Covid 19 Singapura Akan Bina Lebih Banyak Asrama Pekerja Asing Bagi Kurangkan Kepadatan


SINGAPURA, 1 Jun  — Singapura akan memulakan program pembinaan besar-besaran asrama pekerja asing yang baru, dengan ruang untuk menempatkan 60,000 katil, sedia digunakan hujung tahun ini, menurut Menteri Pembangunan Nasional Lawrence Wong.
“Sasaran kami ialah untuk mengurangkan kepadatan di asrama, dan juga penting untuk mereka bentuk asrama baru yang lebih baik kepada kesihatan awam, terutamanya kepada risiko pandemik seperti yang kita pelajari daripada pengalaman COVID-19,” katanya dalam sidang media secara dalam talian mengenai COVID-19 hari ini.
Pada masa ini, Singapura telah menggunakan fasiliti seperti kem tentera dan dewan sukan, serta sebahagian flet HDB, untuk menempatkan pekerja ke kawasan itu, dalam usaha mengurangkan kepadatan di asrama pekerja.
Wong yang juga Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian mengenai COVID-19 berkata, tindakan tersebut merupakan satu penyelesaian sementara, kerana akhirnya kawasan tersebut perlu diserahkan semua untuk kegunaan sebenar mereka, dan satu penyelesaian yang lebih sesuai diperlukan untuk asrama baru.
Dalam jangka panjang Wong berkata, republik itu merancang untuk membina 11 bangunan khas asrama kekal dalam tempoh dua tahun akan datang, dengan tambahan kira-kira 100,000 tempat, dengan reka bentuk dan piawaian baru.
Sementara itu, Menteri Tenaga Kerja Josephine Teo berkata, sehingga hari ini, sejumlah 40,000 pekerja asing telah disahkan bebas jangkitan COVID-19, dan bersedia untuk bekerja semula.
Teo berkata, kira-kira 12,000 daripada mereka merupakan pekerja penting, yang telah dipindahkan keluar dari asrama ke penginapan sementara, manakala 20,000 pekerja telah pulih dan ditempatkan secara sementara di pelbagai tempat.
“8,000 lagi pekerja tinggal di asrama,” kata Teo pada sidang media yang sama.
Teo berkata, 8,000 pekerja ini sama ada telah diuji negatif ataupun, disahkan positif tetapi telah pulih sepenuhnya dan didiscaj, dan tinggal bersama rakan pekerja yang juga telah disahkan bebas daripada virus itu di asrama.
Pada masa yang sama Teo berkata, kumpulan pertama 60 asrama akan diberikan status ‘bebas’, bermula esok (2 Jun), yang bermakna setiap blok di asrama tersebut telah bebas daripada virus dan setiap penduduk di dalam blok tersebut, telah disahkan bebas daripada jangkitan.
Terdapat 43 bangunan khas asrama yang menempatkan kira-kira 200,000 pekerja asing dan 1,200 kilang yang dijadikan asrama untuk kira-kira 95,000 pekerja.
Sumber: Bernama
The post COVID-19 : Singapura Akan Bina Lebih Banyak Asrama Pekerja Asing Bagi Kurangkan Kepadatan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/06/02/covid-19-singapura-akan-bina-lebih-banyak-asrama-pekerja-asing-bagi-kurangkan-kepadatan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kkm Akan Syor Buka Lebih Banyak Sektor Jika Kes Tempatan Covid 19 Kekal 1 Atau 2 Angka

Kkm Akan Syor Buka Lebih Banyak Sektor Jika Kes Tempatan Covid 19 Kekal 1 Atau 2 Angka

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 322 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan akan mengesyorkan kepada kerajaan supaya memberi kelonggaran kepada sektor lain seperti sukan dan pendidikan jika kes jangkitan Covid 19 tempatan kekal 1 atau ...
Kes Positif Warga Asing Lebih Tinggi Dari Warga Tempatan Jadi Cabaran Baharu Negara Lawan Covid 19

Kes Positif Warga Asing Lebih Tinggi Dari Warga Tempatan Jadi Cabaran Baharu Negara Lawan Covid 19

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 312 hits
Menerusi sidang media yang sedang berlangsung dari Kementerian Kesihatan Malaysia Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Noor Hisham mengatakan bahawa negara berdepan satu cabaran baharu Susulan dengan itu apa yang kita boleh lihat adalah peningkat...
Pengurangan Covid 19 Negara Semakin Baik Lebih Banyak Kelonggaran Mungkin Akan Diumumkan Jun Ini

Pengurangan Covid 19 Negara Semakin Baik Lebih Banyak Kelonggaran Mungkin Akan Diumumkan Jun Ini

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 268 hits
Nampaknya sinar cahaya buat negara kita Malaysia untuk keluar dari wabak pandemik Covid 19 ini semakin cerah bila hari demi hari negara menunjukkan result penurunan mereka yang dijangkiti Lebih banyak kelonggaran untuk Perintah Kawalan Perg...
Anak Yang Banyak Bercakap Lebih Tajam Memorinya Ibu Ayah Banyakkan Tanya Soalan Pada Anak

Anak Yang Banyak Bercakap Lebih Tajam Memorinya Ibu Ayah Banyakkan Tanya Soalan Pada Anak

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 310 hits
Bagi kebanyakan kanak kanak memori biasanya bermula dengan peristiwa peribadi tertentu seperti kelahiran adik beradik yang lebih muda atau percutian istimewa Sebagai ibu bapa kita pastinya berharap anak anak mendapat pelbagai pengalaman pos...
Airasia Tamatkan Perkhidmatan 300 Pekerja Kecilkan Operasi Akibat Wabak Covid 19

Airasia Tamatkan Perkhidmatan 300 Pekerja Kecilkan Operasi Akibat Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 353 hits
KUALA LUMPUR Seramai lebih 300 pekerja AirAsia Bhd bakal dihentikan perkhidmatan mereka oleh syarikat penerbangan tambang murah itu dalam usaha pengecilan operasi susulan daripada situasi sukar akibat wabak COVID 19 Memetik laporan media pe...
Covid 19 Meningkat Di Malaysia Kita Salahkan Warga Asing

Covid 19 Meningkat Di Malaysia Kita Salahkan Warga Asing

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 423 hits
PKPB tamat atau disambung Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat disambung atau ditamat soalan banyak ditanya ketika ini dan menjadi perbualan ramai Sebelum ia dijawab mari kita lihat situasi jangkitan COVID 19 di negara ini pada masa ini Ke...
Covid 19 Misi Asing Ucap Terima Kasih Rawatan Di Depot Tahanan Imigresen

Covid 19 Misi Asing Ucap Terima Kasih Rawatan Di Depot Tahanan Imigresen

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 352 hits
KUALA LUMPUR 3 Jun Misi Asing yang warganya terjejas akibat COVID 19 di tiga Depot Tahanan Imigresen di sini merakamkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia atas tindakan segera selain memastikan mereka yang dijangkiti menerima rawatan sewa...
Biosensor Akan Membantu Membuat Ujian Saringan Covid 19 Lebih Pantas

Biosensor Akan Membantu Membuat Ujian Saringan Covid 19 Lebih Pantas

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 301 hits
Ujian saringan Covid 19 mengambil masa yang lama untuk menentukan seseorang itu positif atau negatif Kebiasaannya satu hari baru seseorang itu akan tahu keputusan Ada sahaja kit ujian pantas yang boleh dilakukan oleh diri sendiri tetapi ia ...
Mukhriz Dakwa Kedah Guna Tuntutan Rm1 Bilion Lulus Lebih Banyak Konsesi Balak

Mukhriz Dakwa Kedah Guna Tuntutan Rm1 Bilion Lulus Lebih Banyak Konsesi Balak

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 1070 hits
Mukhriz Mahathir berkata tiada masalah yang terpaksa diselesaikan MB baru Muhammad Sanusi Md Nor yang baru 10 hari memegang jawatan itu ALOR SETAR Bekas menteri besar Kedah Mukhriz Mahathir berkata kerajaan negeri pimpinan PAS mereka cerita...
Mekdi Belanja Rider Mcdonald S Malaysia Celebrates 70 000 Delivery Heroes

Coitus In Melaka Disrupted Datuk Claims Hotel Staff Barged In Mid Act Sparks Online Frenzy

Ringgit Climbs As Trump Ramps Up Pressure On Fed To Cut Interest Rates

Ensuring Benefits For Rakyat With Responsible Use Of Mobile Data

Mercedes Benz Will Continue To Offer Combustion Engines After 2030

Ctos Sme Biz Day Brings Digital Gameplan To Johor

Warga Pakistan Rasmi Program Sukan Sekolah

Bentuk Jati Diri Dari Kecil Nurul Izzah Cadang Pengakap Bermula Seawal Darjah Satu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Doa Memohon Cinta Allah Kekasih Nya Dan Amal Terbaik

Kata Kata Nasihat Hari Jumaat

Man City Bergaya Bedal Juventus

Lunch Asam Pedas Kepala Ikan Merah Dan Lemak Telur Itik

Jumaat 27 Julai 2025 1 Muharam 1447

Pengkhianat Sabah Hukuman Buang Kerakyatan Mungkin Setimpal