Covid Malaysia Perlu Gerakkan Sejuta Sukarelawan Bukan Perubatan Bantu Barisan Hadapan



 
KUALA LUMPUR: Kecekapan negara menguruskan pandemik COVID-19 terus mendapat pengiktirafan global, kali ini menerusi ranking Indeks Prestasi COVID oleh Lowy Institute, sebuah badan pemikir berpusat di Sydney, Australia.
Menerusi dapatan itu, Malaysia berada pada kedudukan ke-16 mendahului Finland, Norway dan Korea Selatan dengan skor purata 71 peratus, tiga tangga di bawah negara jiran Singapura pada tempat ke-13.
Meskipun ia boleh dianggap satu pencapaian membanggakan, namun dengan situasi semasa COVID-19 dalam negara yang kini meragut lebih 700 nyawa dan mencatat kes kumulatif lebih 200,000, pakar perubatan tempatan berpendapat bahawa kerajaan perlu melakukan perubahan strategi.
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar, berkata ini terutama bagi mengelak petugas barisan hadapan daripada keletihan melampau yang boleh memberi impak kepada kesihatan dan tugasan mereka.
Bekas konsultan Pertubuhan Kesihatan Sedunia bagi Program Pencegahan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) di Vietnam itu berkata, sudah tiba masanya sukarelawan bukan perubatan dipanggil seperti yang dipraktikkan penjagaan kesihatan primer di Thailand dan Vietnam.
Sukarelawan ini, menurutnya boleh ditugaskan bagi melakukan kerja-kerja mudah seperti pengesanan kontak, pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP), pematuhan kuarantin di rumah dan penyampaian maklumat kesihatan termasuk di kawasan pedalaman.
“Seeloknya kita panggil sejuta sukarelawan mewakili 32 juta penduduk di setiap negeri… mereka mestilah bukan daripada agensi-agensi kerajaan sedia ada yang sudah pun mempunyai beban tugas hakiki yang besar pada masa ini.
“Sukarelawan ini perlu ada di setiap lokaliti di bandar dan kampung. Mesti dilatih dengan modul khusus oleh pihak yang berautoriti dan diberi sokongan dan punca kuasa. Agensi Pengurusan Bencana Negara dan Majlis Keselamatan Negara boleh menyelaras dan memantau,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika, Universiti Malaya Prof Dr Sazaly Abu Bakar berkata Malaysia juga perlu menjalin kerjasama dan bertukar pandangan dengan negara yang berjaya mengawal kadar kematian seperti Singapura, Taiwan dan China.
“Kita kalau boleh kena melihat juga apa perkembangan rawatan di negara-negara lain dan melaksanakan secara cepat, contohnya China guna kaedah tradisional, bagaimana pula dengan kita?,” katanya.
Dr Sazaly juga berpandangan perlunya pendapat daripada pakar-pakar dari universiti tempatan diguna pakai, daripada semata-mata menyerahkan isu berkenaan bulat-bulat kepada Kementerian Kesihatan.
Pendapat sama diusulkan 46 pakar kesihatan sebelum ini agar satu pasukan petugas khas COVID-19 dibentuk daripada pakar perubatan, ekonomi dan pelbagai sektor berkaitan untuk menyediakan khidmat nasihat kepakaran dan menyelaraskan respons pelbagai kementerian dan agensi di dalam kerajaan. – BERNAMA
The post COVID: Malaysia perlu gerakkan sejuta sukarelawan bukan perubatan bantu barisan hadapan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/31/covid-malaysia-perlu-gerakkan-sejuta-sukarelawan-bukan-perubatan-bantu-barisan-hadapan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=covid-malaysia-perlu-gerakkan-se

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akademi Perubatan Sedia Bantu Kkm Tempuh Covid 19

Akademi Perubatan Sedia Bantu Kkm Tempuh Covid 19

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 146 hits
AMM berkata banyak aspek yang perlu perhatian bagi memperkemaskan sistem penjagaan kesihatan kerajaan dan swasta Foto BernamaKUALA LUMPUR 20 Jan Akademi Perubatan Malaysia yang mewakili lebih 3 000 pakar perubatan daripada sektor kerajaan s...
Lebih 4 700 Petugas Barisan Hadapan Kkm Dijangkiti Covid 19

