Misi Bawa Pulang Rakyat Malaysia Tertangguh Itali Batal Pendaratan Pesawat


Faiz ZainudinPutrajaya memutuskan membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di Itali dan Iran menaiki pesawat khas AirAsia. PETALING JAYA: Usaha membawa pulang 82 rakyat Malaysia yang terkandas di Itali Isnin ini tertangguh, kata Timbalan Menteri Luar Kamaruddin Jaffar.

Beliau yang juga pengerusi pasukan petugas khas Covid-19 Kementerian Luar Negeri memaklumkan perkara itu susulan pihak berkuasa Itali membatalkan kebenaran mendarat semua pesawat ke negara itu termasuk misi pengangkutan dari Malaysia.

“Perancangan awalnya ia akan melibatkan seramai 82 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Rom. Semua mereka sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 23 Mac 2020 jam 6.10 pagi.

“Namun, dukacitanya Wisma Putra dimaklumkan oleh Kedutaan Malaysia di Itali bahawa Italian Civil Aviation Authority (ENAC) membatalkan kebenaran mendarat untuk semua pesawat termasuk pesawat sewaan khas yang sepatutnya membawa pulang rakyat Malaysia dari Itali ini,” katanya semasa sidang media di Wisma Putra hari ini.

Kamaruddin berkata Wisma Putra sedang bertungkus-lumus berunding dengan kerajaan Itali bagi memberi kebenaran khas untuk Malaysia meneruskan urusan repatriasi dari Itali ini secepat mungkin.

Rakyat di Iran dibawa pulang esok

Mengulas nasib rakyat Malaysia yang terkandas di Iran, Kamaruddin berkata semua 46 rakyat Malaysia bersama 9 lagi rakyat dari Indonesia dan Singapura menjadikan jumlah keseluruhan 55 orang, dibenar dibawa pulang dan dijangka tiba di Malaysia 6.10 pagi 22 Mac menaiki pesawat khas AirAsia yang berlepas ke Tehran jam 11.45 pagi tadi.

“Hasil perbincangan menerusi ‘video conference’ antara Menteri Luar Negeri Hishammuddin Hussein dengan Menteri Luar Negeri Indonesia Ibu Retno Marsudi semalam, dan menerusi perbualan telefon dengan Menteri Hal Ehwal Luar Singapura HE Vivian Balakrishnan pada 11 Mac lepas, meraikan semangat kerjasama Asean, Malaysia bersetuju untuk membantu membawa pulang 8 rakyat Singapura serta seorang rakyat Indonesia dari Iran.

“Semua mereka dijangka tiba di Kuala Lumpur pada Ahad, 22 Mac 2020 jam 6.10 pagi menaiki pesawat sewaan khas AirAsia yang berlepas ke Tehran pada jam 11.45 pagi tadi.

“Pesawat tersebut membawa 15 orang krew penerbangan serta 8 orang petugas, Kementerian Kesihatan Malaysia, Wisma Putra dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma),” katanya.

Semua rakyat yang dibawa pulang ke Malaysia akan dikuarantin selama 14 hari di Institut Latihan Awam yang dikenalpasti.

“Proses kuarantin ini penting bagi memantau tahap kesihatan selain memberikan rawatan sewajarnya sekiranya perlu,” katanya.

Beliau berkata, Kementerian Luar Negeri, KKM dan Nadma melaksanakan tugasan mengikut kapasiti masing-masing demi memastikan urusan repatriasi ini berjalan lancar.

Sebelum ini, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata Putrajaya memutuskan membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di Itali dan Iran.

Keputusan tersebut dibuat dengan mengambil kira situasi di kedua-dua negara berkenaan yang terjejas teruk akibat penularan pandemik Covid-19.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/03/misi-bawa-pulang-rakyat-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pesawat Bawa Pulang Rakyat Malaysia Dari Iran Tiba Di Klia

Pesawat Bawa Pulang Rakyat Malaysia Dari Iran Tiba Di Klia

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 298 hits
KUALA LUMPUR 22 MAC Pesawat khas yang membawa rakyat Malaysia dari Tehran Iran satu daripada negara yang terjejas teruk dengan wabak Covid 19 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Sepang awal pagi ini Pesawat AirAsia di...
Covid 19 Wisma Putra Laksana Persiapan Bawa Pulang Warga Malaysia Di Itali Iran

Covid 19 Wisma Putra Laksana Persiapan Bawa Pulang Warga Malaysia Di Itali Iran

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 388 hits
KUALA LUMPUR 15 Mac Wisma Putra sedang melaksanakan persiapan rapi bagi membantu melancarkan proses membawa pulang 323 rakyat Malaysia di Itali dan 55 orang di Iran ekoran penularan COVID 19 yang semakin teruk di kedua dua negara berkenaan ...
Rakyat Malaysia Tidak Mahu Pulang Amp Kekal Berada Di Itali

Rakyat Malaysia Tidak Mahu Pulang Amp Kekal Berada Di Itali

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 273 hits
Situasi di kebanyakan negara seluruh pada ketika ini sangat genting apabila kita masih ditekan dengan penyebaran wabak COVID 19 Disebabkan itu Timbalan Menteri Luar Datuk kamarudin Jaffar dalam satu sidang media ada menyatakan yang Malaysia...
Covid 19 Ini Rayuan Warga Malaysia Di Itali Kepada Seluruh Rakyat Malaysia

Covid 19 Ini Rayuan Warga Malaysia Di Itali Kepada Seluruh Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 292 hits
Seorang warga Malaysia yang kini tengah terperangkap di Itali merayu kepada seluruh rakyat Malaysia dan menceritakan punca mengejutkan Itali jadi teruk dengan wabak Covid 19 Tak sangka Baca selanjutnya Covid 19 Ini Rayuan Warga Malaysia Di ...
Covid 19 Malaysia Sekat Sepenuhnya Kemasukan Rakyat Warga Asing Dari Itali Iran Dan Korea Selatan

Covid 19 Malaysia Sekat Sepenuhnya Kemasukan Rakyat Warga Asing Dari Itali Iran Dan Korea Selatan

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 512 hits
Kabinet akan menjalankan sekatan perjalanan sepenuhnya buat ke atas semua warganegara Itali Iran Korea Selatan dan warga asing lain yang datang dari negara tersebut ke negara ini berkuatkuasa 13 Mac nanti Sekatan juga termasuk kepada mereka...
Rm100 Sehari Akan Diberikan Sekatan Semua Rakyat Itali Iran Korea Selatan Serta Dari Negara Tersebut Memasuki Malaysia

Rm100 Sehari Akan Diberikan Sekatan Semua Rakyat Itali Iran Korea Selatan Serta Dari Negara Tersebut Memasuki Malaysia

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 374 hits
Kabinet putuskan sekatan perjalanan sepenuhnya ke atas semua rakyat Itali Iran Korea Selatan serta warga asing lain yang datang dari negara tersebut daripada memasuki Malaysia atau transit di mana mana PMA berkuatkuasa 13 Mac Menteri Kesiha...
Rakyat Malaysia Tolong Beri Kerjasama Tangani Covid 19 Ambil Pengajaran Dari Itali

Rakyat Malaysia Tolong Beri Kerjasama Tangani Covid 19 Ambil Pengajaran Dari Itali

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 390 hits
Di Italy dan banyak negara negara lain pada asalnya pihak kerajaan juga mengenakan KAWALAN PERGERAKAN seperti yang diumum PM kita pada malam tadi Malangnya pada peringkat awal ini ramai dikalangan mereka ambil mudah hal ini Kerajaan umum cu...
Covid 19 Rayuan Kepada Rakyat Malaysia Jangan Ulangi Kesilapan Rakyat Itali

Covid 19 Rayuan Kepada Rakyat Malaysia Jangan Ulangi Kesilapan Rakyat Itali

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 396 hits
Rakyat Itali sudah melalui 6 Fasa wabak Covid 19 Wabak Covid 19 di Malaysia kini berada pada Fasa 3 Hadamkan betul betul apa yang rakyat Itali telah lalui dan apa yang bakal rakyat Malaysia lalui jika situasi tidak berubah Itali adalah cont...
Fendy Bakry Bengang Dengan Rakyat Malaysia Masih Degil Amp Tak Endah Perintah Kawalan Pergerakan

Fendy Bakry Bengang Dengan Rakyat Malaysia Masih Degil Amp Tak Endah Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 337 hits
Apa dah jadi sebenarnya gais Baru baru ini ada seorang pelakon yang bernama Fendy Bakry memuatnaik satu gambar berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan serta kapsyen yang sedang marah di Instagramnya Nak tahu kenapa Haa sekarang ni dah ada ura...
Malaysian Embassy In Bangkok Sealed After Myanmar Quakes

Melaka Has Been Attracting Visitors For More Than Half A Millennia

Business With Limited Resources

Trouble At Kl Tower Fahmi Fadzil Government And Lim Seong Hai Capital Subsidiary Sued For Rm1 Billion

Blogspot Migrate Ke Wordpress

Minister Be Civil When Posting On 3r Issues

Lawatan Presiden Cina Kominis

Lina Nak Dengar Sangat Suara Abah Anak Oku Ini Cuba Berkomunikasi Dengan Ayahnya Bikin Sebak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Balik Kampung

Gempa Myanmar 694 Maut 1 670 Cedera 68 Hilang

Pasang Langsir Raya

Inspirasi Kisah Pengasas Silat Gayong Bakal Beraksi Di Pawagam

Cara Simpan Daun Palas Supaya Tahan Lama 1 Pertama Basuh Daun Palas Dengan

Pempengaruh Ayunie Beli 15kg Emas Netizen Naik Risau Bawa Wang Berjuta Dalam Luggage