Covid 19 Cara Kerajaan Islam Dahulu Menangani Wabak Berbahaya


Di saat-saat genting yang negara kita hadapi, bahkan dunia yang sangat tenat kini, sangat penting untuk kita patuhi saranan ahli agama khususnya ulama dan juga pakar perubatan, kerana jika hanya bermodal semangat tanpa ilmu, maka akan lebih banyak merosak berbanding memperbaiki.


Mari kita sorot kembali kepada lembaran sejarah Islam, seharusnya kita menyauk hikmahnya. Sejarah ini bukan hanya sekadar dinikmati kehebatan kisah-kisah masa lampau, tetapi juga untuk belajar daripada musibah zaman dulu agar tidak berulang lagi pada zaman ini.

Menyikapi suasana bencana yang kita bahkan seantero dunia sedang depani kini, ulama telah banyak menulis buku-buku berkaitan tentang 'treatment' menghadapinya.

Tinggal mahu atau tidak sahaja lagi untuk dinafi mahupun diikuti, namun fikirlah orang lain dan bukan hanya diri kita sendiri yang tidak mahu menelusuri, mengikuti mahupun mempercayainya.

Dr Ali Muhammad Audah yang telah menghimpunkan 24 kitab sepanjang zaman mengisahkan bagaimana umat mengalami bencana (dalam hal ini wabak penyakit) dan bagaimana pemerintah mereka menanganinya.

CARA PEMERINTAH ISLAM MELAWAN PENYAKIT BERJANGKIT

Antara pelajaran terpenting yang perlu kita ketahui adalah kisah yang ditulis oleh Imam Ibnu Hajar al-Asqalani dalam kitabnya 'Badl al-Maun fi Fadhli At-Tha'un' mengenai wabak penyakit menyerang kota Damsyik pada tahun 749 Hijrah atau sekitar tahun 1348 Masihi.

Maka, waktu itu majoriti ulama memberi saranan agar masyarakat tidak berkumpul dan menjauhkan diri daripada majlis-majlis serta tempat yang ramai orang, namun apakah yang terjadi selepas itu?

Masyarakat tidak mengikuti saranan yang diberikan para ulama dan mereka keluar menuju lapangan luas bersama para pemimpin negara. Mereka berdoa dan meminta pertolongan Allah secara beramai-ramai.

Sungguh menakutkan, wabak itu semakin menular padahal sebelum mereka berkumpul, mangsa kematian adalah sangat sedikit.

Hadis Rasulullah telah mengingatkan.

Seterusnya Imam Ibnu Hajar pun mengisahkan apa yang terjadi itu pernah juga terjadi pada zaman selepasnya ketika wabak melanda Kaherah (Mesir), tepatnya pada 27 Rabiul Akhir tahun 833 Hijrah (1430 Masihi) yang mana pada awalnya kes kematian kurang daripada 40 orang.

Masyarakat pada masa itu keluar ke tanah lapang pada 4 Jamadilawal setelah mereka melakukan puasa tiga hari sebagaimana yang dilakukan ketika akan solat istisqa' (mohon hujan).

Mereka berkumpul untuk tujuan berdoa kemudian pulang ke rumah masing-masing, namun tidak sampai sebulan setelah agenda berkumpul mereka itu, jumlah kematian meningkat mendadak menjadi 1,000 orang setiap hari dan terus bertambah.

GILA KUASA

Sungguh perkara itu telah terjadi di negara kita ini dengan permulaannya adalah ketika berlangsungnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tahun 2020 lalu.

Betapa pihak kerajaan yang menyeru jangan keluar atau masuk ke tempat yang dijangkiti, tetapi itulah yang berbondong-bondong ahli politik lakukan!

Sunnah Nabi Muhammad SAW dalam mengendalikan sesuatu wabak penyakit yang melanda sesebuah tempat sebagaimana mafhum hadis berikut:

"Jika kamu mendengar wabak melanda suatu negeri, maka jangan kamu memasukinya. Dan jika kamu berada di daerah itu, janganlah kamu keluar untuk lari daripadanya." (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Maka sejak usai PRN Sabah yang kali pertamanya berlangsung ketika negara berdepan serangan pandemik Covid-19, jangkitan di Semenanjung terus meningkat. Masihkah kita ingat keadaan itu?

Sejak awal lagi beberapa penganalisis menduga kelangsungan pilihan raya itu akan mengundang suatu yang negatif terhadap usaha membendung penyebaran Covid-19 di negara ini.

Ia jelas terbukti apabila kes baharu meningkat mendadak selepas PRN Sabah pada 26 September 2020 dan hal ini tidak dinafikan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dalam ucapan khas beliau 6 Oktober 2020.

Berbalik kepada kisah yang ditulis oleh Imam Ibnu Hajar, beberapa orang pada waktu itu telah memberi fatwa bahawa berkumpul untuk berdoa itu perlu kerana beranggapan seharusnya demikian.

Ada juga yang menyatakan bahawa dulu, pada zaman seorang raja bernama al-Muayyad, situasi seperti itu terjadi dan wabak boleh ditangani dan hilang.

Hakikatnya, ulama telah menetapkan fatwa bahawa tidak berkumpul adalah keadaan yang lebih utama untuk menghindarkan diri daripada fitnah penyakit.

PATUHILAH SARANAN

Ya, kita wajib hanya takut kepada Allah, bukan Covid-19, namun kerana takutkan pada Allah, maka laksanakanlah sunnatullah yang perlu diikhtiarkan, bukan tidak kisah sahaja.

Oleh itu, perlu satu kaedah yang lebih rasional serta kritis kerana ia berkaitan keselamatan dan nyawa manusia yang nilainya amat besar. Ia tidak lain dan tidak bukan, fatwa daripada mufti yang perlu diselaraskan di setiap negeri. Jika tidak, boleh jadi wabak ini sukar dibendung. Setakat denda dan hukuman, sebenarnya ia akan menambah masalah baru pada rakyat.

Maka bersegeralah pihak yang sepatutnya melaksanakan selagi masih ada kesempatan ini. Boleh jadi itulah jalan dan petunjuk yang sebaiknya diikuti, bukan menambahkan bebanan rakyat yang sedia ada.

Kita sebagai rakyat dan masyarakat yang punya agama, segeralah sedar agar tidak terus mementingkan diri. Berlaku ihsanlah terhadap manusia lainnya yang berusaha melakukan yang terbaik untuk memutuskan rantaian wabak ini.

Dr Majdi al-Hilali menulis dalam kitabnya 'Innahu al-Quran Sirru Nahdhatina' bahawa umat yang memandang rendah terhadap usaha manusia bermaksud telah mengkhianati Allah.

Ini kerana Allah SWT memberikan kepada manusia hukum, sebab dan akibat. Tentunya yang tidak peduli dengan semua itu tandanya mereka tidak mensyukuri nikmat yang dikurniakan-Nya.

Beliau menjelaskan bahawa usaha manusiawi itu boleh jadi dalam bentuk 'physical distancing', menetap di rumah saja jika tiada keperluan yang mendesak di luar, sentiasa memakai penutup mulut (mask).

Begitu juga fatwa ulama tentang menghindarkan diri daripada tempat yang ramai, termasuk saranan sementara waktu untuk tidak solat di masjid dan surau, keputusan itu semuanya dengan dalil dan musyawarah yang panjang, tentunya bukan berlandaskan ego dan kepentingan peribadi.

Kerana nyawa seorang manusia itu mahal harganya, Umar bin Khattab r.a., imannya tinggi tetapi ketika diberi pilihan untuk datang ke daerah wabak atau kembali ke Madinah, beliau memilih untuk pulang ke Madinah.

Kalimahnya yang terkenal, "Kita pergi daripada takdir Allah kepada takdir Allah yang lain."

Atau bahasa mudahnya dapat kita ertikan sebagai, selamatkanlah diri kita daripada terjebak dengan sesuatu wabak itu, maka tetaplah di tempat yang didiami sendiri itu.

Makanya, ambillah pelajaran daripada sejarah ini agar kita muhasabah dan tidak jatuh di tempat yang sama dua kali dan kelak wabak pandemik yang melanda seantero ini segera dihilangkan Allah, hingga masjid kembali ramai dengan umat yang merindui serta kita semua dapat kembali hidup sebagaimana biasanya sebelum pandemik ini hadir.

Teruslah sama perbaikinya

Betapa ramai yang pernah terkena virus ini lalu sembuh dan dapat kembali hidup seperti biasa dan berapa ramai juga yang dijangkiti lalu ia pergi menghadap Ilahi.

Fikirlah agar kita terus berusaha melandaikan lekuk jangkitan ini. Hindarkan sikap pentingkan diri, prihatinlah dengan insan lain di sekeliling yang sangat berhati-hati.

Sampai bila kita semua hendak menunggu undang-undang, menunggu fatwa, menunggu penguatkuasaan atau menunggu diri sendiri dijangkiti Covid-19 terlebih dahulu? Nauzubillah.

Sewajarnya inilah masanya masyarakat menggunakan 'common sense' dan rasa tanggungjawab untuk sama-sama memerangi wabak ini.

Apa pun, kita tidak patut salahkan sesiapa lagi. Menoleh ke belakang dan menuding jari kepada mana-mana pihak hanya merugikan dan membuang masa berharga dalam menghadapi dan berjuang menghapuskan Covid-19 ini.

Rasional dan jalan terbaiknya ialah kita semua perlu melihat bagaimana untuk menghadapinya ke arah lebih baik dan memastikan kes baharu tidak terus meningkat hari demi hari.

Maka teruskan usaha-usaha kita bersama doa agar Allah segera melenyapkan virus ini di bumi Malaysia dan seluruh dunia. Ayuhlah!

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Bila Wabak Covid-19 Akan Berakhir?Bagaimana Dunia Islam Terselamat Dari Wabak Black Death?
sumber: malaysiakini



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2021/05/cara-islam-menangani-wabak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Vaksin Covid Jumlah Dos Berbeza Kerajaan Pn Wajib Jawab

Vaksin Covid Jumlah Dos Berbeza Kerajaan Pn Wajib Jawab

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 375 hits
Kerajaan Perikatan Nasional perlu segera menjawab dakwaan dua individu berbeza yang menerima vaksin Covid 19 dengan jumlah dos yang lebih kecil Menurut Ketua Pemuda Pakatan Harapan Shazni Munir Mohd Ithnin video yang tular di internet menda...
Nak Kata Pm Bodoh Pun Tak Apa Saya Tahu Susah Uruskan Wabak Covid Kata Muhyiddin

Nak Kata Pm Bodoh Pun Tak Apa Saya Tahu Susah Uruskan Wabak Covid Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 237 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengakui situasi sukar dihadapi namun usaha untuk melandaikan keluk Covid 19 adalah tanggungjawabsetiap lapisan masyarakat PETALING JAYA Perdana Menteri Muhyiddin Yassin rela dipersalahkan atau menjadi tempa...
6 Perkara Yang Anda Perlu Buat Untuk Harungi Keadaan Tak Menentu Wabak Covid 19

6 Perkara Yang Anda Perlu Buat Untuk Harungi Keadaan Tak Menentu Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 263 hits
Hari ni masuk hari ke 26 kita umat Islam berpuasa Punyalah laju masa berlalu Suasana berpuasa tahun lepas dalam keadaan PKP sambut raya dalam rumah saja tak pi mana masih lagi The post appeared first on
Zahid Dakwa Tidak Adil Kaitkan Umno Dengan Kegagalan Kerajaan Pn Tangani Isu Covid 19

Zahid Dakwa Tidak Adil Kaitkan Umno Dengan Kegagalan Kerajaan Pn Tangani Isu Covid 19

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 221 hits
SHAH ALAM Mengaitkan UMNO dengan kegagalan kerajaan Perikatan Nasional menangani Covid 19 merupakan satu tuduhan yang tidak adil Presidennya Datuk Ser Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata walaupun terdapat beberapa Ahli Parlimen daripada UMNO meng...
Majlis Agama Islam Patut Tegur Penunggang Agama Ini

Majlis Agama Islam Patut Tegur Penunggang Agama Ini

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 252 hits
MOHD ASRI BAKARSalam Quote ayat quran out of context Malah ianya mempunyai kesamaan seperti fahaman falsafah dan konsep perjuangan geng geng ISIS Ustat bodoh yang suka terangsang ini memang cenderung ke arah kejahatan sepertimana yang belia...
Video Khutbah Politik Memalukan Di Pahang Kerajaan Terdahulu Memusuhi Islam

Video Khutbah Politik Memalukan Di Pahang Kerajaan Terdahulu Memusuhi Islam

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 272 hits
Cuba dengar minit2 terakhir khutbah kedua Jelas satu propaganda politik yang jahat untuk memperbodohkan umat Islam Menyeru kekalkan kerajaan tebuk atap yg bobrok penuh unsur rasuah ini suatu kewajipan
Kerajaan Tiada Data Ramal Jangkitan Covid 19

Kerajaan Tiada Data Ramal Jangkitan Covid 19

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 155 hits
Kerajaan tiada data ramal jangkitan Covid 19Oleh May 20 2021Kerajaan Perikatan Nasional jelas gagal belajar daripada pengalaman menghadapi virus maut Covid 19 sejak setahun lalu kerana tidak mempunyai data pergerakan masyarakat Ketua Pemban...
Kenaikan Jangkitan Covid Di Johor Perlu Tindakan Segera Kerajaan Pusat

Kenaikan Jangkitan Covid Di Johor Perlu Tindakan Segera Kerajaan Pusat

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 226 hits
Kerajaan Persekutuan perlu memfokuskan isu jangkitan pandemik Covid 19 di Johor yang semakin meningkat Bagi ADUN Semerah Mohd Khuzzan Abu Bakar jangkitan terkini sekitar 600 kes baharu sehari wajar dipandang berat oleh Kerajaan Negeri dan K...
Masagos Zulkifli Puji Daya Bingkas Perpaduan Masyarakat Melayu Islam Bendung Pandemik Covid 19

Masagos Zulkifli Puji Daya Bingkas Perpaduan Masyarakat Melayu Islam Bendung Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 296 hits
SINGAPURA Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli memuji daya bingkas dan perpaduan masyarakat Melayu Islam untuk sama sama membendung pandemik COVID 19 dengan penduduk Singapura lainnya di tengah tengah Ramada...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp