Covid 19 Semoga Malaysia Tidak Menjadi Seperti Itali


Covid-19. Mungkinkah Malaysia Bakal Menjadi Seperti Di Itali

Seperti yang sedia maklum, Itali kini mencatat angka kematian tertinggi akibat virus Corona atauCovid-19 melepasi angka kematian di negara China

Jika pada awalnya, jumlah kematian tertinggi dicatat di negara China yang kini dilaporkan China berjaya mengawal penyebaran virus Corona di kalangan rakyatnya, berbeza dengan apa yang berlaku di Itali yang mana angka kematian meningkat secara mendadak

Hingga kini Italy masih belum berjaya mengawal Virus ini. Dalam tempoh 24 jam, mereka mencatatkan lebih dari 5000 kes Covid-19 yang baru. Jumlah semasa di negara mereka 47,021 kes.


Apa yang membimbangkan disini adalah...
Corak kesedaran rakyat Itali akan bahaya virus Corona ini hampir sama seperti corak kesedaran rakyat di Malaysia

Punca peningkatan kematian secara mendadak di Itali adalah disebabkan sikap kerajaan dan rakyatnya yang kurang peka akan bahaya virus Corona ini... Begitu juga Malaysia.... Dan dalam tidak sedar....... Malaysia sedang mengikuti sikap kerajaan dan rakyat di Itali

Itali telah melalui 6 fasa penyebaran virus corona dan Malaysia sekarang berada pada fasa ketiga yang telah dilalui oleh Itali

Baca sampai habis sebab anda akan faham apakah kesilapan yang telah dilakukan oleh rakyat Itali dan rakyat Malaysia sedang melakukan kesilapan yang sama! 
Itali adalah contoh terdekat yang kita boleh ambil sebagai panduan untuk persediaan menghadapi Covid-19. Apa yang mereka telah lalu, sedang kita lalu dan bakal kita lalui. 
Dari segi progress, kita hanya 2 minggu di belakang mereka

Seikhlas hati saya nak cakap, masih ramai rakyat Malaysia yang ambil mudah, tak kisah, tak takut dengan gejala Covid-19 ini malah seperti tidak ada apa apa yang berlaku jika tidak ada kerahan kawalan pergerakan dilakukan

Jika dilihat pada senario di Malaysia akan bahaya penyebaran virus Corona ini, pada hari pertama Kawalan Pergerakan yang diarahkan oleh kerajaan, masih ada kedai makan yang buka dan orang makan di dalamnya secara berkumpulan seolah olah tidak ada apa apa yang berlaku. 
Di KL kebanyakkan taman taman dah di tutup oleh pihak DBKL.  Tapi, uncle uncle dan auntie auntie di KL berpusu pusu ke Bukit Kiara untuk ‘bersenam’ dan aerobic di sana. 
Di banyak tempat, banyak geng muda yang melepak yang ‘berbasikal’ untuk pusing pusing. Exercise katanya. 
Sewaktu kerajaan mengumumkan 'cuti 14 hari' untuk mengekang penyebaran virus ini, ramai orang muda dari Kuala Lumpur yang merupakan bandar yang mencatatkan bilangan pesakit tertinggi di Malaysia telah sampai di kampung halaman masing masing. Mereka menggunakan kesempatan cuti sekolah dan cuti tempat kerja untuk ‘bercuti’ di kampung dengan ibu bapa tersayang. 
Walaupun hakikatnya, kerajaan sudah memerintahkan Kawalan Pergerakan. Saya rasa RAKYAT MALAYSIA TAK SEDAR DAN TAK FAHAM apa yang sedang berlaku atau PURA PURA TAK FAHAM PURA PURA TAK SEDAR.
Kita hanya akan sedar betapa serius masalah ini bila kita baca artikel ini atau bila kita melalui sendiri... Atau...... Sehingga ada ahli keluarga yang meninggal akibat virus Corona ini!!

Di Italy, seorang rakyat Italy telah berkongsi situasi yang dilalui oleh mereka yang menghadapiCovid-19. Jaso Yonowitz telah menulis 6 Fasa Covid-19 Yang Dilalui Rakyat Italy. 
Saya tulis balik 6 Fasa yang dilalui oleh mereka dan sesuaikan dengan situasi di Malaysia yang sedang kita lalui. 
Fasa 1 penyebaran virus corona
1. Ramai orang mula tahu dan dengar mengenai penyakit berjangkit Covid-19 di Wuhan China. Tapi sebab ia berlaku di luar negara, ramai tak ambil port sebab merasakan ia tidak penting.
2. Tiba tiba, ‘kes pertama Covid-19’ sampai ke negara. Ini adalah permulaan kepada sebuah penderitaan yang berpanjangan. 
3. Di Malaysia kes pertama dikesan pada 25 Januari 2020. 
4. Pada waktu ini, pihak berkuasa mengatakan keadaan masih terkawal dan rakyat diminta untuk tidak panik.
5. Di luar negara, terutama di China, jumlah peningkatan tersangat banyak dan mengejutkan. Ia seperti tidak dapat dikawal

6. Tapi di negara kita, bilangan kes semakin bertambah. Kebanyakkan kes datang dari luar negara iaitu China

7. Atas sebab ekonomi, pihak kerajaan pada waktu itu masih tidak mahu menutup pelancong yang datang dari China. 
8. Ia situasi yang sama dihadapi oleh Italy pada peringkat awal. Kita dah lalui fasa ini

Fasa 2 Penyebaran Virus Corona
1. Jumlah pesakit semakin meningkat. Makin ramai pelancong yang datang ke negara telah pun mendapat jangkitan Covid-19 dari negara asal. Cuma kesan dirasai ketika melancong. 
2. Ada juga rakyat Malaysia yang ke luar negara dan terkena jangkitan di luar negara membawa balik virus itu ke Malaysia tanpa sedar. 
3. Pada stage ini, ada Menteri yang bijak mengatakan "Covid-19 tidak memberi kesan ekonomi terhadap Malaysia" 
4. Disebabkan Covid-19 penyakit berjangkit, pihak kerajaan mula menjejaki mereka yang pernah ada ‘contact’ atau bersentuhan dengan pesakit yang sudah disahkan menghidap Covid-19. Mereka yang ada ‘contact’ diminta untuk membuat pemeriksaan

5. Dalam masa yang sangat cepat, penyakit mula berjangkit kepada rakyat tempatan. 
6. Waktu ini, pihak berkuasa mula mengarahkan Self Quarantine terhadap mereka yang close contact dengan pesakit. 
7. Syarikat yang staf mereka didapati positif mula ‘menutup’ bangunan dan meminta staf bekerja dari rumah untuk kerja kerja pembersihan

8. Makin ramai pelancong dari China yang datang ke negara disahkan positif. Kerajaan terpaksa buat keputusan untuk ‘tidak menerima kapal terbang dari Wuhan dan bandar yang terjejas teruk dengan Covid-19 dari China.” Atas dasar ekonomi, pelancong dari tempat lain di China masih boleh datang ke Malaysia. 
9. Waktu ini, peringatan demi peringatan diberikan kepada rakyat Malaysia. 
10. Tapi, hidup berjalan seperti biasa. Meeting berjalan seperti biasa. Kedai semua di buka seperti biasa. Kerja seperti biasa

11. Namun, bilangan pesakit semakin bertambah. 
12. Fasa ini lebih kurang sama yang dilakukan oleh kerajaan Itali dan kerajaan Malaysia
Fasa ini juga telah kita lalui. 
Fasa 3 Penyebaran Virus Corona
1. Tiba tiba jumlah peningkatan pesakit meningkat mendadak. Kes sudah berjangkit dikalangan penduduk tempatan

2. Hospital semakin dipenuhi dengan pesakit dan juga mereka yang dikuarantin. Pemeriksaan Covid-19 terpaksa di lakukan ke atas ribuan suspek.
3. Pihak pegawai kesihatan mula keletihan kerana terpaksa bekerja lebih masa dan merawat pesakit dengan pakaian keselamatan yang kurang selesa. 
4. Negara mula mencatatkan kematian atas kes terdahulu.
5. Di Italy, Covid 19 hanya serius di 1/4 dari keseluruhan bandar bandar utama sahaja. Untuk itu, pada peringkat awal kerajaan menyisytiharkan penutupan sekolah, komuniti dan tempat kerja di 4 bandar utama ini. 
6. Waktu ini, restoran, kerja kerja penting masih dibuka seperti biasa. 
7. Sewaktu pengisytiharan KAWALAN PERGERAKAN di bandar bandar ini, hampir 10,000 rakyat Italy di Kawasan yang dijangkiti penyakit ini telah ‘pulang’ ke kampung halaman untuk bertemu dengan keluarga mereka di bandar bandar yang kurang dijangkiti penyakit.
8. Ini kesilapan besar yang dilakukan oleh rakyat Itali. Mereka telah keluar dari tempat wabak dan menjadi punca untuk tersebar penyakit di tempat lain

9. Arahan pihak kerajaan untuk kekal di rumah masing masing diabaikan. Sebaliknya mereka ‘balik’ kampung dan ‘lari’ dari tempat wabak

10. Ketika ini, di media social, di televisyen, di whatsapp, ramai orang berkongsi mengenai Covid-19 ini. Semua orang baca, tapi tak ramai yang ambil serius. 
11. Situasi di Italy, sama seperti yang berlaku di Malaysia. Kerajaan melalui MKN memutuskan untuk Kawalan Pergerakan bermula 18 March – 31 March 2020. Tempoh kawalan selama 14 hari. Matlamat kerajaan adalah untuk memastikan orang ramai kekal di dalam rumah dan mengurangkan aktitivi berkumpul dan berjumpa dengan orang lain. Semua masjd dan surau serta rumah ibadah ditutup sepanjang tempoh ini. 
12. Namun, apa yang berlaku????
Kita mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh Itali. Kesilapan terbesar mereka kita lakukan.
13. Hari pertama pengumuman cuti dibuat, ramai penduduk di Kuala Lumpur pulang ke kampung halaman masing masing untuk ‘bercuti’ dengan keluarga di kampung. Di lebuh raya menuju ke Kelantan di Gombak, plaza tol sesak teruk. Di TBS para pelajar berpusu pusu balik ke kampung setelah mendapat arahan dari pihak atasan untuk mengosongkan asrama. Di KL Sentral keretapi ke semua arah penuh. Di lebuh raya utara selatan jammm. Belum dikira di balai polis penuh disebabkan rakyat nak mohon untuk travel keluar daerah

14. Tanpa kita sedar, mereka yang tinggal di Kuala Lumpur yang mempunyai rekod pesakit yang tinggi di sana telah balik ke kampung halaman masing masing di seluruh negara. 
15. Bayangkan, betapa tinggi risiko sedang dihadapi oleh ibu bapa dan sedara mara di kampung yang masih sihat

16. Malaysia sekarang berada di fasa ini. Lebih kurang 2 minggu lepas, Itali berada di fasa ini. 
Fasa 4 Penyebaran Virus Corona
1. Di Itali, pada fasa ini. Peningkatan kes baru meningkat ribuan kes setiap hari. Keadaan semakin tidak terkawal. 
2. Semua sekolah dan university di seluruh Itali diperintah tutup. 
3. Di hospital, bilangan doctor dan nurse tidak mencukupi. Mereka terpaksa memanggil doctor doctor yang telah pencen untuk membantu. Tidak kurang, mereka memanggil pelajar jurusan perubatan dan nursing di tahun akhir untuk membantu di lapangan. 
4. Mereka bekerja tanpa mengira shift. Ada yang bekerja lebih dari 24 jam kerana kekurangan kaki tangan dan bilangan pesakit yang bertambah. 
5. Ada diantara mereka yang memakai pampers di dalam pakaian mereka. Mereka tiada masa untuk ke tandas sebab setiap kali dibuka pakaian keselamatan itu, merekta terdedah dengan virus ke badan mereka. 
6. Itali sudah sampai ke fasa ini. 
Fasa 5 Penyebaran Virus Corona
1. Ingat 10,000 rakyat Itali yang ‘melarikan’ diri ke kampung halaman masing masing untuk bercuti dengan keluarga. Nak jumpa ibu bapa mereka

2. Kesan mula terasa. Seperti ada satu gelombang yang besar. Selepas 10 hari mereka sampai di kampung halaman, virus Covid 19 tersebar secara meluas di seluruh Italy. Ibu bapa mereka mula dijangkiti virus ini. Contact contact yang mereka buat di kampung juga turut terlibat. Rakan rakan yang mereka jumpa di kampung mula sakit

3. Kes meningkat lagi sekali secara mendadak. 
4. Sudah ada doctor dan nurse yang terjangkit dengan virus ini

5. Hospital sudah penuh. Mereka terpaksa merawat pesakit di Gudang, di stor, di khemah. 
6. Bilangan pesakit yang kronik terutama dari kalangan warga emas mula mengalami masalah pneumonia. Mereka perlukan bantuan pernafasan. Tapi bilangan tangki oksigen tidak mencukupi. Doktor terpaksa memilih, siapa yang perlu diselamatkan dan siapa yang akan mati. Keutamaan diberi kepada mereka yang mempunyai peluang rawatan yang tinggi untuk baik. Mereka yang sakit teruk, terpaksa dibiarkan mati

7. Para doctor dan nurse yang keletihan mula buat video memohon rakyat untuk betul betul lockdown di rumah

8. Di Malaysia, jikalau yang balik kampung, mula menjadi penyebar Covid-19, kesan akan mula dirasai pada 1 April nanti. 
9. Pada fasa ini, masalah di Itali masih belum selesai

Fasa 6 Penyebaran Virus Corona
1. Peningkatan kes baru di seluruh negara meningkat mendadak. 3 hari terakhir, jumlah kes baru melebihi 3000 kes setiap hari

2. Akhirnya,  12 March lepas, 6 hari lalu kerajaan Italy mengarahkan TOTAL LOCKDOWN DI SELURUH NEGARA. 
3. Mana mana individu yang keluar rumah perlu ada Certificate untuk keluar dengan tujuan yang strict. 
4. Siapa yang didapati salah, keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh di denda 206 EURO. 
5. Hanya dibenarkan keluar untuk beli makanan atau ke ke hospital sahaja. 
6. Selepas perintah berkurung ni dimulakan 6 hari yang lalu, kini baru Total Isolation Berjaya dilakukan di seluruh Italy. Mereka yang sakit tidak akan menyebarkan penyakit ke luar. Tapi, kesan penurunan hanya akan dapat di lihat selepa 14 hari. 
7. Sebab itu, sekarang new cas setiap hari adalah 3000. Ia kesan daripada SIKAP RAKYAT ITALI terdahulu yang tak serious mengikuti peraturan yang kerajaan sediakan. 
8. Jika di lihat di China, new case setiap hari dah turun secara mendadak. Ini disebabkan kerajaan China sudah mengeluarkan perintah LOCKDOWN secara tegas 
Belajarlah dari kesilapan rakyat Itali.
Buat rakyat Malaysia yang sudah pun pulang ke kampung halaman, jangan seronok sangat
Jangan ingat anda bebas dari Covid-19. 
Semoga kita bukan penyebab kematian ibu bapa kita sebagai penyebar Covid-19 kepada mereka. 
Satu jer saya nak pesan, "Elak terkena jangkita Corona Virus ni sekarang. Sebab kalau kita kena sekarang, lagi 14 hari baru nak rasa kesannya. Waktu tu, Hospital dah penuh. Tak ada tempat dah untuk kita. So, berhati hatilah...."

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kongsikanaje.blogspot.com/2020/03/covid-19-kematian-di-malaysia-dijangka-meningkat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Perkongsian Young Lebih Kurang Seperti Di Malaysia

Covid 19 Perkongsian Young Lebih Kurang Seperti Di Malaysia

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 281 hits
Covid 19 Perkongsian Young Lebih Kurang Seperti Di Malaysia Anda kenal dengan Ashley Young Sudah pasti peminat pasukan Manchester United cukup kenal dengan pemain ini Covid 19 Perkongsian Young Lebih Kurang Seperti Di Malaysia Ashley Young ...
Covid 19 Ini Rayuan Warga Malaysia Di Itali Kepada Seluruh Rakyat Malaysia

Covid 19 Ini Rayuan Warga Malaysia Di Itali Kepada Seluruh Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 265 hits
Seorang warga Malaysia yang kini tengah terperangkap di Itali merayu kepada seluruh rakyat Malaysia dan menceritakan punca mengejutkan Itali jadi teruk dengan wabak Covid 19 Tak sangka Baca selanjutnya Covid 19 Ini Rayuan Warga Malaysia Di ...
Perlukah Malaysia Buat Lockdown Draconian Di Malaysia Seperti China Untuk Atasi Covid 19

Perlukah Malaysia Buat Lockdown Draconian Di Malaysia Seperti China Untuk Atasi Covid 19

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 509 hits
Ini sumber yang aku ambil dari artikel Kematian di Italy dah mencecah 4000 orang Jumlah kes dah nak hampir cecah 50 000 orang Ada penambahan 5 986 kes hari ini di Italy Aku tak dapat tidur memikirkan apa impaknya kalau kesannya yang sebegin...
Angka Kematian Covid19 Di Itali Mengatasi China Janganlah Kita Menjadi Seperti Rakyat Italy Engkar Arahan Kerajaan

Angka Kematian Covid19 Di Itali Mengatasi China Janganlah Kita Menjadi Seperti Rakyat Italy Engkar Arahan Kerajaan

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 331 hits
Negara negara terkaya di dunia mencurahkan bantuan yang belum pernah disaksikan sebelum ini bagi membantu ekonomi global yang terus merudum manakala kes koronavirus terus melonjak di Eropah dengan Itali kini mencatakan jumlah kematian yang ...
Covid 19 Rayuan Kepada Rakyat Malaysia Jangan Ulangi Kesilapan Rakyat Itali

Covid 19 Rayuan Kepada Rakyat Malaysia Jangan Ulangi Kesilapan Rakyat Itali

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 381 hits
Rakyat Itali sudah melalui 6 Fasa wabak Covid 19 Wabak Covid 19 di Malaysia kini berada pada Fasa 3 Hadamkan betul betul apa yang rakyat Itali telah lalui dan apa yang bakal rakyat Malaysia lalui jika situasi tidak berubah Itali adalah cont...
Jp Morgan Malaysia S Covid 19 Strategy Far Exceeds Asean Some European Peers

Jp Morgan Malaysia S Covid 19 Strategy Far Exceeds Asean Some European Peers

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 217 hits
The government s actions are proving effective in curbing the spread and intensity of the Covid 19 pandemic US investment bank JP Morgan says With low mortality rates Malaysia s aggressive testing strategy test per million capita far exceed...
Covid 19 Solat Hajat Serentak Satu Malaysia

Covid 19 Solat Hajat Serentak Satu Malaysia

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 421 hits
Solat Hajat Serentak Satu Malaysia Jom rakyat Malaysia yang beragama Islam 6 total views 6 views today
Kenapa Angka Kematian Wabak Covid 19 Di Itali Paling Banyak Ketika Ini

Kenapa Angka Kematian Wabak Covid 19 Di Itali Paling Banyak Ketika Ini

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 383 hits
5 476 jumlah kematian di Itali setakat 8 jam yang lepas Tak ada tanda surut kes baru COVID 19 semakin meningkat tak bagi belas kasihan Itali sedang dalam peperangan getir Mereka sedang keletihan In case kita lupa siapa Itali mari aku i
Krisis Covid 19 Skim Bantuan Insentif Kerajaan Persekutuan Kepada Rakyat Malaysia

Krisis Covid 19 Skim Bantuan Insentif Kerajaan Persekutuan Kepada Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 480 hits
UMNO ONLINE PENULARAN pandemik COVID 19 yang mencatatkan angka kes semakin meningkat hingga kerajaan terpaksa mengambil tindakan drastik menguatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengawal ia terus merebak dan memutuskan rangkaian virus ...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik

Layan Madu Sesekali