Covid 19 Pengorbanan Dari Seorang Doktor Kini Menjadi Pesakit



Kuala Lumpur: “Saya terima kenyataan itu dengan reda, fikiran positif dan hati yang tenang. Ini kerana saya sudah bersedia, malah tahu penyakit ini (Covid-19) boleh menjangkiti sesiapa tanpa mengira status,” kata Dr Saraswathy Subramaniam, 29.
Beliau adalah pegawai perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tawau yang dihantar bertugas di Hospital Semporna, Sabah sebelum ini.
Dia juga antara pegawai perubatan di Sabah yang dijangkiti Covid-19 dan ditempatkan di wad selama 15 hari bermula 26 September hingga 10 Oktober lalu.
Selepas dibenarkan pulang, Dr Saraswathy terus menjalani kuarantin lima hari dan kini masih berehat sebelum kembali bertugas minggu hadapan.
Menceritakan pengalaman sebagai pesakit, Dr Saraswathy berkata, dia sudah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi kemungkinan sebaik dihantar bertugas di Hospital Semporna bulan lalu.
Malah, Dr Saraswathy sedar peratusannya dijangkiti Covid-19 amat tinggi kerana saban hari terdedah dengan pesakit dan persekitaran di hospital.
“Hari sebelumnya (sebelum disahkan positif), saya bertugas merawat pesakit di wad. Tetapi keesokannya, saya pula menjadi pesakit yang terbaring di katil hospital.
 
DR Saraswathy ditempatkan di wad selama 15 hari selepas dijangkiti Covid-19.  
“Saya terbaring dalam keadaan lemah, batuk, sakit tekak, badan menggigil, kepala berat dan ditempatkan di wad tempat saya pernah merawat pesakit lain.
“Pengalaman sebagai pesakit beri saya perasaan berbeza, ketabahan dan peluang melihat ujian itu daripada sudut positif,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Berkongsi rutinnya sepanjang berada di dalam wad, Dr Saraswathy berkata, selain berhubung dengan keluarga, masa yang ada digunakan untuk memberi semangat kepada pesakit lain supaya terus cekal menghadapi penyakit.
“Ketika di wad, saya tidak dapat lari daripada rutin seorang doktor iaitu menasihati pesakit lain selain mendengar dan bertukar cerita dengan mereka.
“Di samping itu, saya habiskan masa yang ada dengan menulis diari, melakukan terapi seni, menonton drama dan filem di dalam talian serta membaca perkongsian berkaitan kerohanian serta inspirasi.
 
DR Saraswathy merupakan pegawai perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tawau yang dihantar bertugas di Hospital Semporna, Sabah.  
“Saya turut berhubung dengan rakan doktor yang positif Covid-19 menerusi WhatsApp dan memberi sokongan moral kepada satu sama lain,” katanya
Biarpun penyakit itu menyebabkan dia terpisah dengan dunia luar, Dr Saraswathy menganggap pengalaman itu sebagai sesuatu yang berharga kerana ia sebahagian proses menjadikannya seseorang individu yang lebih menghargai kehidupan.
Doktor lulusan IM Sechenov First Moscow State Medical University itu berkata, pengalaman dilalui membuat dia lebih bersemangat untuk menabur bakti kepada masyarakat terutama di Sabah.
“Apabila jadi pesakit, baru saya tahu betapa susahnya melawan Covid- 19.
“Penyakit ini juga mengajar saya erti bersyukur terutama apabila melihat keadaan pesakit lain yang lebih teruk,” katanya
The post Covid-19 & Pengorbanan, dari seorang doktor, kini menjadi pesakit appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/10/20/covid-19-pengorbanan-dari-seorang-doktor-kini-menjadi-pesakit/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doktor Pakar Dedah Identiti Pesakit Covid 19 Menyalahi Tataetika

Doktor Pakar Dedah Identiti Pesakit Covid 19 Menyalahi Tataetika

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 479 hits
SUARA MERDEKA TINDAKAN seorang doktor pakar di Kementerian Kesihatan Malaysia mendedahkan identiti pesakit kepada umum dengan merujuk kepada individu ternama di Sabah yang dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu Sabah adalah...
Malaikat Maut Doktor Gigi Psiko Sampai Ke Gumiho Semua Watak Disentuh Lee Dongwook Pasti Menjadi

Malaikat Maut Doktor Gigi Psiko Sampai Ke Gumiho Semua Watak Disentuh Lee Dongwook Pasti Menjadi

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 589 hits
Berbekal pengalaman dalam dunia lakonan selama 20 tahun dalam dunia lakonan nampaknya tiada siapa yang boleh menyangkal bakat yang ditonjolkan oleh Lee Dong wook dalam setiap drama yang diterajuinya Meskipun pada awalnya lebih senang memili...
Malaysia Bakal Menjadi Negara Terawal Terima Vaksin Covid 19

Malaysia Bakal Menjadi Negara Terawal Terima Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 263 hits
Sejak bermulanya pandemik COVID 19 bermula dari negara China dapat dilihat saintis pelbagai negara berusaha keras dalam menjadi yang terawal untuk menghasilkan vaksin bagi menamatkan penyebaran wabak merbahaya ini Selain Russia China telah ...
Sah Ketua Menteri Sabah Hajiji Positif Covid 19 Kini Di Hospital

Sah Ketua Menteri Sabah Hajiji Positif Covid 19 Kini Di Hospital

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 390 hits
KOTA KINABALU Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Mohd Noor disahkan positif Covid 19 dan kini sedang menjalani rawatan di Hospital Queen Elizabeth Perkara itu disahkan selepas beliau menjalani ujian Covid 19 sekali lagi ketika sedang mel...
Main Badminton Dengan Kontak Rapat Pesakit Covid 19 Wany Hasrita Menggigil Buat Swab Test

Main Badminton Dengan Kontak Rapat Pesakit Covid 19 Wany Hasrita Menggigil Buat Swab Test

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 450 hits
Hari Selasa lalu saya ada buat swab test Covid 19 sebab saya ada bermain badminton dengan kawan yang mempunyai contact rapat pesakit Covid Ahad malam lalu dapat tahu source
Dunia Kini Berubah Angkara Covid 19

Dunia Kini Berubah Angkara Covid 19

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 395 hits
DUNIA SUDAH BERUBAH 1 Dulu IMAN yang harus kuat sekarang IMUNISASI yang di fokus 2 Dulu kalau orang BERSIN diucapkan Alhamdulillah umur panjang Sekarang orang BERSIN dianggap sdg sakit dan membawa malapetaka 3 Dulu BERSATU kita teguh Sekara...
Lahad Datu Bank Islam Branch Temporarily Shut After Covid 19 Case

Lahad Datu Bank Islam Branch Temporarily Shut After Covid 19 Case

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 747 hits
The Bank Islam employee from the Lahad Datu branch is now being treated at a government hospital PETALING JAYA Bank Islam Malaysia Berhad has temporarily closed its Lahad Datu branch in Sabah including its self service terminals from today ...
Seorang Pegawai Terpapar Covid 19 Satu Kantor Di Balai Kota Solo Wfh

Seorang Pegawai Terpapar Covid 19 Satu Kantor Di Balai Kota Solo Wfh

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 186 hits
Ketua Gugus Tugas Penanganan Covid 19 Solo Ahyani membenarkan adanya kasus positif Corona di lingkungan Balai Kota Solo tersebut Namun ia enggan dinas mana yang salah satu pegawainya terpapar Covid 19
Hospital Kota Marudu Kini Turut Rawat Covid 19 Kp Kesihatan

Hospital Kota Marudu Kini Turut Rawat Covid 19 Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 279 hits
KUALA LUMPUR Sebagai langkah kesiapsiagaan menghadapi peningkatan kes COVID 19 di Sabah Kementerian Kesihatan memperuntukkan Hospital Kota Marudu sebagai satu lagi hospital untuk merawat jangkitan itu kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri D...
Web 777 Top 17 By Natisha Punpro777 Biz 23 25

Why No Greater Inclusion In Post Umno Malaysia

Aktiviti Perjumpaan Ketua Aktivis Ppim Bersama Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri Ppim 17 03 2025

Pembuluh Darah Mata Gadis Remaja Pecah Gara Gara Tahan Bersin Elak Malu

Mufti Perlis Sambut Baik Tindakan Perwakilan Dap Tolak Rayer

Webinar Tamo Edu Dalam Talian Siri 03 2025 Sempena Sambutan Hari Pembantu

Qcy H3 Pilihan Tepat Untuk Fon Kepala Bajet Dengan Audio Mantap

Piring Tembaga Bukti Kekuasaan Wanita Keatas Lelaki


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hantu Influencer Balik Kampung

Akhirnya Pokok Sepit Udang Telah Berbunga

Kopratasa Feat Adiwangsa Sukma Menuju Tengah Malam Chord

Satu Band Feat Man Progressive Raya Tak Berteman Chord

50 Menu Open House Raya Menu Bajet Ringkas Rare Jamuan Office

Westbound Part 5 10 000 Miles Across The U S On Ural Motorcycles