Covid 19 Sabah Wanita Langgar Kuarantin Cari Talian Internet Di Kebun Getah Cetus Kluster Di Ranau


Wanita gagal patuhi arahan kuarantin cetus 41 kes jangkitan di Ranau


Kota Kinabalu: Perbuatan seorang wanita yang sedang menjalani perintah kuarantin berinteraksi dengan penduduk kampung ketika mendapatkan liputan internet di sebuah kebun getah mencetuskan kluster baharu Covid-19 di Ranau, hari ini.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata kegagalan kes indeks mematuhi arahan kuarantin rentas negeri menyebabkan tercetusnya Kluster Paka Kawiyan membabitkan jangkitan dalam komuniti di daerah Ranau.

Katanya, kes indeks berumur 32 tahun itu dikesan positif COVID-19 hasil saringan rentas negeri pada hari ke-10 kuarantin, baru-baru ini.

“Sepanjang tempoh kuarantin, kes indeks berinteraksi dengan penduduk kampung di sebuah kawasan kebun getah ketika cuba mendapatkan akses liputan internet.

“Hasil beberapa siri saringan kontak rapat pada 29 Julai hingga semalam, terdapat pertambahan bilangan kes dalam kalangan kontak rapat dan kontak sosial kes indeks.

“Daripada 132 orang yang disaring, kluster ini merekodkan 41 kes positif COVID-19 termasuk 13 kes baharu pada hari ini,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Sementara itu, Masidi berkata satu lagi kluster berkaitan komuniti hari ini dilaporkan di Kinabatangan yang dikesan selepas seorang kerani wanita berumur 27 tahun di sebuah ladang kelapa sawit di Beluran disahkan positif COVID-19 melalui saringan tempat kerja pada 9 Ogos lalu.

Katanya, kes indeks Kluster Tangkuyan itu yang dirujuk ke Hospital Kinabatangan untuk rawatan lanjut didapati mempunyai sejarah menghadiri upacara pengebumian ahli keluarga di Kampung Tangkuyan, Kuamut.

“Siasatan kontak seterusnya mendapati seramai 128 kontak keluarga, sosial dan tanggungan didapati positif COVID-19. Sebanyak 129 kes positif termasuk 128 kes baharu direkod dalam kluster ini.

“Aktiviti siasatan, persampelan COVID-19 dan disinfeksi masih diteruskan di lapangan untuk menilai penyebaran jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada penduduk kampung berdekatan,” katanya.

Dalam pada itu, katanya satu lagi kluster iaitu Kluster Segama Batu Satu di Lahad Datu dikesan selepas seorang lelaki bukan warga negara berumur 40 tahun dikesan positif COVID-19 hasil saringan tempat kerja pada 12 Ogos lalu.

Katanya, punca jangkitan masih dalam siasatan, namun risiko jangkitan didapati tinggi berikutan keadaan rumah kongsi didiami kes indeks yang sesak selain aktiviti sosial dalam kalangan pekerja setiap petang.

“Semua kes positif COVID-19 dalam kluster ini dirujuk ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut dan pengasingan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC )Lahad Datu.

“Kes kontak rapat sudah diarahkan untuk menjalani kuarantin di pusat kuarantin PPR Sri Sapagaya, Lahad Datu. Daripada 39 kontak yang disaring, 18 individu dikesan positif termasuk 11 kes baharu hari ini, manakala 21 individu pula didapati negatif saringan pertama,” katanya.

Secara keseluruhan, Sabah hari ini mencatat 1,665 kes baharu COVID-19 dengan sembilan kematian iaitu masing-masing tiga di Kota Kinabalu dan Tawau, dua kes di Papar dan satu kes di Lahad Datu, manakala seramai 1,220 pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/covid-19-sabah-wanita-langgar-kuarantin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Gagal Patuhi Arahan Kuarantin Cetus 41 Kes Jangkitan Di Ranau

Wanita Gagal Patuhi Arahan Kuarantin Cetus 41 Kes Jangkitan Di Ranau

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 241 hits
Seorang wanita mencetuskan Kluster Paka Kawiyan di Ranau selepas gagal mematuhi arahan kuarantin KOTA KINABALU Kegagalan seorang wanita berusia 32 tahun mematuhi arahan kuarantin mencetus Kluster Paka Kawiyan di Ranau yang baharu direkodkan...
Wanita Ini Kongsi Cara Dilakukannya Ketika Positif Covid Kuarantin Di Rumah Kembali Sihat

Wanita Ini Kongsi Cara Dilakukannya Ketika Positif Covid Kuarantin Di Rumah Kembali Sihat

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 290 hits
Kini tak kira sesiapa pun berisiko untuk positif Covid 19 Kadang kadang kita tak tahu pun siapa pembawa Bila diri rasa tak sihat jangan bertangguh untuk dapatkan rawatan kerana ia boleh jadi lebih teruk Bagaimanapun perkongsian dari Aini Sh...
Budak 7 Tahun Positif Covid 19 Hadir Kenduri Cetus Kluster

Budak 7 Tahun Positif Covid 19 Hadir Kenduri Cetus Kluster

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 208 hits
Budak positif Covid 19 hadir kenduri cetus kluster di Kelantan PUTRAJAYA Hasil saringan individu bergejala ke atas seorang kanak kanak lelaki berusia tujuh tahun yang disahkan positif Covid 19 hari ini mencetuskan satu lagi kluster baharu m...
Kes Kanak Kanak Dijangkitan Covid 19 Makin Parah Bayi Usia 1 Tahun Cetus Kluster Baru

Kes Kanak Kanak Dijangkitan Covid 19 Makin Parah Bayi Usia 1 Tahun Cetus Kluster Baru

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 291 hits
Kes indeks membabitkan kanak kanak kini dilihat semakin membimbangkan dan yang terbaharu seorang bayi perempuan berusia setahun menjadi punca tercetusnya Kluster Kampung Morak Palekbang di Tumpat Kelantan Menurut laporan dari Harian Metro K...
2 103 Kes Baharu Covid 19 Di Sabah 1 Kluster Tempat Kerja Di Lahad Datu

2 103 Kes Baharu Covid 19 Di Sabah 1 Kluster Tempat Kerja Di Lahad Datu

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 220 hits
Sabah terus merekodkan jumlah kes baharu tinggi dengan jumlah 2 103 kes baharu hari ini Covid 19 Sabah memecahkan rekod harian dengan 2 103 kes baru KK masih menjadi hotspot terbesar KOTA KINABALU Kes Covid 19 terus meningkat di Sabah denga...
Juruwang Bank Hadir Majlis Pengebumian Cetus Kluster Baharu Di Sabah

Juruwang Bank Hadir Majlis Pengebumian Cetus Kluster Baharu Di Sabah

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 230 hits
Jurucakap perkembangan harian Covid 19 Sabah Datuk Masidi Manjun KOTA KINABALU Juruwang bank dijangkiti Covid 19 hadir ke majlis pengebumian mencetuskan kluster baharu iaitu Kluster Tampasuk yang dilaporkan di Sabah hari ini Jurucakap perke...
Masa Kuarantin Covid Apa Perlu Anda Makan

Masa Kuarantin Covid Apa Perlu Anda Makan

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 315 hits
INFO Di sini sy ingin berkongsi apa yg kami amalkan sepanjang kuarintin Harap dpt membantu yg lain 1 limau kasturi d mkn dgn kicap dapat kembalikan deria rasa sehari 3 kali2 lemon minum tiap hari3 sunkist orange mkn n kulitnya dpicit d hidu...
Dijangkiti Covid Kuarantin Di Rumah Dr Izzar Pesan 3 Benda Ni Perlu Ada Untuk Check Sendiri

Dijangkiti Covid Kuarantin Di Rumah Dr Izzar Pesan 3 Benda Ni Perlu Ada Untuk Check Sendiri

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 264 hits
Ramai dah positif COVID 19 sekarang Dulu kita dengar orang orang jauh je Sekarang orang orang rapat dalam famili kenalan pun dah kena Jika anda positif COVID 19 TAK BERGEJALA TIDAK BERISIKO TINGGI anda tak perlu ke CAC untuk membuat penilai...
Cari Kerja Sambilan Jom Mohon Jawatan Sebagai Sukarelawan Pengurusan Jenazah Covid 19 Madad Amp Apm

Cari Kerja Sambilan Jom Mohon Jawatan Sebagai Sukarelawan Pengurusan Jenazah Covid 19 Madad Amp Apm

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 215 hits
Adakah anda sedang mencari pekerjaan secara sambilan Jika ya anda boleh memohon untuk menyertai Sukarelawan Pengurusan Jenazah Covid 19 seperti yang ditawarkan oleh MADAD dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Absolute Power Corrupts Absolutely

Mesyuarat Negara Negara Asean Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Kuantum

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

10 Toner Untuk Kulit Berminyak 2024

Pas Quashing Of Zafrul S Affidavit Raises Concerns About Govt S Integrity



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Negeri Sembilan Akan Menaikan Gaji Penjawat Awam

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Bella Astillah Feat Didi Astillah Bermanja Manja Chord

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur

Moto Distracto Steady Garage Customizes The New Honda Motocompacto

Udon Noodle Soup