Covid 19 Misi Asing Ucap Terima Kasih Rawatan Di Depot Tahanan Imigresen


KUALA LUMPUR, 3 Jun  — Misi Asing yang warganya terjejas akibat COVID-19 di tiga Depot Tahanan Imigresen (DTI) di sini, merakamkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia atas tindakan segera selain memastikan mereka yang dijangkiti menerima rawatan sewajarnya.
Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia memberitahu Bernama, pihaknya tidak dapat memberikan jumlah sebenar warga Bangladesh yang dijangkiti, kerana masih menunggu dan melakukan pengesahan maklumat.
“Kami menerima maklumat mengenai mereka yang dijangkiti COVID-19 melalui saluran komunikasi biasa setiap hari. Jadi, bilangannya mungkin sentiasa berubah. Kami menghargai dan berterima kasih kepada kerajaan Malaysia untuk inisiatif dan tindakan atas dasar kemanusiaan yang telah dilaksanakan,” kata suruhanjaya itu.
Pihaknya juga menghargai usaha kerajaan Malaysia memastikan pendatang yang mempunyai atau tanpa dokumen diberi akses untuk mendapatkan ujian saringan dan rawatan COVID-19, justeru menggesa lebih ramai migran tampil menjalani saringan.
“Kerajaan Malaysia sudah beri kesempatan kepada migran tanpa dokumen mendapatkan rawatan di hospital. Keputusan yang tepat pada masanya dan kami amat menghargainya,” tambah Suruhanjaya Tinggi itu.
Bangladesh dan Malaysia mempunyai hubungan dua hala sangat baik, bekerjasama dengan semua kementerian serta agensi berkaitan, keperihatinan dan sikap ramah yang diberikan amat disanjung.
“Sangat penting untuk bekerjasama, terutama semasa pandemik ini dan ia sedang dilakukan,” katanya.
Berhubung usaha menghantar pulang warganya yang tidak mempunyai dokumen, Suruhanjaya Tinggi Bangladesh berkata perkara itu akan diteruskan berdasarkan peraturan dan undang-undang kedua-dua negara.
Sementara itu, sumber rasmi Suruhanjaya Tinggi India di Malaysia berkata pihaknya sudah dimaklumkan mengenai warganegara yang tidak mempunyai dokumen ditahan di pusat tahanan imigresen di sini.
“Ada sebahagian mereka didapati positif dan diberi rawatan sewajarnya mengikut protokol Kementerian Kesihatan. Kami masih menunggu maklumat mengenai semua yang terlibat,” kata sumber itu.
Menurut pegawai itu lagi Misi Vande Bharat – operasi yang dilancarkan kerajaan India untuk membawa pulang warganya yang terkandas di beberapa negara terpilih – turut tertakhluk kepada tahanan di depot imigresen.
Suruhanjaya Tinggi itu memaklumkan pihaknya menerima kerjasama baik yang diberikan agensi berkaitan untuk mengendalikan penerbangan dari Kuala Lumpur di bawah misi berkenaan.
Setakat ini, 10 penerbangan sudah dikendalikan ke beberapa destinasi di India, kira-kira 1,700 warga India yang terkandas selamat kembali ke negara asal mereka.
Dalam perkembangan berasingan, Suruhanjaya Tinggi India juga bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia membantu warganegara India, yang berada di kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), katanya.
Sementara itu, sumber Kedutaan Nepal mengatakan pihaknya masih berhubung dengan pihak berkuasa Malaysia mengenai perkara ini dan dalam proses mengumpulkan maklumat.
Pihaknya belum menerima kemas kini rasmi dari imigresen Malaysia  mengenai penghantaran pulang tahanan warga Nepal, kata sumber itu.
Kementerian Kesihatan pada 21 Mei berkata pihaknya mengesan kluster baharu kes COVID-19 melibatkan warga asing di DTI Bukit Jalil diikuti DTI Semenyih (23 Mei) dan Sepang (24 Mei).
Antara warganegara yang disahkan positif setakat ini termasuk Bangladesh, India, Nepal, Indonesia, Myanmar, Pakistan, China, Kemboja, Sri Lanka, Filipina, Libya, Mesir dan Syria.
Sumber: Bernama
The post COVID-19: Misi Asing Ucap Terima Kasih, Rawatan Di Depot Tahanan Imigresen appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/06/03/covid-19-misi-asing-ucap-terima-kasih-rawatan-di-depot-tahanan-imigresen/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kluster Baru Covid 19 Dikesan Di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil 35 Kes Positif Setakat Ini

