Covid 19 Kilang Didakwa Paksa Pekerja Bekerja



19 March 2020 - JASIN - Sekumpulan pekerja di sebuah kilang kaca di daerah ini membuat laporan polis dengan mendakwa pihak kilang berkenaan enggan mematuhi arahan daripada kerajaan yang menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula semalam susulan penularan koronavirus (Covid-19) dengan memaksa mereka datang bekerja seperti biasa.


Wakil kumpulan pekerja kilang itu yang hanya dikenali sebagai Mat, 23, berkata, mereka membuat laporan polis terhadap pengurusan kilang tersebut di Balai Polis Jasin, di sini dengan mendakwa dipaksa datang bekerja serta diugut dengan pemotongan gaji sekiranya tidak datang bekerja.

Menurutnya, tindakan itu seolah-olah pihak pengurusan kilang tidak sensitif dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mengekang penularan Covid-19.

"Kita tidak mahu menanggung risiko jangitan Covid-19 dan mahu mematuhi arahan kerajaan supaya tidak keluar bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan itu dikuatkuasakan.

"Laporan polis ini dibuat supaya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pengurusan kilang yang membuat ugutan terhadap kami," katanya yang membuat laporan polis bersama 31 lagi pekerja kilang berkenaan.

Muhyiddin dalam perutusan khas menjelaskan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Penutupan itu membabitkan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terbabit dengan perkhidmatan penting negara (essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Sementara itu, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jasin mahu pihak berkuasa menyiasat dakwaan pekerja berkenaan yang mendakwa dipaksa untuk bekerja dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan itu dikuatkuasakan.

Ketuanya, Dr Akmal Saleh, berkata, ini kerana kilang terbabit boleh dikatakan melanggar undang-undang ditetapkan oleh kerajaan sekiranya benar mengeluarkan arahan sebegitu.

"Harap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kepada pihak pengurusan kilang terbabit kerana tindakan yang tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja merbahaya kepada mereka tetapi kepada semua masyarakat setempat," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan ketika dihubungi Sinar Harian, mengesahkan menerima laporan polis tersebut dan kes telah dipanjangkan kepada Pejabat Buruh.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kakipalu.blogspot.com/2020/03/covid-19-kilang-didakwa-paksa-pekerja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pekerja Offshore Ini Kongsi Pengalaman Disahkan Positif Covid 19 Selepas Dua Kali Ujian

Pekerja Offshore Ini Kongsi Pengalaman Disahkan Positif Covid 19 Selepas Dua Kali Ujian

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 482 hits
Perkongsian oleh seorang pekerja offshore Dentonel Misa ini di laman Facebook miliknya pasti akan membuatkan kita lebih berhati hati menghadapi penularan wabak COVID 19 ketika ini Melalui kirimannya itu dia yang kini dirawat di Hospital Tum...
Takut Rugi Punya Pasal Pekerja Tidak Diberi Cuti Taukey Kilang Kena Serbu Polis

Takut Rugi Punya Pasal Pekerja Tidak Diberi Cuti Taukey Kilang Kena Serbu Polis

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 537 hits
Masih ada yang degil dan pentingkan diri masuk hari kedua Perintah Kawalan Pergerakan hari ini didapati pula terdapat segelintir majikan di kilang kilang tetap mengarahkan kakitangan bekerja Sedangkan kerajaan telah memberitahu bahawa tempo...
Pekerja Boleh Buat Laporan Polis Jika Majikan Paksa Datang Kerja

Pekerja Boleh Buat Laporan Polis Jika Majikan Paksa Datang Kerja

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 659 hits
Majikan yang didapati memaksa pekerja untuk hadir ke pejabat tanpa ada sebarang keperluan dianggap melanggar Perintah Kawalan Pergerakan oleh Kerajaan Menurut Setiausaha Agung Persatuan Hak Asasi Manusia Lim Wei Jiet berkata tiada majikan d...
Seorang Pekerja Nestle Malaysia Positif Kes Covid 19

Seorang Pekerja Nestle Malaysia Positif Kes Covid 19

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 471 hits
Nestle Malaysia memaklumkan seorang pekerjanya disahkan positif COVID 19 Menurut syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini pekerja berkenaan berada dalam keadaan baik dan kini sedang menjalani rawatan Sebaik sahaja kami mengetahui perkemba...
Jemaah Tabligh Sedang Dikuarantin Didakwa Berdakwah Di Katil Hospital Sebabkan Pesakit Dijangkiti Covid 19

Jemaah Tabligh Sedang Dikuarantin Didakwa Berdakwah Di Katil Hospital Sebabkan Pesakit Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 644 hits
Jemaah Tabligh Sedang Dikuarantin Didakwa Berdakwah Di Katil Hospital Sebabkan Pesakit Dijangkiti COVID 19 Seorang lelaki mendakwa bapanya yang sedang dirawat di hospital kerana kanser paru paru kini positif COVID 19 setelah jemaah Ijtima T...
Covid 19 Seronok Bekerja Dari Rumah

Covid 19 Seronok Bekerja Dari Rumah

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 365 hits
Siaran TV kini asyik mengulang perutusan khas YAB PM 8 dengan rasa sayu dan sedih memohon dan merayu rakyat Malaysia untuk memberi kerajsama supaya duduk diam di rumah Minggu ini dan mungkin dalam beberapa minggu akan datang kebanyakan kita...
Covid 19 Bantuan Rm600 Buat Pekerja Majikan Terjejas

Covid 19 Bantuan Rm600 Buat Pekerja Majikan Terjejas

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 554 hits
SHAH ALAM 22 MAC Pertubuhan Keselamatan Sosial Selangor menyediakan bantuan kewangan sementara RM600 sebulan kepada pencarum yang terjejas susulan penularan Covid 19 kata pengarahnya Mustafa Draman berkata bantuan di bawah Program Pengekala...
Moga Moga Wabak Covid 19 Segera Hilang

Moga Moga Wabak Covid 19 Segera Hilang

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 620 hits
1 Seluruh dunia termasuk Malaysia sekarang diserang wabak Covid 19 Wabak yang pada asalnya biasa biasa dan dianggap tidak berbahaya kini semakin mengganas dan membunuh banyak nyawa Seluruh umat manusia kini berada dalam ketakutan dan berwas...
Tabung Covid 19 Medtweetmy

Tabung Covid 19 Medtweetmy

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 597 hits
Hello lovely readers Dalam keadaan dunia sedang berperang dengan virus ganas yang mengancam nyawa kita diuji dengan pelbagai cara Misz ella secara peribadi merasakan yang ini adalah ujian buat kita sebagai manusia Tahap kematangan kita dala...
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Majlis Khatam Hafazan Perdana

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik

Terima Syarat Putin Atau Rusia Akan Musnahkan Ukraine Kata Dua Trump Kepada Zelenskyy

Dr Reshma Nair Prakash Mrs Universe 2025 3rd Runner Up Dari Malaysia Simbol Kekuatan Dan Kecantikan Wanita Asia

Sumbangan Pakaian Terpakai 3 0

Arab Saudi Umum Syarat Kesihatan Jemaah Haji 2026 Pusat Rawatan Th Tidak Lagi Dibuka Di Tanah Suci

Tak Sanggup Lihat Mak Penat Kerja Seorang Diri Apa Anak Ini Buat Lepas Itu Memang Betul Menjadi