Cuba Bagi Pada Marang






 MARKAH D TAMPARAN YANG MEMALUKAN ANWAR


20 November 2024


Pagi ini Perdana Menteri, Anwar Ibrahim tiba di tanah air setelah melakukan lawatan rasmi ke beberapa negara – Mesir, Arab Saudi, Peru dan terakhir Brazil.


Dilaporkan beratus orang menyambut kepulangannya di KLIA pagi tadi di sebalik lawatannya ke luar negara kali ini lebih diselimuti kontroversi berkaitan wawancaranya dengan CNN  berkaitan Israel.


Berikutan kontroversi itu, mengadakan sambutan kepulangan Anwar adalah bertujuan untuk  menggambarkan beliau sebagai hero negara atas beberapa pencapaian dalam lawatan tersebut, sambil cuba menutup persepsi yang tercetus melalui wawancara CNN itu.


Tetapi, sambutan kepulangan Anwar, berdasarkan gambar dan video yang didapati di media sosial, ia nampaknya tidaklah semeriah dan seramai mana yang selayaknya untuk menyambut kepulangan seorang hero.


Lain kali kalau nak sambut kepulangan seorang hero, buatlah betul-betul dan angkutlah ramai-ramai orang – bukankah PKR sekarang sudah jadi kerajaan?


Takkan tak reti-reti?


Tetapi, apa yang lebih mengaibkan selain sambutan ala-ala saja yang mampu diserlahkan, kepulangan Anwar kali ini yang cuba digambarkan sebagai kepulangan seorang hero turut “dimalukan” oleh Bersih yang sehari sebelum kepulangannya telah membentangkan laporan prestasi kerajaan madani sejak dua tahun lalu dengan hanya memberi markah D.


Pemberian markah D atau spesifiknya 45.8% kepada kerajaan madani  oleh Bersih boleh dianggap sebagai “tamparan” yang tepat ke muka Anwar.


Kalau diumpamakan dalam banyak peperiksaan sekolah, perolehan D itu boleh ditafsirkan sebagai “markah cukup makan” saja.


Di zaman dulu,  hadiah paling dekat bagi mereka yang beroleh markah D ialah kena marah atau kalau dapat bapa yang agak garang sikit, merasalah kena rotan di tapak tangan sambil diberi amaran agar belajar dengan lebih rajin lagi.


Sebab itu pemberian markah D oleh Bersih, badan pemantau pilihan raya yang sejak dulu diketahui pro PH kepada kerajaan madani yang dipimpin oleh Anwar boleh dianggap sebagai amat mengaib dan memalukan.


Apalagi kalau mengambil kira Pengerusi Bersih, Faisal Abdul Aziz adalah seorang yang pernah menjadi Presiden Abim antara tahun 2019 hingga 2023.


Abim adalah NGO yang sinonim dengan Anwar dan peneraju-penerajunya selalu ditanggapi sebagai “orang Anwar” belaka.


Orang Tun Mahathir, orang Najib atau orang Muhyiddin – takkan merasa nak jadi Presiden Abim!!


Makna kata, walaupun Faisal pernah mengetuai Abim, beliau ternyata tidak berkompromi terhadap kegagalan kerajaan madani sejak dua tahun lalu.


Markah D diberi terutamanya kerana prestasi buruk yang dikaitkan dengan kegagalan melaksanakan reformasi institusi dengan ketara.


Faisal dipetik sebagai berkata, dua tahun pertama kerajaan madani didapati terdapat jurang yang ketara antara janji reformasi dan pelaksanaan sebenar.


“Kerajaan madani menunjukkan prestasi di bawah jangkaan, dalam pembaharuan pilihan raya, tidak ada kemajuan bermakna dalam isu-isu utama seperti penyelewangan bahagian pilihan raya, gerrymandering, atau memperkenalkan pengundian tanpa hadir untuk pengundi luar negara atau negeri, walaupun di sebalik janji semasa kempen untuk menangani perkara itu.


“Kerajaan juga gagal untuk memulakan dasar dalam memastikan perwakilan yang adil dan membiarkan janji reformasi pilihan raya yang penting tidak ditangani. 


“Akta Pembiayaan Politik dan pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya masih tidak lengkap, menimbulkan keraguan tentang komitmen kerajaan terhadap pilihan raya yang telus dan adil,” kata Faisal lagi.


Tidak cukup dengan diberi markah D,  Bersih yang diterajui Faisal juga menilai Ismail Sabri Yaakob yang memimpin negara selama hanya 15 bulan sebelum Anwar dinilai sebagai Perdana Menteri terbaik sejak 2009 berdasarkan pembaharuan yang berjaya dilakukannya.


Tanpa gegak gempita dan tanpa laungan reformasi yang berulang-ulang, Bersih melihat Ismai Sabri berjaya mencapai pembaharuan yang ketara dalam tempoh singkatnya selama 15 bulan walaupun menerajui pentadbiran yang tidak stabil, termasuk menandatangani memorandum persefahaman dengan pembangkang.


“Melalui persefahaman itu telah membawa kepada sokongan bipartisan untuk beberapa pembaharuan, termasuk meluluskan undang-undang anti-lompat parti dan menurunkan umur mengundi kepada 18 tahun.


“Ismail Sabri turut berjaya memastikan pengagihan dana pembangunan kawasan pilihan raya secara saksama kepada Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, langkah utama dalam memupuk kerjasama dwipartisan.


“Sebaliknya, pentadbiran Anwar yang sudah menjangkau 24 bulan masih belum dapat memperoleh perjanjian reformasi dwipartisan yang setanding untuk melaksanakan reformasi pilihan raya dan demokrasi,” tambah Bersih.


Kalau Bersih sudah beri markah D, apa pula penilaian di mata pengundi kepada Anwar? – ShahbudinHusin 20November2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/11/markah-d-tamparan-yang-memalukan-anwar/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/11/cuba-bagi-pada-marang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Spoiler Bertindak Seolah Olah Buta Akhirnya Menjadi Saksi Pembunuhan Cuba Melaporkan

Spoiler Bertindak Seolah Olah Buta Akhirnya Menjadi Saksi Pembunuhan Cuba Melaporkan

papar berkaitan - pada 12/11/2024 - jumlah : 128 hits
Spoiler Berpura pura buta Akhirnya menjadi saksi pembunvhan Cuba melaporkan kepada polis Tapi terkejut kerana inspektor polis di balai merupakan salah seorang pembvnuh Buntu Mati akal Tajuk ANDHAGAN Sebuah remake yang unik dan sangat berjay...
Netizen Kembang Tekak Tak Sanggup Nak Cuba Gabungan Burger Ini

Netizen Kembang Tekak Tak Sanggup Nak Cuba Gabungan Burger Ini

papar berkaitan - pada 10/11/2024 - jumlah : 79 hits
Makanan di Malaysia selalunya mengikut trend Jika sebelum ini makanan malaysia ditambah keju kini lotus biscoff pula menjadi sasaran Namun gabungan kali ini mungkin sedikit pelik dan unik apabila sos tersebut dan biskut ditambah ke atas dag...
Kulit Glowing Bermula Dari Pinggan Rahsia Makanan Yang Wajib Cuba

Kulit Glowing Bermula Dari Pinggan Rahsia Makanan Yang Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 9/11/2024 - jumlah : 139 hits
Siapa tak nak kulit yang licin anjal dan berseri kan Tapi ramai yang tak sedar kulit yang sihat sebenarnya bermula dari dalam Bukan semua kena sapu krim dan losyen semata mata kadang kadang apa yang kita masukkan dalam perut tu lebih power ...
Hanis Zalikha Belajar Kawal Rasa Marah Pada Anak Cuba Untuk Tak Tinggikan Suara

Hanis Zalikha Belajar Kawal Rasa Marah Pada Anak Cuba Untuk Tak Tinggikan Suara

papar berkaitan - pada 8/11/2024 - jumlah : 113 hits
Usahawan dan pelakon Hanis Zalikha tidak terlepas dari rasa marah namun sentiasa mengawal dirinya terhadap dua anaknya Yusuf dan Alisa Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok Hanis atau nama panggilan mesranya Kek Nis menyatakan diriny...
Titah Adendum Apa Naratif Yang Saifuddin Cuba Bawa Dalam Dewan Rakyat

Titah Adendum Apa Naratif Yang Saifuddin Cuba Bawa Dalam Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 8/11/2024 - jumlah : 142 hits
Titah Adendum Apa Naratif Yang Saifuddin Cuba Bawa Dalam Dewan Rakyat Menteri Dalam Negeri Senator Saifuddin Nasution menegaskan kepada Dewan Rakyat bahawa adendum diraja yang dikatakan memerintahkan penahanan rumah DS Najib Abdul Razak han...
Warga Tempatan Dicekup Ketika Cuba Seludup Tujuh Warga Asing

Warga Tempatan Dicekup Ketika Cuba Seludup Tujuh Warga Asing

papar berkaitan - pada 15/11/2024 - jumlah : 117 hits
Zuliaty Zulkifflibhnews bh com myJITRA Sebuah kereta jenis Chery yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di susur keluar Malau Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan Selasa lalu membongkar kegiatan penyeludupan tujuh warga Myanmar Ketua Poli...
Nak Cuba Guna Guardian Facial Cotton

Nak Cuba Guna Guardian Facial Cotton

papar berkaitan - pada 19/11/2024 - jumlah : 323 hits
Hi Dah banyak kali saya mencuba menggunakan Guardian Facial Cotton saiz 5cm x 6cm untuk menyapu toner pada wajah saya Pada mulanya saya tidak pasti sama ada kapas ini akan memberi kesan yang baik kerana saya biasanya menggunakan kapas jenam...
Sekali Lagi Gerakan Cuba Jolok Sarang Tebuan

Sekali Lagi Gerakan Cuba Jolok Sarang Tebuan

papar berkaitan - pada 24/11/2024 - jumlah : 64 hits
Sekali Lagi Gerakan Cuba Jolok Sarang Tebuan Parti komponen Perikatan Nasional Gerakan sekali dilihat cuba memperlekehkan cubaan PAS untuk cuba menjadi parti terpaling Malayu di Malaysia Presiden Gerakan Dominic Lau tidak bersetuju dengan p...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Fix Harmful Backlinks For Free

New Year Wish A Pm For All Malaysians


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Bila Ko Tak Boleh Reply Komen

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Injection Moulding Malaysia Combining Precision And Efficiency

Destinasi Percutian Mesra Keluarga Di Malaysia

Sinopsis Dongeng Sang Kancil

Buat Pancake Paling Mudah Guna Blender