Kluster Baru Covid 19 Dikesan Di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil 35 Kes Positif Setakat Ini

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 292 hits
Putrajaya 21 Mei Kementerian Kesihatan mengesahkan kewujudan satu kluster baru COVID 19 melibatkan penghuni di depot tahanan Imigresen di Bukit Jalil Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah seramai 645 tahanan telah d...
Covid 19 Pandang Serius Isu Kesihatan Pegawai Imigresen Di Depoh Tahanan

Covid 19 Pandang Serius Isu Kesihatan Pegawai Imigresen Di Depoh Tahanan

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 214 hits
MALAYSIAKINIPihak berwajib diharap dapat mewujudkan satu klinik medan di depoh imigresen yang terkesan dengan kes Covid 19 untuk dijadikan rujukan serta nasihat keselamatan dan kesihatan oleh pegawai Imigresen Presiden Kesatuan Perkhidmatan...
Covid 19 Seorang Staf Pentadbiran Depoh Tahanan Imigresen Positif

Covid 19 Seorang Staf Pentadbiran Depoh Tahanan Imigresen Positif

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 390 hits
SHAH ALAM 25 MEI Seorang warga tempatan yang juga staf pentadbiran di depoh tahanan Imigresen disahkan positif Covid 19 kata ketua pengarah kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan pengesanan kontak rapat sedang dijalankan Punca j...
Tular Video Warga Kkm Bersorak Gembira Netizen Ucap Terima Kasih

Tular Video Warga Kkm Bersorak Gembira Netizen Ucap Terima Kasih

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 321 hits
Umum sedia tahu bermula 10 Jun ini Malaysia sedang dalam fasa pemulihan dari wabak pandemik Covid 19 Semalam Perdana Menteri kesayangan kita Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bermula 10 Jun bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan Pemuliha...
Pesakit Covid 19 Akan Didiscaj Selepas 14 Hari Terima Rawatan Walau Masih Dikesan Positif

Pesakit Covid 19 Akan Didiscaj Selepas 14 Hari Terima Rawatan Walau Masih Dikesan Positif

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 421 hits
Pesakit COVID 19 Akan Didiscaj Selepas 14 Hari Terima Rawatan Walau Masih Dikesan Positif Pesakit COVID 19 yang sudah 14 hari menerima rawatan akan dibenarkan pulang walau masih positif virus berkenaan kata Kementerian Kesihatan Malaysia da...
Ministry Expects Spike In New Covid 19 Cases Due To Immigration Depot Clusters

Ministry Expects Spike In New Covid 19 Cases Due To Immigration Depot Clusters

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 372 hits
CORONAVIRUS Health Ministry director general Dr Noor Hisham Abdullah said he is expecting higher numbers of new Covid 19 cases for the next two days due to the ongoing screening process at three immigration depots So far we have screened th...
Kes Positif Covid 19 Meningkat Majoriti Pendatang Asing

Kes Positif Covid 19 Meningkat Majoriti Pendatang Asing

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 292 hits
SHAH ALAM 26 MEI Kes positif baharu Covid 19 terus meningkat dengan majoriti melibatkan pendatang asing tanpa izin di depot tahanan Imigresen dengan 155 kes daripada 177 kes penularan tempatan hari ini kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba