Covid 19 Dorong Pendigitalan Industri Logistik Bagi Memenuhi Permintaan


Pandemik COVID-19 telah mendorong industri logistik untuk menilai semula dan menyusun semula strategi operasi mereka ke arah pendigitalan.
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkata langkah itu telah meningkatkan produktiviti dan aliran perniagaan, yang menjadi asas kepada kemampanan perniagaan.
Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), industri logistik — terutamanya perkhidmatan e-dagang dan e-penunaian — dinyatakan sebagai perkhidmatan penting dan dibenarkan beroperasi.
MIDA berkata ini merupakan langkah penting berikutan pengguna telah beralih kepada platform dalam talian untuk membeli-belah semasa PKP.
Barangan, terutamanya penghantaran makanan dan barangan runcit, mendapat permintaan tinggi.
“Ini mewujudkan banyak peluang perniagaan, dan sebahagian perniagaan menyesuaikan dengan segera mendigitalkan operasi mereka untuk memanfaatkan persekitaran perniagaan baharu,” menurut agensi itu dalam Buletin Jun yang dikeluarkan hari ini.
Agensi itu berkata antara syarikat perkhidmatan kurier Malaysia, GD Express Sdn Bhd (GDEX) menjadi contoh yang baik bagaimana penggiat industri telah beralih kepada pendigitalan untuk menghadapi iklim perniagaan semasa.
MIDA berkata sebelum PKP, syarikat telah melaksanakan teknologi seperti Antaramuka Pengaturcaraan Aplikasi untuk pelanggannya yang lebih celik teknologi seperti Lazada.
Bagaimanapun, dengan sekatan pergerakan dan garis panduan bekerja dari rumah dilaksanakan, GDEX memperkenalkan program yang menggalakkan lebih ramai pelanggannya, terutamanya mereka yang beroperasi secara tradisional, untuk menggunakan platform digital sebagai sebahagian daripada model perniagaan mereka untuk mengurangkan gangguan perkhidmatan dan meningkatkan kecekapan.
Pada April 2020, jumlah penghantaran barangan GDEX telah meningkat tujuh kali ganda, dan jumlah itu meningkat lagi pada Mei.
Berdasarkan peranan teknologi yang penting semasa pandemik, MIDA berkata syarikat logistik perlu menyedari mengenai kepentingan kemajuan dan penggunaan teknologi.
“Ini sejajar dengan permintaan yang meningkat untuk lebih banyak perkhidmatan, penghantaran yang lebih cepat dan murah, serta perdagangan global yang tidak menentu,” katanya.
MIDA juga berkata negara perlu memastikan pihak berkepentingan industri berada di barisan hadapan untuk penggunaan teknologi ke arah pemulihan yang kukuh.
Bagi menyediakan penyedia perkhidmatan logistik tempatan kepada peralihan ke arah teknologi Revolusi Perindustrian Keempat seperti Internet of Things, Data Raya dan pendigitalan, MIDA memperkenalkan pelbagai inisiatif pemudahan, termasuk geran.
Selain itu, pembukaan semula sektor ekonomi secara berperingkat dan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek negara meletakkan asas untuk memulihkan ekonomi Malaysia, mengekalkan pekerjaan dan memberi pelabur — terutamanya yang berada dalam industri logistik — keyakinan untuk terus melabur di negara ini, katanya.
— BERNAMA
The post COVID-19 dorong pendigitalan industri logistik bagi memenuhi permintaan appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/16/covid-19-dorong-pendigitalan-industri-logistik-bagi-memenuhi-permintaan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Uk S Sunak To Map Out Next Moves In Covid 19 Recovery Plan

Uk S Sunak To Map Out Next Moves In Covid 19 Recovery Plan

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 213 hits
British finance minister Rishi Sunak will announce on Wednesday his next moves to prevent a wave of job cuts from snowballing into a full blown unemployment crisis in the world s sixth biggest economy Sunak is already on course to take Brit...
Covid 19 Brazil S President Bolsonaro Tests Positive

Covid 19 Brazil S President Bolsonaro Tests Positive

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 223 hits
He took the test his fourth on Monday after developing symptoms including a high temperature Mr Bolsonaro has repeatedly played down risks of what he has called the little flu saying he would not be seriously affected He has opposed lockdow...
Kluster Terbesar Covid 19 Malaysia Di Masjid Sri Petaling Tamat

Kluster Terbesar Covid 19 Malaysia Di Masjid Sri Petaling Tamat

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 353 hits
Akhirnya secara rasmi diisytiharkan kluster terbesar di negara kita iaitu Kluster Perhimpunan di Masjid Seri Petaling telah tamat pengawasan hari ini setelah tiada kes baru dilaporkan dlm tempoh 28 hari Tahniah dan terima kasih kpd semua Al...
Sarawak Now Covid 19 Green Zone State

Sarawak Now Covid 19 Green Zone State

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 250 hits
Teachers returning to the state must fill in the e health declaration forms and will be subjected to random Covid 19 tests upon arrival at airports KUCHING Sarawak disaster management committee chairman Douglas Uggah Embas today announced t...
Covid 19 Satu Kes Import Dari Sudan Di Selangor

Covid 19 Satu Kes Import Dari Sudan Di Selangor

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 259 hits
SHAH ALAM 8 JULAI Hanya satu kes dilaporkan di Selangor hari ini membabitkan kes import dari Sudan menurut data Bilik Gerakan Covid 19 Selangor Penambahan itu menjadikan keseluruhan sebanyak 2 066 kes dengan lapan kes aktif manakala kematia...
Ibu Hamil Yang Disahkan Positif Covid 19 Berjaya Lahirkan Bayi Kembar 3 Sihat Comel

Ibu Hamil Yang Disahkan Positif Covid 19 Berjaya Lahirkan Bayi Kembar 3 Sihat Comel

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 488 hits
Seorang wanita di Houston Texas selamat melahirkan bayi kembar tiga yang comel dan sihat selepas dia sendiri bertarung nyawa akibat COVID 19 Menurut Women s Hospital of Texas Pada 8 mei lalu Maggie yang ketika itu hamil 28 minggu perlu dima...
Covid 19 Tiada Kes Penularan Tempatan Kluster Perhimpunan Sri Petaling Diisytihar Tamat

Covid 19 Tiada Kes Penularan Tempatan Kluster Perhimpunan Sri Petaling Diisytihar Tamat

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 288 hits
Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia melakukan persiapan sebelum melakukan saringan ke atas penduduk susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan berikutan penularan Covid 19 ketika tinjauan Malaysia Gazette di sekitar kawasan Jalan ...
Sebaran Kasus Covid 19 Rabu 8 Juli

Sebaran Kasus Covid 19 Rabu 8 Juli

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 184 hits
Berdasarkan data Kementerian Kesehatan penambahan kasus tertinggi terjadi di Jawa Timur yakni 366 Kini Jawa Timur menjadi daerah dengan kasus virus corona terbanyak di Indonesia Total ada 14 967 pasien yang dikonfirmasi positif terinfeksi c...
New Covid 19 Cases Four Imported Two From Workplace Screening

New Covid 19 Cases Four Imported Two From Workplace Screening

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 276 hits
CORONAVIRUS Malaysia today recorded six new Covid 19 cases four of which were imported and two from local transmissions Health Ministry director general Dr Noor Hisham Abdullah said all six cases involved Malaysians The two local transmissi...
Anwar Has Become Inspector Saab Pas Info Chief Says

Photo Goes Viral Ministers Deputies Missing From Dewan Rakyat

Where Will Our Money Come From If We Don T Tax The Rich Anwar Says Tnb Tariff Hike Won T Affect 85pc Of Malaysians

Isteri Bolot Duit Jual Buah Pinggang Suami Lari Dengan Kekasih

Cybersecurity For Small Businesses

Gluten Pengertian Bahaya Kesihatan Dan Panduan Diet Bebas Gluten

Eco Friendly Housing How Wellcamp S Prefab Homes Reduce Environmental Impact

Padi Farmers Welcome New Padi Floor Price Announcement


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Buasir Otak Tv Mak Apa Paling Susah Be Like

10 Kereta Elektrik Terbaik Tahun 2025

Usia 40an 50an Masa Untuk Berubah Demi Ketenangan Hidup

Teknik Brain Dump Untuk Pengurusan Minda

Avoiding Unnecessary Pressure In Your Life

Resepi Kek Pilih Kasih