Covid 19 Kes Kematian Sebelum Tiba Di Hospital Naik Di 3 Negeri


AGENDA DAILY
Kes kematian sebelum tiba ke hospital di tiga negeri meningkat.
Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) mendapati kes kematian sebelum tiba ke hospital (BID) yang berkaitan jangkitan Covid-19, meningkat tujuh kali ganda pada April dan Jun lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sehingga hari ini sebanyak 5,327 kematian direkodkan sejak pandemik Covid-19 melanda negara, dengan 4,856 kes dilaporkan sejak awal tahun ini.
Beliau berkata daripada jumlah kematian pada tahun 2021, sebanyak 670 atau 13.8 peratus adalah kes BID.
“Analisis yang dilakukan CPRC mendapati terdapat kenaikan tren kes-kes kematian BID iaitu sebanyak tujuh kali ganda dari bulan April sebanyak 35 kes sehingga Jun 2021 (246 kes).
“Kebanyakan kes kematian BID ini adalah dari kumpulan umur 50 tahun sehingga 70 tahun iaitu sebanyak 76.7 peratus dengan sekurang-kurangnya satu komorbid (64.5 peratus).
“Tiga negeri yang merekodkan kes kematian BID tertinggi pada tahun ini adalah Selangor iaitu sebanyak 181 kes (27.0 peratus), diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu 78 kes (11.6 peratus), dan Sabah 85 kes (12.7 peratus),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Dr Noor Hisham mengingatkan orang ramai supaya melakukan pemantauan kendiri, teutama apabila disahkan positif Covid-19 dan berada dalam pemantauan di rumah.
Beliau turut menggariskan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian iaitu:
Jalani pemeriksaan segera sekiranya bergejala atau merupakan kontak kepada kes yang positif;Amalkan kuarantin kendiri di rumah dengan penuh tanggungjawab sementara menunggu keputusan ujian dan panggilan daripadaPejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Covid-19 Assessment Centre (CAC);Maklumkan kepada KKM melalui notifikasi kendiri (self-notification) di aplikasi MySejahtera dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau CAC berdekatan sekiranya didapati positif sama ada melalui ujian RT-PCR atau RTK Antigen; danSegera laporkan sebarang “warning signs” dan dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berdekatan. Tanda amaran merupakan gejala yang memberi petanda bahawa keadaan seseorang pesakit Covid-19 semakin teruk.Antara tanda amaran yang memerlukan rawatan segera adalah seperti berikut:
Demam berpanjangan;Kesukaran bernafas;Sakit dada;Kurang selera makan dan minum;Kelesuan bertambah teruk;Perubahan pada status mental seperti kurang tahap sedar dan kekeliruan;Batuk, muntah, dan cirit yang semakin teruk;Kurang buang air kecil;Bibir atau jari menjadi kebiruan; danKetepuan oksigen <95%.Sehubungan itu ahli keluarga atau rakan serumah dinasihatkan agar prihatin dan peka terhadap keadaan dan kesihatan pesakit Covid-19 dengan memanfaatkan teknologi komunikasi untuk memantau kesihatan pesakit sepanjang pemantauan kuarantin di rumah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/covid-19-kes-kematian-sebelum-tiba-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Kematian Covid 19 Meningkat 6 3 Peratus Dalam Seminggu

Kes Kematian Covid 19 Meningkat 6 3 Peratus Dalam Seminggu

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 177 hits
Minggu epidemik ke 25 yang berakhir pada 26 Jun lalu menunjukkan peningkatan sebanyak 6 3 peratus kes kematian dengan purata 77 berbanding sebelumnya Gambar hiasan KUALA LUMPUR Minggu epidemik ke 25 yang berakhir pada 26 Jun lalu menunjukka...
Kes Jangkitan Baharu Covid 19 Di Indonesia Naik 500 Peratus

Kes Jangkitan Baharu Covid 19 Di Indonesia Naik 500 Peratus

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 169 hits
Kes jangkitan baharu Covid 19 di Indonesia naik 500 peratus Desakan supaya kerajaan melaksanakan sekatan lebih ketat terus disuarakan rakyat Indonesia ketika kes jangkitan Covid 19 direkodkan meningkat sehingga 500 peratus dalam tempoh sebu...
91 Kes Kematian Covid 19 Hari Ini

91 Kes Kematian Covid 19 Hari Ini

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 175 hits
MALAYSIA merekodkan 91 kes kematian Covid 19 hari ini kata Kementerian Kesihatan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kepada 5 768 Bermula July 2018 akses bagi laporan penuh ...
Dakwa Kilang Sarung Tangan Punca Kes Covid 19 Naik Di S Gor Polis Panggil Wanita Dalam Video Tular

Dakwa Kilang Sarung Tangan Punca Kes Covid 19 Naik Di S Gor Polis Panggil Wanita Dalam Video Tular

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 205 hits
Polis akan memanggil seorang wanita bagi memberi keterangan berhubung kenyataannya di dalam satu rakaman video kini tular di media yang mendakwa bahawa peningkatan kes Covid 19 di Selangor berpunca daripada pekerja kilang sarung tangan Ketu...
Sistem Kesihatan Indonesia Hampir Lumpur Kes Covid 19 Semakin Naik

Sistem Kesihatan Indonesia Hampir Lumpur Kes Covid 19 Semakin Naik

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 238 hits
AGENDA DAILY Khemah terpaksa didirikan di luar hospital di Indonesia untuk menampung peningkatan jumlah pesakit Covid 19 Gambar AP Presiden Joko Widodo berkata Indonesia kini sedang berdepan dengan situasi luar biasa ketika jangkitan Covid ...
Nilai Semula Risiko Kes Covid 19 Ikut Negeri Daerah

Nilai Semula Risiko Kes Covid 19 Ikut Negeri Daerah

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 234 hits
Mengapa laksana juga PKP di Perlis walhal kes tertinggi di Selangor KUBANG PASU Kerajaan digesa menilai semula risiko penularan COVID 19 mengikut negeri dan daerah bukannya pukul sama rata di seluruh Malaysia Memberi contoh Perlis Yang Dipe...
Nak Buka Parlimen Kes Mencanak Naik Hebat Covid Kat Malaysia Nih

Nak Buka Parlimen Kes Mencanak Naik Hebat Covid Kat Malaysia Nih

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 252 hits
MOHD MUKHLISLagi pecah rekod tuan tuan asal berbunyi parlimen buka kes tiba2 naik Dahlah tu positif rate 9 46 Paling tinggi setakat ini Muhyidin ini sama ada dua aje either dia ini clueless memang tak tahu apa ataupun dia sengaja buat cluel...
Covid 19 57 Kematian Hari Ini Jumlah Kumulatif Kes Lepasi 5 000

Covid 19 57 Kematian Hari Ini Jumlah Kumulatif Kes Lepasi 5 000

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 213 hits
Jumlah kes aktif di seluruh negara kini adalah 61 812 KUALA LUMPUR Sebanyak 57 kematian COVID 19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat pandemik berkenaan di Malaysia mencecah 5 001 orang atau 0 68 peratus daripada ...
Sebanyak 112 Hospital Swasta Rawat Kes Covid 19

Sebanyak 112 Hospital Swasta Rawat Kes Covid 19

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 174 hits
SUARA RAKYAT Virus Covid 19 Sebanyak 112 hospital swasta di seluruh negara memberikan kerjasama dalam pengurusan rawatan kes kes COVID 19 kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba Dalam sidang media selepas melancarkan Laporan Skim Pe...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Asan Lembu The Movie

Wan Ji Najib Dapat Layanan Sangat Istimewa Di Penjara

Potong Ikan Keluar Api

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Subconscious Mind

Doa Doa Dalam Bulan Ramadan Yang Boleh Kita Amalkan

Mangkuk Correle 2024

Diy Toy For Toddler

Peristiwa Nuzul Al Quran Dan Bekalan Air

Swaylin Bechuanka Nuan Chord