Berhenti Buat Kerja Sia Sia Jangan Mimpi Mahiaddin Mahu Buka Parlimen Semula




 Sejak darurat dikuatkuasakan pada Januari lalu yang dengannya Parlimen turut digantung sama, sentiasa saja kedengaran di sana sini desakan demi desakan daripada pelbagai pihak agar Dewan Rakyat dibuka untuk persidangan.
Suatu ketika, desakan itu tambah menjadi bualan apabila Yang Dipertuan Agong sendiri bertitah bahawa Parlimen boleh bersidang ketika tempoh darurat dikuatkuasakan.
Selain PH dan UMNO yang entah sudah berapa kali membuat desakan agar Parlimen dibuka semula, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Azalina Othman Said pula sudah dua kali bersuara berkaitan hal yang sama.
Selain itu, dengan harapan agar Mahiaddin Md Yasin terbuka hati mendengar desakan untuk membuka Parlimen, DAP malah menjanjikan tidak akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri (jika ada) kiranya sidang Dewan Rakyat dibuka untuk persidangan ketika tempoh darurat.
Walaupun janji DAP itu menggambarkan keinginan yang tinggi untuk melihat Parlimen dibuka semula, tetapi untuk apa Dewan Rakyat dibuka jika selepas itu Mahiaddin kekal lagi sebagai Perdana Menteri?
Berapa lama lagi rakyat Malaysia harus sengsara, derita dan sesak nafas dengan pemerintahan kerajaan PN yang gagal ini?
Sememangnya Parlimen adalah institusi penting dalam negara, terutama apabila berlaku sesuatu krisis dalam negara dan juga dunia.
Dengan Parlimen ditutup oleh Mahiaddin melalui proklamasi darurat, bukan saja suaranya yang mewakili rakyat sudah tiada dalam usaha menangani krisis Covid19, malah juga jadi senyap sunyi dalam isu serangan Israel terhadap Gaza baru-baru ini.
Tetapi, seperti biasa, jangankan ketika Israel menyerang Gaza, malah jika dunia hampir terbalik sekali pun, Mahiaddin tetap dengan sikapnya membisu dan tidak memberi sebarang respon atas semua desakan yang ada itu.
Berdasarkan itu, adalah difahami bahawa beliau sama sekali tidak ingin membenarkan Parlimen dibuka dan tidak akan percaya apa-apa janji berkaitan usul undi tidak percaya.
Sebagaimana darurat dilaksanakan adalah untuk menggantung Parlimen dan Parlimen digantung untuk mengelaklan undi tidak percaya agar beliau mampu bertahan lebih lama di puncak kuasa, percayalah, Mahiaddin tidak akan menoleh ke belakang lagi atas apa yang telah dilakukannya.
Baginya, kejayaan meyakinkan Agong untuk melaksanakan darurat adalah kejayaan mengekalkan kuasa yang tidak akan disia-siakan begitu saja di pertengahan jalan.
Selama mana mampu bertahan melalui darurat dan penggantungan Parlimen, termasuk jika harus menyambung lagi darurat, beliau pasti akan melakukan perkara itu.
Nama untuk mendedahkan dirinya kepada kemungkinan dijatuhkan, tidak mungkin sama sekali.
Dengan yang demikian, kepada mana-mana pihak yang mahu terus bersuara mendesak agar Parlimen dibuka, termasuk PH, UMNO, Azalina atau sesiapa saja, baiklah berhenti daripada melakukan kerja tersebut mulai sekarang.
Tidak usah lagi membuat desakan, permintaan, rayuan, menulis surat, membuat kenyataan media atau apa saja berkaitan pembukaan semula Parlimen, semuanya adalah sia-sia dan hanya ibarat mencurah air ke daun keladi saja.
Bahkan, selain kerja sia-sia, desakan itu juga akan menjadi kerja yang menyakitkan hati kerana Mahiaddin dipercayai akan terus dengan sikap bisu, pekak, tuli serta tidak memberi sebarang respon mengenainya.
Parlimen hanya mungkin ada peluang untuk bersidang semula jika Mahiaddin bukan lagi Perdana Menteri dan ini bermakna beliau haruslah dijatuhkan terlebih dahulu.
Di kepala Mahiaddin hanya ada satu perkara – ingin kekal bertahan selagi mana yang termampu dilakukannya dan ia juga bermakna, selagi beliau Perdana Menteri, selagi itulah Parlimen akan tergantung tanpa fungsi seperti yang ada sekarang.
Lebih-lebih lagi bagi UMNO, sebagai sebahagian daripada kerajaan, tindakan mereka mendesak Parlimen dibuka hanya merupakan suatu lawak jenaka.
Daripada bersuara melalui media sosial, menghantar kenyataan akhbar atau menulis surat kepada Speaker, lebih baik UMNO menarik sokongan mereka dan keluar segera daripada kerajaan.
Bagi Azalina misalnya, daripada asyik menulis surat meminta Parlimen dibuka, lebih baik tulis surat letak jawatan sebagai Timbalan Speaker..
Dengan menarik sokongan, dua kemungkinan akan berlaku iaitu sama ada berlaku pertukaran kerajaan atau Parlimen akan dibubarkan untuk diadakan PRU15.
Yang penting, yang mana pun berlaku, Parlimen pasti akan dibuka dan bebas bersidang selepas itu.
Persoalan utama ketika ini, buat apa lagi UMNO mahu terus berada dalam kerajaan yang mereka ada di dalamnya, tetapi kerajaan itu sendiri yang membuatkan Parlimen dimandulkan? 
(ShahbudinHusin 29/05/2021)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/berhenti-buat-kerja-sia-sia-jangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Bungkam Suara Anak Muda Buka Parlimen Segera Bersih 2 0

