Covid 19 Negara Terus Catat Trend Menurun


 azrulhakimie
Nilai kebolehjangkitan wabak kekal stabil sekitar 0.80 - 0.90 PUTRAJAYA, 2 April -- Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. Sebanyak 208 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan setakat tengah hari tadi, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes yang positif di negara ini sebanyak 3,116 kes dan terdapat 5 kes kematian akibat jangkitan itu direkodkan hari ini dengan jumlah kumulatif kematian sebanyak 50 kes. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR– Laporan kes harian, jumlah kematian, kapasiti penggunaan katil dan unit rawatan rapi (ICU) pesakit COVID-19 terus menunjukkan trend penurunan pada minggu epidemik (ME) ke-41, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Selain itu, beliau berkata sepanjang tempoh ME ke-41 iaitu 10 sehingga 16 Oktober, nilai kebolehjangkitan wabak atau RT juga kekal stabil sekitar 0.80 – 0.90.
Beliau berkata perkembangan baik itu sejajar dengan peningkatan liputan vaksinasi COVID-19 di Malaysia di samping usaha pembukaan semula pelbagai sektor secara terancang melalui inisiatif pembukaan semula secara selamat yang lebih meyakinkan.
“Dalam tempoh itu, kes baharu COVID-19 menunjukkan penurunan 17.9 peratus iaitu daripada 63,722 kes (ME ke-40) kepada 52,321 kes (ME ke-41). Kes baharu bagi negeri Selangor, Negeri Sembilan, Putrajaya dan Kuala Lumpur pula mulai menunjukkan trend mendatar.
“Purata kes aktif turun 21 peratus iaitu daripada 133,450 kes (ME ke-40) kepada 105,497 kes (ME ke-41), manakala kes kematian turun sebanyak 15.3 peratus iaitu daripada 700 kes (ME ke-40) kepada 593 kes (ME ke-41).
“Kes yang memerlukan rawatan di ICU turut menunjukkan penurunan 12 peratus iaitu 778 kes (ME ke-40) kepada 684 kes (ME ke-41), sementara kes yang memerlukan bantuan pernafasan turun 11.9 peratus iaitu 331 kes (ME ke-40) kepada 292 kes (ME ke-41),” katanya dalam satu kenyataan mengenai perkembangan wabak itu, hari ini.
Turut menunjukkan penurunan bagi tempoh sama ialah jumlah kluster COVID-19 dengan 83 kluster dilapor melibatkan 37 atau 44.6 peratus kluster tempat kerja; 25 (30.1 peratus) kluster komuniti; 10 (12.1 peratus) kluster pusat pendidikan; sembilan (10.8 peratus) kluster kumpulan berisiko tinggi dan masing-masing satu (1.2 peratus) kluster pusat tahanan dan satu kluster keagamaan.
Mengenai kapasiti penggunaan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) dan wad serta alat bantuan pernafasan menunjukkan trend penurunan sekitar satu hingga tiga peratus pada ME ke-41 berbanding ME ke-40.
Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan kes baharu COVID-19 yang direkodkan setakat 12 tengah hari ini adalah 5,745, menjadikan kumulatif kes kini 2,401,866.
Menurutnya hanya 115 kes atau dua peratus daripada kes baharu itu adalah Kategori Tiga, Empat dan Lima manakala baki 5,630 atau 98 peratus adalah Kategori Satu dan Dua.
“Daripada jumlah kes baharu itu, 12 kes adalah kes import manakala 5,733 lagi merupakan kes tempatan,” katanya sambil memberitahu Malaysia turut merekodkan 8,933 kes sembuh dengan jumlah kumulatif adalah 2,287,888 kes.
Dr Noor Hisham berkata 682 kes dirawat di ICU dengan 331 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan, selain sebanyak lapan kluster baharu dikenal pasti membabitkan tujuh kluster tempat kerja serta satu kluster pendidikan lain.
Maklumat terperinci berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 dalam negara akan dimuat naik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my dan data akan dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/covid-19-negara-terus-catat-trend.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Rekod Trend Menurun Kes Covid 19

Malaysia Rekod Trend Menurun Kes Covid 19

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 231 hits
Kes baharu COVID 19 menurun sebanyak 20 7 peratus KUALA LUMPUR Malaysia merekodkan trend penurunan kes COVID 19 sejak kebelakangan ini apabila mencatat penurunan kes sejak Minggu Epidemiologi ke 34 Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor H...
Covid 19 Di M Sia Kes Harian Terus Menurun 3 Hari Berturut Turut Kepada 6 709 Kes

Covid 19 Di M Sia Kes Harian Terus Menurun 3 Hari Berturut Turut Kepada 6 709 Kes

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 208 hits
Foto EPA EFE FAZRY ISMAIL Kes baharu Covid 19 turun lagi PUTRAJAYA Angka kes baru Covid 19 terus menunjukkan trend penurunan tiga hari berturut turut dengan 6 709 kes dilaporkan pada Isnin Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abd...
Kesembuhan Covid 19 Terus Meningkat Mencapai 4 054 246 Orang

Kesembuhan Covid 19 Terus Meningkat Mencapai 4 054 246 Orang

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 197 hits
Adanya penambahan hari ini meningkatkan angka kumulatif kesembuhan hingga menembus angka 4 juta orang sembuh atau tepatnya 4 054 246 orang
Jadikan Selawat Amalan Harian Moga Terus Diberi Kekuatan Memerangi Covid 19

Jadikan Selawat Amalan Harian Moga Terus Diberi Kekuatan Memerangi Covid 19

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 158 hits
Oleh TAN Sri Muhyiddin Yassin mengajak seluruh umat Islam di Malaysia menjadikan selawat kepada baginda Rasullah SAW sebagai sebahagian daripada amalan harian Menurut Pengerusi Majlis Pemulihan Negara itu mudah mudahan akan terlindung darip...
Pilihan Raya Atas Nama Demokrasi Ketika Negara Masih Diancam Covid 19 Tidak Wajar

Pilihan Raya Atas Nama Demokrasi Ketika Negara Masih Diancam Covid 19 Tidak Wajar

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 172 hits
Tidak wajar pilihan raya diadakan atas nama demokrasi ketika negara masih dilanda ancaman pandemik COVID 19 Justeru kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya disaran mengambil pendekatan dengan melaksanakan strategi tertentu sekiranya mahu meng...
Satgas Covid 19 Segera Umumkan 18 Negara Boleh Masuk Ri

Satgas Covid 19 Segera Umumkan 18 Negara Boleh Masuk Ri

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 243 hits
Wiku memastikan pembukaan kedatangan pelaku perjalanan internasional ke Indonesia dilakukan secara hati hati Salah satunya dengan pertimbangan penetapan negara asal kedatangan
Trend Menurun Eur Usd Kelihatan Sudah Berakhir

Trend Menurun Eur Usd Kelihatan Sudah Berakhir

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 138 hits
Pembalikan kenaikan EUR USDSeperti yang anda lihat pada carta H4 EUR USD gagal meneruskan aliran menurun yang memberi isyarat bahawa penjual sudah habis Penembusan harga di atas garis menurun menunjukkan bahawa pembeli telah mendahului Seca...
Yayasan Bill Gates Sumbang Rp 1 6 Triliun Untuk Beli Pil Covid Bagi Negara Miskin

Yayasan Bill Gates Sumbang Rp 1 6 Triliun Untuk Beli Pil Covid Bagi Negara Miskin

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 181 hits
Bill and Melinda Gates Foundation mengumumkan pada Rabu pihaknya akan berusaha mempercepat pengadaan pil Covid 19 atau disebut obat anti virus molnupiravir untuk negara negara miskin
Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Bila Duit Nak Masuk

Opening Young People S Eyes To Workers Rights

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari

Penyokong Diseru Jalankan Tanggungjawab Sebagai Pemilik Sabah Fc



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Nak Tau 5 Langkah Menjadi Insan Hebat

Vanny Vabiola Sudahi Saja Chord

Ustadz Yang Membodoh Bodohi Jemaahnya Kata Frans Donal Di Bali By Dr H

Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

Lemas Tiga Beranak Ditemukan Tidak Lagi Bernyawa Selepas Mandi Manda Di Sungai Balak