Arwah Minta Saya Uruskan Ayash Buat Susu Tukar Lampin Berjaga Tengah Malam Shuib Lega Ayash Negatif Covid 19


Satu kelegaan pastinya buat Shuib sekeluarga bila mana doktor mengesahkan bayi keempatnya yang dilahirkan ibunya, allahyarhamah Siti Sarah pada Jumaat lalu disahkan negatif Covid-19.
Kata Shuib, selepas dua kali melakukan ujian calitan, bayi keempatnya, Ayash Affan disahkan negatif. Namun kata Shuib, anak kecilnya itu perlu berdepan sekali lagi ujian calitan.
Malah kata Shuib lagi, hospital memberi tempoh sebulan bagi membenarkan Ayash dibawa pulang ke rumah.

“Sepatutnya saya melawat Ayash, hari ini (semalam). Anak-anak asyik bertanyakan mengenai adiknya. Namun, saya tangguhkan dahulu atas saranan doktor bagi mengelakkan jangkitan COVID-19.
“Alhamdulillah, bayi dalam keadaan stabil, malah sudah menjalani ujian saringan COVID-19 sebanyak dua kali dan keputusannya adalah negatif.
“Doakan semoga ujian calitan kali ketiga negatif juga. Insya-Allah, Ayash akan dibenarkan pulang dalam tempoh sebulan jika kesihatannya baik,” kata Shuib berkongsi ketika majlis bacaan Yassin dan tahlil buat arwah isterinya.

Doktor saran bekalan susu 
Selepas segalanya selesai, kata bapa empat anak ini dia sudah mula memikirkan akan tanggungjawabnya membesarkan anak-anak, lebih-lebih lagi menguruskan bayi kecilnya, Ayash Affan.

“Tidak dinafikan, banyak perkara yang bermain dalam fikiran. Sebagai contoh, saya nak cari jubah untuk anak-anak pun kelam kabut hingga terpanggil nama pembantu rumah yang sudah meninggal dunia.
“Itu belum lagi soal Ayash. Saya baru terfikir bagaimana nak menguruskannya, hari ini. Doktor menyarankan saya membekalkan susu daripada ibu susuan.

“Ayash hanya bergantung dengan susu formula sejak dilahirkan. Perkara inilah membuatkan saya termenung sejenak bagaimana mahu menyelesaikan masalah ini.
“Walaupun ada yang menawarkan diri memberikan susu ibu, tetapi saya terpaksa memikirkannya apabila membabitkan soal hukum agama,” katanya selepas majlis tahlil dan bacaan Yassin secara virtual, malam tadi.

Sarah tinggalkan amanat jaga Ayash
Seakan tahu pemergiannya, arwah Sarah rupanya sudah meninggalkan beberapa amanat termasuklah menjaga anak keempat mereka. Shuib berkata, dia teringat permintaan arwah yang mahunya menjaga anak keempat ini.
“Arwah minta saya menguruskan Ayash buat susu, tukar lampin dan berjaga tengah malam.
“Saya terfikir arwah mesti bantu jika saya tidak boleh bangun. Namun, sebenarnya, arwah memang nak saya jaga Ayash seorang diri apabila meninggalkan saya dan anak-anak.
“Jadi, saya kena berusaha mencari jalan penyelesaian. Saya akan merujuk kepada ustaz berhubung ibu susuan,” katanya.

Hospital memberi tempoh sebulan sebelum membenarkan Shuib membawa pulang bayi pramatang, Ayyash pulang ke rumah.
Dalam pada buntu memikirkan soal menguruskan anak-anak sebagai bapa tunggal, bekas penyampai radio Hot FM itu bersyukur mempunyai ahli keluarga dan rakan artis yang menawarkan bantuan.
Selain Ayash, Shuib dan Sarah dikurniakan tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.
Menarik: Ibu Bukan Milik Kita, Bukan Milik Daddy, Walau Dalam Tangis, Tiga Anak Shuib Reda Pemergian Ibu

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sumber: Berita Harian Online
The post “Arwah Minta Saya Uruskan Ayash Buat Susu, Tukar Lampin & Berjaga Tengah Malam” Shuib Lega Ayash Negatif Covid-19! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/arwah-minta-saya-uruskan-ayash-buat-susu-tukar-lampin-berjaga-tengah-malam-shuib-lega-ayash-negatif-covid-19/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Shuib Risau Fikir Susu Untuk Ayash Ramai Tawar Diri Jadi Ibu Susuan Termasuk Syatilla Melvin

