
Kita mula melangkahkan kaki keluar untuk mendapatkan teksi. Ternyata Teksi juga takde kerana semua pemandu teksi dh jadi jutawan.
Kita teruskan melangkah ke bank utk mengeluarkan duit. Bank jugak tutup kerana semua pegawai bank dahpun jadi jutawan. Duit di dlm mesin Atm juga sudah habis kerana kita agak lewat dan tiada penghantaran duit kerana mereka yg bekerja dengan Securiforce pun dah jadi jutawan.
Kita mula buntu dan cuba melangkah longlai ke kedai mamak berhampiran utk pekena teh ais kaw bagi menghilangkan rasa tertekan. Ternyata kedai mamak jugak tutup kerana semua pekerjanya sudah jadi jutawan.
Kita semakin buntu. Kelihatan banyak projek pembinaan bangunan tak berjalan kerana semua pekerja Indonesia dan Bangla juga sudah jadi jutawan.
Kite melangkah masuk ke kedai 24 jam, 7 eleven. Buat kali prtama kedai 7 eleven juga tutup kerana semua pekerjanya sudah jadi jutawan.
Bnyak stesen minyak yg tutup kerana terputus bekalan minyak kerana pemandu lori minyak juga sudah jadi jutawan.
Keadaan jalan menjadi semakin sesak. Tetapi tiada Polis Trafik yg bertugas menjaga lalu lintas kerana semua Polis Trafik jugak sudah jadi jutawan.
***
Jadi, bagaimana dengan kita?
Kesimpulannya, Allah dah jadikan setiap perkara itu #adil dan sempurna.
Kepada mereka yang Allah berikan nikmat rezeki, jawatan besar, kedudukan yang tinggi, pengaruh yang besar, pangkat, kejayaan, kemewahan, kemasyhuran yang lebih, jangan sesekali #sombong, #berlagak dan memandang #hina pada orang yang serba kekurangan atau biasa-biasa sahaja ini.
Kerana tanpa disedari, mereka ini lah yang banyak #memudahkan urusan harian anda dengan izin Allah.
Petikan dari Facebook : @Nan Sarang Tyrenest Nan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.elihjapahar.net/2019/10/cuba-bayangkan-jika-semua-orang-di.html