Trend Pematuhan Pkp Semakin Baik Ismail Sabri


PUTRAJAYA, 5 April  — Trend pematuhan rakyat terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini memasuki fasa kedua bagi membendung penularan wabak COVID-19 semakin baik apabila jumlah penahanan terhadap individu ingkar kepada arahan itu menunjukkan penurunan.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata berdasarkan data polis semalam, seramai 368 individu ditahan di sekatan jalan raya serta rondaan berbanding 413 tangkapan pada hari sebelumnya.
“Ini menunjukkan penurunan jumlah penangkapan kepada 11 peratus,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri mengenai PKP di sini, hari ini.
Beliau berkata statistik itu merupakan satu trend baik yang boleh dianggap sebagai pematuhan rakyat terhadap segala arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.
Sementara itu, Ismail Sabri, yang juga Menteri Pertahanan, memberitahu kes yang melibatkan hukuman penjara bukan sahaja berpunca daripada kesalahan gagal mematuhi PKP, tetapi juga melibatkan kes lain.
“(Contoh) Seperti menghalang tugas pihak berkuasa misalnya… jadi, selain kes pelanggaran PKP, terdapat kes lain yang mereka ini dituduh di bawah Kanun Keseksaan.
“Bukan lagi Akta 342 Kementerian Kesihatan tetapi dituduh di bawah Kanun Keseksaan yang membawa hukuman yang berat. Sebab itulah ada yang dihukum sehingga lapan bulan dan sebagainya,” kata beliau bahawa malah, terdapat contoh kes lebih berat iaitu melanggar sekatan jalan raya.
“Semalam, ada pihak polis tercedera akibat dirempuh oleh penunggang motosikal yang cuba merempuh sekatan jalan raya.
“Jadi kalau dia (suspek) langgar polis, macam-macam (tuduhan) boleh dikenakan di bawah Kanun Keseksaan. Selain menghalang polis menjalankan tugas, ada juga kesalahan yang boleh diambil tindakan dan hukuman yang berbeza daripada kesalahan di bawah PKP,” katanya.
Dalam pada itu, berhubung dakwaan polis yang dianggap kasar dalam memastikan pematuhan terhadap PKP, beliau berkata polis mempunyai peraturan mereka sendiri.
“Semalam, Menteri KDN (Kementerian Dalam Negeri) telah membuat kenyataan tentang isu-isu berkaitan tindakan pihak polis jadi kita serahkan kepada KDN. Mereka ada peraturan dan SOP (prosedur operasi standard) mereka sendiri,” katanya.
Menurut Ismail Sabri, semalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengadakan 745 sekatan jalan raya di seluruh negara dan melakukan pemeriksaan ke atas 331,839 kenderaan.
Pada masa sama, beliau berkata sebanyak 25,554 pemeriksaan mengejut diadakan di seluruh negara dan 4,399 premis diperiksa oleh pihak berkuasa.
Fasa satu PKP bermula 18 hingga 31 Mac dan fasa dua dari 1 hingga 14 April ini.
— BERNAMA
The post Trend Pematuhan PKP Semakin Baik – Ismail Sabri appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/04/05/trend-pematuhan-pkp-semakin-baik-ismail-sabri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seramai 742 Individu Ditahan Semalam Kerana Ingkar Pkp Berkurang Dari Hari Sebelumnya Ismail Sabri

Seramai 742 Individu Ditahan Semalam Kerana Ingkar Pkp Berkurang Dari Hari Sebelumnya Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 236 hits
Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media yang diadakan sebentar tadi mengesahkan bahawa seramai 742 individu berjaya ditahan semalam kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Menurutnya jumlah individu yang ditah...
Tiada Bazar Ramadan Sepanjang Pkp Kata Ismail Sabri

Tiada Bazar Ramadan Sepanjang Pkp Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 231 hits
KERAJAAN memutuskan tidak akan ada bazar Ramadan sepanjang perintah kawalan pergerakan berjalan kata Menteri Kanan Ismail Sabri Tetapi sekiranya PKP sudah ditarik balik ketika Ramadan bermula satu prosedur operasi standard akan dikeluarka
Pkp Polis Bukan Lagi Tegas Tetapi Keras Ismail Sabri

Pkp Polis Bukan Lagi Tegas Tetapi Keras Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 234 hits
SHAH ALAM 2 APRIL Penguatkuasaan polis kini pada tahap keras bagi memastikan rakyat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang memasuki fasa kedua kata menteri kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata walaupun jumlah ditahan dalam tempoh...
Rm22 66 Juta Diterima Bagi Tabung Covid 19 Setakat Semalam Ismail Sabri

Rm22 66 Juta Diterima Bagi Tabung Covid 19 Setakat Semalam Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 328 hits
Sejumlah RM22 66 juta sumbangan wang tunai diterima melalui Tabung COVID 19 setakat semalam kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata daripada jumlah itu RM5 68 juta telah disalur kepada Y...
Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Memaklumkan

Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Memaklumkan

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 257 hits
1 Sebanyak 24 62 juta penutup mulut dan hidung kini dalam proses pengedaran kepada setiap rakyat secara percuma di seluruh negara 4 keping penutup muka akan diagihkan kepada setiap isi rumah tugas pengedaran akan diselia Angkatan Pertahanan...
Jpj Bersetuju Bantu Pihak Polis Dalam Sekatan Jalan Raya Ds Ismail Sabri

Jpj Bersetuju Bantu Pihak Polis Dalam Sekatan Jalan Raya Ds Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 563 hits
Sidang media perkembangan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan oleh Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri pada hari ini berkaitan dengan sikap sebilangan rakyat yang masih ingkar dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Susulan daripada it...
Topeng Muka Percuma Akan Diagihkan Kepada Ketua Keluarga Datuk Ismail Sabri

Topeng Muka Percuma Akan Diagihkan Kepada Ketua Keluarga Datuk Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 326 hits
Menerusi sidang media yang berlangsung hari ini berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan yang disampaikan oleh Menteri Kanan menyampai satu berita gembira untuk penduduk di negara ini Terkini kerajaan akan agih empat topeng muka percuma kepada...
Viral Video Not A Fake Shafie Rebuts Ismail Sabri S Claim

Viral Video Not A Fake Shafie Rebuts Ismail Sabri S Claim

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 242 hits
The nurses quarters near Queen Elizabeth I Hospital initially planned for a quarantine centre KOTA KINABALU Sabah Chief Minister Shafie Apdal today dismissed the claim by senior federal minister Ismail Sabri Yaakob that a viral video of a p...
Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tuition Teacher Found Dead In Pool Of Blood With Slash Wounds To Neck

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Aid Palestine With Dates Inisiatif Amal

Makan Dan Solat Di Masjid Fujikawaguchiko Fujikawaguchiko