Covid 19 Is Real Saya Antara Yang Tidak Percaya Sering Ke Sana Sini Tanpa Takut Shuib


Shuib: 'Saya tersentak, Siti Sarah belum divaksin'


PELAWAK Shuib Sepahtu mengaku dia merupakan antara orang yang tidak begitu percaya dengan keseriusan ancaman COVID-19 dan sering keluar rumah tanpa rasa takut akan dijangkiti virus tersebut.

Selain isterinya yang belum divaksin, Shuib mengakui atas sikapnya yang tidak memberi perhatian serius kepada penjagaan kesihatan menjadi antara penyebab isterinya diserang teruk oleh virus tersebut setelah dijangkiti.

Shuib berkata, pemergian isterinya, Siti Sarah Raisuddin banyak membawa pengajaran dan hikmah kepadanya, antaranya soal pengambilan vaksin serta kesihatan yang tidak dipedulikannya sebelum ini.

“Isteri saya belum divaksin… paru-paru dia almost penuh dengan virus COVID-19 sehingga menyebabkan sukar untuk proses oksigen dan organ badan dia tidak dapat berfungsi dengan baik. Doktor beritahu jika sudah ambil mungkin ia tidak akan seteruk ini.

“Ada nurse minta saya sampaikan agar dapat sedarkan rakyat Malaysia tentang (kepentingan) vaksin. COVID-19 ni bukan main-main.

“Kalau berpeluang ambil vaksin, pergilah ambil vaksin. Kematian akibat COVID-19 berlaku hari-hari. Apabila dah jadi macam ini, there is no u-turn,” katanya Ketika mengadakan Instagram live petang tadi.

“Saya tersentak sebab isteri belum divaksin. Wallahi, pada fikiran saya, isteri boleh kembali sihat dan sembuh, saya cukup yakin.

“Tapi bila berkomunikasi dengan doktor, dia kata paru-paru isteri awak penuh dengan COVID-19, ia tak boleh berfungsi. Di sinilah vaksin sepatutnya memainkan peranan,” katanya.

Katanya, COVID-19 ‘is real’ malah dia juga sebelum ini antara insan yang tidak pernah percaya mengenai kewujudan wabak berkenaan.

“Jika berpeluang untuk ambil vaksin, ambillah. Di saat kematian kita hadapi hari-hari. Kalau COVID-19 nak terjadi, sekelip mata ia boleh berlaku.

“Dulu saya tak berapa nak percaya, tapi bila dah kena batang hidung.

“Saya juga pernah bergaduh dengan isteri sebab tak takut keluar ke sana sini untuk berjumpa kawan atas urusan kerja. Dia ada beritahu risau jika terkena wabak,” katanya.

Siti Sarah meninggal dunia menjelang subuh hari ini selepas beberapa hari bertarung nyawa akibat COVID-19.

Dalam sesi tersebut, Shuib turut memberitahu, keluarga mereka dipercayai dijangkiti virus tersebut dari pembantu rumahnya yang meninggal dunia baru-baru ini.

Katanya, pembantu rumahnya dijangkiti virus tersebut selepas bersalaman dengan seorang rakan ketika keluar membuang sampah.

Tambah Shuib, masyarakat perlu menjaga kesihatan dan jangan sesekali sayangkan duit terutama ketika situasi COVID-19 yang sedang mengganas di negara ini ketika ini.

“Saat di dalam ambulan, saya terfikir nak bawa isteri ke hospital swasta, tapi tak berpeluang sebab penuh. Masa tu memang terdetik, duit banyak mana pun tak akan boleh sihatkan isteri saya.

“Jika banyak duit, jagalah kesihatan, amalkan vitamin untuk kuatkan sistem imun kita. Kalau tak ada duit amalkan pemakanan sihat, dan beli oximeter… tolong jangan sayang duit.

“Saya orang yang memang tak jaga kesihatan, saya jarang makan vitamin. Dengan sekarang ada pelbagai jenis COVID-19 termasuk Varian Delta, kalau terkena terkena tak boleh berpatah balik,” katanya.

Menurutnya, jika seseorang telah terkena COVID-19, alat oximeter akan membantu menentukan tahap oksigen dalam badan seseorang yang menjadi penandata keseriusan penyakit itu.

“JIka bacaan tahap oksigen itu di bawah 95, cepat-cepatlah ke hospital, jangan tangguh-tangguh seperti saya yang mana tahap oksigen Siti Sarah pernah turun sampai 93,94,” katanya.

Selain itu, Shuib turut berkongsi detik ketika dia menyampaikan khabar sedih tentang kematian Siti Sarah kepada tiga anaknya sebaik sahaja dia pulang ke rumah selepas pengebumian arwah isterinya.

Kata, Shuib ia menjadi saat paling sukar untuknya sehingga mengambil masa yang agak lama bagi menjelaskan kepada anak-anaknya itu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/covid-19-is-realsaya-antara-yang-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Shuib Siti Sarah Yang Sedang Sarat Hamil Bersama Anak Anak Didapati Positif Covid 19

Shuib Siti Sarah Yang Sedang Sarat Hamil Bersama Anak Anak Didapati Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 299 hits
7Penyanyi dan usahawan Siti Sarah Raissuddin memaklumkan bahawa dia dan suami yang juga pelawak dan ahli perniagaan Shuib serta anak anaknya disahkan dijangkiti covid 19 Menerusi entri di Instagram miliknya sebentar tadi Siti Sarah berkata ...
Sebelumnya Percaya Teori Konspirasi Covid 19 Pasien Ini Anjurkan Orang Mau Divaksin

Sebelumnya Percaya Teori Konspirasi Covid 19 Pasien Ini Anjurkan Orang Mau Divaksin

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 179 hits
Seseorang yang tidak percaya Covid 19 dirawat karena terinfeksi penyakit tersebut mendesak orang orang agar divaksinasi
Saya Tak Takut Berdepan Usul Undi Percaya Kata Pm

Saya Tak Takut Berdepan Usul Undi Percaya Kata Pm

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 249 hits
AGENDA DAILY Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin beramah mesra dengan penduduk di Pagoh semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak takut atau bimbang berdepan usul undi percaya kepadanya pada sidang Dewan Rak...
Hiburan Shuib Fobia Abang Siti Sarah Dijangkiti Covid 19 Paras Oksigen Menurun

Hiburan Shuib Fobia Abang Siti Sarah Dijangkiti Covid 19 Paras Oksigen Menurun

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 289 hits
Belum reda luka di hati mengenangkan pemergian isteri tercinta Shuib mengakui dirinya berasa sedikit fobia apabila abang kepada Allahyarhamah Siti Sarah pula dijangkiti COVID 19 ShuiARTIKEL BERKAITAN AdvertisementJelas Shuib abang iparnya i...
Seluruh Paru Paru Siti Sarah Dipenuhi Virus Covid 19 Shuib

Seluruh Paru Paru Siti Sarah Dipenuhi Virus Covid 19 Shuib

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 355 hits
Shuib kelihatan sedih selepas selesai menguruskan pengkebumian jenazah isterinya penyanyi Siti Sarah Raisuddin di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu Gombak Kuala Lumpur Pelawak Shuib menasihatkan masyarakat supaya mengambil serius m...
19 Bayi Antara 1 166 Kes Covid 19 Baharu Di Sabah

19 Bayi Antara 1 166 Kes Covid 19 Baharu Di Sabah

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 292 hits
Masidi berkata secara keseluruhan 89 kanak kanak dijangkiti COVID 19 termasuk 19 bayi berusia bawah setahun Gambar hiasan KOTA KINABALU Sabah mencatatkan pertambahan 1 166 kes COVID 19 baharu hari ini termasuk 19 bayi berusia bawah setahun ...
Abang Almarhumah Siti Sarah Positif Covid 19 Tahap Oksigen Menurun Shuib Mohon Didoakan

Abang Almarhumah Siti Sarah Positif Covid 19 Tahap Oksigen Menurun Shuib Mohon Didoakan

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 366 hits
Belum pun reda rasa kesedihan dihati Shuib sekeluarga kini berdepan pula dengan ujian yang menimpa pada abang iparnya iaitu Ahmad Firdous Raissuddin yang telah dimasukkan ke Hospital Serdang Selangor akibat positif Covid 19
Arwah Minta Saya Uruskan Ayash Buat Susu Tukar Lampin Berjaga Tengah Malam Shuib Lega Ayash Negatif Covid 19

Arwah Minta Saya Uruskan Ayash Buat Susu Tukar Lampin Berjaga Tengah Malam Shuib Lega Ayash Negatif Covid 19

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 392 hits
Satu kelegaan pastinya buat Shuib sekeluarga bila mana doktor mengesahkan bayi keempatnya yang dilahirkan ibunya allahyarhamah Siti Sarah pada Jumaat lalu disahkan negatif Covid 19 Kata Shuib selepas dua kali melakukan ujian calitan bayi ke...
Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Zakir Naik Speaks English At Perlis Sunnah Convention

As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient

Selamat Datang 2025

Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu