Covid 19 Pengembara Dari Sabah Ke Kelantan Perlu Jalani Ujian Calitan Kedua
Bernama

Ujian  diwajibkan ke atas semua sekalipun ujian saringan kali pertama yang  dilakukan tiga hari sebelum mereka berlepas dari Sabah menunjukkan  keputusan negatif. -Astro AWANI/Gambar fail KOTA BHARU: Mereka yang tiba di Kelantan dari Sabah perlu menjalani ujian calitan  COVID-19 kali kedua selepas lima hari menjalani kuarantin wajib, kata  Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan Jefny Muhammad
 Katanya  ujian itu diwajibkan ke atas semua sekalipun ujian saringan kali  pertama yang dilakukan tiga hari sebelum mereka berlepas dari Sabah  menunjukkan keputusan negatif
 "Sebaik  tiba di lapangan terbang, mereka akan dibawa ke pusat kuarantin yang  ditelah diwartakan untuk menjalani ujian swab dan juga bagi menjalani  kuarantin wajib selama lima hari
 "Setakat  ini kita mempunyai dua tempat kuarantin yang telah diwartakan iaitu di  Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP) Pengkalan Chepa dan Kolej  Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Pasir Mas selain di Hotel H Elite bagi  mereka yang berkemampuan," katanya
 Beliau  berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat  MKN di Pejabat Cawangan Kawalan Penyakit, Bahagian Kesihatan Awam,  Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, di sini hari ini
 Mengulas  lanjut, Jefny berkata bermula esok, seramai 121 pengembara dari Sabah  termasuk penjawat awam, guru, polis dan sebagainya akan tiba di Lapangan  Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa
 Untuk itu katanya dua buah bas disediakan bagi membawa individu terbabit ke pusat kuarantin
 "Bagi  mereka yang datang atas tujuan rasmi seperti mesyuarat, mereka juga  akan dinilai oleh Jabatan Kesihatan Negeri yang akan bertugas di LTSIP  dan melalui penilaian ini kemungkinan mereka dipakaikan gelang hijau  sahaja bagi membolehkan mereka hadir di tempat yang perlu sahaja,"  katanya
 Beliau menjelaskan langkah itu  diambil bagi menjaga kemaslahatan masyarakat tempatan berikutan Sabah  antara negeri yang merekodkan kes jangkitan COVID-19 tertinggi di negara  ini.-- BERNAMA
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/covid-19-pengembara-dari-sabah-ke.html