Covid 19 Rayuan Kepada Rakyat Malaysia Jangan Ulangi Kesilapan Rakyat Itali



Rakyat Itali sudah melalui 6 Fasa wabak Covid-19.

Wabak Covid-19 di Malaysia kini berada pada Fasa 3.

Hadamkan betul-betul apa yang rakyat Itali telah lalui dan apa yang bakal rakyat Malaysia lalui jika situasi tidak berubah.

Itali adalah contoh terdekat yang kita boleh ambil sebagai panduan untuk persediaan menghadapi Covid-19.

Apa yang mereka telah lalu, sama dengan apa yang sedang kita lalu sekarang dan bakal akan kita lalui.

Hingga kini Itali masih belum berjaya mengawal virus ini sepenuhnya.

Dalam tempoh 24 jam, mereka mencatatkan 3,500 kes Covid-19 yang baru.

Jumlah semasa di negara mereka 24,747 kes.

Dari segi progres, kita hanya 2 minggu di belakang mereka.


Apa yang sangat membimbangkan, masih ramai rakyat Malaysia yang ambil mudah, tak kisah, dan tak takut dengan gejala Covid-19 ini.

Perintah Kawalan Pergerakan sudah dikeluarkan oleh kerajaan tetapi masih ada kedai makan yang di buka dan orang ramai makan di dalamnya secara berkumpulan.

Di Kuala Lumpur, kebanyakkan taman-taman sudah ditutup oleh pihak DBKL.

Tetapi malangnya masih ada 'uncle-uncle' dan 'auntie-auntie' di Kuala Lumpur berpusu-pusu ke Bukit Kiara untuk bersenam dan aerobik di sana...🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♂️

Terdapat juga ramai geng orang muda hari ini yang berbasikal untuk pusing-pusing.

'Exercise' katanya...🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♂️

Hari ini juga, ramai orang muda dari Kuala Lumpur yang merupakan bandar yang mencatatkan bilangan pesakit tertinggi di Malaysia telah sampai di kampung halaman masing-masing.


Mereka menggunakan kesempatan cuti sekolah dan cuti tempat kerja untuk 'bercuti' di kampung dengan ibubapa tersayang.

Walaupun hakikatnya, kerajaan sudah mengeluarkan arahan Kawalan Pergerakan.

Ramai RAKYAT MALAYSIA TAK SEDAR DAN TAK FAHAM apa yang sedang dan telah mereka lakukan.

Apa yang telah rakyat Malaysia lakukan adalah sama seperti apa yang telah rakyat Itali lakukan.

Di Itali, seorang rakyat Italo telah berkongsi situasi yang dilalui mereka sewaktu menghadapi Covid-19.

Jaso Yonowitz telah menulis 6 Fasa Covid-19 yang dilalui rakyat Itali.

Penulisan beliau di Twitter mendapat jumlah re-tweet yang sangat tinggi.

Kita renungkan semula 6 Fasa yang dilalui oleh mereka dan sesuaikan dengan situasi di Malaysia yang sedang kita hadapi kini.

Fasa 1


》Ramai orang mula tahu dan dengar mengenai penyakit berjangkit Covid-19 di Wuhan China.

Tapi sebab ia berlaku di luar negara maka ramai tidak ambil peduli sebab merasakan ia tidak penting.

》Tiba-tiba, kes pertama Covid-19 sampai ke negara.

Ini adalah permulaan kepada sebuah penderitaan yang bakal berpanjangan.

》Di Malaysia kes pertama dikesan pada 25 Januari 2020.

Semasa kerajaan Pakatan Harapan memerintah.

》Pada waktu itu, pihak berkuasa mengatakan keadaan masih terkawal dan rakyat diminta untuk tidak panik.

》Di luar negara, terutama di China, jumlah peningkatan tersangat banyak dan mengejutkan.

Ia seperti tidak dapat dikawal.

》Tapi di negara kita, bilangan kes semakin bertambah.

Kebanyakkan kes datang dari luar negara iaitu China.

》Atas sebab ekonomi, pihak kerajaan Pakatan Harapan pada waktu itu masih tidak mahu menutup pelancong yang datang dari China.

》Ia situasi yang sama dihadapi oleh Itali pada peringkat awal.

Kita sudah lalui fasa ini.

Fasa 2


》Jumlah pesakit semakin meningkat.

Makin ramai pelancong dari China yang datang ke negara telah pun mendapat jangkitan Covid-19 dari negara asal.

Cuma kesan dirasai ketika melancong.

》Ada juga rakyat Malaysia yang ke luar negara dan terkena jangkitan di luar negara membawa balik virus itu ke Malaysia tanpa mereka sedari.


》Pada peringkat ini, ada menteri yang kononnya bijak mengatakan "Covid-19 tidak memberi kesan ekonomi terhadap Malaysia!!!".

》Di sebabkan Covid-19 penyakit berjangkit, pihak kerajaan mula menjejaki mereka yang pernah ada 'contact' dengan pesakit yang sudah disahkan.

Mereka yang ada 'contact' diminta untuk membuat pemeriksaan.

》Dalam masa yang sangat cepat, penyakit mula berjangkit kepada rakyat tempatan.

》Waktu ini, pihak berkuasa mula mengarahkan 'Self Quarantine' terhadap mereka yang rapat dengan pesakit.

》Syarikat yang staff mereka didapati positif mula menutup bangunan dan meminta staff bekerja dari rumah untuk kerja-kerja pembersihan.

》Makin ramai pelancong dari China yang datang ke negara disahkan positif.

Kerajaan terpaksa buat keputusan untuk tidak menerima kapal terbang dari Wuhan dan bandar yang terjejas teruk dengan Covid-19 dari China.

Atas alasan ekonomi, pelancong dari tempat lain di China masih boleh datang ke Malaysia!!!.

》Waktu ini, peringatan demi peringatan diberikan kepada rakyat Malaysia.

》Tapi, hidup berjalan seperti biasa.

Meeting berjalan seperti biasa.

Kedai semua dibuka seperti biasa.

Kerja seperti biasa.

》Namun, bilangan pesakit semakin bertambah.

》Fasa ini lebih kurang sama yang dilakukan oleh kerajaan Itali dan kerajaan Malaysia.

Fasa ini juga telah kita lalui.

Fasa 3


》Tiba-tiba jumlah peningkatan pesakit meningkat mendadak.

Kes sudah berjangkit di kalangan penduduk tempatan.

Malaysia sekarang berada di Fasa Ketiga ini.

》Hospital semakin dipenuhi dengan pesakit dan juga mereka yang dikuarantin.

Pemeriksaan Covid-19 terpaksa dilakukan ke atas ribuan suspek.

》Pihak pegawai kesihatan mula keletihan kerana terpaksa bekerja lebih masa dan merawat pesakit dengan pakaian keselamatan yang kurang selesa.

》Negara mula mencatatkan kematian atas kes terdahulu.

》Di Itali, Covid-19 hanya serius di 1/4 dari keseluruhan bandar-bandar utama sahaja.

Untuk itu, pada peringkat awal kerajaan mengisytiharkan penutupan sekolah, komuniti dan tempat kerja di 4 bandar utama ini.

》Waktu ini, restoran, kerja-kerja penting masih dibuka seperti biasa.

》Sewaktu pengisytiharan KAWALAN PERGERAKAN di bandar-bandar ini, hampir 10,000 rakyat Itali di kawasan yang dijangkiti penyakit ini telah pulang ke kampung halaman untuk bertemu dengan keluarga mereka di bandar-bandar yang kurang dijangkiti penyakit.

》Ini kesilapan besar yang dilakukan oleh rakyat Itali.

Mereka telah keluar dari tempat wabak dan menjadi punca untuk tersebar penyakit di tempat lain.

》Arahan pihak kerajaan untuk kekal di rumah masing-masing diabaikan.

Sebaliknya mereka balik kampung dan lari dari tempat wabak.

》Ketika ini, di media sosial, di televisyen, di WhatsApp, ramai orang berkongsi mengenai Covid-19 ini.

Semua orang baca, tapi tidak ramai yang ambil serius.

》Situasi di Itali, sama seperti yang berlaku di Malaysia.


Kerajaan melalui MKN memutuskan untuk Kawalan Pergerakan bermula 18 March – 31 March 2020.

Tempoh kawalan selama 14 hari.

Matlamat kerajaan adalah untuk memastikan orang ramai kekal di dalam rumah dan mengurangkan aktitivi berkumpul dan berjumpa dengan orang lain.

Semua masjd dan surau serta rumah ibadah ditutup sepanjang tempoh ini.

》Namun, apa yang berlaku amat menyakitkan.

Kita mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh Itali.

Kesilapan terbesar mereka kita lakukan.


》Ramai penduduk di Kuala Lumpur pulang ke kampung halaman masing-masing untuk bercuti dengan keluarga di kampung.

Kita boleh tengok, di lebuh raya menuju ke Kelantan di Gombak, Plaza Tol sesak teruk.

Di TBS para pelajar berpusu-pusu balik ke kampung setelah mendapat arahan dari pihak atasan untuk mengosongkan asrama.

Di KL Sentral keretapi ke semua arah penuh.

Di lebuh raya utara selatan sesak teruk.

Belum dikira di Balai Polis penuh disebabkan rakyat mahu mohon untuk perjalanankeluar daerah.

》Tanpa kita sedar, mereka yang tinggal di Kuala Lumpur, yang mempunyai rekod pesakit yang tinggi di sana telah balik ke kampung halaman masing-masing di seluruh negara.

》Bayangkan, betapa tinggi risiko sedang dihadapi oleh ibubapa dan sedara mara di kampung yang masih sihat.

》Malaysia sekarang berada di fasa ini.

Lebih kurang 2 minggu lepas, Itali berada di fasa ini.

Fasa 4


》Di Itali, pada fasa ini, peningkatan kes baru meningkat ribuan kes setiap hari.

Keadaan semakin tidak terkawal.

》Semua sekolah dan universiti di seluruh Itali diperintah tutup.

》Di hospital, bilangan doktor dan jururawat tidak mencukupi.

Mereka terpaksa memanggil doktor-doktor yang telah pencen untuk membantu.

Tidak kurang, mereka memanggil pelajar jurusan perubatan dan kejururawatan di tahun akhir untuk membantu di lapangan.

》Mereka bekerja tanpa mengira shift.

Ada yang bekerja lebih dari 24 jam kerana kekurangan kaki tangan dan bilangan pesakit yang bertambah.

》Ada diantara mereka yang memakai pampers di dalam pakaian mereka.

Mereka tiada masa untuk ke tandas sebab setiap kali dibuka pakaian keselamatan itu, merekta terdedah dengan virus ke badan mereka.

Itali sudah sampai ke fasa ini.

Fasa 5


》Ingat 10,000 rakyat Itali yang melarikan diri ke kampung halaman masing-masing untuk bercuti dengan keluarga kerana hendak jumpa ibubapa mereka.

》Kesan mula terasa.

Seperti ada satu gelombang yang besar.

Selepas 10 hari mereka sampai di kampung halaman, virus Covid-19 tersebar secara meluas di seluruh Itali.

Ibu bapa mereka mula dijangkiti virus ini.

'Contact-contact' yang mereka buat di kampung juga turut terlibat.

Rakan-rakan yang mereka jumpa di kampung mula sakit.

》Kes meningkat lagi sekali secara mendadak.

》Sudah ada doktor dan jururawat yang terjangkit dengan virus ini.

》Hospital sudah penuh.

Mereka terpaksa merawat pesakit di Gudang, di store dan di khemah.

》Bilangan pesakit yang kronik terutama dari kalangan warga emas mula mengalami masalah pneumonia.

Mereka perlukan bantuan pernafasan.

Tapi bilangan tangki oksigen tidak mencukupi.

Doktor terpaksa memilih, siapa yang perlu diselamatkan dan siapa yang akan mati.

Keutamaan diberi kepada mereka yang mempunyai peluang rawatan yang tinggi untuk baik.

Mereka yang sakit teruk, terpaksa dibiarkan mati.

》Para doktor dan jururawat yang keletihan mula buat video memohon rakyat untuk betul-betul 'lockdown' di rumah.

》Di Malaysia, jikalau yang balik kampung akan mula menjadi penyebar Covid-19 dan kesannya akan mula dirasai pada 1 April nanti.

》Pada fasa ini, masalah di Itali masih belum selesai.

Fasa 6


》Peningkatan kes baru di seluruh negara meningkat mendadak.

3 hari terakhir, jumlah kes baru melebihi 3,000 kes setiap hari.

》Akhirnya, pada 12 March lepas, 6 hari lalu kerajaan Itali mengarahkan TOTAL 'LOCKDOWN' DI SELURUH NEGARA.

》Mana mana individu yang keluar rumah perlu ada surat kebenaran untuk keluar dengan tujuan yang jelas.

》Siapa yang didapati salah, keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh di denda 200 EURO.

》Hanya dibenarkan keluar untuk beli makanan atau rawatan ke hospital sahaja.

》Selepas perintah berkurang ini dimulakan 6 hari yang lalu, kini baru 'Total Isolation' berjaya dilakukan di seluruh Itali.

Mereka yang sakit tidak akan menyebarkan penyakit ke luar.

Tapi, kesan penurunan hanya akan dapat di lihat selepas 14 hari.

》Sebab itu, sekarang kes baru setiap hari adalah 3,000.

Ia kesan daripada SIKAP RAKYAT ITALI terdahulu yang tidak serius mengikuti peraturan yang kerajaan tetapkan.

》Jika melihat di China, kes baru setiap hari sudah mulai menurun secara mendadak.

Ini disebabkan kerajaan China sudah mengeluarkan perintah 'LOCKDOWN' secara tegas.

Belajarlah dari kesilapan rakyat Itali.

Buat rakyat Malaysia yang sudah pun pulang ke kampung halaman, jangan seronok sangat.

Jangan ingat anda bebas dari Covid-19.


Semoga kita bukan penyebab kematian ibu bapa kita sebagai penyebar Covid-19 kepada mereka.

Jika sudah balik ke kampung, elakkan daripada bertemu dengan rakan-rakan, jiran-jiran.

'Lock down' di rumah masing-masing.

Jaga anak-anak, elakkan anak-anak dari berjalan merata-rata.


Kluster Perhimpunan Ijtimak Tabligh di Masjid Seri Petaling yang menjadi penyumbang terbesar jangkitan Covid-19 belum dapat dikesan sepenuhnya akibat kedegilan segelintir dari mereka.

Kini akan muncul pula satu lagi kluster yang akan menjadi penyumbang yang lebih besar dari jemaah tabligh tersebut.

Berdoalah, solat hajat, solat taubat, minta Allah SWT mudahkan urusan kita.

Elakkan dari terkena jangkitan Covid-19 ini dari sekarang.

Sebab kalau kita sudah terkena sekarang, lagi 14 hari baru kita akan rasa kesannya.

Waktu itu, hospital mungkin sudah penuh sesak dan tidak ada tempat lagi untuk kita.

Jadi, berhati-hatilah...



Kredit :

Firqah Najiyah

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malayjaya.blogspot.com/2020/03/covid-19-rayuan-kepada-rakyat-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid19 Jangan Ulangi Kesilapan Kesilapan Rakyat Italy Patuhi Arahan Mkn

Covid19 Jangan Ulangi Kesilapan Kesilapan Rakyat Italy Patuhi Arahan Mkn

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 376 hits
Di Italy dan banyak negara negara lain pada asalnya pihak kerajaan juga mengenakan KAWALAN PERGERAKAN seperti yang diumum PM kita pada malam tadi Malangnya pada peringkat awal ini ramai dikalangan mereka ambil mudah hal ini Kerajaan umum cu...
Covid 19 50 Orang Terkaya Di Malaysia Ini Diseru Bantu Frontliner Dan Rakyat Malaysia

Covid 19 50 Orang Terkaya Di Malaysia Ini Diseru Bantu Frontliner Dan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 709 hits
Kami ingin mencadangkan agar penama penama dibawah ini dapat membantu kerajaan dalam isu covid 19 ini dengan menderma terutama kepada golongan golongan miskin yang terkesan dek kerana virus ini serta hospital hospital yang amat memerlukan k...
Kami Pertaruhkan Nyawa Untuk Anda Rayuan Pejuang Perubatan Buat Rakyat Malaysia

Kami Pertaruhkan Nyawa Untuk Anda Rayuan Pejuang Perubatan Buat Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 319 hits
Meskipun nyawa sendiri menjadi taruhan barisan pengamal perubatan di negara ini terus mengerah kudrat memberikan rawatan terbaik kepada pesakit COVID 19 Bakti dicurahkan golongan profesional itu langsung tidak mengharapkan sekelumit balasan...
Rm100 Sehari Akan Diberikan Sekatan Semua Rakyat Itali Iran Korea Selatan Serta Dari Negara Tersebut Memasuki Malaysia

Rm100 Sehari Akan Diberikan Sekatan Semua Rakyat Itali Iran Korea Selatan Serta Dari Negara Tersebut Memasuki Malaysia

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 358 hits
Kabinet putuskan sekatan perjalanan sepenuhnya ke atas semua rakyat Itali Iran Korea Selatan serta warga asing lain yang datang dari negara tersebut daripada memasuki Malaysia atau transit di mana mana PMA berkuatkuasa 13 Mac Menteri Kesiha...
Rayuan Najibrazak Kepada Rakyat Malaysia Kitajagakita Covid19

Rayuan Najibrazak Kepada Rakyat Malaysia Kitajagakita Covid19

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 390 hits
Kepada tuan tuan tanah tuan rumah tuan kedai tuan ofis tuan shopping kompleks tuan pemilik teksi dan lain lain pihak yang mengutip sewa Saya faham bahawa tiada undang undang yang boleh digunakan oleh kerajaan untuk menghalang tuan tuan dari...
Terkini Seorang Lagi Rakyat Malaysia Maut Akibat Covid 19 Angka Kematian Keseluruhan 21 Orang

Terkini Seorang Lagi Rakyat Malaysia Maut Akibat Covid 19 Angka Kematian Keseluruhan 21 Orang

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 315 hits
Dukacita dimaklumkan sehingga kini terdapat satu lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID 19 yang telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre Kebangsaan Pelaporan terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kemati...
Rakyat Malaysia Tolong Beri Kerjasama Tangani Covid 19 Ambil Pengajaran Dari Itali

Rakyat Malaysia Tolong Beri Kerjasama Tangani Covid 19 Ambil Pengajaran Dari Itali

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 375 hits
Di Italy dan banyak negara negara lain pada asalnya pihak kerajaan juga mengenakan KAWALAN PERGERAKAN seperti yang diumum PM kita pada malam tadi Malangnya pada peringkat awal ini ramai dikalangan mereka ambil mudah hal ini Kerajaan umum cu...
Covid 19 Nasihat Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh Buat Rakyat Malaysia

Covid 19 Nasihat Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh Buat Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 475 hits
Covid 19 Nasihat Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh Buat Rakyat Malaysia GELOMBANG kedua penularan wabak Covid 19 menimbulkan keresahan ramai berikutan dua kes kematian dilaporkan di Malaysia setakat 19 Mac lalu Susulan itu kerajaan mengambil l...
Misi Bawa Pulang Rakyat Malaysia Tertangguh Itali Batal Pendaratan Pesawat

Misi Bawa Pulang Rakyat Malaysia Tertangguh Itali Batal Pendaratan Pesawat

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 238 hits
Putrajaya memutuskan membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di Itali dan Iran menaiki pesawat khas AirAsia PETALING JAYA Usaha membawa pulang 82 rakyat Malaysia yang terkandas di Itali Isnin ini tertangguh kata Timbalan Menteri Luar ...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Lunch By Adik Bongsu

Due Diligence Penting Banget Buat Generasi Milenial Dan Gen Z Yang Mau Jadi Smart Investor

Comel Mengadu Berpeluk Lama Peminat Teruja Lihat Keintiman Song Jihyo Lee Dongwook

Sesungguhnya Merokok Itu Haram

Tuuuuuuuu Diaaaaaa Aihhhhhh Derma Mulut Jahat Hati Hitam Pekat Iiiisssshhhh Iiiisssshhhhh Jihad Noh

Cina Dap Bantu Melayu Kelantan Yang Meremoat Di Penang