Lebih 4 700 Petugas Barisan Hadapan Kkm Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 164 hits
59 total views 59 views today KUALA LUMPUR Seramai 4 756 petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia dijangkiti COVID 19 setakat ini kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Katanya daripada jumlah itu serama...
Vaksinasi Covid 19 Dijangka Mulai Mac Untuk Petugas Barisan Hadapan

Vaksinasi Covid 19 Dijangka Mulai Mac Untuk Petugas Barisan Hadapan

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 217 hits
KUALA LUMPUR 12 Jamadilakhir 1442H Isnin Kementerian Kesihatan menyasarkan program vaksinasi COVID 19 di negara ini dapat diselesaikan pada akhir tahun ini atau awal tahun depan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ber
Dr Adham Puji Kesiapsiagaan Petugas Barisan Hadapan Urus Covid 19

Dr Adham Puji Kesiapsiagaan Petugas Barisan Hadapan Urus Covid 19

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 130 hits
Dr Adham puji kesiapsiagaan petugas barisan hadapan urus Covid 19 Dikemas kini 20 minit yang lalu Diterbitkan pada 23 Jan 202
Malaysia Perlu 1 Juta Sukarelawan Perangai Covid 19 Pppkam

Malaysia Perlu 1 Juta Sukarelawan Perangai Covid 19 Pppkam

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 216 hits
Perang melawan pandemik Covid 19 tidak akan berjaya tanpa penglibatan secara langsung rakyat Malaysia dalam kempen kesedaran besar besaran melawan virus berkenaan Menyedari situasi itu Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia menye...
Covid 19 Semakin Mengganas Malaysia Catat Rekod Lagi

Covid 19 Semakin Mengganas Malaysia Catat Rekod Lagi

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 184 hits
Malaysiakini Kes baru paling tinggi hari ini 5 728 kes maklum KKM Selangor mencatat rekod tertinggi dengan 3 285 kes Sementara itu 13 lagi kematian dilaporkan manakala seramai 319 pesakit di ICU dengan 120 kes memerlukan bantuan pernafasan ...
Malaysia Menyasarkan 75 000 Suntikan Vaksin Covid 19 Sehari Dengan Pusat Beroperasi 24 Jam

Malaysia Menyasarkan 75 000 Suntikan Vaksin Covid 19 Sehari Dengan Pusat Beroperasi 24 Jam

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 292 hits
Proses vaksinasi menentang wabak Covid 19 di Malaysia akan bermula Mac hadapan Ini adalah langkah yang perlu kerana gelombang ketiga wabak yang kini melanda Malaysia mencatatkan kes positif dan kematian yang tinggi Di dalam temubual bersama...
Ujian Klinikal Vaksin Covid 19 Bermula Hari Ini Melibatkan 9 Hospital Dan 3000 Sukarelawan

Ujian Klinikal Vaksin Covid 19 Bermula Hari Ini Melibatkan 9 Hospital Dan 3000 Sukarelawan

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 163 hits
Sebelum ini kami ada melaporkan bahawa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sedang mencari sukarelawan untuk menjalani ujian klinikal vaksin COVID 19 Hari ini Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba mengumumkan bahawa ujian tersebut tela...
Covid 19 Vaccine Clinical Trials Begin In Malaysia Today

Covid 19 Vaccine Clinical Trials Begin In Malaysia Today

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 211 hits
The study is being conducted by Sarawak General Hospital specialists with the cooperation of the clinical research centre and SGH is one of the nine centres involved nationwide AFP File Photo KUCHING The first Malaysia Covid 19 vac
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Tips For Achieving Your Saving Goals



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Sambutan Birthday Ke 9 Nur Wardina Soffea

Puding Jagung Yang Sedap

Play88 Online Slots The Evolution Of Graphics And Sound Effects

Iltizam Anak Selangor Aka Anas Yawas Pengganti Tawas

Perkhidmatan Senarai Kiosk Kwsp

Wee Barking Up The Wrong Tree