Covid 19 Kerajaan Pahang Jamin Kemudahan Kesihatan Masih Terkawal


Oleh KHAIRULMIZAN YAHYA WAN Rosdy Wan Ismail (duduk) dan Abd. Jalil Hassan (dua kiri) serta pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan barisan pemimpin kerajaan negeri ketika melawat SJR di Tanjung Lumpur, di Kuantan, Pahang. UTUSAN/KHAIRULMIZAN YAHYAKUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang memberi jaminan kemudahan kesihatan sedia ada di negeri ini masih mampu menampung peningkatan kes jangkitan pandemik Covid-19 setakat ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kes jangkitan Covid-19 bukan sahaja meningkat di negeri ini malah membabitkan seluruh negara namun kerajaan negeri memberi jaminan ia masih dalam kawalan.
“Kita buat sehabis baik dan mereka semua (petugas kesihatan) telah bersedia untuk memberi perkhidmatan sebab ini (peningkatan kes) masih dalam kawalan malah ia boleh diuruskan dengan baik.
“Sebab itu kita tidak mahu keadaan menjadi lebih parah seperti yang berlaku di luar negara, jadi sementara masih dalam kawalan lebih baik kita ambil tindakan awal,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Tanjung Lumpur dekat sini hari ini
Yang turut hadir Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak dan Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali.
Sehingga semalam, Pahang merekodkan 63 kes positif baharu membabitkan 18 kes dari Kluster Tanah Putih; dua kes Kluster Mahkota Height; satu kes Kluster Indera Mahkota 2; sebanyak 29 kes hasil saringan kontak rapat; lapan kes saringan bergejala; empat kes saringan bersasar dari kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan satu kes saringan pekerjaan.
Sementara itu, mengulas rungutan orang awam tentang lokasi sekatan jalan raya dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pahang, Wan Rosdy berkata, pemilihan dibuat selepas kajian teliti dilakukan polis.
“Lokasi sekatan jalan raya ini diputuskan selepas kajian dibuat… memang tidak dinafikan apabila ada sekatan jalan raya, pergerakan orang ramai sedikit terganggu dan inilah tujuan utama kita buat PKP, untuk mengurangkan pergerakan orang ramai.
“Kalau tidak ada sekatan jalan raya dan semua bebas ke sana ke sini, maknanya kita tidak akan berjaya mengurangkan risiko penularan wabak Covid-19 dan akhirnya menyusahkan semua pihak.
“Saya fikir semua ini (sekatan jalan raya) hanyalah bersifat sementara dan apabila kita sudah berjaya mengawal (penyebaran) wabak Covid-19, sudah pasti kita akan dapat bergerak dengan lebih selesa dan selamat,” katanya. – UTUSAN ONLINE
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/covid-19-kerajaan-pahang-jamin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkp 3 0 Tanda Kerajaan Gagal Kawal Covid 19 Kata Bekas Menteri Kesihatan

Pkp 3 0 Tanda Kerajaan Gagal Kawal Covid 19 Kata Bekas Menteri Kesihatan

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 330 hits
May 13 2021 Dzulkefly Ahmad berkata kegagalan kerajaan menguruskan PKP 2 0 menyebabkan rakyat terpaksa menempuh PKP 3 0 kerana itu saja cara mudah untuk membendung penularan Covid 19 PETALING JAYA Bekas menteri kesihatan Dzulkefly Ahmad mem...
Covid Masih Tak Kurang Kerajaan Gagal Lagi

Covid Masih Tak Kurang Kerajaan Gagal Lagi

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 317 hits
PM dan menteri menteri Kerajaan Tebuk Atap kata DARURAT dan tutup parlimen akan kurangkan kes COVID 19 Masa DARURAT mula dilaksanakan bermula 2 232 kes baharu sehari Tapi slps 4 bulan lebih DARURAT dilaksanakan kenapa kes makin teruk melonj...
Wan Rosdy Fasiliti Kesihatan Di Pahang Masih Mencukupi Belum Cecah Ke Tahap Maksimum

Wan Rosdy Fasiliti Kesihatan Di Pahang Masih Mencukupi Belum Cecah Ke Tahap Maksimum

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 408 hits
KUANTAN Kerajaan negeri memberi jaminan semua kemudahan kesihatan di Pahang masih mempunyai kemampuan untuk menangani peningkatan kes Covid 19 yang dilaporkan sejak minggu lalu Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata setakat i...
Covid 19 After Genting Trip Health Director Says Pahang Side Resolved

Covid 19 After Genting Trip Health Director Says Pahang Side Resolved

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 319 hits
Pahang Health director Dr Bahari Che Awang Ngah said authorities could not pinpoint whether workers in Genting Highlands or visitors were responsible for a Covid 19 cluster linked to a tour group that had also spread in Kedah However he sai...
Covid 19 Lhdn Tutup Pejabat Cawangan Terengganu Pahang Untuk Santasi

Covid 19 Lhdn Tutup Pejabat Cawangan Terengganu Pahang Untuk Santasi

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 331 hits
Lembaga Hasil Dalam Negeri menutup sementara beberapa pejabat dan cawangannya di Terengganu dan Pahang bagi tujuan sanitasi KUALA LUMPUR Lembaga Hasil Dalam Negeri menutup sementara beberapa pejabat dan cawangannya di Terengganu dan Pahang ...
Pengarah Kesihatan Kongsi Kisah Bagaimana Covid 19 Menular Di T Ganu

Pengarah Kesihatan Kongsi Kisah Bagaimana Covid 19 Menular Di T Ganu

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 239 hits
MalaysiakiniDalam tempoh lima hari sepanjang minggu lalu Terengganu merekodkan kes baru Covid 19 sebanyak tiga angka selain mencatatkan antara kadar kebolehjangitan tertinggi di Malaysia Bagi Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azim...
Covid 19 Mula Mengugat Kerajaan

Covid 19 Mula Mengugat Kerajaan

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 330 hits
Sehingga 3 Mei 2021 kes positif COVID 19 yang direkodkan di seluruh dunia telah melonjak kepada 152 juta kes dengan angka kematian melebihi 3 2 juta Amerika Syarikat kekal melaporkan kes tertinggi di dunia diikuti oleh India dan Brazil Keba...
Berang Tin Minuman Keras Hilang Anak Tamatkan Riwayat Bapa

Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

The 1928 Banana Massacre When White Gold Met State Violence

Riena Diana Dah Pilih Nama Islam Untuk Keith Foo

Kemaskini Mengenai Pasaran Saham As Pada 4 Julai

Artis Malaysia Dikurniakan Semua Anak Perempuan

Kenali Kanser Tiroid Simptom Rawatan Dan Harapan Sembuh Yang Ramai Tak Tahu

Jangan Takut Kepada Kegagalan Jangan Diragut Kebahagiaan Orang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Six9game 16 May Six9game Top 27 By Kazuko

Bar4game 9 Bar4game Top 46 By Gabriela

Sambal Ubi Kentang Dan Ikan Bilis Dan Bab Langkah Kecemasan

Melawat Kebun

Undang Undang Rimba Tarik Kereta Sinar Harian 05 07 2025

Bot Karam Di Belawai 5 Lagi Mangsa Ditemui Hari Ini