Cuak Bila Dekat Due Date Belajar Latih Pernafasan Kurangkan Sakit Kontraksi Di Dewan Bersalin Meneran Pun Mudah


Latihan pernafasan rupanya boleh mengurangkan sakit kontraksi jika dilakukan dengan betul. Malah proses meneran di dewan bersalin juga dapat dipermudahkan.
Tidak sabar rasanya nak memeluk si kecil dalam kandungan! Tapi rasa takut menghadapi proses bersalin itu tentu ada. Cuak pula rasanya! Apa kata cuba amalkan latihan bernafas ini. Ia boleh dilakukan bila-bila masa bila berkelapangan. Selain memudahkan kelahiran, ia juga dapat membantu anda menghadapi kesakitan semasa proses kelahiran.
#1. FORMULA RELAKS Fikirkan perkataan relaks. Ingat ia mempunyai dua suku kata iaitu “re” dan “laks”.
Sewaktu menarik nafas, fikirkan “re”. Manakala semasa menghembus nafas pula, fikirkan “laks”. Berikan tumpuan sepenuhnya kepada latihan ini. Sebut perkataan “re” dan “laks” berulang-ulang selari dengan corak pernafasan anda.

Dalam pada itu, semasa anda menghembus nafas, cuba lepaskan sebarang tekanan yang mungkin anda alami. Fokuskan kepada otot yang anda tahu ia selalu mengalami ketegangan apabila anda mengalami stres. Setiap kali menghembus nafas juga, anda perlu fikir dalam tempoh yang agak panjang iaitu “laaaks”. Fokuslah kepada hembusan nafas. Tarikan nafas lazimnya akan berlaku secara semula jadi.
#2. KIRAAN SEMASA TARIK NAFAS
Anda juga boleh cuba mengira setiap kali melakukan latihan bernafas. Semasa menarik nafas, kira sehingga tiga atau empat dengan perlahan (atau sebarang nombor yang anda mahu).
Sewaktu menghembus nafas keluar pula, kira sebanyak tiga atau empat kali lagi. Anda akan dapati bahawa adalah lebih selesa mengira tiga kali untuk tarikan nafas dan empat kali untuk hembusan nafas.
#3. SEDUT MELALUI HIDUNG DAN HEMBUS MELALUI MULUT
Cuba bernafas melalui hidung dan hembus melalui mulut anda. Hembuslah nafas melalui mulut dengan lembut. Tarik nafas melalui hidung anda dan hembus melalui mulut. Ramai ibu hamil mendapati bahawa membuat bunyi semasa menghembus nafas seperti “Oooh” atau “Aaah” amat membantu. Ketika dalam proses kelahiran kelak, sewaktu di antara sela kontraksi, minum sedikit air untuk mengelakkan mulut anda menjadi kering.
#4. BILA KONTRAKSI MAKIN KERAP
Tarik nafas pendek-pendek menerusi mulut dan lepaskan cepat-cepat melalui mulut juga. Ia seolah-olah anda sedang bernafas dalam keadaan tercungap-cungap. Namun, lakukannya dalam keadaan tenang. Dalam pada itu, jangan kosongkan paru-paru sebelum menyedut nafas seterusnya.
#5. SEMASA GESAAN MENERAN
Tarik nafas dua kali melalui hidung dan lepas mengikut mulut. Seterusnya setelah tiada gesaan meneran, hembus nafas seperti biasa.
#6. SEMASA MENERAN Tarik nafas dalam-dalam menerusi mulut dan lepaskan dengan sekali nafas secara perlahan-lahan melalui mulut juga. 
Langkah ini dilakukan bagi mengelakkan bayi yang sudah pun berada di pintu serviks termasuk ke dalam semula.
The post Cuak Bila Dekat Due Date, Belajar Latih Pernafasan Kurangkan Sakit Kontraksi Di Dewan Bersalin. Meneran Pun Mudah! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/cuak-bila-dekat-due-date-belajar-latih-pernafasan-kurangkan-sakit-kontraksi-di-dewan-bersalin-meneran-pun-mudah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Teknik Pernafasan Betul Bantu Kurangkan Rasa Sakit Ketika Tempoh Kontraksi Bersalin

Teknik Pernafasan Betul Bantu Kurangkan Rasa Sakit Ketika Tempoh Kontraksi Bersalin

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 359 hits
Pernafasan yang bagus memainkan peranan penting sewaktu anda berada dalam fasa pelahiran Selain membantu kelangsungan proses bersalin pernafasan yang lancar dapat mengelakkan otot daripada mengalami ketegangan atau kekejangan Jika tidak ia ...
Anak Selalu Sakit Belajar Pun Cepat Lupa Ada Sebabnya Pakar Otak Berikan Jawapannya Take Note Mama

