Enam Teori Konspirasi Langkah Sheraton



GENAP tempoh seminggu pelantikan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan hari ini, cakap-cakap politik dalam kalangan rakyat jelata masih jelas kedengaran di kedai kopi dan media sosial.

Walaupun mereka mendakwa muak dan jelik menyaksikan gelagat 222 ahli Parlimen bercakaran sesama sendiri, sehingga hilang prinsip perjuangan politik masing-masing dek kerakusan mencatur strategi meraih kuasa sejak dua minggu lalu, sembang politik sehingga kini masih menjadi modal utama rakyat berinteraksi.

Secara logiknya, polemik peralihan kerajaan melalui 'Langkah Sheraton' sehingga terbentuk jajaran konfigurasi pakatan politik baharu dipanggil Perikatan Nasional pada 1 Mac lalu sebenarnya baharu di peringkat permulaan dan bukan pengakhiran.

Jadi tidak hairan setiap rakyat di seluruh peringkat umur, masing-masing kini berubah profesion menjadi penganalisis politik 'mi segera' bagi meramal nasib kerajaan baharu dan Pakatan Harapan (PH) pada masa hadapan.

Masing-masing cuba menjadi cerdik pandai dengan mendedahkan pelbagai teori konspirasi membawa keruntuhan kerajaan PH pada 24 Februari lalu, namun hakikat sebenar masih samar.

Di sebalik teka-teki sama ada kerajaan Perikatan Nasional mampu bertahan sehingga penghujung penggal pentadbiran berbaki tiga tahun atau PH yang kini diketuai semula bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mampu kembali bangkit, faktor sebenar membawa kepada keruntuhan kerajaan PH masih kekal menjadi misteri.

Bak kata seorang bekas menteri PH dari Perak sewaktu ditemui penulis minggu ini, beliau mengakui hairan dengan tindak-tanduk Dr Mahathir pada saat 'Langkah Sheraton' digerakkan oleh pihak tertentu.

Kebingungan menteri PH itu sebenarnya bukan dirasai beliau seorang, bahkan oleh seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat dunia.

Melalui 'Langkah Sheraton', Dr Mahathir, seorang tokoh politik bertaraf dunia yang sememangnya terkenal dengan strategi politik licik dan luar biasa, dilihat seolah-olah menjadi bayang-bayang kepada reputasinya sendiri sebagai pemimpin berhati kering.

Bahkan stesen penyiaran berita antarabangsa, Al-Jazeera dalam satu wawancara secara langsung bersama Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini turut mengutarakan persoalan berkenaan.

Lebih-lebih lagi, dakwaan Dr Mahathir dikhianati Muhyiddin, pemimpin yang bukan dilihat bercita-cita tinggi seperti bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein waima Presiden UMNO sendiri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekalipun, dilihat sangat meragukan.

Sehingga saat artikel ini ditulis, Sinar Harian sudah mengenal pasti sekurang-kurangnya enam teori konspirasi yang dikaitkan dengan usaha menjayakan 'Langkah Sheraton' sehingga tertubuhnya kerajaan Perikatan Nasional:

1) Mohamed Azmin, Hishammuddin pencetus gerakan

Teori ini didedahkan oleh portal pembocor maklumat, Sarawak Report dan kepimpinan PKR pro Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila nama Mohamed Azmin disebut-sebut sebagai penggerak utama.

Mohamed Azmin yang sememangnya sudah tidak sehaluan dengan Anwar dikatakan berjaya meraih tandatangan akuan bersumpah (SD) lebih 130 ahli Parlimen dari parti UMNO, Pas, Bersatu dan PKR.

Langkah itu bertujuan asal mengekalkan kepimpinan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal pentadbiran PH.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR, Datuk Mohamad Ezam Mohd Noor dalam satu kenyataan turut mendakwa Hishammuddin diperalatkan Mohamed Azmin bagi meraih sokongan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Perlu diingat, 'Langkah Sheraton' sendiri juga diambil nama bersempena inisiatif Mohamed Azmin bersama 10 bekas ahli Parlimen PKR mengadakan mesyuarat tergempar di Hotel Sheraton pada 23 Februari sekali gus membawa kepada penganjuran Majlis Makan Malam Muafakat ahli Parlimen yang dihadiri 131 ahli Parlimen.