Shuib Risau Fikir Susu Untuk Ayash Ramai Tawar Diri Jadi Ibu Susuan Termasuk Syatilla Melvin

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 242 hits
Pelawak Shuib Sepahtu menyatakan rasa bimbang apabila memikirkan soal susu ibu untuk bayinya yang masih dalam pemantauan di Pusat Perubatan Kebangsaan Malaysia Menurutnya Asyah kini hanya minum susu tepung sepenuhnya dan doktor ada meminta ...
Ibu Datang Balik Rumah Bawa Ayash Tapi Diam Anak Ke 3 Shuib Mimpi Arwah Ibunya

Ibu Datang Balik Rumah Bawa Ayash Tapi Diam Anak Ke 3 Shuib Mimpi Arwah Ibunya

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 513 hits
Ibu datang balik rumah bawa Ayash Itu antara cerita dari mulut anak ketiga Allahyarham Siti Sarah Raissuddin iaitu Ariq Matin yang berusia enam tahun Menurut bapanya yang juga pelawak Shuib Sepahtu hal itu dikongsikan saat dia sedang memand...
Ramai Nak Beri Susu Ibu Untuk Ayash Affan Termasuk Syatilla Shuib Rujuk Ustaz

Ramai Nak Beri Susu Ibu Untuk Ayash Affan Termasuk Syatilla Shuib Rujuk Ustaz

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 407 hits
ANAK keempat Shuib dan Siti Sarah Ayash Affan yang dilahirkan pada Isnin lalu dilaporkan stabil
Kalau Baby Balik Rumah Dia Nak Minum Susu Apa Shuib Akui Syatilla Melvin Tawar Bantuan

Kalau Baby Balik Rumah Dia Nak Minum Susu Apa Shuib Akui Syatilla Melvin Tawar Bantuan

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 328 hits
Pastinya pemergian isteri tercinta kepada pelakon dan pelawak Shuib Allahyrhamah Siti Sarah Raissuddin cukup memberikan kesan yang begitu mendalam buat dirinya Lebih lebih lagi bila mengenangkan anak keempatnya Ayash Affan yang masih dalam ...
Siti Sarah Namakan Anak Ayash Affan Shuib

Siti Sarah Namakan Anak Ayash Affan Shuib

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 504 hits
SHUIB bercerita tentang nama pilihan Siti Sarah untuk anak keempat mereka Ayash Affan malam tadi S PETALING JAYA Dilahirkan dua bulan awal bahkan dua bulan juga mungkin akan terus berjuang bayi lelaki Siti Sarah yang terpaksa dilahirkan sec...
Hiburan Terima Ribuan Mesej Minta Bantuan Zara Zya Fokus Sumbangan Susu Dan Lampin Pakai Buang

Hiburan Terima Ribuan Mesej Minta Bantuan Zara Zya Fokus Sumbangan Susu Dan Lampin Pakai Buang

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 301 hits
Pelakon Zara Zya memaklumkan bahawa dia menerima ribuan mesej memohon bantuan akibat kesempitan hidup gara gara terkesan dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan kali ini ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementZara atau nama sebenarnya Zainu...
Selesaikan Isu Covid 19 Jangan Sibuk Nak Tukar Kerajaan Kata Tkm Sabah

Selesaikan Isu Covid 19 Jangan Sibuk Nak Tukar Kerajaan Kata Tkm Sabah

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 354 hits
Selesaikan isu Covid 19 jangan sibuk nak tukar kerajaan kata TKM Sabah Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 4 Aug
Cara Tukar Lampin Bayi Perempuan Tak Sama Dengan Bayi Lelaki Ibu Ayah Wajib Tahu Elak Jangkitan Kuman Pada Bayi

Cara Tukar Lampin Bayi Perempuan Tak Sama Dengan Bayi Lelaki Ibu Ayah Wajib Tahu Elak Jangkitan Kuman Pada Bayi

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 279 hits
Setiap kali nak pakaikan si manja lampin bayi tentu rasa risau takut mereka mengalami ruam Jangan bimbang ada petua untuk penjagaan kulit dan napkin baby yang boleh dicuba Penjagaan kulit dan lampin bayi Tiada siapa boleh menafikan kegembir...
Ayash Dah Buka Mata Mula Menendang Shuib

Ayash Dah Buka Mata Mula Menendang Shuib

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 200 hits
Tangkap layar hantaran terkini Shuib menerusi InstaStorynya PETALING JAYA Pelawak dan juga usahawan Shuib memaklumkan perkembangan terkini anak bongsunya Ayash Affan yang terpaksa dilahirkan secara pramatang semalam mula menunjukkan respons...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life