Covid 19 Tidak Terkawal Ubah Startegi Buka Parlimen



Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menyeru agar kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengubah strategi menangani pandemik Covid 19.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Presiden petang tadi, strategi sedia ada yang kabur tidak wajar diteruskan ketika jangkitan harian menghampiri 7,000 kes, unit rawatan rapi hospital semakin tidak mencukupi dan kematian melebihi 60 orang sehari.
Mereka mempersoalkan sikap kerajaan PN yang terus menerus menutup Parlimen dan menghindari ruang perbincangan antara kerajaan dan pembangkang bagi menangani bersama situasi Covid.
“Kes harian Covid-19 yang melonjak sejak Darurat diisytiharkan dan Parlimen ditutup jelas menunjukkan kegagalan Kerajaan PN untuk menangani Covid-19 dengan sendirinya. “Lockdown” kendiri politik ini sebenarnya bertujuan untuk menyelamatkan Kerajaan PN yang kehilangan majoriti di Parlimen.
“Malangnya “lockdown” politik ini tanpa kebertanggungjawaban, ketelusan dan proses semak dan imbang telahpun memburukkan pandemik Covid sepertimana yang dipersetujui oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan Ahli Parlimen Pengerang Azlina Othman Said hari ini.
“Maka dalam keadaan hampir semua Ahli Parlimen telah menerima vaksin, Majlis Presiden menggesa semua Ahli Parlimen untuk bersama menuntut agar Parlimen dibuka semula,” kata mereka.
Pada masa yang sama, kata kenyataan itu, Majlis Presiden juga mengambil berat terhadap kemarahan rakyat terkait Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) yang mengelirukan, sering bertukar-tukar atau “U-turn” dan penguatkuasaan ‘Antara Dua Darjat’ di antara VIP dan rakyat biasa.
Selain itu, Majlis Presiden mengambil maklum kadar pemberian vaksin Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac masih belum mencapai kadar yang dijanjikan kerana dibelenggu pelbagai masalah termasuk isu bekalan, isu pemberian vaksin termasuk dos vaksin AstraZeneca yang tidak mencukupi, serta isu pendaftaran yang amat menyukarkan rakyat sungguhpun RM70 juta telahpun dibelanjakan untuk sistem laman web.
“Kadar pemberian vaksin perlu disegerakan terutama apabila keperluan dana RM5 bilion telah pun tercapai dengan pengeluaran wang dari Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) tanpa kelulusan Parlimen, untuk kos pembelian dan pelaksanaan.
“Majlis Presiden juga menggesa Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) agar mempercepat kelulusan vaksin-vaksin Sinopharm, Sputnik V dan Moderna supaya sasaran imunisasi kelompok dapat dicapai dengan lebih pantas memandangkan vaksin Sinopharm telah menerima kelulusan WHO dan Sputnik V serta Moderna telah mula diguna di pelbagai negara
“Sejak Darurat berkuatkuasa pada 11 Januari lalu hingga ke hari ini, walau diberi kuasa penuh untuk melakukan segala ikhtiar dan upaya, namun berdasarkan data dan bukti sedia ada, jelas kuasa Darurat ini tidak berjaya mengekang penularan wabak Covid-19 sebaliknya keadaan menjadi jauh lebih serius. Kerajaan Perikatan Nasional dalam hal ini jelas telah gagal,” kata mereka.
Menurut kenyataan itu lagi, Majlis Presiden PH sebelum ini telah menegaskan melalui wakil PH di dalam Jawatankuasa Khas Bebas Darurat bahawa Darurat bukan sahaja tidak perlu dipanjangkan lebih dari 1 Ogos 2021, malah perlu ditamatkan segera.
Sehubungan itu, Parlimen harus bersidang segera untuk memulihkan demokrasi.
“Sekiranya Jawatankuasa Khas Bebas Darurat masih mendiamkan diri, Pakatan Harapan terpaksa mempersoalkan peranan dan fungsi wakil kami di dalam Jawatankuasa tersebut, atau apakah kehadiran wakil kami dijadikan sebagai “pelitup muka” untuk mengiakan segala penggunaan kuasa Darurat yang mengetepikan Parlimen
“Strategi menangani Covid-19 sedia ada juga memerlukan penjajaran semula (realignment), dan Majlis Presiden telah mengarahkan Jawatankuasa-Jawatankuasa Pakatan Harapan yang berkaitan untuk mengadakan perbincangan segera bagi meneliti dasar-dasar yang diperlukan untuk menyelamatkan negara dari pandemik ini,” kata kenyataan itu lagi.
Kenyataan bersama tersebut dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Preiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32212

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Bungkam Suara Anak Muda Buka Parlimen Segera Bersih 2 0

