Malaysia Perlu 1 Juta Sukarelawan Perangai Covid 19 Pppkam



Perang melawan pandemik Covid 19 tidak akan berjaya tanpa penglibatan secara langsung rakyat Malaysia dalam kempen kesedaran besar-besaran melawan virus berkenaan.
Menyedari situasi itu, Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM) menyeru agar rakyat berganding bahu bersama Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjadi sukarelawan melaksanakan kempen di peringkat komuniti.
Menurut presiden PPPKAM, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar, biar pun skor Malaysia agak baik dalam melawan pandemik Covid, di tempat ke 16, namun peningkatan kes yang mendadak sejak kebelakangan ini mewajarkan rakyat untuk bersama-sama kerajaan menggandakan usaha melawan Covid 19.
“Meskipun ianya (skor Malaysia) boleh dianggap pencapaian membanggakan, namun dengan situasi semasa Covid yang kini meragut lebih 730 nyawa dan mencatatkan kes kumulatif melebihi 200,000 boleh dianggap membimbangkan.
“Persatuan Pakar-Pakar Perubatan Kesihatan Awam berpendapat Kerajaan harus melakukan perubahan strategi bagi merencatkan penularan wabak ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Bagi Dr Zainal, pendekatan yang digunakan masa kini dilihat agak ketinggalan, terutama apabila hanya memberikan tumpuan terhadap jumlah kes dan rawatan, sedangkan kes sudah berada dalam komuniti.
Begitu juga kaedah pengambilan sampel Covid-19 yang tidak menyeluruh dalam komuniti, pengesanan kontak lemah, kurangnya kawalan dan pemantauan ke atas kilang-kilang yang menyumbang kluster besar Covid 19 dan difinisi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sudah tidak dipraktikan sepenuhnya.
Menurutnya, jangkitan Covid yang sukar dibendung hari ini mungkin disebabkan keletihan atau kekurangan petugas barisan hadapan akibat terlalu banyak kes aktif.
Dalam pengalaman beliau, selaku Presiden PPPKAM yang pernah menjadi konsultan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi Program Pencegahan NCD di Vietnam, sekarang adalah masa terbaik untuk melibatkan sukarelawan bagi membantu komuniti walaupun bukan melibatkan teknikal atau kepakaran dalam bidang Kesihatan Awam.
“PPPKAM mengambil contoh di Thailand dan Vietnam, Primary Healthcare mereka dikuatkan dengan penglibatan komuniti, pemimpin dan klinik-klinik di peringkat Sub-Bandar dan Kawasan Luar Bandar.
“Mengikut kajian, masyarakat mereka telah memulakan konsep ini seawalnya, untuk berada dalam keadaan sudah bersedia bagi membantu memutuskan rantai wabak berbanding di Malaysia yang hanya menumpukan kepada rawatan dan ujian dan jika sekiranya kes semakin meningkat, ianya akan melemahkan institusi kesihatan untuk terus memutuskan rantaian wabak.
“Justeru, bagi membantu Kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia, PPPKAM telah menggerakan Pasukan Sukarelawan Komuniti dan Kesihatan Awam di seluruh negara; serta memerlukan sekurang-kurangya satu juta sukarelawan nonmedical dalam negara bagi melakukan kerja-kerja mudah seperti pengesanan kontak, pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di pelbagai lokaliti dan penyampaian maklumat kesihatan bagi mengurangkan bebanan terhadap petugas Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya lagi.
Selain penyertaan individu biasa, kata Dr Zainal, sukarelawan daripada KKM sendiri seperti daripada Program Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) dan Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI) juga boleh dioptimakan yang mana kesemua mereka boleh bertugas di mana-mana sahaja melalui Latihan Khas yang disediakan oleh PPPKAM.
Sukarelawan akan memainkan peranan dalam komuniti, tempat kerja dan sektor ekonomi bagi memastikan pematuhan SOP, membantu KKM dalam pengesanan kontak, untuk mengurangkan bebanan tugas KKM.
“PPPKAM mengunjurkan bahawa, Sukarelawan Komuniti ini perlu ada di setiap lokaliti di bandar dan desa yang akan dilatih dengan modul khusus oleh pihak yang berautoriti dan diberi dokongan serta punca kuasa oleh Kerajaan.
“Bagi permulaan Fasa 1, gerakan sukarelawan ini bersasar dalam anggaran Sejuta Sukarelawan diperlukan untuk menampung 32 juta penduduk dengan nisbah 1:32 orang yang digerakan melalui komuniti di peringkat negeri, kawasan, daerah, bahagian dan sehingga ke akar umbi.
“Sukarelawan Komuniti dan Kesihatan Awam ini adalah entiti yang berbeza dengan agensi-agensi kerajaan yang sedia ada kerana mereka sudah mempunyai beban tugas yang besar pada masa ini. Walau bagaimanapun, penglibatan sukarelawan akan melengkap dan membantu melalui perkhidmatan sukarela untuk agensi kerajaan kelak,” katanya.
PPPKAM berharap, sebagai rakyat dan pemastautin di Malaysia, orang ramai akan sama-sama berganding bahu, bertanggungjawab dan menjaga komuniti agar mematuhi, mengikut peraturan dan mengamalkan manual ‘hidup bersama virus’ supaya rantaian Covid-19 dapat diputuskan dengan jayanya.
Untuk kempen kesedaran dan mendapatkan ahli, rakyat Malaysia digalakkan melayari: www.1jutasukarelawan.org


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/31383

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid Malaysia Perlu Gerakkan Sejuta Sukarelawan Bukan Perubatan Bantu Barisan Hadapan

Covid Malaysia Perlu Gerakkan Sejuta Sukarelawan Bukan Perubatan Bantu Barisan Hadapan

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 159 hits
KUALA LUMPUR Kecekapan negara menguruskan pandemik COVID 19 terus mendapat pengiktirafan global kali ini menerusi ranking Indeks Prestasi COVID oleh Lowy Institute sebuah badan pemikir berpusat di Sydney Australia Menerusi dapatan itu Malay...
Covid 19 Vaksin Di Malaysia Tiada Unsur Babi Atau Haiwan

Covid 19 Vaksin Di Malaysia Tiada Unsur Babi Atau Haiwan

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 173 hits
Oleh KUALA LUMPUR Vaksin COVID 19 yang dipilih untuk digunakan di Malaysia tidak mengandungi sel haiwan termasuk babi Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Ahmad Amzad Hashim berkata kebanyakan vaksin yang wujud di dunia ketika ini j...
62 Sukarelawan Jadi Individu Terawal Terima Suntikan Vaksin Kajian Klinikal Covid 19

62 Sukarelawan Jadi Individu Terawal Terima Suntikan Vaksin Kajian Klinikal Covid 19

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 158 hits
Abd Hadi Che AwangJanuari 30 2021 Majoriti sambutan yang diterima untuk menjadi sukarelawan di hospital berkenaan adalah dari kumpulan belia yang berumur antara 18 hingga 30 tahun dari pelbagai latar belakang Foto Astro AWANISUNGAI PETANI 6...
Pm Tiga Fasa Pemberian Vaksin Covid 19 Dijangka Selesai Februari 2022 Melibatkan 26 5 Juta Individu

Pm Tiga Fasa Pemberian Vaksin Covid 19 Dijangka Selesai Februari 2022 Melibatkan 26 5 Juta Individu

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 201 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa perutusan pada 4 Februari mengumumkan bahawa kerajaan akan memulakan roll out Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan bermula hujung bulan ini Tambah beliau sejumlah 80 populasi rakyat Malaysia ...
Malaysia Diramal Rugi Rm600 Juta Sehari Angkara Pkp 2 0

Malaysia Diramal Rugi Rm600 Juta Sehari Angkara Pkp 2 0

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 266 hits
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz Malaysia diramal rugi RM600 juta sehari angkara PKP 2 0 PUTRAJAYA Kerajaan menjangkakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan kali kedua menyebabkan Malaysia kerugian RM600 juta sehari berb...
Kakak Penyelamat Adik Penyakit Genetik Pertama Di Malaysia Dalam 1 6 Juta Seorang Je

Kakak Penyelamat Adik Penyakit Genetik Pertama Di Malaysia Dalam 1 6 Juta Seorang Je

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 238 hits
Hati ibu mana yang tak sedih anak yang dilahirkan secara sihat dan normal tiba tiba menginjak usia 3 bulan mula sakit dan penyakitnya pula bukanlah yang biasa Sewaktu mendapat keputusan ini terasa dunia seakan gelap seketika Begitulah kisah...
Malaysia Perlukan Jeneral Baru Untuk Lawan Covid 19 Naib Presiden Umno

Malaysia Perlukan Jeneral Baru Untuk Lawan Covid 19 Naib Presiden Umno

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 196 hits
Malaysiakini Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin menggesa kerajaan melantik seorang general baru untuk mengetuai dan merangka pendekatan baru menghadapi wabak Covid 19 Khaled berkata sudah hampir setahun berlaku sejak pelaksanaan perin...
China Akan Siapkan 10 Juta Dosis Vaksin Covid 19 Untuk Kebutuhan Global

China Akan Siapkan 10 Juta Dosis Vaksin Covid 19 Untuk Kebutuhan Global

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 128 hits
Vaksin COVID 19 Sinopharm dan Sinovac telah diluncurkan di sejumlah negara termasuk di Brazil Indonesia Turki dan Uni Emirat Arab
Pemimpin Luar Negara Merekalah Orang Yang Pertama Ambil Vaksin Mai Malaysia Mohon Sukarelawan

Pemimpin Luar Negara Merekalah Orang Yang Pertama Ambil Vaksin Mai Malaysia Mohon Sukarelawan

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 258 hits
KOH KOH KOH jilaker tol la Lihatlah pimpinan negara luar mereka menjadi contoh untuk rakyat di mana merekalah orang yang pertama mengambil vaksin untuk meyakinkan rakyat negara mereka TAPI di Malaysia tak ada seorang pun pimpinan kerajaan t...
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Optimizing Your Twitter Feed Strategies For Positive Content Filtering

Rm232mil Road Project Awarded To Nepturis Witness Tells Wan Saiful Trial

There Is An Awakening

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Pks Sebut Nama Wali Kota Depok Mohammad Idris Masuk Kandidat Pilkada Jabar



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Continuous Learning

Maksud Gaji Bersih Gaji Kasar Gaji Pokok Perbezaannya

Pengumuman Gaji Penjawat Awam Naik 15 Peratus Dan Cara Kira Kenaikan Gaji Baharu Penjawat Awam

Hati Bersih Hidup Bahagia

Ai Team Talent Sementara Batch 3

Glamping With The Stars