Covid 19 Meningkat Di Malaysia Kita Salahkan Warga Asing


PKPB tamat atau disambung? 
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) disambung atau ditamat, soalan banyak ditanya ketika ini dan menjadi perbualan ramai. 
Sebelum ia dijawab, mari kita lihat situasi jangkitan COVID-19 di negara ini pada masa ini. 
Kes jangkitan COVID-19 dalam kalangan rakyat tempatan semakin menurun dan kekal satu atau dua digit. Ia menepati unjurun KKM dan faktor menyumbang Ketepatan unjuran ini ialah kepatuhan rakyat Malaysia kepada SOP. 

Syabas kepada kita semua dan terima kasih kepada pasukan keselamatan seperti PDRM, ATM, APM dan Rela yang tegas terhadap segelintir yang 'ketegaq'. 
Namun, kepatuhan kita tidak selari dengan warganegara asing atau lebih khusus pekerja asing. Bagi warganegara asing yang ditahan di depoh tahanan, kita tidak perlu risau kerana dalam kawalan pihak berkuasa. 
Kes dalam kalangan pekerja asing ini terus meningkat kerana mereka tidak patuh SOP. Mereka hanya patuh SOP di tempat kerja tapi tidak apabila di tempat tinggal.  
Kita tidak boleh salahkan mereka kerana terpaksa tinggal berasak di ruang sempit. Mereka tiada pilihan. 
Mereka adalah pekerja asing yang datang ke negara kita kerana faktor kemiskinan. Jika diberi pilihan, sudah tentu mereka mahu berada bersama keluarga di negara sendiri. Tiada siapa pilih hidup dalam kesusahan. 
Jangan anggap peningkatan kes pekerja asing bukan masalah kita. Pekerja asing dari Bangladesh, Nepal, Myanmar, Pakistan dan Indonesia ini sudah menjadi sebahagian daripada komuniti masyarakat kita. 
Hanya sebahagian kecil yang tinggal di tempat yang disediakan majikan seperti tapak pembinaan bagi sektor pembinaan.  Manakala pekerja asing sektor lain, sebahagian besar  tinggal di kejiranan kita. 
Ada yang bergaul mesra dengan kita, membeli barang keperluan di pasar raya sama dengan kita, bagi yang Islam, solat berjemaah dengan jemaah tempatan. 
Mereka sudah menjadi sebahagian daripada masyarakat kita. Peningkatan kes COVID-19 dalam kalangan pekerja asing  ini turut menjadi masalah kita. Apatah lagi, mereka mendapat jangkitan ini di negara kita

Peranan kecil yang kita boleh mainkan ialah memastikan mereka mematuhi SOP jika di tempat awam. 
Peranan lebih besar perlu dimainkan majikan. Penjarakan sosial di tempat tinggal pekerja asing ini menuntut pengorbanan kewangan kerana majikan perlu sediakan lebih banyak tempat tinggal supaya pekerja ini ada ruang untuk penjarakan sosial dan meningkatkan kebersihan. 
Di kala ini, kita semua sama ada majikan atau pekerja biasa perlu main peranan untuk membantu negara demi kelangsungan hidup kerana wabak ini telah menjejaskan kehidupan setiap orang. 
Dan selagi kes pekerja asing terus meningkat, walaupun hanya satu kes ia patut jadi kerisauan kita. 
Kepatuhan SOP oleh rakyat tempatan dan bukan tempatan perlu seiring.  Bila tidak seiring, dua-dua pihak tidak boleh hidup selesa. 
Peranan KKM ialah mengesan pekerja asing yang dijangkiti COVID-19 dan merawat mereka sehingga sembuh. Selepas sembuh, mereka kembali ke tempat tinggal. Risiko jangkitan semula boleh berlaku jika tiada penjarakan sosial di rumah dan amalan kebersihan yang tinggi. 
Jangkitan terus berlaku dan berlaku jika tindakan komitmen semua pihak untuk meminimakan kes pekerja asing ini

Adakah kita sebagai rakyat tempatan boleh rasa lega jika kes pekerja asing masih tinggi?  Sudah tentu tidak kerana diulangi, mereka sudah menjadi sebahagian daripada masyarakat kita. 
Lihat kluster masih aktif melibatkan pekerja asing yang juga menjangkiti rakyat tempatan seperti Kluster Pedas, Kg Sg Lui, Jalan Chow Kit, Pasar Besar Jalan Othman, Pengawal Keselamatan Cheras, Selangor Mansion Pasar Borong KL dan Pudu. 
Malah, kluster paling baru dikesan, Pangsapuri Cheras turut merekodkan satu kes positif pekerja asing. 
Jika PKPB ditamatkan, KKM perlu pastikan jangkitan dalam pekerja asing terkawal kerana risiko ia merebak kepada rakyat tempatan adalah tinggi. 
Memang benar virus ini tidak boleh dihapus sepenuhnya. Mengawal kes rakyat tempatan dan pekerja asing sehingga tahap paling minima adalah satu keperluan untuk kita sama-sama kita jalani hidup seterusnya. Life must goes on. 
Adakah PKPB ditamat atau disambung?  Tiada siapa boleh jawab kecuali Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. Sama-sama kita nantikan pengumuman sebelum hari terakhir, 9 Jun ini

Sumber : KKM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cikguzim.blogspot.com/2020/06/covid-19-meningkat-di-malaysia-kita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rm50 Untuk Laporan Palsu Negatif Covid 19 Warga Asing Dicekup Polis

Rm50 Untuk Laporan Palsu Negatif Covid 19 Warga Asing Dicekup Polis

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 662 hits
Polis menumpaskan sindiket pemalsuan dokumen keputusan ujian saringan Covid 19 untuk warga asing Dalam serbuan Ops Pemalsuan Keputusan Ujian Saringan Covid 19 jam 5 40 petang semalam di Jalan Alor Kuala Lumpur dua lelaki warga Bangladesh be...
Kes Positif Warga Asing Lebih Tinggi Dari Warga Tempatan Jadi Cabaran Baharu Negara Lawan Covid 19

Kes Positif Warga Asing Lebih Tinggi Dari Warga Tempatan Jadi Cabaran Baharu Negara Lawan Covid 19

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 288 hits
Menerusi sidang media yang sedang berlangsung dari Kementerian Kesihatan Malaysia Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Noor Hisham mengatakan bahawa negara berdepan satu cabaran baharu Susulan dengan itu apa yang kita boleh lihat adalah peningkat...
Kes Positif Covid 19 Meningkat Majoriti Pendatang Asing

Kes Positif Covid 19 Meningkat Majoriti Pendatang Asing

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 299 hits
SHAH ALAM 26 MEI Kes positif baharu Covid 19 terus meningkat dengan majoriti melibatkan pendatang asing tanpa izin di depot tahanan Imigresen dengan 155 kes daripada 177 kes penularan tempatan hari ini kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr...
Tempat Tinggal Sempit Amalan Kebersihan Punca Kes Covid 19 Warga Asing

Tempat Tinggal Sempit Amalan Kebersihan Punca Kes Covid 19 Warga Asing

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 279 hits
PUTRAJAYA 26 MEI Kawasan penginapan pekerja yang sempit tahap amalan kebersihan diri serta persekitaran yang kurang memuaskan dikenal pasti sebagai punca penularan Covid 19 dalam kalangan warga asing Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor H...
Terkini Covid 19 31 Kes Baru Hari Ini 19 Daripadanya Melibatkan Warga Asing Kkm

Terkini Covid 19 31 Kes Baru Hari Ini 19 Daripadanya Melibatkan Warga Asing Kkm

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 301 hits
Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 31 kes baharu jangkitan COVID 19 menjadikan angka keseluruhan kini adalah 8 369 kes Daripada angka tersebut jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 1 186 kes Ketua Pengarah Kesihatan Datuk D...
Kkm 19 Kes Baharu Covid 19 Termasuk 11 Warga Malaysia

Kkm 19 Kes Baharu Covid 19 Termasuk 11 Warga Malaysia

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 323 hits
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baharu itu enam kes adalah kes import dan 13 kes lagi adalah penularan di dalam negara Foto oleh Choo Choy MayPUTRAJAYA 7 Jun Jumlah jangkitan kes baharu positif Covid 19 yang dilapo...
Jumpa Beg Baju Tepi Kawat Duri Dipercayai Warga Asing Cuba Lari Dari Pkp Pentadbiran Kuala Langat

Jumpa Beg Baju Tepi Kawat Duri Dipercayai Warga Asing Cuba Lari Dari Pkp Pentadbiran Kuala Langat

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 397 hits
KUALA LUMPUR 11 Jun Terdapat percubaan penduduk dipercayai warga asing di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan secara pentadbiran di Taman Langat Murni Kuala Langat untuk melarikan diri daripada kawasan itu Perkara berkenaan disahkan oleh po...
Transmisi Lokal Meningkat 7 Orang Dinyatakan Positif Covid 19 Di Denpasar

Transmisi Lokal Meningkat 7 Orang Dinyatakan Positif Covid 19 Di Denpasar

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 254 hits
Peningkatan kasus akibat transmisi lokal belakangan ini menunjukkan tren semakin meningkat Hal ini memerlukan upaya disiplin dan sungguh sugguh masyarakat
Petugas Keamanan Harus Bantu Rs Cegah Insiden Jenazah Covid 19 Diambil Paksa Warga

Petugas Keamanan Harus Bantu Rs Cegah Insiden Jenazah Covid 19 Diambil Paksa Warga

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 296 hits
Masyarakat Hukum Kesehatan Indonesia mengajak kepada seluruh elemen masyarakat untuk bersama sama mengedukasi soal penerapan aturan aturan protokol kesehatan Termasuk pihak RS yang pro aktif menjelaskan kepada keluarga pasien maupun jenazah
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Consultant

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Buffet Ramadan 2025 Park Inn Radisson Putrajaya

Cara Chill Tangani Anxiety Tanpa Ubat

Asal Usul Nama Berserah Kuantan Pahang

Merungkai Matematik Di Sebalik Doktrin Rukun Islam