Azmin Ali

2) Pas cadang usul sokong Dr Mahathir sebagai PM

Perkara ini bukan lagi satu teori apabila Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sendiri mengesahkannya untuk dikemukakan dalam Sidang Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, usul dicadangkan Pas digembar-gemburkan membawa kepada ketidakstabilan hubungan politik antara parti-parti dalam PH terutama PKR dan Bersatu.

Usul itu turut dikatakan sebagai isyarat awal pembentukan jajaran kerajaan pakatan baharu yang dipercayai direncanakan untuk satu tempoh masa lama, akan diaktifkan pada bila-bila masa.

Susulan usul dicadangkan Pas, polemik kemelut peralihan kuasa Perdana Menteri di antara Dr Mahathir dan Anwar menjadi semakin parah sehingga menyebabkan satu mesyuarat khas Majlis Presiden PH diadakan pada 21 Februari lalu.

Mesyuarat khas itu dikatakan bertujuan membincangkan tarikh muktamad penyerahan kuasa PM kepada Anwar, namun keadaan bertukar tegang dengan Dr Mahathir akhirnya diberi masa untuk menentukan sendiri tarikh itu.

3) Lokman Adam dedah Ahmad Zahid cuba 'khianat' UMNO

Isu kerjasama UMNO dan Pas dengan Bersatu timbul selepas pendedahan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Adam berhubung apa yang dikatakan perancangan parti itu untuk bekerjasama dalam membentuk satu pakatan baharu.

Rancangan itu didakwa disuarakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap merasmikan Mesyuarat Jawatankuasa Perhimpunan Muafakat Nasional UMNO, 4 Februari lalu.

Lokman turut mendakwa tujuan utama Ahmad Zahid melakukan konspirasi itu adalah bagi membersihkan nama dirinya yang berdepan dengan 83 pertuduhan kes rasuah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Lokman turut kecewa Ahmad Zahid turut menggunakan alasan menyokong pembentukan pakatan kerajaan baharu itu bagi menyelamatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut berdepan pertuduhan mahkamah.

4) Setiausaha-setiausaha politik Dr Mahathir bertindak sebagai 'daulah terpendam' dalam PH
Teori ini didedahkan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk A Kadir Jasin apabila beliau menggambarkan sebahagian besar ahli MPT Bersatu seolah-olah 'dirasuk syaitan' untuk mengenepikan Dr Mahathir dan mencalonkan Muhyiddin bagi menjadi Perdana Menteri kerajaan pakatan baharu.

Kadir menerusi hantaran laman sosial Facebooknya turut menyerang semua orang dari blok Muhyiddin dan bekas Setiausaha Politik Dr Mahathir Mohamad Zahid Mat Arip.

Beliau turut mendakwa asakan dan pengkhianatan terhadap Mahathir adalah konspirasi keluar PH melalui kerjasama dengan UMNO dan sudah dirancang dengan teliti dalam jangka masa panjang oleh mereka dalam Bersatu, UMNO, PKR dan Pas.

“Ternyata Dr Mahathir juga dihampakan oleh watak-watak UMNO yang beliau alu-alukan ke dalam Bersatu seperti Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Datuk Seri Mustapha Mohamed. Nampak seolah-olah ada usaha mengambil alih Bersatu oleh pendatang UMNO ini,” katanya.


Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah ahli Parlimen. - Foto Sharifuddin Abdul Rahim
5) Hishammuddin didakwa 'mastermind' kerajaan pintu belakang
Spekulasi penubuhan kerajaan pakatan baharu sebenarnya sudah kecoh sejak Oktober tahun lalu apabila Hishammuddin didakwa cuba menggagalkan rancangan peralihan Perdana Menteri PH kepada Anwar dengan menubuhkan 'kerajaan pintu belakang'.

Beberapa pemimpin utama PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) turut mendakwa penubuhan kerajaan pakatan baharu yang direncanakan Hishammuddin dipercayai akan menyingkirkan wakil DAP dan Amanah.

Selain itu, spekulasi mengaitkan Hishammuddin turut timbul apabila terdapat dakwaan berlaku pergolakan dalaman UMNO sendiri di mana pelantikan Ahmad Zahid sebagai Presiden tidak diterima secara positif oleh beberapa pemimpin utama parti itu sendiri.

Hishammudin menafikan perkara itu dan menegaskan kesetiaan beliau kepada perjuangan parti masih tidak berbelah-bahagi.

6) Dr Mahathir sebagai 'trojan horse' menggagalkan PH

Teori konspirasi ini paling kuat diperkatakan dalam kalangan warga maya sehingga kini.

Teori ini kuat berlegar-legar di media sosial apabila Dr Mahathir, diketahui mempunyai hubungan perseteruan cukup lama dengan Anwar, didakwa sebagai arkitek utama merencanakan kejatuhan kerajaan PH yang baharu mentadbir selama 22 bulan.

Menurut seorang ahli Parlimen Bersatu dari Perak, desas-desus usaha meraih tandatangan SD ahli-ahli Parlimen bagi menyokong kepimpinannya sebagai PM sehingga akhir penggal sebenarnya sudah dimulakan seawal empat bulan selepas pentadbiran kerajaan PH.

Ini diikuti dengan keputusan Bersatu mengalu-alukan penyertaan bekas ahli Parlimen UMNO menyertai parti itu dan langkah itu dikatakan sebagai antara usaha memperkukuhkan parti itu sekali gus melicinkan rencana meruntuhkan kerajaan PH.

Selain itu, tindak-tanduk Anwar seperti langkah mengadakan jerayawara bagi menghadap raja-raja Melayu, bertanding di pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Port Dickson dan mengumumkan tarikh peralihan kuasa PM kepada stesen penyiaran antarabangsa BBC juga memperlihatkan beliau seolah-olah cuba menekan Dr Mahathir untuk menyegerakan proses peralihan kuasa kepadanya.

Teori itu diperkuatkan dengan Dr Mahathir yang dilihat tidak konsisten dalam menyatakan kesediaan memberi laluan kepada Anwar sehingga membawa kepada polemik berpanjangan.

Meskipun Dr Mahathir mendakwa tidak terlibat langsung dalam rencana menjatuhkan kerajaan PH dan berasa dikhianati Muhyiddin, banyak pihak meragui penjelasan beliau.

Keraguan itu mungkin berasas kerana Dr Mahathir sememangnya terkenal sebagai pakar percaturan politik tanah air negara yang menentukan naik turunnya seorang Perdana Menteri, menjatuhkan pentadbiran kerajaan BN selama 60 tahun serta mengimbangi kuasa institusi diraja.

Bagaimanapun, segala bentuk teori konspirasi yang 'diratibkan' rakyat negara ini bukanlah satu jawapan muktamad terhadap persoalan terjadinya 'Langkah Sheraton' yang bakal dianggap sebagai satu lipatan sejarah penting negara.

Sinar Harian yakin jawapan sebenar terhadap persoalan utama itu hanya boleh dijawab 'pelakon-pelakon utama' yang menjayakan kisah berkenaan, termasuk Dr Mahathir sendiri.

Apapun, marilah kita sama-sama mendoakan agar pentadbiran kerajaan baharu Perikatan Nasional akan mengembalikan kestabilan ekonomi negara sekali gus mengekalkan elemen keamanan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat majmuk.

Bagaimanapun, segala bentuk teori konspirasi yang 'diratibkan' rakyat negara ini bukanlah satu jawapan muktamad terhadap persoalan terjadinya 'Langkah Sheraton' yang bakal dianggap sebagai satu lipatan sejarah penting negara.

Sinar Harian yakin jawapan sebenar terhadap persoalan utama itu hanya boleh dijawab 'pelakon-pelakon utama' yang menjayakan kisah berkenaan, termasuk Dr Mahathir sendiri.

Apapun, marilah kita sama-sama mendoakan agar pentadbiran kerajaan baharu Perikatan Nasional akan mengembalikan kestabilan ekonomi negara sekali gus mengekalkan elemen keamanan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat majmuk.

KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN



MR :  teori yang masih belum disahkan kesahannya


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/enam-teori-konspirasi-langkah-sheraton.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Langkah Sheraton Lembaga Disiplin Pkr Digesa Siasat 10 Individu

Langkah Sheraton Lembaga Disiplin Pkr Digesa Siasat 10 Individu

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 395 hits
SHAH ALAM Ahli Majlis Pimpinan Wanita Pusat menyenaraikan sepuluh pemimpin utama sayap parti untuk dibawa kepada Lembaga Disiplin PKR kerana didakwa terlibat dengan kumpulan pengkhianat
Cara Menanam Cabe Yang Pasti Berhasil Hanya Dengan Enam Langkah Mudah

Cara Menanam Cabe Yang Pasti Berhasil Hanya Dengan Enam Langkah Mudah

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 209 hits
Ciri khas makanan Indonesia yang pedas dan kaya bumbu tentu membuat cabe menjadi bahan makanan yang mudah ditemui di pasaran
Ketika Langkah Sheraton Dirancang Guan Merancang Draf Ransangan Ekonomi

Ketika Langkah Sheraton Dirancang Guan Merancang Draf Ransangan Ekonomi

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 550 hits
Apakah kita tahu Ahad lepas Ketika Azmin dan blok Bersatu berkumpul di Hotel Sharaton dari pagi sampai ke Malam merancang untuk menjatuhkan Kerajaan PH Lim Guan Eng pada hari yang sama dari pagi sampai petang berada di pejabatnya di kemente...
Langkah Sheraton Tragedi Menguntungkan Ph

Langkah Sheraton Tragedi Menguntungkan Ph

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 827 hits
Saya banyak diajukan soalan sama ada kabinet yang dibentuk semalam hanya akan bertahan selama dua bulan lebih merujuk kepada kemungkinan kerajaan PN akan tumbang dalam undi tidak percaya di Dewan Rakyat pada 18 Mei nanti Dalam politik semua...
Zahid Arip Dalang Langkah Sheraton Syed Saddiq

Zahid Arip Dalang Langkah Sheraton Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 383 hits
Muhammad Zahid Md Arip KUALA LUMPUR Datuk A Kadir Jasin pernah mendakwa ramai pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia lebih percaya kepada cakap Setiausaha Politik kepada Tun Dr Mahathir Mohamad Mereka lebih percaya kepada setiausaha politi...
Apakah Akan Berlaku Langkah Sheraton Di Sabah

Apakah Akan Berlaku Langkah Sheraton Di Sabah

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 408 hits
Kerajaan Johor telah bertukar Kerajaan Melaka baru saja bertukar Kerajaan Perak dan Kedah menunggu masa untuk bertukar Kerajaan Sabah Saya dimaklumkan ramai YB YB Warisan tidak setuju dengan keputusan DS Shafie Afdal untuk menyokong kem Tun...
Langkah Sheraton Bawa Malaysia Ke Jalan Buntu Apa Seterusnya

Langkah Sheraton Bawa Malaysia Ke Jalan Buntu Apa Seterusnya

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 605 hits
BERITASelepas perdana menteri sementara Dr Mahathir Mohamad menyampaikan perutusannya yang disiarkan secara langsung di televisyen pada petang ini semakin jelas kesan Langkah Sheraton yang tidak hanya terbatas kepada tumbangnya kerajaan PH ...
Khawatiran Virus Corona Mulan Jameela Cek Langkah Pencegahan Di Sekolah Anak Anaknya

Khawatiran Virus Corona Mulan Jameela Cek Langkah Pencegahan Di Sekolah Anak Anaknya

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 223 hits
Mulan Jameela yang menjadi anggota pemerintah cukup kritis dalam merespon penyebaran virus corona sampai melakukan pengecekan ke sekolah anak anaknya
5 Langkah Mitigasi Bencana Gunung Meletus Lakukan Ini Saat Erupsi Merapi

5 Langkah Mitigasi Bencana Gunung Meletus Lakukan Ini Saat Erupsi Merapi

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 214 hits
Pada Selasa Gunung Merapi mengeluarkan awan panas setinggi 6 000 meter dari puncak Langkah langkah mitigasi perlu dilakukan demi mencegah adanya korban dalam peristiwa itu Berikut adalah 5 mitigasi bencana yang wajib dilakukan saat gunung a...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah