Dua Kes Positif Covid 19 Tiada Kematian Di Rekodkan Hari Ini


PUTRAJAYA -- Dua kes positif COVID-19 dilaporkan hari ini, iaitu kes penularan dalam negara melibatkan rakyat tempatan,  kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Katanya kes berkenaan menjadikan jumlah kumulatif kes positif Malaysia 9,001 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 sebanyak 208 kes.
“Tiada kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang dilaporkan hari ini. Perincian kes penularan di dalam negara COVID-19 adalah di Kedah satu kes daripada Kluster PUI Sivagangga dan di Wilayah Persekutuan Labuan satu kes iaitu saringan rawak di lapangan berkaitan pelajar kolej,” katanya pada sidang media perkembangan terkini COVID-19 di sini.
Katanya terdapat empat kes COVID-19 yang telah pulih pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya berjumlah 8,668 kes (96.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Memperincikan kes indeks Kluster PUI Sivagangga, Dr Noor Hisham berkata ia melibatkan kes import dengan kes indeks merupakan seorang pemilik kedai makan pulang ke Malaysia dari India dan didapati gagal mematuhi arahan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO).
Katanya ketidakpatuhan itu menyebabkan penularan jangkitan COVID-19 meluas dalam kluster itu. Setakat hari ini, 425 orang telah disaring dan daripada jumlah itu, 21 kes dikesan positif COVID-19, 362 negatif dan 42 kes masih menunggu keputusan.
“Penularan tersebut turut dikenal pasti melalui aktiviti pengesanan kontak rapat secara aktif yang dijalankan oleh kerajaan. Namun begitu, Pejabat Kesihatan Daerah dan Jabatan Kesihatan Negeri menghadapi cabaran dalam menjalankan sepenuhnya aktiviti pengesanan kontak rapat kerana kedai makan yang terbabit didapati tidak menggunakan aplikasi MySejahtera,” katanya.
Dr Noor Hisham berkata satu kes baharu kluster itu telah dilaporkan hari ini melibatkan kes ke-9,000 yang merupakan seorang pelanggan tetap kedai makan tersebut.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata pesakit menjalani saringan COVID-19 kendiri di sebuah fasiliti kesihatan swasta pada 27 Julai dan keputusan saringan Rapid Test Kit Antibody didapati negatif.
Pada 31 Julai, pesakit mula mengalami gejala demam dan batuk namun tidak menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Klinik Kesihatan terdekat untuk rawatan segera.
“Hanya satu hari kemudiannya, iaitu selepas penglibatan dalam aktiviti semasa Hari Raya Aidiladha,  kes (ke-9,000) memaklumkan bahawa beliau merupakan kontak rapat kepada kes indeks. Susulan itu, saringan dijalankan dengan menggunakan ujian RT-PCR dan kes didapati positif COVID-19.
“Beliau telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan,” katanya.
Mengambil iktibar daripada kes ini, Dr Noor Hisham berkata KKM mengingatkan masyarakat supaya tidak menyimpan atau merahsiakan sebarang maklumat penting seperti sebarang kontak dengan kes positif COVID-19 atau maklumat berkaitan daripada pihak berkuasa.
Tegasnya orang ramai sewajarnya tampil ke hadapan sekiranya berisiko tinggi atau mempunyai kontak rapat dengan kes positif COVID-19 kerana ia adalah tanggungjawab sosial yang perlu wujud dalam diri setiap individu agar dapat membendung penularan jangkitan COVID-19.
Menggesa semua majikan, peniaga, syarikat atau pemilik premis untuk mendaftar dengan aplikasi MySejahtera melalui laman sesawangnya, Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata kerajaan mewajibkan penggunaan aplikasi ini di semua premis bagi memudahkan proses pengesanan kontak rapat kes positif COVID-19.
Selain Kluster PUI Sivagangga, Dr Noor Hisham berkata terdapat kluster aktif lain juga didapati berpunca daripada kes import yang tidak HSO iaitu Kluster Elsa, Kluster PUI Novgorod, Kluster PUI Pitakwa, Kluster PUI Melbourne, Kluster PUI Ramnad, Kluster PUI Al Khobar dan Kluster PUI Shirala. #sumber

http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/08/dua-kes-positif-covid-19-tiada-kematian.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Positif Covid 19 Terus Meningkat Kepada 108 376 Kematian 5 131 Di Indonesia

Kes Positif Covid 19 Terus Meningkat Kepada 108 376 Kematian 5 131 Di Indonesia

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 400 hits
Jakarta Sebanyak 2 040 kes baharu rekodkan dalam tempoh 24 jam dan menjadikan indek kes postitif COVID 19 di indonesia mencecah seramai 108 376 Mengikut Data yang disiarkan dilaman This is a content summarry Visit my website for full link o...
Covid 19 Kembali Ke Dua Angka 21 Kes Positif Baharu Dilaporkan

Covid 19 Kembali Ke Dua Angka 21 Kes Positif Baharu Dilaporkan

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 352 hits
Walaupun tiada sidang media harian mengenai perkembangan Covid 19 namun pihak Kementerian kesihatan Malaysia tetap memuat naik laporan semasa berkenaan pendemik tersebut Menerusi laman sosial KKM sebanyak 21 kes baharu dilaporkan dengan 15 ...
Covid 19 Kes Positif Baharu Melonjak Kepada 21 Hari Ini

Covid 19 Kes Positif Baharu Melonjak Kepada 21 Hari Ini

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 267 hits
KUALA LUMPUR Selepas mencatat hanya satu kes semalam angka positif COVID 19 di Malaysia melonjak kepada 21 kes hari ini dengan 15 daripadanya kes import melibatkan warganegara Malaysia Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ...
Dua Kes Baharu Covid 19 Di Selangor Empat Hari Berturut Kurang Lima Kes

Dua Kes Baharu Covid 19 Di Selangor Empat Hari Berturut Kurang Lima Kes

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 313 hits
SHAH ALAM 7 OGOS Bilangan kes aktif di Selangor kekal kurang lima kes dalam tempoh empat hari berturut turut Pasukan Petugas Pencegahan Covid 19 Selangor berkata dua kes baharu membabitkan kes import hari ini menjadikan empat kes aktif dire...
Covid 19 Malaysia Catat Kes Baharu Dua Angka Tiga Hari Berturut Turut

Covid 19 Malaysia Catat Kes Baharu Dua Angka Tiga Hari Berturut Turut

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 276 hits
PUTRAJAYA Jumlah kes baharu positif COVID 19 yang dilapor di Malaysia hari ini masih pada dua angka iaitu hari ketiga berturut turut pada 15 kes dengan 11 melibatkan penularan dalam negara Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdul...
Dua Hari Berturut Kes Covid 19 Menaik Jangan Alpa

Dua Hari Berturut Kes Covid 19 Menaik Jangan Alpa

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 367 hits
Nampaknya trend kes baharu sejak dua hari yang lepas semakin menaik pada dua lepas Naim pernah publish artikel yang bertajuk Nampak nya kita jangan terlampau selesa buat masa ini Patuhilah S O P demi kesejahteraan masyarakat sekeliling kita...
Covid 19 Kes Positif Kembali Ke Dua Angka Kkm Gesa Rakyat Terus Patuh Sop

Covid 19 Kes Positif Kembali Ke Dua Angka Kkm Gesa Rakyat Terus Patuh Sop

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 381 hits
Walaupun tiada sidang media harian berkenaan perkembangan Covid 19 di televisyen pada hari ini pihak Kementerian Kesihatan Malaysia masih memuat naik laporan berhubung pendemik tersebut di media sosial Setakat hari ini jumlah kes sembuh dan...
25 Kes Positif Baharu Covid 19 Termasuk 12 Kes Dari Saringan Kluster Pui Sivagangga

25 Kes Positif Baharu Covid 19 Termasuk 12 Kes Dari Saringan Kluster Pui Sivagangga

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 422 hits
Sebanyak 25 kes positif jangkitan baharu Covid 19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 9 063 kes setakat Jumaat Menerusi perkongsian terkini oleh Kementerian Kesihatan Malaysia oleh itu jumlah kes aktif dengan ke...
Terkini 15 Kes Positif Baharu Hari Ini Termasuk 10 Kes Jangkitan Tempatan

Terkini 15 Kes Positif Baharu Hari Ini Termasuk 10 Kes Jangkitan Tempatan

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 360 hits
Kementerian Kesihatan telah mengesahkan bahawa seramai pesakit dilaporkan telah sembuh dan dibenarkan keluar wad Ini menjadikan jumlah kumulatif 8713 kes sembuh meningkat kepada Perkara ini disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr...
Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Sains Pembungkusan Terbiodegradasi Perspektif Dari Rantaian Bekalan Mampan

The Role Of Jewelry Showcases In Attracting Customers And Boosting Sales

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Tebatan Banjir Rm 7 Bilion Batal


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari

Fuel Prices Remain Unchanged

Bernama Rtm Urged To Promote Awareness Campaigns On Repaying Loans

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis

Pelaburan Rm3 Juta Svg Worldwide Ss25 Mendefinisikan Semula Fesyen Jalanan Malaysia

Cara Elak Getah Nagka Lekat Kat Tangan