Anak Selalu Sakit Belajar Pun Cepat Lupa Ada Sebabnya Pakar Otak Berikan Jawapannya Take Note Mama

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 362 hits
Pelik juga bila anak kita selalu sangat sakit demam dan selesema Kadangkala sampai dua kali sebulan Duit habis belikan ubat setiap bulan Bila jadi begini kita selalu tertanya tanya Soal pemakanan adalah jawapannya bila anak sering sakit dan...
Pernah Rahsiakan Kandungan Dari Suami Keluarga Shakilla Selamat Bersalin Hilang Sakit Tengok Muka Anak

Pernah Rahsiakan Kandungan Dari Suami Keluarga Shakilla Selamat Bersalin Hilang Sakit Tengok Muka Anak

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 277 hits
Walau pun pernah merahsiakan kandungan pada awal kehamilan daripada suami dan keluarga atas sebab tertentu Shakilla Khiriri akhirnya selamat bersalinkan bayi perempuannya Shakilla melahirkan bayi perempuannya yang dinamakan Ameena Sofia pad...
Isteri Sa Kit Sepanjang Hamil Bersalin Taruhkan Nyawa Masa Melahirkan Anak Bukan Hal Mudah Ustaz Ebit Lew

Isteri Sa Kit Sepanjang Hamil Bersalin Taruhkan Nyawa Masa Melahirkan Anak Bukan Hal Mudah Ustaz Ebit Lew

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 462 hits
Ramai tag saya dengan masalah rumahtangga orang curang buat maksiat dan abaikan tanggungjawab serta tak bimbing Islam pada keluarga Ini nasihat saya buat semua anak muda di luar sana termasuk saya yang dah menua ini Belajarlah ilmu rumahtan...
Geram Sangat Dengan Mak Ayah Yang Selfish Bawa Anak Jalan Jalan Walaupun Anak Sakit Penyakit Mudah Berjangkit

Geram Sangat Dengan Mak Ayah Yang Selfish Bawa Anak Jalan Jalan Walaupun Anak Sakit Penyakit Mudah Berjangkit

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 504 hits
Sebagai ibu bapa jika anak anak tidak sihat atau terkena penyakit yang boleh berjangkit kebiasaanya akan dinasihatkan oleh pakar perubatan untuk banyakkan berehat di rumah Penyakit berjangkit boleh merebak dan menyerang kanak kanak lain ter...
Anak Speech Development Delay Semakin Baik Caranya Ibu Latih Berdikari Belajar Anggota Badan Peralatan Bilik Air

Anak Speech Development Delay Semakin Baik Caranya Ibu Latih Berdikari Belajar Anggota Badan Peralatan Bilik Air

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 678 hits
Walau pun anak didiagnosis mengalami speech development delay ibu ini tidak putus asa melatih menerusi beberapa perkara pengurusan diri mengenali anggota badan dan barangan bilik mandi Akhirnya perkembangannya menjadi semakin baik Puan menc...
Hilangkan Sakit Lutut Dengan Petua Terlajak Mudah Ini Hanya Guna 4 Bahan Di Dapur Sahaja Wanita Ini Kongsikan Caranya

Hilangkan Sakit Lutut Dengan Petua Terlajak Mudah Ini Hanya Guna 4 Bahan Di Dapur Sahaja Wanita Ini Kongsikan Caranya

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 452 hits
Hilangkan Sakit Lutut Dengan Petua Terlajak Mudah Ini Hanya Guna 4 Bahan Di Dapur Sahaja Wanita Ini Kongsikan Caranya Sakit lutut jangan dibuat main Memang sudah nak melakukan segala kerja kalau sudah alami masalah ini Nak bersolat pun rasa...
Mawar Bersalin Tanpa Penahan Sakit Raf Yaakob Sebak Kongsi Momen Kelahiran Raden Muhammad Rafael

Mawar Bersalin Tanpa Penahan Sakit Raf Yaakob Sebak Kongsi Momen Kelahiran Raden Muhammad Rafael

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 616 hits
Bersalin secara normal tanpa penahan sakit bagi anak pertama apa yang dilakuakn Mawar Rashid ini amat mengagumkan Suaminya sebak mengenang kembali detik kelahiran kelahiran anak pertama mereka berdua Mawar melahirkan bayi pertama Raden Muha...
Ini Cara Mudah Untuk Dapatkan Data Internet Bernilai Rm3

Ini Cara Mudah Untuk Dapatkan Data Internet Bernilai Rm3

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 314 hits
Zaman sekarang ini untuk dapatkan data internet dengan harga yang murah pun susah Nak nak lagi yang rajin scroll Facebook Instagram dan Twitter The post appeared first on
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities