Covid 19 Thailand Rancang Lanjutkan Darurat Sebulan Lagi


BANGKOK, 25 Jun – Majlis Keselamatan Negara (NSC) Thailand hari ini mengumumkan rancangan untuk melanjutkan tempoh perintah darurat selama sebulan lagi, sehingga akhir Julai bagi mengekang gelombang kedua pandemik COVID-19 di negara itu.
Walaupun negara berkenaan merekodkan hari ke-31 berturut-turut tanpa jangkitan tempatan COVID-19, Setiausaha Agung NSC Jeneral Somsak Roongsita berkata keadaan di seluruh dunia tetap menjadi kebimbangan.
“Memandangkan Thailand akan membuka kembali perniagaan dan tempat berisiko tinggi seperti pusat hiburan dan sekolah bermula 1 Julai, terdapat keperluan untuk mengawal secara berkesan serta mencegah penularan wabak itu sekali lagi dalam negara ini.
“Kita perlu mencegah gelombang kedua COVID-19 di Thailand,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Pelanjutan perintah darurat berkenaan perlu mendapat kelulusan Kabinet pada Selasa depan.
Perintah darurat akan berakhir pada 30 Jun. Setakat ini, Thailand telah melanjutkan tiga kali perintah darurat.
Perintah darurat pertama kali diisytiharkan bermula 26 Mac hingga 30 April dan dilanjutkan sehingga 31 Mei untuk membendung penularan wabak COVID-19.
Sementara itu, Somsak menegaskan bahawa alasan negara itu melanjutkan tempoh darurat adalah untuk menjaga keselamatan kesihatan.
“Ini tidak ada kena mengena dengan politik,” katanya.
Terdahulu, media tempatan melaporkan bahawa pemimpin pembangkang telah menggesa kerajaan supaya menamatkan perintah darurat kerana mendakwa perintah itu memberi peluang kepada pihak berkuasa untuk menghalang orang ramai berkumpul secara besar-besaran dan mengekang kebebasan yang lain.
Somsak yang mempengerusikan mesyuarat mengenai pelonggaran sekatan dan langkah-langkah COVID-19 berkata jawatankuasa itu mencadangkan untuk melanjutkan perintah darurat yang akan berakhir pada 30 Jun.
Thailand merupakan negara pertama di luar China yang melaporkan kes COVID-19 pada 13 Jan.
Negara itu memulakan fasa pertama pelonggaran sekatan pada 3 Mei, iaitu melibatkan enam jenis perniagaan dan tempat dibuka semula manakala fasa kedua bermula 17 Mei dan fasa ketiga pada 1 Jun.
Apabila keadaan COVID-19 dalam negara itu semakin pulih, Thailand melaksanakan fasa pertama pelonggaran sekatan pada 3 Mei, diikuti fasa kedua pada 17 Mei, fasa ketiga (1 Jun) dan fasa keempat (15 Jun) serta fasa kelima dan terakhir pada 1 Julai.
Sementara itu, Thailand melaporkan satu kes COVID-19 baharu dalam tempoh 24 jam iaitu seorang pelajar warganegaranya yang pulang dari Mesir, menjadikan jumlah keseluruhan 3,158 kes dengan 58 kematian.
 
Sumber: Bernama
The post Covid-19: Thailand Rancang Lanjutkan Darurat Sebulan Lagi appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/06/25/covid-19-thailand-rancang-lanjutkan-darurat-sebulan-lagi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara India Bangun Rumah Sakit Darurat Covid 19 Kardus Jadi Pilihan

Cara India Bangun Rumah Sakit Darurat Covid 19 Kardus Jadi Pilihan

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 380 hits
Cara India Bangun Rumah Sakit Darurat Covid 19 Kardus Jadi Pilihan Sejumlah rumah sakit di New Delhi dan di Mumbai melaporkan kewalahan menangani jumlah pasien positif Covid 19 yang terus bertambah
Thailand Catat 5 Kes Baharu Covid 19 Tiada Jangkitan Tempatan

Thailand Catat 5 Kes Baharu Covid 19 Tiada Jangkitan Tempatan

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 266 hits
THAILAND melaporkan lima kes baharu jangkitan Covid 19 semuanya melibatkan warga Thai yang baru kembali dari luar negara dan tiada kematian dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan penyakit itu berjumlah 3 156 kes dengan jumlah kem...
Covid 19 Thailand Benarkan Kedatangan Enam Kumpulan Pelawat Asing Bermula Julai

Covid 19 Thailand Benarkan Kedatangan Enam Kumpulan Pelawat Asing Bermula Julai

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 252 hits
BANGKOK 29 Jun Thailand akan membenarkan enam kumpulan warga asing masuk ke negara itu bermula Julai setelah ia merekodkan sifar jangkitan tempatan COVID 19 selama 35 hari berturut turut Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID 19 Thaweesi...
Covid 19 Lima Pelajar Thailand Yang Pulang Dari Arab Saudi Pesakit Terbaharu Covid 19

Covid 19 Lima Pelajar Thailand Yang Pulang Dari Arab Saudi Pesakit Terbaharu Covid 19

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 337 hits
Bangkok Thailand mencatatkan lima kes baharu COVID 19 kesemuanya melibatkan warga Thailand yang pulang dari Arab Saudi manakala tiada kematian sejak 24 jam yang lepas menjadikan jumlah kes 3 134 dengan 58 kematian Pusat bagi Pentadbiran Sit...
Perkembangan Semasa Covid 19 Tidak Jejas Pemulihan Ekonomi Kata Tok Pa

Perkembangan Semasa Covid 19 Tidak Jejas Pemulihan Ekonomi Kata Tok Pa

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 304 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mustapa Mohamed berkata hasrat kerajaan untuk memulihkan ekonomi sebahagiannya sudah berjaya walaupun bukan sepenuhnya TAMPIN Perkembangan semasa kes Covid 19 tidak menjejaskan proses pemulihan ekonomi neg...
Covid 19 Kkm Kenal Pasti Kluster Baharu Iaitu Kluster Rumah Penjagaan Warga Emas Di Kuala Selangor

Covid 19 Kkm Kenal Pasti Kluster Baharu Iaitu Kluster Rumah Penjagaan Warga Emas Di Kuala Selangor

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 338 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini memaklumkan bahawa terdapat satu kluster baharu yang telah dikenalpasti iaitu Kluster Rumah Penjagaan Warga Emas Kuala Selangor Menurut Datuk Dr Noor Hisham tiga orang telah disahkan positif di dalam ...
44 Kontak Rapat Pelajar Mesir Di Kelantan Negatif Covid 19 Perlu Jalani Kuarantin

44 Kontak Rapat Pelajar Mesir Di Kelantan Negatif Covid 19 Perlu Jalani Kuarantin

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 259 hits
KOTA BHARU 15 Jun Seramai 44 orang kontak rapat dengan empat pelajar dari Mesir yang positif COVID 19 disahkan negatif selepas ujian saringan dilakukan Bagaimanapun Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin berkata kesemua m...
Kerana Kepercayaan Agama Segelintir Individu Bertindak Melarikan Mayat Mangsa Covid 19

Kerana Kepercayaan Agama Segelintir Individu Bertindak Melarikan Mayat Mangsa Covid 19

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 205 hits
Lebih kurang 33 individu ditahan dan berdepan dengan tujuh tahun penjara melanggar peraturan kuarantin kesihatan Ini kerana mereka antara ahli keluarga yang merampas mayat secara paksa di mana sudah sedia dikebumikan mengikut protokol virus...
19 Provinsi Laporkan Penambahan Kasus Baru Positif Covid 19 Di Bawah 10

19 Provinsi Laporkan Penambahan Kasus Baru Positif Covid 19 Di Bawah 10

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 216 hits
Kemudian Sulawesi Tenggara terjadi penambahan 3 kasus baru Sulawesi Tengah 1 kasus baru Sementara itu Riau melaporkan 1 kasus baru Maluku Utara 2 kasus baru dan Papua Barat 1 kasus baru
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Perlis Festival Goes On Despite Muddy Conditions Some Events Relocated


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet

Tauhu Bunga Untuk Sarapan Pagi