Jangan Bungkam Suara Anak Muda Buka Parlimen Segera Bersih 2 0

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 265 hits
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil bersolidariti bersama anak anak muda yang turun ke jalan raya menegur kerajaan Perikatan Nasional sebagaimana yang berlaku di Kampung Muhibbahraya Tawau dan terkini di Kampung Parit Raja Batu Pahat Joho...
Berhenti Buat Kerja Sia Sia Jangan Mimpi Mahiaddin Mahu Buka Parlimen Semula

Berhenti Buat Kerja Sia Sia Jangan Mimpi Mahiaddin Mahu Buka Parlimen Semula

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 218 hits
Sejak darurat dikuatkuasakan pada Januari lalu yang dengannya Parlimen turut digantung sama sentiasa saja kedengaran di sana sini desakan demi desakan daripada pelbagai pihak agar Dewan Rakyat dibuka untuk persidangan Suatu ketika desakan i...
Buka Parlimen Bincang Isu Pembelaan Palestin

Buka Parlimen Bincang Isu Pembelaan Palestin

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 295 hits
Pada 16 Mei 2021oleh PENTADBIROleh B SuffianPerdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa membuka Parlimen dengan segera bagi membahaskan usul mengecam serangan Israel ke atas rakyat Palestin yang kian kritikal Pengarah Pendidikan Politik...
Azalina Cadang Sop Buka Parlimen Harap Sokongan Semua Ahli Parlimen

Azalina Cadang Sop Buka Parlimen Harap Sokongan Semua Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 206 hits
Afiezy AzamanMei 26 2021 Datuk Seri Azalina Othman Said melahirkan rasa kecewa susulan tiada tindakan daripada pihak kerajaan berkaitan persoalan mengenai Parlimen Foto failKUALA LUMPUR Pergantungan Parlimen bukan sahaja melumpuhkan sistem ...
Bangun Mak Buka Mata Mak Anak Anak Menangis Pilu Melihat Ibu Mereka Yang Nazak Disebabkan Covid 19

Bangun Mak Buka Mata Mak Anak Anak Menangis Pilu Melihat Ibu Mereka Yang Nazak Disebabkan Covid 19

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 567 hits
Bangun mak buka mata mak Anak anak menangis pilu melihat ibu mereka yang nazak disebabkan Covid 19 Hari ini 24 Mei jam 4 45 pagi tadi ibu mertua kesayangan saya telah kembali ke rahmatullah Meninggal dunia di Hospital Shah Alam Arwah mening...
Pkp Penuh Perlu Dilaksanakan Di Kl Dan Negeri Kes Covid Tinggi

Pkp Penuh Perlu Dilaksanakan Di Kl Dan Negeri Kes Covid Tinggi

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 296 hits
MSO Nasihat dan cadangan pakar kesihatan agar dilaksanakan PKP sepenuhnya di Kuala Lumpur dan juga negeri yang kadar jangkitan tinggi perlu diberi perhatian Pihak kerajaan tidak perlu berfikir panjang apa lagi mengambil kira kesan politik s...
Darurat Yang Macamerba Kes Covid Pun Kelaut Mentei Pun Terdiam

Darurat Yang Macamerba Kes Covid Pun Kelaut Mentei Pun Terdiam

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 217 hits
MOHD MUKHLISTeringat ada pakar pelembagaan yang justifikasi tindakan melaksanakan darurat ialah untuk mengelakkan ahli politik bercakaran sesama sendiri demi kuasa Tapi hari ini darurat sudah PKP sampai 3 kali cumanya kes paling tertinggi p...
Bila Mata Anak Mula Merah Ini Mungkin Sebabnya

Barang Kemas Rm300 00 Hilang Warga Emas Terkejut Baru Balik Mengaji

Strict Terms For Paya Mengkuang Pig Farms To Resume Operations Akmal

Had Baharu Pembelian Beras Putih Tempatan Bernama Tv 28 04 2025

Remaja Lelaki Hampir Diculik Dua Individu Ketika Berjoging

Pusat Latihan Kenegaraan Pasir Mas

Mata Wang Mata Wang Dunia Tempat Pertukaran Murah

Explore The World S First Lego Flower Garden Miniland Only At Legoland Malaysia Resort


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pas Lebih Cekap Ketimbang Bn Dan Ph

Surat Maryam Ayat 30 35 Arab Latin Arti Tafsir

Scammer Dari Kalangan Mangsa Kemalangan Jalanraya

Gubernur Indonesia Malu Karena Ketergantungan Besar Pada Malaysia Untuk Kebutuhannya

Video Mawar Rashid Make A Wish Sebelum Tiup Lilin Dikritik Netizen

Saiful Apek Saya Ditahan Berpunca Isu Pergaduhan