Covid 19 Asean China Komited Kurangkan Kesan Terhadap Pembangunan Ekonomi Sosial


VIENTIANE, 20 FEB: ASEAN dan China komited dalam mengurangkan kesan penularan jangkitan Covid-19 terhadap pembangunan ekonomi dan sosial di semua negara terjejas, demikian menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN-China mengenai Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) di sini hari ini.
Menteri-menteri luar ASEAN dan China berkata mereka akan mengekalkan aktiviti pertukaran rakyat-ke-rakyat, perdagangan dan pelaburan selain meneruskan serta mempertingkat pertukaran dan kerjasama di rantau ini berdasarkan kemajuan dalam langkah pencegahan serta pengawalan wabak itu.
“Perusahaan yang terjejas akibat wabak ini terutama yang bersaiz mikro, kecil dan sederhana akan menerima bantuan sewajarnya, termasuk melalui promosi ekonomi digital seperti digariskan di bawah Kerjasama Ekonomi Tahun Digital ASEAN-China bagi memudahkan aktiviti ekonomi semasa penularan wabak.
“Kami bertekad untuk terus bekerjasama dalam menangani penyakit berbahaya ini dan kesan buruk Covid-19,” menurut kenyataan itu.
Mesyuarat itu dipengerusikan bersama oleh Menteri Luar China Wang Yi dan Setiausaha Luar Filipina Teodoro Locsin. Turut hadir Menteri Luar Malaysia Datuk Saifuddin Abdullah.
Kesemua menteri luar itu berkata mereka akan memberi taklimat kepada pemimpin masing-masing mengenai keputusan mesyuarat tersebut dan menyambut baik bimbingan mereka mengenai kertas cadangan.
Mereka juga bersetuju memperkukuh kerjasama dalam mekanisme yang diterajui ASEAN dan dengan rakan-rakan luar bagi menangani Covid-19 secara menyeluruh dan berkesan dengan mengambil kira tahap pembangunan kesihatan yang berbeza di rantau ini.
“Kami akan memperkukuh kerjasama dalam komunikasi risiko serta kesediaan penglibatan komuniti dan maklum balas bagi memastikan bahawa orang ramai dimaklumkan secara tepat dan terperinci mengenai Covid-19 dan tidak dikelirukan oleh maklumat salah serta berita palsu berkaitan Covid-19,” menurut kenyataan itu.
Menteri-menteri luar ASEAN dan China mengatakan bahawa mereka akan memperkukuh dialog dasar serta pertukaran mengenai perkembangan terkini Covid-19, termasuk kawalan dan rawatannya, selain kajian dan penyelidikan yang berkaitan menerusi mekanisme sedia ada untuk melaksanakan sepenuhnya MOU ASEAN-China mengenai Kerjasama Kesihatan, dan menyokong lebih banyak projek usaha sama yang telah dipersetujui.
“Semua pihak harus terlibat dalam pertukaran data dan teknologi yang relevan, pengalaman dan pembinaan kapasiti termasuk latihan kakitangan kesihatan dan perubatan, lawatan bersama pakar perubatan dan pekerja kesihatan lain serta kemungkinan mengadakan Bengkel ASEAN-China mengenai Kakitangan Kecemasan Kesihatan, memperkukuh kerjasama antara Pusat Kawalan Penyakit dan institusi yang relevan di ASEAN dan China,” menurut kenyataan itu.
– BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/02/covid-19-asean-china-komited-kurangkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakej Rangsangan Kurangkan Impak Covid 19 Kepada Ekonomi

Pakej Rangsangan Kurangkan Impak Covid 19 Kepada Ekonomi

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 316 hits
CYBERJAYA 18 FEB Pakej rangsangan yang dijadual diumumkan minggu depan akan mengurangkan kesan penularan jangkitan Covid 19 ke atas ekonomi di samping membantu industri meningkat semula apabila virus itu dapat dikekang Menteri Kewangan Lim ...
2 Lagi Warga China Positif Covid 19 Di Malaysia

2 Lagi Warga China Positif Covid 19 Di Malaysia

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 585 hits
Kakitangan perubatan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru bersiap sedia dengan pod isolasi yang akan digunakan untuk memindahkan pesakit dijangkiti Covid 19 PETALING JAYA Malaysia mencatatkan 2 lagi kes jangkitan baru Covid 19 dengan ked...
China Basmi Kuman Tukar Wang Baru Untuk Halang Penularan Covid 19

China Basmi Kuman Tukar Wang Baru Untuk Halang Penularan Covid 19

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 452 hits
Bank di China membasmi kuman dan mengasingkan wang kertas sudah digunakan dalam usaha menghalang penularan wabak Covid 19 yang meragut nyawa lebih 1 500 orang kata pegawai pada Sabtu Bank Negara China dalam sidang media hari ini berkata lam...
Terkini Dua Lagi Kes Baru Positif Covid 19 Libatkan Warga China Dilaporkan Di Malaysia

Terkini Dua Lagi Kes Baru Positif Covid 19 Libatkan Warga China Dilaporkan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 472 hits
Kuala Lumpur 15 Feb Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengesahkan dua lagi kes positif Covid 19 di negara ini Pertambahan dua kes melibatkan warga asing ini menjadikan 21 kes setakat ini di Malaysia Kes ke 20 melibatkan seorang lelaki...
Kes Ke 19 Di Malaysia Wanita China Positif Covid 19

Kes Ke 19 Di Malaysia Wanita China Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 385 hits
KUALA LUMPUR 13 FEB Satu lagi kes positif virus Covid 19 disahkan menjadikan jumlah kes positif di negara ini meningkat kepada 19 setakat 3 petang ini Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes terbaharu itu membabit...
Kkm Sahkan Kesan Kes Ke 19 Koronavirus Libatkan Warga China

Kkm Sahkan Kesan Kes Ke 19 Koronavirus Libatkan Warga China

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 300 hits
Sebentar tadi Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Twitter rasmi mereka telah mengesahkan satu lagi kes terbaru Novel koronavirus yang melibatkan warga negara China yang dikesan di Malaysia Wanita yang berusia 39 tahun itu merupakan kawan...
Terkini Angka Kematian Covid 19 Di China Melepasi 1 700 Orang

Terkini Angka Kematian Covid 19 Di China Melepasi 1 700 Orang

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 293 hits
BEIJING Angka kematian akibat jangkitan coronavirus mencecah 1 770 kes sehingga hari ini selepas 105 orang lagi meninggal dunia di wilayah Hubei Menerusi laporan perkembangan harian Suruhanjaya Kesihatan Wilayah itu turut melaporkan 1 933 k...
China Lapor 150 Kematian Baru Akibat Covid 19

China Lapor 150 Kematian Baru Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 265 hits
KONGSI ARTIKEL BEIJING Angka korban akibat virus korona COVID 19 di China meningkat kepada 2 592 pada Isnin selepas Suruhanjaya Kesihatan Nasional melaporkan lagi 150 kematian semuanya di wilayah Hubei kecuali satu kes Jumlah kema
Metamask Security Warning

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs

House Of The Yellow Ip Leo Romano A Contemporary Tribute To Nature In Brazil

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Trump Threatens Additional 50pct Tariffs If China Doesn T Retreat

Mengapa Digital Nomads Memilih Malaysia

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gambar Raya 2025 Di Melaka

Lirik Lagu Kekasih Bayangan Cakra Khan

Growth Mindset In Startups

Kuih Raya Homemade By Nieyl

Bukan Mahram Yang Tak Boleh Bersalam

Harimau Merah Konflik Bermula