Covid 19 Kerajaan Perlu Bertindak Pantas


Home/Nasional

SELURUH negara, bahkan seluruh dunia berdoa semoga kita berjaya mengatasi dugaan yang diturunkan oleh yang Maha Esa ke atas muka bumi ini dengan wabak membunuh COVID-19.

Lapan kematian dengan lebih 1,000 kes di Malaysia adalah satu amaran bahawa kita juga telah termasuk dalam gelombang kedua penularan wabak berkenaan.

Bukan mahu tunjuk pandai atau cuba mengajar mana-mana pihak, tetapi sebagai wartawan yang berada di dalam koridor maklumat, pelbagai infromasi disampaikan minta dihebahkan kepada masyarakat demi kebaikan bersama.

Sebagai wartawan yang beretika dan terlatih saya menapis maklumat yang sampai serta mengelak daripada menyebarkan sesuatu yang bakal menimbulkan rasa panik kepada masyarakat.

Walaupun perkara berkenaan sudah tidak mempunyai makna di dalam kehidupan masa kini apabila maklumat tanpa diperiksa kesahihannya bertebaran di media sosial.

Saya juga cuba menahan diri daripada mengkritik kerajaan yang ada hari ini, kerana mereka juga kerajaan bidan terjun dan lebih malang mereka terjun terus masuk ke dalam bencana biologi yang bukan saja tidak difahami oleh mereka, bahkan oleh hampir seluruh masyarakat dunia.

Sebab itu saya telah mencadangkan krisis ini dikendalikan oleh penjawat awam atau bekas penjawat awam seperti tentera dan polis yang saya kategorikan sebagai patriot yang mempunyai kewibawaan luar biasa bagi mengendalikannya. Mungkin bekas panglima angkatan tentera, atau bekas ketua polis negara.

Bukan orang politik, apatah lagi Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang setakat ini hanya menjadi medan untuk menunjukkan siapa lebih hebat dan lebih pandai.

Apabila orang politik berlebihan campur tangan ia menyebabkan situasi berbeza, apatah lagi negara belum lagi selesai daripada kemelut politik.

Pasti ada pihak yang anti kerajaan hari ini dan merupakan kerajaan terdahulu sangat teruja untuk menunjukkan mereka lebih bijak daripada kerajaan hari ini.

Dan kerajaan hari ini pula sibuk menyalahkan kerajaan sebelumnya kerana gagal menangani dan mengekang wabak daripada menular.

Namun setakat ini cadangan saya telah dilibas oleh telinga gajah dan negeri ini semakin kehilangan kebolehan mendengarnya. Para menteri mewakili parti dan fraksi memalukan diri tampil masing-masing mahu membuat pengumuman.

Cukuplah drama. Perkara sangat penting pada masa ini ialah bagaimana untuk menghadapi gelombang kedua penularan wabak. Segalanya sudah berlaku perhimpunan tabligh telah berlaku.

Menyalahkan mereka dan menyumpah mereka tidak menyelesaikan masalah. Contoh kes pelajar UiTM yang mendapat penyakit berkenaan daripada bapanya yang menghadiri perhimpunan tabligh tempoh hari.

Pelajar itu sempat hadir kelas sebelum semua pusat pengajian tinggi ditutup. Kelas itu juga sempat digunakan oleh para pelajar lain tanpa dinyahkan virus COVID-19.

Kebanyakan pelajar ini pulang ke rumah bersama keluarga berikutan Perintah Kawalan Pergerakan.

Ini baru satu kes kita dapat lihat bagaimana cepatnya ia merebak dalam kadar massa dan sukar dielakkan.

Apa yang perlu dibuat pasa masa ini selain daripada mengetatkan pergerakan rakyat tanpa menafikan hak mereka untuk mendapatkan kemudahan asas, adalah memberi maklumat dan mendidik masyarakat bagi mengelak daripada terkena jangkitan serta mengelak daripada menularkan kepada orang lain.

Difahamkan 95 peratus jemaah tabligh telah membuat pemeriksaan dan hanya sekitar 5 peratus yang belum tampil membuat pemeriksaan. Baki itu adalah kemungkinan pendatang asing yang tidak mempunyai dokumen atau mereka yang degil.

Teruskan menggesa golongan 5 peratus ini tampil membuat pemeriksaan dan melaksanakan kuarantin sendiri selama dua minggu.

Satu perkara lagi yang sangat penting ialah kerjasama pihak kerajaan dengan swasta. Kerjasama ini bukan bermakna pihak kerajaan telah gagal, tetapi ia adalah usaha bersama dalam mengembleng tenaga menentang wabak maut ini.

Hospital kerajaan secara logiknya sedikit hari lagi tidak akan mampu menampung jumlah pesakit COVID-19 yang meningkat setiap hari. Paling kritikal adalah keperluan bilik serta kemudahan ICU.

Dalam situasi ini hospital swasta boleh mengambil para pesakit bukan COVID-19, bagi membolehkan hospital-hospital kerajaan memberi tumpuan sepenuhnya kepada menangani pesakit wabak itu.

Kebanyakan pesakit COVID-19 akan mengalami masalah pernafasan dan tentunya alat bantuan pernafasan tidak akan mencukupi di hospital kerajaan apabila jumlah kes semakin meningkat.

Oleh itu peralatan dari hospital swasta perlu digerakkan segera sebelum keadaan menjadi bertambah buruk dan tidak terkawal.

Jangan terlampau memikirkan kos kerana kita bukan sedang menguruskan perniagaan pada masa ini, kita menguruskan bencana biologi.

Gabungan pengamal perubatan swasta telah mengeluarkan kenyataan bersama bersedia membantu kerajaan sama ada dalam menyediakan peralatan, mahu pun kakitangan. Jadi kerajaan perlu bertindak segera.

Ahli politik yang berada di pihak pembangkang belajar menutup mulut seketika daripada membuat kenyataan yang memburuk keadaan. Ketepikan sebentar perbezaan fahaman politik.

Warga internet atau netizen dinasihatkan tidak menularkan berita palsu dan tidak melayan ahli politik tuli mata dan hati ini.

Biarlah mereka meroyan seorang diri dan akhirnya bila tidak ada like dan share mereka akan mendiamkan diri.

Bagi mereka yang mempunyai hubungan dengan mereka yang berisiko jangkitan COVID-19 perlu jujur mendedahkan maklumat kesihatan peribadi.

Kes di Hospital Laguna Merbok tidak harus berulang. Pesakit yang mahu bersalin hanya memberitahu dia mempunyai tanda-tanda jangkitan COVID-19, hanya selepas di selesai melahirkan anaknya.

Siasatan lanjut telah mengesahkan bahawa wanita itu menetap sekali bersama seorang ahli keluarga yang telah menghadiri perhimpunan tabligh di masjid Sri Petaling di Kuala Lumpur dan telah disahkan positif Covid-19.

Bayangkan dalam keadaan sekarang apa yang berlaku kepada kakitangan hospital berkenaan dan pesakit lain yang berada sama dengannya di dalam bilik bersalin.

Sudahlah kakitangan perubatan tidak mencukupi bagi menangani wabak yang menular. Ramai pula yang akan jatuh sakit.

Yang penting masing-masing mempunyai peranan. Bagi masyarakat patuhilah arahan Perintah Kawalan Pergerakan. Pihak swasta jangan hanya mahu ‘cuci tangan’ bantulah kerajaan dan kerajaan pula perlu bertindak pantas dan tepat.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/03/covid-19-kerajaan-perlu-bertindak-pantas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Menunggu Tindakan Pantas Kerajaan Pn Negara Lain Sudah Bertindak

Rakyat Menunggu Tindakan Pantas Kerajaan Pn Negara Lain Sudah Bertindak

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 287 hits
Antara langkah langkah diambil negara lain untuk melawan Covid Amerika Syarikat semua penerbangan dari Eropah disekat untuk tempoh 30 hari Kuwait mengarahkan penutupan sementara semua masjid warga Kuwait disuruh solat di rumah lafaz azan di...
Covid 19 Bantuan Kakitangan Awam Dan Pesara Kerajaan