Jangan Bungkam Suara Anak Muda Buka Parlimen Segera Bersih 2 0

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 279 hits
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil bersolidariti bersama anak anak muda yang turun ke jalan raya menegur kerajaan Perikatan Nasional sebagaimana yang berlaku di Kampung Muhibbahraya Tawau dan terkini di Kampung Parit Raja Batu Pahat Joho...
Buka Parlimen Bincang Isu Pembelaan Palestin

Buka Parlimen Bincang Isu Pembelaan Palestin

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 328 hits
Pada 16 Mei 2021oleh PENTADBIROleh B SuffianPerdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa membuka Parlimen dengan segera bagi membahaskan usul mengecam serangan Israel ke atas rakyat Palestin yang kian kritikal Pengarah Pendidikan Politik...
Azalina Cadang Sop Buka Parlimen Harap Sokongan Semua Ahli Parlimen

Azalina Cadang Sop Buka Parlimen Harap Sokongan Semua Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 213 hits
Afiezy AzamanMei 26 2021 Datuk Seri Azalina Othman Said melahirkan rasa kecewa susulan tiada tindakan daripada pihak kerajaan berkaitan persoalan mengenai Parlimen Foto failKUALA LUMPUR Pergantungan Parlimen bukan sahaja melumpuhkan sistem ...
Mereka Kata Saya Bodoh Tak Fikir Panjang Berhenti Kerja Sebagai Pegawai Bank

Mereka Kata Saya Bodoh Tak Fikir Panjang Berhenti Kerja Sebagai Pegawai Bank

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 387 hits
Jumaat 21 Mei 2021 7 00 AMIbu bapa Wina menitipkan pesan agar sentiasa berbuat baik kepada pelanggan sebagai salah satu petua dimurahkan rezeki REZEKI tak pernah salah alamat Begitulah pegangan gadis ini sewaktu dia mengambil keputusan untu...
Thailand Buat Persediaan Buka Semula Phuket Kepada Pelancong Sudah Divaksin

Thailand Buat Persediaan Buka Semula Phuket Kepada Pelancong Sudah Divaksin

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 239 hits
Thailand buat persediaan buka semula Phuket kepada pelancong sudah divaksin nbsp Dikemas kini 5 jam yang lalu Diterbitkan pa
Jangan Sampai Saya Buka Cerita Tak Cukup Kain Nak Tutup Muka Nanti Sheila Rusly Berang Nama Dikaitkan Dengan Janna Nick

Jangan Sampai Saya Buka Cerita Tak Cukup Kain Nak Tutup Muka Nanti Sheila Rusly Berang Nama Dikaitkan Dengan Janna Nick

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 1100 hits
Pengarah dan penerbit drama terkenal Sheila Rusly meluahkan rasa berang apabila namanya tidak semena mena dikaitkan dengan pelakon Janna Nick gara gara hubungan mereka yang menjadi retak semenjak awal tahun 2019 yang lalu Gara gara program ...
Dah Paling Popular Jangan Sambung Darurat Bubar Parlimen Lagi Bagus

Dah Paling Popular Jangan Sambung Darurat Bubar Parlimen Lagi Bagus

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 235 hits
Oleh FAZLI RADZI May 21 2021Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menempelak hasil tinjauan yang mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai pemimpin politik paling popular Menurutnya beliau tahu siapa di belakang O2 Ma...
Covid 19 Tidak Terkawal Ubah Startegi Buka Parlimen

Covid 19 Tidak Terkawal Ubah Startegi Buka Parlimen

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 272 hits
Majlis Presiden Pakatan Harapan menyeru agar kerajaan Perikatan Nasional mengubah strategi menangani pandemik Covid 19 Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Presiden petang tadi strategi sedia ada yang kabur tidak wajar diteruskan ...
Samsung S Aye Train Turns Kl Mrt Into A Giant Game

Is The Expanded Sst Much Ado About Nothing

Tinggi Potassium Dalam Air Kencing

Hanya Gambar Berbicara

Muhyiddin What Are Guarantees For Malaysia In Ambalat Deal

Unmasking Paedophiles When Silence And Secrecy Becomes The Greatest Crime

Sambal Tumis Udang Dan Bab Perkahwinan

Workers At Glove Mould Producer Back At Work After Successful Talks


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Paranoid Melampau Risau Macam Macam Benda Intan Najuwa Anxiety Bawa Anak Pergi Melancong

Kak Km Terpaksa Berjauhan Dengan Anak Tak Lupa Pesan Jangan Tinggal Solat

Menikmati Tendon Pertama Di Tendon Itsuki Ginza

Nak Kerja Singapura Tapi Tak Tahu Mana Nak Mula Ini Panduan Paling Senang

Sekadar Kagum Tapi Membinasakan Awas Penyakit Ain

Risiko Terkini Kesan A I Video