Covid 19 Bantuan Kakitangan Awam Dan Pesara Kerajaan

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 358 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan akan memberikan bantuan tunai RM500 secara one off kepada lebih 1 5 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk pekerja kontrak serta 850 000 pesara perkhidmatan awam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ...
Lelaki Baru Balik Umrah Positif Covid 19 Ini Tindakan Tegas Kerajaan Indonesia

Lelaki Baru Balik Umrah Positif Covid 19 Ini Tindakan Tegas Kerajaan Indonesia

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 238 hits
Seorang lelaki Febuari lepas baru pulang dari umrah dan disambut meriah oleh penduduk kampung Ini tindakan tegas kerajaan Indonesia Tak sangka Lelaki Baru Balik Umrah Positif Covid 19 Ini Tindakan Tegas Kerajaan Indonesia
Kit Ujian Pantas Covid 19 Igg Igm

Kit Ujian Pantas Covid 19 Igg Igm

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 200 hits
Oleh Ts Dr Mohd Hamzah B Mohd Nasir Kulliyah Sains Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kampus Kuantan Ramai terkeliru dengan COVID 19 IgG Kit Ujian Pantas IgM Ada juga yang memanggilnya vaksin Untuk menggelakkan kekeliruan kit tersebut b...
Kerajaan Sarawak Membangunkan Gelang Penjejakan Digital Untuk Mengawal Penularan Covid 19

Kerajaan Sarawak Membangunkan Gelang Penjejakan Digital Untuk Mengawal Penularan Covid 19

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 365 hits
Kerajaan Sarawak melalui Sarawak Multimedia Authority telah memperkenalkan gelang penjejakan digital yang menggunakan teknologi imbasan QR untuk menjejak semua orang yang memasuki negeri tersebut dan mengawal penularan wabak COVID 19 Gelang...
Covid 19 Terengganu Sambut Baik Inisiatif Kerajaan Pusat

Covid 19 Terengganu Sambut Baik Inisiatif Kerajaan Pusat

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 228 hits
KUALA TERENGGANU 23 Mac Kerajaan negeri menyambut baik usaha kerajaan pusat dalam memperkenalkan beberapa inisiatif lagi bagi membantu rakyat menghadapi ancaman Covid 19 Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Dakwah dan Penerangan negeri ...
Covid 19 Kerajaan Perlu Dengar Rungutan Stesen Minyak Yang Bakal Tutup Dan Cadangan Untuk Mengatasinya

Covid 19 Kerajaan Perlu Dengar Rungutan Stesen Minyak Yang Bakal Tutup Dan Cadangan Untuk Mengatasinya

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 250 hits
Tuan tuan system ekonomi yang paling canggih dan efisien yang diciptakan Allah swt untuk kebaikan manusia adalah system pasaran bebas atau free market Sepertimana diberi namanya system pasaran bebas atau free market ini hanya boleh wujud da...
Selebriti Korea Derma Berjuta Untuk Covid 19 Netizen Kritik Artis Malaysia Minta Bantuan Kerajaan Pula

Selebriti Korea Derma Berjuta Untuk Covid 19 Netizen Kritik Artis Malaysia Minta Bantuan Kerajaan Pula

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 368 hits
Siapa sangka Perintah Kawalan Pergerakan yang pada awalnya hanya berlangsung selama dua minggu kini telah dipanjangkan lagi sehingga 14 April kerana penularan COVID 19 yang kian meneruk Selepas pengumuman ini keluhan rakyat dapat didengari ...
Covid 19 Masa Untuk Kerajaan Belanjakan Simpanan Pakar Ekonomi

Covid 19 Masa Untuk Kerajaan Belanjakan Simpanan Pakar Ekonomi

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 229 hits
Kerajaan Malaysia wajar menggunakan simpanannya untuk suntikan ekonomi pada saat kecemasan diserang wabak Covid 19 Demikian pendapat penasihat ekonomi bekas PM Dr Mahathir Mohamad yang mencadangkan pakej rangsangan ekonomi lebih besar dilak...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025